Jealousy

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 16 - Jealousy


“Amboi bahagianya kawan baik aku ni. Senyum sampai ke telinga.” Tegur Bomi ketika dia dan Minah keluar berjalan-jalan pada hari Sabtu itu. Minah pada mulanya mengajak Luhan keluar sekali tetapi disebabkan dia ada latihan bola sepak pada hari itu, dia terpaksa menolak biarpun terasa berat hati hendak membiarkan Minah keluar tanpanya.

Minah hanya membalas kata-kata Bomi itu dengan senyuman. Dari semalam dia tak boleh berhenti tersenyum. Hatinya terasa gembira kerana akhirnya Luhan sudah dapat tahu apa isi hatinya biarpun dia tak memberitahu Luhan secara terang-terangan.

“Hai~ Senang hati aku tengok kau gembira, Minah. Kau tahu tak aku dah naik bosan tengok muka kau masam sebelum dan selepas kau kahwin dengan Senior Luhan?” Kata Bomi berterus terang sebelum menerima cubitan di lengannya hasil kerja tangan Minah.

“Waktu tu aku tak ada apa-apa feeling dari dia dan aku tak kenal dia sangat. Tapi sekarang aku dah kenal hati budi dia dan dia memang seorang lelaki yang baik. Aku je yang buta tak nampak semua tu.” Minah berkata dan ada sedikit nada menyesal di dalam suaranya itu.

Bomi mengangguk sebelum dia mengajak Minah masuk ke dalam Nature Republic untuk melihat dan mungkin membeli sedikit barangan kosmetik di dalam kedai itu.

“Wei,” Panggil Bomi kepada Minah yang sedang membaca bahan-bahan yang digunakan di dalam losyen tangan yang dipegangnya itu.

Minah memandang ke arah Bomi dan mengangkat kepalanya, “Kenapa?” Dia bertanya dan mendekati Bomi yang berdiri di rak pencuci muka tidak jauh darinya. Losyen tangan berbau lavender itu dibawanya sekali.

Bomi menunding jarinya ke arah rak sabun pelbagai bau yang terletak sedikit jauh dari mereka dan mata Minah membulat bila dia lihat Luhan bersama perempuan lain. Tetapi Luhan kelihatan bosan dan seperti tiada minat mahu melayan perempuan yang ada bersamanya. Minah mula merasa cemburu dan dibawa keluar telefonnya untuk bertanya dimana Luhan sekarang ini menggunakan aplikasi kakaotalk.
 

Minah:
 

Awak dekat mana sekarang ni?

Still tengah practice bola ke?


Dia menunggu balasan Luhan dengan sabar dan sekali sekala dia menarik nafas untuk menenangkan hatinya supaya dia tak menyerang mereka berdua di situ. Tidak lama selepas itu, telefonnya mengeluarkan bunyi ‘katalk’ menandakan ada mesej yang baru diterima via kakaotalk.
 

Luhan:


Saya dekat Nature Republic area Myeongdong.

Tak.

Diorang trick saya untuk pergi blind date dgn Hyeji DX

Bosan.


Minah menarik nafas lega bila Luhan jujur dengannya. Dari jauh dia dapat lihat Luhan melepaskan keluhan kebosanan bila Hyeji bertanyakan pendapat tentang sabun pewangi mana yang lebih wangi dan patut dibelinya. Perlahan-lahan dia mendekati mereka berdua sebelum ditegur.

“Eh? Senior Luhan dengan Senior Hyeji pun ada dekat sini jugak?” Katanya berpura-pura terkejut. Bomi di sebelahnya menahan ketawa bila Luhan kelihatan lega bila Minah menegur mereka.

Hyeji dengan tanpa segan silunya memegang lengan Luhan dan dengan penuh gediknya dia berkata, “Ha’ah! Tak sangka dapat jumpa korang dekat sini! Akak saje je ajak boyfriend akak ni keluar ke sini~ Luhan ni asyik sibuk je dengan latihan bola dia sampai lupa dekat akak.” Kata Hyeji dengan mengada-ngada membuatkan Luhan, Bomi dan Minah hampir termuntah di situ.

Boyfriend? Excuse you. Tu laki aku yang kau pegang-pegang tu. Kata hati Minah dan cuba ditahan tangannya daripada menumbuk muka Hyeji itu. Mukanya cuba dimaniskan sehabis yang boleh sebelum dia memandang ke arah Luhan.

“Bukan sepatutnya Senior Luhan ada latihan bola ke hari ni?” Tanya Minah dan ditekannya nama Luhan di dalam soalannya itu.

Luhan perlahan-lahan cuba untuk melepaskan lengannya dari pegangan Hyeji setelah di cuba berkali-kali sejak sebelum Minah dan Bomi datang padanya. Dan dari pandangan mata Minah yang tajam menikam dirinya, dia dapat rasakan yang isterinya itu sedang dibakar dengan perasaan cemburu melihat dia dengan Hyeji.

Hyeji membuat muka ‘terkejut’, “Oh! Yeke? Akak tak tahu pun! Luhan ni hah, yang beria-ia sangat nak bawak akak pergi date. Ish awak ni, kenapalah awak ponteng latihan awak tu semata-mata nak ajak saya date? Takyahlah nak sweet sangat~” Kata Hyeji dengan terkelip-kelip mata memandang Luhan.

Minah menggigit bibirnya sambil masih cuba tersenyum memandang seniornya itu. Jika diikutkan hati, mau aja dia Tarik rambut Hyeji itu dan diikat pada tiang depan kedai Nature Republic.

Luhan memandang ke arah Minah seperti merayu meminta bantuannya.

“Senior Hyeji. Saya dengarkan, sepatutnya hari ni ada kelas tambahan. Kenapa Senior tak pergi? Kalau Senior Luhan saya faham kenapa dia tak boleh pergi. Dia ada latihan bola. Jadi, Senior Hyeji ponteng kelas tambahan ya?” Minah menembak dengan tepat membuatkan Hyeji meneguk air lirunya dengan rasa gemuruh.

Luhan menahan ketawanya bila muka Hyeji kelihatan seperti ayam berak kapur. Pucat.

“Apa kata Senior pergi balik sekolah sekarang sementara sempat. Saya dengar Puan Sooyoung selalu datang sini setiap sabtu ahad. Takkanlah Senior Hyeji nak kena tangkap ponteng kelas semata-mata nak pergi dating dengan boyfriend senior?” Tambah Bomi.

Hyeji menggigit bibirnya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga dan menuju ke sekolah. Risau pula dia kalau-kalau guru kelasnya, Puan Sooyoung, menangkap dia ponteng kelas. Dia tak mahu mengambil risiko.

Setelah mereka pasti yang Hyeji tiada lagi di situ, Luhan berpaling ke arah Minah dan melepaskan keluhan deng

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^