Goodbye

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 25 [Finale] - Goodbye

Luhan membaca tiket penerbangannya buat kesekian kali sementara menunggu masa untuk pergi ke balai berlepas. Dia melepaskan keluhan dan memejamkan matanya memikirkan adakah keputusan yang dibuatnya ini betul. Telefonnya digenggam sebelum dia menekan butang kecil yang ada di atas telefon pintarnya itu dan wajah Minah menghiasi skrin telefon itu.

Dia meletakkan telefon itu dekat di dadanya sebelum dia bangun dan mula berjalan menuju ke balai berlepas. Hatinya terasa berat untuk meninggalkan Korea dan juga Minah.

Saya harap awak bahagia lepas ni. Fikirnya seakan-akan Minah ada dihadapannya. Dia sudahpun menandatangani surat penceraian mereka semalam sebelum mereka berpisah di depan mahkamah tinggi Seoul. Hampir sebulan dia dan Minah tidak tinggal sebumbung sebelum dia akhirnya mengambil keputusan untuk menandatangani sahaja dokumen penceraian itu. Tiada guna dia memaksa Minah untuk mencintainya jika gadis itu terang-terangan sudah menolak dirinya untuk lelaki lain.

“Penerbangan British Airways 4450 ke Heathrow-London sudah sedia untuk berlepas. Para penumpang sila masuk ke pintu A4 untuk menaiki pesawat. Diulangi-“ Pengumuman didengarinya dan dia terus menuju ke pintu A4. Tiket penerbangannya serta passportnya diberikan pada pramugara itu sebelum tiket itu dipulangkan kembali padanya dan dia dibenarkan untuk masuk ke ruang menunggu sementara penumpang lain beratur untuk masuk ke dalam pesawat.

Selamat tinggal Korea…Selamat tinggal…Minah. Kata-kata itu hanya terucap di dalam hatinya sahaja. Tak sanggup dia mahu mengucapkan selamat tinggal. Terasa berat mulutnya hendak menuturkan kata-kata itu.

Bila dia sudah duduk di kerusinya, dia terus mengeluarkan telefonnya dan membuka contactnya. Jarinya menekan skrin telefon pintarnya itu untuk mencari nombor telefon Minah.

My Wife <3

Dia teragak-agak mahu membuang nombor telefon Minah dan jarinya menggeletar sebelum akhirnya jari ibunya menekan butang ‘delete contact’. Setelah nombor Minah dipadam, dia mula berniat untuk membuang kesemua gambar-gambar Minah yang ada di dalam galerinya. Jarinya sudahpun memilih semua gambar Minah namun tinggal dua sahaja gambar yang tak dibuangnya. Gambar perkahwinan mereka dan juga gambar yang diambilnya semasa mereka di Beijing untuk melawat mendiang neneknya yang ketika itu masih hidup. Entah kenapa dia teragak-agak mahu membuang dua gambar itu sebelum dia mengambil keputusan untuk simpan sahaja.

Matanya memandang ke luar tingkap kapal terbang itu selepas telefonnya diletakkan di dalam poket belakang kerusi penumpang di depannya. Dia tidak memberitahu sesiapa pun kecuali Kris tentang pemergiannya ke Edinburgh. Baru sahaja dia mahu memasang tali pinggangnya, telefonnya berbunyi ketika penumpang lain sedang memenuhi tempat duduk yang ada di dalam kapal terbang itu. Telefon itu diambil dan nama Kris muncul di skrin.

“Hei, Luhan. Kau dah nak fly ke?” Tanya Kris. Suaranya kedengaran seperti dia sedang panik.

“Ha’ah. Kenapa? Kau dah rindukan aku ke?” Luhan cuba melawak. Tempat duduk di sebelahnya kemudian diduduki seorang perempuan. Dia membalas senyuman yang diberikan perempuan muda itu kepadanya.

“Luhan, aku ada benda penting nak bagitahu kau ni.”

“Hm. Apa dia? Cepat sikit cakap, kejap lagi kapal terbang dah nak berlepas dah.” Gesa Luhan.

