Pesaing

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 20 - Pesaing

“Awak boleh bawak kereta?” Luhan bertanya pada Minah di pagi Isnin itu. Minah yang sedang mengikat tali lehernya itu mengangkat kepalanya dan memandangnya sebelum dia mengangguk. Sudah hampir 2 minggu dia tidak hadir ke sekolah setelah diberikan cuti sakit oleh doktor dan hari ini, dia sudah mula bersekolah semula kerana peperiksaan kemasukan Universiti tinggal lagi seminggu dan dia sudah banyak ketinggalan.

“Bila awak ambil lesen memandu?” Dia bertanya lagi.

Minah mengemam bibirnya seperti cuba untuk mengingati bila dia mengambil lesen memandu itu.

“Cuti musim sejuk tahun lepas. Kenapa?” Pertanyaan Luhan dibalas dengan satu lagi pertanyaan. Tali leher yang sudah diikat dengan kemas itu diketatkan sedikit supaya tidak tertanggal.

Luhan membawa keluar kunci keretanya dari poket seluar slacknya dan digoyangkan kunci itu di depan mata Minah. Kunci kereta Hyundai Aslan itu kemudian diletakkan dalam genggaman gadis itu dan membuat Minah memandangnya dengan terkelip-kelip.

“Kenapa bagi Minah?” Minah bertanya. Kunci di dalam genggamannya itu dibelek.

“Awak drive harini. Takkanlah nak pergi sekolah jalan kaki? Tak kesian dekat abang ke?” Luhan mencebik bibir. Tangannya kemudian menunjuk kepada kakinya yang bersimen.

Minah menggeleng kepalanya dan bersetuju untuk memandu hari itu. Lengan Luhan dipegang kuat supaya dia juga tidak terjatuh dan mereka berjalan mendekati kereta yang diparkir dalam kawasan rumah itu. Selepas memastikan Luhan sudah duduk di tempat duduk penumpang dan memakai tali pinggang keledar, Minah bergerak ke arah tempat duduk pemandu. Kunci dipulas sebelum enjin kereta berderum. Nafasnya ditarik dan tangannya diletakkan pada stereng kereta.

“Takut ke?” Tanya Luhan bila dia lihat Minah menarik nafas dengan dalam sebentar tadi.

Minah menggeleng, menafikan pertanyaan Luhan.

“Saya nervous. Last time saya bawak kereta, saya hampir-hampir accident.” Kata Minah. Tangannya menggenggam gear dan menolak gear auto itu ke posisi ‘D’ sebelum dia menurunkan brek tangan. Kakinya perlahan-lahan memijak pedal cekam dan kereta itu mula bergerak keluar dari kawasan rumah itu. Pintu pagar tertutup sendiri setelah dia menekan butang alat kawalan jauh yang ada pada kunci rumah mereka.

Perjalanan ke Sekolah Menengah Tinggi SM yang memakan masa hampir 15 minit itu memberi Luhan sedikit masa untuk menyambung tidurnya. Dia dikejut awal oleh Minah untuk pergi ke sekolah dan dia betul-betul mengantuk sekarang ini. Kepalanya dilentokkan pada tingkap dan matanya dipejam. Dicuba untuk tidur namun matanya tak mahu lelap walaupun dia terasa mengantuk dan akhirnya, dia hanya memerhatikan Minah yang sedang memandu di sebelahnya itu.

Fokus Minah betul-betul pada jalan raya itu sebelum kereta itu membelok dan berhenti di lampu isyarat. Dia kelihatan tenang ketika memandu dan kembali memijak pedal bila lampu isyarat berubah hijau. Kereta itu berhenti di tepi pagar batu sekolah itu sebelum Minah menarik brek tangan dan mematikan enjin kereta. Tali pinggangnya dibuka dan dia keluar dari kereta itu menuju ke tempat duduk Luhan untuk membantunya keluar.

