Breakdown

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 23 - Breakdown

Seharian Luhan tidak menegur Minah setelah pergaduhan mereka malam kelmarin. Malah, Luhan tak keluar langsung dari biliknya. Pada mulanya, Minah sedikit pun tak peduli tapi bila sudah sehari suntuk tak keluar dari bilik, dia mula rasa tak senang duduk.

Kenapa dia tak keluar-keluar lagi ni? Waktu sarapan pun tak keluar. Fikir Minah ketika dia sedang mengeluarkan bahan untuk memasak makanan tengahari.

Dia menanggalkan apron setelah selesai memasak dan menaiki tangga sebelum menuju ke arah bilik mereka. Tangan sudah diangkat untuk mengetuk pintu bilik itu namun dia rasa seperti dia sudah disumpah menjadi patung kerana dia teragak-agak mahu mengetuk pintu bilik itu.

To knock or not to knock. Getus hatinya. Dia memejamkan matanya sebelum dia mengetuk pintu bilik dengan perlahan.

"Awak. Awak tak nak turun makan ke?" Soal Minah di sebalik pintu.

Tiada jawapan.

Sekali lagi Minah mengetuk pintu itu dan kali ini,dia memulas tombol sekali untuk masuk ke dalam bilik itu. Matanya tertancap di atas katil bila dia lihat seperti ada seseorang sedang berbaring di situ. Perlahan-lahan dia mendekati katil itu dan dia lihat Luhan sedang tidur dengan nyenyaknya. Dapat dia lihat terdapat titisan peluh di dahi lelaki itu. Tangannya menggoncang lembut tubuh Luhan.

"Awak. Bangun. Waktu sarapan tadi awak tak makan, jomlah makan dekat bawah." Ajak Minah. Bila Luhan masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangun, Minah meletakkan tangannya ke dahi Luhan.

Patutlah tak keluar langsung. Demam rupanya. Fikir Minah sebelum dia keluar dari bilik itu dan turun ke dapur. Dia membawa makanan naik ke bilik bersama dengan sepapan panadol. Langsir bilik dibuka. Luhan yang nyenyak tidur tadi mula rasa tidurnya terganggu bila cahaya matahari mengenai matanya. Dia cuba untuk membuka matanya untuk lihat siapa yang masuk ke dalam biliknya walaupun matanya terasa panas.

"You're awake. Ni, saya bawak makanan tengahari dengan ubat demam untuk awak. Makan." Kata Minah tidak memandang ke arah Luhan. Dia sudah mahu mengambil langkah keluar bila Luhan memegang perelangan tangannya. Luhan memandangnya seperti memberitahunya yang dia tak larat untuk makan sendiri dan perlukan bantuan Minah.

Minah memahami pandangan Luhan itu dan mengambil kerusi serta makanan untuk Luhan dan duduk di tepi katil. Dia lihat Luhan sudahpun bersandar di kepala katil dan dia menyuakan sudu berisi bubur pada mulut Luhan.

Luhan menelan makanan itu setelah dikunyah. Matanya tak lepas dari memandang Minah. Hatinya kecewa bila teringat balik isi pergaduhan mereka malam semalam. Tak pernah dia sangka gadis yang dicintainya itu yang akan menyakiti hatinya.

“When you’re done staring, makan bubur ni.” Suara dingin Minah mengejutkan dirinya dari lamunannya. Dia lihat isterinya itu semakin menjauhinya setelah mangkuk bubur itu diletakkan dalam pegangannya.

“Minah.”

Suara Luhan yang kedengaran sayup itu menghentikan pergerakan Minah yang sedang mengemas barang yang jatuh dari meja solek bilik itu. Kesemua alat penjagaan kulit yang pernah ada di atas meja itu sudahpun berterabur di sisi meja itu dan dia yakin itu semua hasil kerja tangan Luhan selepas pergaduhan mereka semalam.

“Kenapa awak buat saya macam ni? Tak cukup ke kasih sayang yang saya beri pada awak selama ni? Kenapa mesti awak cari lelaki lain?” Luhan bertanya dengan suara yang lirih dan kedengaran seperti dia sedang kepenatan.

Minah mendiamkan diri dan kembali mengemas. Air matanya ditahan supaya tidak gugur di depan lelaki itu. Bibirnya dikemam bagi mengelakkan dirinya untuk menjawab soalan lelaki itu.

“Minah. Answer me. Please.” Pinta Luhan lagi.

“Get some rest.” Itu sahaja yang mampu Minah katakan setelah dia selesai mengemas dan keluar dari bilik itu.

Dia duduk bersandar di tepi dinding itu setelah dia keluar dari bilik yang pernah dikongsi mereka dan menangis sepuas-puasnya dengan suara yang cuba untuk dikawal supaya Luhan tidak terdengar.

Maafkan saya, Luhan. Saya dah lukakan hati awak. Tangisnya di dalam hati.

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk.

 

 Jimin:


Jumpa saya petang ni dekat tempat biasa. Saya tunggu

 

Mesej dari Jimin itu tidak dibalas dan dia segera bangun dari tempatnya. Dia memandang ke arah pintu bilik di tepinya itu sebelum dia masuk ke dalam bilik yang didudukinya sekarang.

 

 

Minah se

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^