“Ni pasal Minah dengan Jimin. Dia sebenarnya-“

“Sorrylah, Kris. Kapal terbang dah nak berlepas. Nanti aku telefon kau balik bila aku dah sampai.” Luhan memberi alasan. Dia tidak mahu tahu apa-apa tentang Minah dan Jimin. Biarlah mereka berdua bahagia. Minah juga telah dia lepaskan dan dia kalau boleh, tidak mahu mendengar apa-apa lagi tentang mereka berdua. Cukuplah hatinya terluka ketika mereka masih bergelar suami isteri.

“Tapi Luhan, ni penting! Jimin tu-“

Tup! Telefonnya dimatikan dan di simpan ke dalam poket di depannya. Dia bersandar kembali pada kerusi itu sebelum dia memicit kepalanya.

Bahunya dicuit dan dia lihat perempuan di sebelahnya mengeluarkan minyak angin dan dihulurkan padanya.

“Awak pening kepala ke? Nah, ambil minyak angin ni.” Kata perempuan itu dengan perlahan.

Luhan tersenyum kecil dan menggeleng. Minyak angin itu ditolak dengan perlahan ke arah perempuan itu kembali.

“Tak apa. Pening sikit je.” Katanya.

Perempuan itu mengangguk sebelum mereka kembali membuat urusan masing-masing.

Setelah kapal terbang berlepas dan hampir setengah jam mereka berdiam diri, perempuan itu mengambil keputusan untuk memperkenalkan dirinya dan berbual dengan Luhan. Perjalanan dari Seoul ke London akan mengambil masa sebanyak 10 jam dan dia tak mahu masa yang ada itu terluang dengan hanya membuat tahi mata sahaja.

“Saya Ahn Heeyeon. Panggil saya Hani. Selamat berkenalan.” Hani memperkenalkan dirinya pada Luhan dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Luhan menyambut huluran itu dan turut memperkenalkan dirinya pada Hani, “Saya Xi Luhan. Panggil Luhan je. Selamat berkenalan.”

 

 

“Minah tak nak pergi jumpa dia ke?” Tanya Sehun pada Minah yang duduk ditepinya.

Minah menggeleng.

“Betul ni?” Tanya Sehun lagi sekadar mahukan kepastian.

“Hm. Kita baliklah. Cukuplah Minah boleh nampak dia dari jauh.” Kata Minah dan memandang ke arah Luhan yang sedang menolak troli masuk ke dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon itu. Tiada senyuman langsung pada wajah Luhan bila dia memerhatikan bekas suaminya itu dari jauh.

Sehun memandu kereta itu pergi dan menuju ke rumah mereka.

Minah menyandarkan kepalanya pada cermin tingkap kereta itu dan kepalanya asyik teringatkan apa yang dikatakan Luhan di depan mahkamah semalam setelah perbicaraan penceraian mereka selesai pada petang semalam.

“Saya percaya apa yang nai nai pernah cakap. Saya masih percaya yang kita masih ada peluang untuk bersama. I still believe…that we are meant to be together. Walaupun awak lukakan hati saya sekarang, perasaan saya tetap sama dan tak akan berubah. If you ever need me…I’ll be there. For you.”

Saya tak akan dekati awak lagi lepas ni. Saya tak nak Jimin apa-apakan awak. Maafkan saya. Fikir Minah dan menutup matanya untuk mengelakkan dirinya dari menangis lagi. Dia sudah puas menangis sepanjang malam tadi dan dia betul-betul penat.

 

 

Beberapa minggu sebelumnya…

Minah pulang ke rumah keluarganya bila Minseok menghantar mesej padanya di dalam kelas mengatakan ada sesuatu telah berlaku di rumah. Sesampainya di rumah keluarganya, dia lihat rumahnya bersepah dan Puan Kim sedang ditenangkan Minseok dan Encik Kim berdiri jauh darinya bersama seorang lelaki yang tidak  dikenali mereka.

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^