“Nah, beg awak.” Kata Luhan dan memberikan beg sekolah Minah yang dipangkunya tadi.

Minah mengucapkan terima kasih dan menyandang begnya lalu mengambil tongkat Luhan di tempat duduk belakang sebelum diberikan kepada Luhan. Lengan Luhan dipaut dan ditarik supaya dia dapat berdiri dengan tegak dan tongkat itu dipegangnya dengan kuat supaya dia tidak terjatuh.

“Hoi! Apa bini yang ampu suami ni?” Usik Kris dari jauh. Luhan dan Minah serentak menjeling ke arah Kris dan meletakkan jari ke bibir, mengisyaratkannya supaya tidak mengulangi kata-katanya tadi. Kris menjelirkan lidahnya sebelum Bomi datang dari belakang dan memukul lengannya dengan kuat. Bomi melompat untuk mencubit telinga Kris sebelum dia berbisik padanya.

Minah dan Luhan berbalas pandangan bila mereka lihat muka Kris yang menyeringai kesakitan bila telinganya dicubit Bomi. Mereka berdua kemudian berhenti di tepi kereta Luhan dan Bomi masih lagi tidak melepaskan telinga Kris.

“Bbom, lepaskanlah telinga dia. Kesian pulak aku tengok. Nanti capang jugak bakal suami kau nanti.” Kata Minah menahan ketawanya dari meletus.

Bomi mencebik, “Biarkan dia capang! Aku dah cakap banyak kali dekat dia jangan kecoh-kecoh pasal kau dengan Luhan. Tak faham bahasa dia ni!” Kata Bomi dan dia mencubit telinga Kris dengan kuat lagi dan Kris hampir menjerit kesan cubitan itu.

“Awak ni, kasar betul dengan saya!” Kata Kris selepas Bomi melepaskan cubitannya sebelum dia menerima satu tamparan kuat dari tepi.

“Awak ni susah sangat nak dengar kata! Awak nak ke kawan baik awak kena buang sekolah sebab awak pecahkan rahsia diorang? Saya tak nak best friend forever saya kena buang sekolah.” Kata Bomi dengan menjeling padanya.

Kris membuat muka menyampah.

“Alahai~ Sekarang ni awal lagi. Awak tengok keliling kita ni, mana ada orang. Relax lah!” Kata Kris dengan selamba. Bahu Luhan kemudian dipautnya dan hampir membuatkan mereka berdua hilang keseimbangan.

“Woah! Hati-hati! Aku taknak masuk hospital lagi!” Luhan memberi amaran bila Kris ‘menyerang’nya.

“Hahaha! Apa salahnya kau masuk hospital lagi sekali? Bini kau kan ada? Boleh suruh dia jagakan kau nanti.” Usik Kris dan lagi sekali dia menerima satu pukulan dari Bomi yang berjalan seiring dengan Minah.

“Tengok tu! Dia buat lagi!” Bomi mula merengek pada Minah membuatkan kawannya itu ketawa dengan perangai kebudak-budakan Bomi itu. Mereka berempat kemudian memasuki perkarangan sekolah dan berpisah untuk ke kelas masing-masing.

 

 

Pintu lokernya dibuka dan sehelai sampul surat bewarna putih jatuh dari loker itu. Minah mengutip sampul surat itu dan membaca tulisan yang tertera pada hadapan kertas itu.

Kepada,

Kim Minah, 11-3

Surat untuk aku? Lagi? Minah terfikir sendiri. Dia teragak-agak mahu membuka surat itu kerana sejak beberapa minggu yang lepas, dia sering menerima surat dari orang yang tak dikenalinya. Isi yang ada di dalam kesemua surat yang diterimanya betul-betul mengganggunya.

Tangannya menggeletar saat dia membaca setiap ayat yang ada di dalam surat itu. Dia hampir menjerit ketakutan bila bahunya disentuh dari belakang. Tubuhnya menggigil saa

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^