Nai Nai

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 11 - Nai Nai


“Passport dah letak dalam beg?”

“Dah.”

“Beg laptop dah bawak turun?”

“Sudah.

“Baju sejuk.”

“Dua pasang sekali saya pack untuk awak.”

“Okey. Cha-“

Belum sempat Luhan menghabiskan ayatnya, Minah telah memotong ayatnya terlebih dahulu.

“Charger ada dalam beg. Semua yang awak senaraikan dalam kertas ni semalam saya dah kemaskan malam tadi. Jadi boleh tak awak bawak bertenang? Kita nak balik kampung halaman awak je. Bukan pergi berperang.” Kata Minah membuatkan Luhan tersengih.

“Okey okey, memandangkan semua barang dah ada. Beg pun dah letak dalam kereta, apa kata kita gerak sekarang? Flight kita pukul 10 pagi. Sekarang dah 8.30 pagi. Nak ke airport ambik masa 30 minit. Jadi kita kena gerak sekarang.” Luhan berkata dengan panjang lebar membuatkan Minah menggelengkan kepalanya.

Dia kemudian berjalan menuju ke pintu hadapan bersama beg tangannya dan mengunci pintu rumah ketika Luhan sudah masuk ke dalam kereta dan sebaik sahaja dia menutup pintu tempat duduk penumpang, Luhan terus menekan minyak dan kereta itu meluncur di jalan raya.

Minah mengisi masanya di dalam kereta dengan mendengar lagu yang ada dalam telefonnya dan menutup matanya untuk tidur sebentar. Dia tidur agak lewat malam tadi kerana dia membantu Luhan mengemaskan pakaiannya. Luhan di sebelahnya hanya focus memandu sambil mendengar radio dan kadang-kadang jarinya mengetuk stering kereta mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Sebaik saja mereka sampai di Lapangan Terbang Gimpo, Luhan menyuruh Minah menunggunya di counter daftar masuk sementara dia memakirkan keretanya di tempat parkir.

Mata Minah mencari trolli untuk meletakkan beg-beg yang akan dibawa mereka ke Beijing dan dia lihat tinggal sebuah trolli saja yang ada berdekatannya. Saat tangannya menyentuh pemegang trolli itu, seorang lelaki juga turut mencapai pemegang trolli itu.

“Maaf. Saya ingat trolli ni tak ada orang. Maaf ya.” Kata Minah sebelum dia perlahan-lahan mengundur diri.

“Tunggu, Cik!” Lelaki itu memanggilnya.

Minah berpaling dan dia lihat lelaki itu tersenyum padanya, “Tak apalah. Saya tengok barang Cik lagi banyak dari barang saya. Jadi, Cik ambiklah trolli ni.” Kata lelaki itu dengan ramah.

Minah mengangguk dan membalas senyuman lelaki itu sebelum dia menyorong trolli itu ke arah tempat dia tinggalkan beg-beg mereka yang terletak tak jauh dari situ. Dia lihat Luhan berlari ke beg mereka sebelum matanya bertemu pandang dengan Minah.

“Awak pergi mana tadi? Kenapa tinggalkan beg dekat sini?” Soal Luhan. Bila dia lihat Minah datang menyorong trolli baru dia faham mengapa Minah meninggalkan beg-beg mereka di situ.

“Lah, kenapa tak tunggu saya kalau nak ambik trolli?” Kata Luhan sambil mengangkat beg mereka ke atas trolli itu.

“Nak tunggu awak lambat sangat. Lagipun kalau saya tak cepat, trolli ni orang lain ambik nanti.” Terang Minah sambil cuba untuk menolak trolli itu.

Luhan mengangkat tangan Minah dan menawarkan diri untuk menolak trolli itu untuknya. Kemudia mereka mula melangkah masuk ke dalam lapangan terbang itu dan mencari kaunter daftar masuk. Setelah selesai mendaftar masukkan bagasi mereka, Luhan membawa Minah pergi ke sebuah kafe yang ada dalam lapangan terbang itu untuk bersarapan.

Mata mereka mencari meja kosong dan akhirnya mereka menjumpai meja kosong yang terletak di belakang kafe itu.

“Awak duduk sini, biar saya yang pergi beratur dekat sana.” Kata Luhan sambil menunjuk ke arah barisan orang yang beratur di depan kaunter untuk memesan makanan.

“Okey.”

“Awak nak apa?” Tanya Luhan.

“Anything. Saya tak kisah.” Balas Minah dengan pendek.

Bila Luhan sudah pergi beratur, dia mengeluarkan telefonnya dan membaca mesej kakaonya dengan Bomi petang semalam sebelum Luhan pulang ke rumah.
 

Bbom:
 

Aku pergi rumah kau semalam, tapi abang kau cakap kau dah tak duduk dengan diorang.

Jadi, kau duduk dengan siapa sekarang?

Kenapa kau dah tak duduk dengan parents kau?

Minah :
 

Nanti aku bagi kau alamat baru aku.

Tapi kau jangan terkejut pulak nanti.

Bbom :

?

Kenapa pulak aku nak terkejut?

Bukannya kau pindah tinggal dengan husband kau.

Hahaha xD

Minah :
 

Datang jelah -_-


Dan seperti yang dijangka, Bomi betul-betul terkejut bila dia datang ke rumah dan Luhan pulang tepat-tepat selepas 15 minit dia datang ke rumah itu.

Masih dia ingat bertapa marahnya Bomi padanya semalam. Tapi nasib baiklah marah Bomi tak berpanjangan kerana selepas dia kembali tenang, dia mula mengusik Minah.

“Tulah kau. Aku dah kata, kalau asyik nak elak dari dia, nanti tuhan yang makin dekatkan dia dengan kau. Masin mulut aku.”

“Jauhnya termenung. Dah sampai mana tu?” Suara Luhan mengejutkannya.

Luhan meletakkan dulang kecil yang terisi dua keeping roti bakar dan juga sepotong kek strawberi bersama dua cawan teh limau itu di tengah meja. Dia kemudian mengambil tempat di depan Minah dan memberi teh limau itu kepada isterinya yang masih menongkat dagu.

“Awak tengah fikir pasal apa tu?” Soal Luhan. Tangannya meletakkan dulang kosong itu ke meja kosong di sebelah mereka setelah makanan dan minuman diletakkan di atas meja mereka.

"Tak ada apa-apalah." Balas Minah dengan pendek. Dia memegang tangkai cawan itu sebelum meniup air teh limau yang masih panas dan berwap itu sebelum menghirup air itu dengan berhati-hati. Luhan hanya memerhatikan Minah sebelum dia meletakkan cincin Minah di atas meja.

"Pakai cincin tu buat sementara waktu." Arah Luhan. Tangannya memotong sebahagian kecil kek strawberi itu sebelum dimakan. Dia lihat Minah memberi pandangan pelik padanya.

"Kenapa pulak?" Soal Minah.

Luhan meletakkan lengannya di atas meja dan mendekatkan mukanya, "Supaya makcik-makcik saya yang kepoci haritu tak syak apa-apa. Awak lupa ke yang saya cakap dekat diorang kita kahwin atas dasar suka sama suka dan bukan dipaksa?" Luhan mengingatkan.

Minah mengeluh dengan perlahan sebelum menyarungkan cincin itu di jari manisnya. Rasa kekok pula bila pakai cincin. Dia manalah pernah pakai barang kemas selain dari rantai yang diberi Luhan. Dan dia lihat Luhan tak pernah sekali pun menanggalkan cincinnya. Dia pelik. Takkanlah kawan-kawan Luhan tak bertanya kenapa Luhan memakai cincin secara tiba-

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^