Curious

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 21 - Curious

“Kerja kursus tu perlu dihantar sebelum minggu depan sebab minggu depan sampai bulan Januari tahun depan, kamu semua akan bercuti. Pastikan kamu hantar kerja kursus kamu itu di meja saya.” Puan Yoona mengakhiri kelasnya dengan peringatan kepada murid-muridnya.

“Baik!” Serentak pelajar dari kelas 11-2 dan 11-3 berkata sehingga bergema kelas itu. Dia kemudian keluar dari kelas itu bersama buku di dalam dakapannya bila loceng berbunyi menandakan waktu keempat sudah tamat.

Jimin mengumpul bukunya dan dihentakkan kepada meja dengan perlahan sebelum dia bangun dari kerusinya dan menghadap Minah yang masih menyalin nota penting untuk kerja kursus mereka. Dia mencuit bahu Minah untuk menarik perhatiannya dan Minah mengangkat tangannya mengisyaratkan padanya untuk tunggu sebentar. Pensil diletakkan setelah dia selesai menyalin nota di papan putih dan mengalihkan perhatiannya pada Jimin.

“Yes?”

“Saya balik kelas dulu. Petang ni saya ambik awak dan kita pergi perpustakaan untuk kumpul bahan. Is that okay with you?” Tanya Jimin dan meletakkan tangannya di meja Minah.

“Saya tak janji. Takut ada hal sikit petang ni. Nanti saya mesej awak.” Kat Minah.

Jimin mengangguk sebelum dia melambai tangannya dan pergi meninggalkan kelas itu dan masih sempat melemparkan senyuman padanya seperti biasa.

Dia kembali ke tempat duduknya dan dia lihat Bomi kelihatan pucat. Bomi membaringkan kepalanya di atas mejanya dan tangannya menggenggam tisu dan sekali-sekala dia lihat Bomi mengesat hidungnya dengan tisu itu.

“Kau demam ke?” Tanya Minah.

Bomi mengangguk sebelum dia menutup mulutnya dan terbatuk. Matanya yang kuyu itu kelihatan sedikit merah seperti hidungnya. Tangan Minah memegang dahi Bomi untuk merasa suhu badannya.

“Jom pergi bilik kesihatan. Badan kau panas sangat ni.” Ajak Minah.

Bomi mengangguk dan tangannya ditarik dengan lembut oleh Minah sebelum dia dipimpin menuju ke bilik kesihatan yang terletak di tingkat bawah sekali. Bahu Bomi dipapah kerana Bomi mengadu padanya yang dia merasa pening dan badannya menggigil tadi. Mereka berdua memasuki bilik kesihatan itu dan Minah berjumpa dengan guru yang bertugas pada minggu itu untuk memberitahu keadaan Bomi sebelum mereka masuk ke dalam satu lagi bilik yang ada di dalam bilik kesihatan itu.

Bomi baring pada katil yang terletak di hujung bilik itu dan dia meminta Minah untuk menemaninya.

Matanya mencari kerusi untuk didudukinya sebelum mengambil keputusan untuk mengambil kerusi yang ada di bilik sebelah. Dia memulas tombol pintu dan dia terkejut bila dia lihat Jimin sedang tidur di atas katil di depannya. Dia perlahan-lahan menapak ke arah kerusi yang terletak di tepi katil Jimin dan mengangkatnya dengan perlahan untuk tidak mengejutkan Jimin yang sedang tidur dengan lena itu.

Bila dia sudah hampir mahu keluar dari bilik itu, namanya dipanggil.

“Kim Minah.”

Dia berpaling ke belakang dengan perlahan dan dia lihat Jimin sudahpun sedar dari tidurnya dan sedang duduk bersandar pada katil itu sambil menggenggam tisu. Matanya sedikit merah dan ada darah pada tisu yang dipegangnya.

“Awak okey? Kenapa awak ada dekat sini? Tadi saya tengok awak elok je.” Tanya Minah dari pintu itu.

Jimin tersenyum manis padanya. Saat-saat begini pun dia masih mahu tersenyum. Pelik Minah dengan perangai Jimin yang satu ini.

“Saya okey,” Katanya. “Saya pengsan waktu nak balik kelas saya tadi.”

“Oh...”

