Good Luck

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 10 - Good Luck


“Dan itu sahaja topik yang akan kita bincangkan. Cikgu harap kamu semua faham dengan apa yang diajar. Besok kamu semua akan mula ujian kemasukkan universiti. Ingat, walaupun ni Cuma ujian dan belum lagi peperiksaan yang sebenar, kamu semua kena buat bersungguh-sungguh. Faham?” Suara Encik Ryu bergema di dalam kelas 12-2. Semua pelajarnya mengangguk dan ada juga sebahagian yang sudah ‘selamat’ tiba di alam mimpi. Yalah, siapa aja yang tak akan tertidur kalau kelas tambahan tamat pada pukul 10:30 malam?

Luhan yang duduk di meja yang depan sekali pun hampir tertidur inikan pula budak-budak lain yang duduk di belakang. Dia lantas bangun dan mengemas barangannya dan dimasukkan ke dalam beg sekolah sebaik saja Encik Ryu keluar dari kelas itu. Kris yang duduk di belakangnya memandang Luhan dengan pelik bila dia kelihatan kelam-kabut mengemas barangannya.

"Amboi lajunya mengemas. Bini dah tunggu kat rumah ke nak balik cepat sangat ni?" Usik Kris bila Luhan sudah menyandang begnya.

Luhan hanya memberikan senyuman. Usikkan Kris memang betul tapi dia tak mahu memberitahu sesiapa pasal dirinya dan Minah.

"Ha'ah. Jumpa kau esok! Good luck!" Balas Luhan sebelum berlari keluar dari kelasnya.

Kris hanya tersengih mendengar jawapan Luhan. Fikirnya Luhan hanya bergurau dan Kris kembali mengemas barangannya.

Luhan yang berlari turun dari tangga sebentar tadi mula memperlahankan pergerakkannya bila namanya dipanggil dari belakang.

“Luhan! Tunggu saya!” Rakan sekelasnya, Shin Hyeji, berlari dengan pantas dari belakang sambil menyandang begnya.

Alamak. Dia lagi. Fikir Luhan sebelum dia mengambil langkah besar ke hadapan. Dan bila dia sudah membuka pintu keretanya, Shin Hyeji dengan selambanya masuk dan duduk di tempat duduk penumpang di sebelahnya.

“Hei! Apa ni??” Luhan memandang Hyeji dengan pandangan penuh tanda tanya, dia betul-betul merasa tak senang bila Hyeji berada dekat dengannya.

Hyeji memandangnya dengan pandangan manja, “Luhan~ Boleh tolong hantar saya balik tak? Saya takutlah nak balik sorang-sorang.” Pintanya. Matanya dikelip-kelipkan memandang Luhan.

“Aik? Awak takut? Selama ni awak balik malam sorang-sorang, saya tengok awak okey je.” Luhan memberi alasan. Dia sebenarnya tak mahu menghantar Hyeji kerana dia risaukan Minah yang duduk di rumah seorang diri.

“Alah~ Tu sebab saya balik dengan kawan-kawan saya~ Tapi malam ni diorang tinggalkan saya.” Hyeji menjuihkan bibirnya.

Luhan mengeluh. Tangannya memulas kunci keretanya untuk menghidupkan enjin kereta.

“Hmm. Yelah. Tunjukkan jalan. Saya kena balik cepat ni.” Kata Luhan dengan malas. Matanya langsung tak memandanga kea rah Hyeji.

Hyeji menggigit bibirnya bila Luhan kelihatan seperti malas mahu melayannya. Dia meniup rambutnya yang menutup matanya sebelum dia menunjukkan jalan ke rumahnya.

“Luhan. Saya nak tanya satu soalan boleh tak?” Hyeji mula bertanya setelah lama Luhan mendiamkan diri.

Luhan hanya mengangguk.

“Awak…dengan junior kita tu…ada apa-apa ke?” Soalnya.

Kening Luhan terangkat, “Junior? Junior yang mana?”

“Kim…Minah? Kalau tak silap saya, tu lah nama junior kita tu. Beberapa hari yang lepas saya ada dengar khabar angin yang awak dengan dia couple. Betul ke?” Terangnya.

Melihatkan Luhan masih berdiam diri seolah-olah dia mengiyakan khabar angin itu.

“Dah sampai.” Kata Luhan dengan pendek sebelum keretanya berhenti betul-betul di depan rumah Hyeji. Dia tak memandang kea rah Hyeji ketika gadis itu berterima kasih padanya sebaliknya hanya mengangguk dan memandu pergi setelah pintu ditutup semula.

 

 

Luhan menjejakkan kakinya ke dalam rumah dan dia lihat semua lampu di ruang tamu telah dipadamkan. Cahaya yang tinggal hanyalah lampu yang datang daripada tangga menuju ke atas. Dia meletakkan begnya di atas sofa yang ada berdekatannya dan bergerak ke dapur untuk minum segelas air. Tekaknya betul-betul terasa kering sekarang ni.

Ketika dia sedang menuang air ke dalam cawan, telinganya menangkap bunyi tapak kaki sebelum dia dengar Minah menguap sambil mendekatinya.

“Awak baru balik?” Tanya Minah. Matanya masih separuh tertutup.

Luhan tersenyum melihat Minah menggosok-gosok matanya dengan tangan kecil miliknya. Dia meletakkan cawannya ke dalam singki sebelum dia memegang bahu Minah dan memusingkan tubuh kecil Minah tu ke belakang menuju ke tangga.

“Kejap!!! Awak dah makan ke belum?” Soal Minah bila Luhan sudah menolaknya untuk naik tangga. Ini bukan kali pertama dia bertanya soalan itu, sejak Tuan dan Puan Xi berangkat ke Beijing lagi dia sudah meringankan mulutnya untuk bertanya soalan itu setiap kali Luhan pulang dari sekolah.

“Belum lagi. Awak masak apa malam ni?” Dia bertanya bila Minah kembali ke dapur untuk mencuci muka.

“Saya tak masak banyak. Simple je.” Kata Minah. Tangannya menghidupkan api dapur untuk memanaskan sup kimchi yang dimasaknya.

“Okey lah tu. Lagipun yang duduk dekat rumah ni kita berdua je.” Kata Luhan sambil berjalan ke meja makan dan mengambil tempat duduk di situ. Tiba-tiba dia teringat sesuatu dan bangun untuk mengambil buku yang ada di dalam begnya.

Dia membaca nota-nota yang diambil dalam kelas tadi sementara menunggu Minah selesai memanaskan makanannya. Dahinya berkerut-kerut membaca nota itu, cuba untuk memahaminya.

“Letak buku tu ketepi. Makan dulu.” Suara Minah menarik perhatian Luhan sekaligus dia meletakkan buku notanya ke tepi. Minah menyusun mangkuk berisi nasi dan mangkuk yang diisi dengan sup kimchi serta sepinggan daging.

Luhan mengucapkan terima kasih sebelum dia menyuapkan nasi di d

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^