His Place

First Kiss
Please log in to read the full chapter

Bab 7 - His Place

“Kamu tolong jaga Minah ni untuk papa. Kalau papa tahu kamu berani sakiti dia, papa tak akan teragak-agak untuk saman kamu.” Ugut Encik Kim setelah Luhan selesai meletakkan bagasi Minah di dalam keretanya. Minah menahan sengihannya dari dilihat bila dia lihat muka Luhan berubah pucat bila diugut sebegitu.

“Bukan papa je akan saman awak. Abang tak kan ada belas kasihan pun kalau abang belasah awak. Faham?” Kali ini, Minseok pula menumpang menakutkan Luhan sekali. Boleh dilihat yang Minseok dan Encik Kim saling berbalas pandangan yang bermakna sesama sendiri.

Luhan meneguk air liurnya sebelum memberi senyuman yang dipaksa (mungkin dia takut) dan mengangguk.

“Jangan risau papa, abang. Luhan akan jaga Minah elok-elok.” Kata Luhan.

Encik Kim dan Minseok mengangkat kening mereka dan mengangguk.

“Err…Kami mintak diri dulu. Mummy dengan baba dah tunggu dekat rumah tu.” Luhan dengan segera berkata untuk menghilangkan rasa takutnya kepada Encik Kim dan Minseok. Pandangan mata mereka betul-betul menakutkannya.

“Hm. Jaga diri. Minah, kamu jangan buli suami kamu ni. Kalau dia kacau awak, telefon abang, nanti abang pukul dia.” Kata Minseok bila Minah memeluknya. Dia boleh lihat Minah menahan ketawa bila dia berkata begitu.

“Hehehe. Okey!” Kata Minah dengan senyuman. Dia menjeling kearah Luhan dan hampir ketawa melihat mukanya yang pucat lesi itu setelah di’serang’ secara bertubi-tubi oleh abang dan papanya.

Padan muka! Berani kau usiklah aku lagi lepas ni. Fikirnya sambil tersenyum puas.

“Awak masuk kereta dulu.” Kata Luhan, menyuruh Minah jalan ke keretanya terlebih dahulu sementara Encik Kim membisikkan sesuatu di telinganya. Minah mengangguk dan berjalan menuju ke kereta Luhan dan duduk di tempat duduk sebelah pemandu dan mencuri pandang ke arah pintu rumahnya dan dia lihat Luhan mengangguk setelah Encik Kim membisikkan sesuatu di telinga Luhan. Keningnya bertaut bila Luhan tersenyum padanya bila dia memasuki kereta itu.

“Apa yang papa cakap dekat awak?” Soalnya.

Senyuman Luhan melebar, “Adalah. Hal orang lelaki.” Katanya sambil mengelipkan matanya kepada Minah. Dia terus memandu keretanya menuju ke rumahnya.

“Luhan.” Panggil Minah.

“Hm?”

“Mummy dengan baba awak marah tak bila papa saya paksa awak kahwin dengan saya?” Soalnya, memandang ke arah Luhan yang sedang memandu di sebelahnya.

Luhan menjuihkan bibirnya sebelum menggeleng membuatkan Minah merasa pelik. Tak marah? Biar betul.

“Serius?”

“Serius. Mummy dengan baba saya tak marah pun. Diorang cakap saya patut bertanggungjawab dengan apa yang saya dah buat.” Kata Luhan.

“Bertanggungjawab? Mummy dengan baba awak cakap macam awak dah mengandungkan saya pulak.” Minah mengomel sendirian sebelum membuang pandangan ke luar tingkap.

“Kenapa? Awak nak ke saya buat awak mengandung?” Luhan bertanya dengan nada suara yang nakal. Minah perlahan-lahan mengalihkan pandangannya dari tingkap itu dan menjeling Luhan dengan tajam.

“Kalau saya tumbuk ‘aset keluarga’ awak, awak nak tak?” Katanya sambil tersenyum untuk menakutkan Luhan.

Luhan memberi pandangan pelik sebelum dia memahami kata-kata gadis itu. Perlahan-lahan tangannya diletakkan di antara kakinya untuk melindungi ‘aset keluarga’nya itu. Risau pula kalau Minah betul-betul melakukan apa yang dikatanya.

Minah tersengih melihat Luhan seperti takut dengan ugutannya.

Takut rupanya. Ingatkan tak takut. Fikirnya sebelum mengeluarkan telefonnya.

“Minah.” Panggil Luhan bila keretanya berhenti di lampu merah. Matanya mencari sesuatu

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^