Jimin kemudian mengajaknya duduk namun dengan sopannya dia menolak dengan alasan dia mahu menemani Bomi di bilik sebelah. Lelaki itu kemudian menyambung lenanya selepas Minah pergi meninggalkan bilik itu dengan kerusi yang dipinjamnya.

“Kau pergi mana tadi?” Taya Bomi dengan suara yang perlahan bila Minah kembali ke bilik itu. Kerusi diletakkan berdekatan dengan katil Bomi.

“Aku pergi ambik kerusi dekat bilik sebelah.” Balasnya dengan pendek dan duduk di kerusi plastik itu. Tangannya kemudian menyentuh Bomi.

“Badan kau panas lagi. Baik kau rehat.” Kata Minah dengan lembut. Panadol yang diambilnya dari guru kesihatan mereka ketika dia keluar dari bilik Jimin diberi kepada Bomi. Air mineral yang sentiasa ada di dalam bilik itu kemudian dituang ke dalam cawan dan dia menyuruh Bomi memakan ubat yang diberinya. Selepas ubat demam itu ditelan dan air yang dituang Minah diminum, Bomi melelapkan matanya.

 

 

Meja belajar Minah dipenuhi dengan kertas dan buku teks yang terbuka. Kotak pensil berwarna hijau itu kosong setelah isinya dikeluarkan. Komferter katil berwarna biru itu sudah terdampar di atas lantai sementara Minah membaringkan dirinya dengan selesa diatas katil itu sambil menulis laporan Sejarahnya pada kertas kosong pada tengahari Selasa itu.

Luhan hanya mampu menggeleng kepala bila dia masuk ke dalam bilik itu dan melihat Minah sedang membuat kerja kursusnya sambil mendengar lagu melalui telefonnya. Dia yang baru balik dair sekolah selepas kelas tambahan dibatalkan melihat bilik yang dikongsi mereka bersepah dengan buku dan kertas hasil kerja tangan Minah. Kakinya yang kini sudah tidak bersimen itu dengan berhati-hatinya memijak lantai bilik mereka supaya dia tidak terpijak highlighter milik Minah yang bersepah di atas lantai.

Earphone yang dipakai Minah ditarik bila dia memanggilnya untuk kali yang keempat dan masih tiada respons dari Minah.

“Khusyuknya buat kerja sampai abang panggil pun awak tak dengar.” Kata Luhan dan berbaring di sebelah Minah. Kertas yang berkumpul di tepi Minah itu diambilnya dan dibaca dengan teliti satu persatu ayat yang tertulis pada kertas itu.

“Kerja kursus Sejarah? Bila kena hantar?” Tanya Luhan sambil memandang Minah yang masih lagi membuat kerjanya.

Pen diletakkan di atas kertas itu sebelum dia lihat Minah menyembamkan mukanya pada kertas itu dan jeritannya terhalang kerana kertas itu menutup mukanya.

“Saya kena hantar kerja ni dalam minggu ni. Tapi kerja saya tak siap lagi sebab ada satu part yang kena cari bahan dia dekat perpustakaan. Saya dah cuba cari kat internet tapi semua yang saya jumpa notanya tak lengkap!” Kata Minah dengan panjang lebar dan suaranya kedengaran kecewa.

“Habis tu? Kenapa awak tak pergi je perpustakaan?”

“Siapa nak jaga awak nanti?”

Luhan tersenyum sebelum pipi Minah dicubit dengan lembut.

“Saya boleh jaga diri saya lah. Lagipun sekarang saya dah boleh berjalan guna satu tongkat je jadi awak tak perlu risau.” Luhan mengusap kepala Minah.

“Abang okey ke kalau saya pergi dengan Jimin?” Tanya Minah lagi sekadar mahukan kepastian.

Reaksi Luhan berubah sebaik sahaja nama Jimin disebut. Mahu ke dia membiarkan Minah pergi ke perpustakaan itu dengan Jimin?

“Abang...” Luhan teragak-agak.

“Boleh tak? Saya kena siapkan sebelum Jumaat ni. Ada lagi 3 hari je.” Minah mula merengek. Tubuh Luhan digoncangnya sehingga pening Luhan dibuatnya.

“Yalah yalah. Tapi siapa nak hantar awak?” Tanya Luhan. Dia cuba mencari alasan supaya Minah tidak pergi kerana

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^