Give Me Strength

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 14 - Give Me Strength


Sudah masuk hari yang ke-2 Nenek Xi dimasukkan ke hospital dan Luhan tidak pernah sekali pun tidak melawat neneknya. Dia menghabiskan masanya dengan berbual bersama neneknya dan setiap kali dia datang melawat, dia pasti akan membawa Minah sekali kerana dia tak mahu perkara yang sama berulang lagi.

“Nai nai. Nai nai kena cepat sihat tau? Nanti Luhan bawak nai nai pergi jalan-jalan dekat Korea.” Kata Luhan. Tangan neneknya dipegang.

Nenek Xi hanya tersenyum sebelum tangannya mengelus rambut cucu kesayangannya itu. Dia masih cuba bertahan selama yang boleh kerana dia tak mahu cucunya itu bersedih. Matanya kemudian beralih ke arah cucu menantunya yang setia di sisi Luhan sejak dia dimasukkan di hospital. Tangannya mengisyaratkan Minah untuk datang dekat padanya sebelum gadis itu bergerak ke tepi katilnya.

Tangan Minah dan Luhan diambil sebelum disatukan. Kedua orang anak muda itu memandangnya dengan pandangan yang keliru.

“Luhan,” Panggilnya.

“Ya nai nai?”

“Nai nai harap kamu dan Minah akan kekal bersama. Nai nai dapat rasa yang kamu berdua memang dah ditakdirkan untuk bersama. Kalau nai nai dah tak ada nanti, kamu kena jaga diri dan jaga isteri kamu.” Kata perempuan tua itu kepada Luhan.

Air mata Luhan mula bertakung dan dia menggosok matanya untuk mengeringkan air mata itu.

“Apa yang nai nai cakap ni? Nai nai akan okey. Jangan cakap macam tu. Nai nai tak kesiankan Luhan ke?” Suara Luhan bergetar. Entah kenapa dia rasa yang neneknya itu akan pergi meninggalkan dia.

Nenek Xi tersenyum, “Luhan. Nai nai harap Luhan akan bahagia bila nai nai dah tak ada nanti.” Katanya sebelum dadanya naik dan turun dengan laju. Minah memandang Luhan sebelum dia berlari keluar untuk memanggil doktor.

Luhan panik bila neneknya mula tercungap-cungap dan suhu tubuh neneknya mula berubah sejuk. Dia memegang erat tangan neneknya sambil menahan air matanya daripada terjatuh. Luhan betul-betul belum bersedia mahu kehilangan orang yang disayanginya ini.

“Nai nai…Tolong jangan tinggalkan Luhan.” Rayunya.

Bila Minah kembali bersama doktor yang dipanggil, mereka berdua diminta untuk keluar dari bilik itu. Rasa kasihan menggigit tangkai hati Minah melihat Luhan yang seperti sudah mahu menangis itu sebelum dia mengambil tindakan yang tak pernah dilakukannya sebelum ini iaitu memeluk Luhan.

“Minah…Nai nai…Saya takut dia tinggalkan saya.” Lirih Luhan. Sepanjang dia kenal dengan Luhan, tak pernah dia lihat Luhan sedih sampai begini sekali dan entah kenapa dia merasa sedih melihat lelaki ini sedih.

Dia hanya mengangguk dan menepuk belakang Luhan untuk menenangkannya. Mereka berdua berpaling ke arah pintu bila doktor itu keluar bersama jururawat yang datang sekali dengannya. Luhan bertanyakan sesuatu kepada doktor itu sebelum dia lihat doktor itu mengeluh dan menggelengkan kepalanya dan menepuk bahu Luhan.

Luhan terduduk bila doktor itu mengatakan yang neneknya telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Minah seakan-akan faham bila dia doktor itu menggelengkan kepalanya dan dia turut menitiskan air mata. Dia mengeluarkan telefonnya untuk menelefon keluarga Luhan untuk menyampaikan berita sedih itu.

Kenapa nai nai tinggalkan Luhan? Nai nai tak sayangkan Luhan ke? Fikir Luhan. Air matanya dibiarkan jatuh perlahan-lahan. Dia masih tak dapat menerima kenyataan yang neneknya sudah tiada lagi dan kenyataan itu menyakitkan. Kemudian dia dapat rasa Minah menyeka air matanya dengan muka yang sedih. Minah tak berkata apa-apa kerana dia faham apa yang dirasakan Luhan.

 

 

Majlis pengebumian nenek Xi berakhir malam itu dan kesemua ahli keluarga Xi pulang ke Beijing termasuklah ibu bapa Zhoumi dan Xiuzhen. Tetamu yang datang melawat untuk memberi penghormatan terakhir juga telah pulang dan yang tinggal di ruang tamu itu ialah Luhan, Zhoumi, Tuan Xi dan adik kepada Tuan Xi, Xi Dazhen . Manakala kaum perempuan keluarga Xi semua diminta untuk tunggu di dalam bilik. Anak-anak Zhoumi juga tak dibenarkan untuk turun kerana Puan Xi kata tak elok untuk anak-anak kecil duduk berdekatan dengan keranda orang yang sudah tiada.

Minah hanya menunggu di dalam bilik itu dan mengemas barangan mereka kerana mereka perlu pulang ke Seoul semula

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^