First Fight

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 22 - First Fight

Dia tak pasti sama ada dia sahaja yang rasa begini atau ianya sekadar mainan perasaannya sahaja. Tapi dia perasan yang sejak beberapa hari yang lepas- tak, sejak beberapa minggu yang lepas lagi dia perasan yang perangai Minah berubah sedikit demi sedikit.

Luhan menjeling pada jam di dinding rumahnya.

11: 45 Malam.

Jarinya mengetuk-ngetuk kusyen sofa itu. Drama yang sedang dimainkan di TV itu langsung tak dipedulikannya. Ia sekadar peneman malam yang sunyi itu. Resah hatinya bila Minah masih lagi belum pulang selepas dia meminta izinnya untuk keluar ke rumah Bomi pada pukul 9 tadi melalui SMS. Dia sangka selepas dia pulang dari sekolah pada pukul 10, dia akan lihat Minah menunggunya seperti biasa di ruang tamu namun dia hampa bila dia pulang dan lihat Minah tiada di mana-mana. Rumah itu sunyi sahaja ketika dia pulang tadi.

Mana awak pergi ni? Nak dekat tengah malam dah ni. Luhan resah sendirian. Matanya sekejap-sekejap mencuri pandang pada jam di dinding.

Bunyi butang kata kunci pada pintu utama menarik perhatiannya dan dia dengan segera bergerak mendekati pintu itu.

Minah membuka pintu itu dengan perlahan kerana sangkanya Luhan telahpun tidur. Dia terkejut bila mendapati Luhan sedang berdiri di tepi pintu dengan wajah yang kerisauan memandangnya. TV dibiarkan terbuka dan lampu di ruang tamu itu malap sekali.

“Where were you? Abang telefon awak banyak kali, tapi awak tak angkat.” Luhan membuka bicara. Matanya sedari tadi memerhatikan Minah.

“Saya kan dah cakap saya pergi rumah Bomi tadi? Abang tak baca ke mesej Minah tadi?” Minah menjawab. Pintu utama ditutup dan lampu ruang tamu ditutup. Alat kawalan jauh TV diambil sebelum butang merah pada hujung alat kawalan jauh itu ditekan sekaligus mematikan TV yang dihidupkan tadi dan dia terus menuju ke tangga untuk naik ke bilik mereka dan berehat.

“Abang tahu yang awak pergi rumah Bomi. Tapi Bomi cakap sampai pukul 9.30 je awak dekat rumah dia. Waktu yang selebihnya awak pergi mana?” Soalan Luhan itu membuatkan langkah Minah terhenti.

Pergelangan tangan Minah dipegang dan ditarik mendekatinya. Dia lihat ada kesan sisa air mata pada pipi mulus isterinya itu dan matanya bengkak dan merah.

“Apa yang dah jadi? Kenapa awak menangis? Tell me sweetheart.” Pujuk Luhan dengan lembut.

Dia terkejut bila pengangan tangannya yang kemas pada pergelangan tangan Minah itu direntap. Minah memandangnya buat kali yang terakhir sebelum dia berlari ke atas menuju ke bilik yang pernah ditidurinya sebelum mereka berbaik.

Luhan keliru. Adakah dia telah melakukan apa-apa kesalahan pada Minah?

Dengan kaki yang masih berbalut, dia dengan berhati-hati mendaki tangga itu dan menuju ke bilik tetamu. Pintu diketuk dengan perlahan diselangi dengan memanggil nama Minah berkali-kali.

“Minah." Panggilnya buat kali yang keenam.

Tiada panggilan.

“Kim Minah, open the door.” Dia mengarah.

Sunyi. Masih tiada respons. Bunyi tapak kaki pun tiada.

Luhan pergi ke laci kecil yang bersandar pada dinding tepi bilik mereka dan mencari kunci untuk bilik tetamu itu namun dia hampa bila kunci itu tiada. Dia pasti Minah terlebih dahulu telah mengambil kunci pendua itu untuk menghalangnya dari membuka pintu itu.

Keluhan berat dilepaskan. Dia tertanya-tanya pada diri sendiri, apa yang membuatkan Minah begitu sedih?

Luhan tidak dapat tidur dengan lena pada malam itu kerana tiada sesiapa di sisinya di atas katil itu seperti malam sebelumnya. Tiada bau Strawberri yang datang dari rambut Minah yang wangi. Jauh sekali pelukan erat di pinggangnya. Hanya terdengar derusan nafasnya sahaja.

 

 

Luhan sekali lagi dikecewakan pada pagi itu bila dia lihat Minah terlebih dahulu telah ke sekolah tanpa meninggalkan apa-apa nota padanya. Yang ditinggalkan hanyalah sarapan untuknya. Sedang dia menggigit roti bakar yang tersedia untuknya, dia terdengar bunyi loceng rumahnya berbunyi.

Kakinya melangkah pada intercom untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya pada pagi itu dan dia lihat Kris sedang berdiri disisi keretanya dengan bergaya.

“Masuklah.” Ajaknya.

Tak lama kemudian, Kris menemaninya bersarapan dan mereka berbual sebelum Kris mengajaknya ke sekolah bila jam sudah menunjukkan jam 7:20 pagi.

Luhan memakai tali pinggang keledarnya sebaik sahaja dia duduk di kerusi kulit kereta Kris itu.

“Minah yang suruh aku hantar kau harini. Dia kata dia ada hal sikit, tu yang dia pergi sekolah dulu.” Kris memberitahu tanpa dipinta. Pedal kereta itu dipijak dan kereta itu bergerak ke depan menuju ke sekolah mereka.

“Tak tanya pun.”

“Kau tak tanya tapi aku bagi tahu supaya kau tak kecik hati sebab dia tak dapat drive pergi sekolah dengan kau harini.” Kata Kris dengan selamba. Dia duduk dengan santai pada kerusi itu dan sekali-sekala jarinya mengetuk stereng kereta mengikut rentak lagu yang dimainkan di radio.

Luhan mendengus mendengar jawapan Kris itu.

“Harini kita balik lambat sebab nak susun meja. Hari isnin dah start periksa.” Kata Kris lagi bila dia lihat Luhan masih mendiamkan diri. Jarinya yang panjang itu menolak signal yang terletak pada belakang stereng keretanya untuk membelok ke kiri.

“Lambat tu pukul berapa? Selama ni macam tak cukup lambat pulak kita balik.” Sinis sahaja nada suara

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^