First 'Date'

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 5 - First 'Date'

Dari : Luhan (+82xxxxxxxxxx)

Awak free tak petang ni?

 

Mesej dari Luhan itu hanya dipandang sepi sebelum dia mencampak telefonnya ke atas katil. Tak tahu dia mahu membalas apa. Biarpun lelaki itu sudah ‘berunding’ dengannya beberapa hari yang lepas dan anginnya sudah mula reda. Dia masih lagi rasa tak selesa berada dekat dengan lelaki itu. Abangnya juga ada berpesan, “Cuba berkawan dengan dia. I don’t think that he’s that bad.” Katanya.

Minah akan cuba. Fikirnya sebelum dia mengambil telefonnya kembali dan membalas mesej Luhan itu.

 

Ke : Luhan (+82xxxxxxxxxx)

Hari ni sabtu. Awak rasa saya free tak?

 

Jawapannya itu membuatkan dia tertawa sendiri. Sebab apa pun dia sendiri tak pasti. Barangkali di rasa cara dia membalas mesej Luhan itu dengan cara mengejek.

 

Dari : Luhan (+82xxxxxxxxxx)

Saya tahu hari ni hari sabtu, obviously. Tapi saya tahu awak masih lagi 'angin' dekat saya dan kalau awak free pun awak akan cari alasan untuk tak keluar dengan saya petang ni.

 

Minah tersengih membaca mesej itu.

 

Ke : Luhan (+82xxxxxxxxxx)

Ha. Kalau dah tahu jawapan saya, buat apa tanya lagi?

 

Dengan selambanya dia membalas mesej Luhan itu untuk menyakitkan hati lelaki itu. Puas hatinya. Tak dapat nak lepas geram cara fizikal, cara mental pun jadilah. Sedang dia berfikir, telefonnya berbunyi minta diangkat. Dia lihat nama pemanggil dan sedikit teragak-agak hendak menjawab panggilan itu bila nama Luhan tertera di skrin telefonnya. Dia berkira-kira sama ada mahu menjawab panggilan itu atau buat tak tahu. Untuk panggilan yang pertama dia mengambil keputusan untuk tidak menjawab tetapi bila sudah masuk kali yang ke-3, dia mengalah dan menjawab panggilan itu.

"Hello?"

"Cepatnya awak jawab panggilan saya." Perli suara di hujung talian. Jelas sekali Luhan terasa hati dengan cara Minah melayan dirinya.

"Ada apa awak call saya ni?" Soal Minah tidak mempedulikan kata perlian Luhan itu.

"Pergi bersiap. Saya dah ada dekat depan rumah awak ni. Kita nak keluar." Balas Luhan dalam nada mendatar.

Minah bergerak pantas ke arah tingkap dan melihat ke bawah. Dia menggigit bibirnya bila dia lihat kereta Luhan sudah ada di depan pintu pagar rumahnya.

"Cepat sikit. Saya dah minta izin mama papa awak nak bawak awak keluar hari ni." Kata Luhan sebelum mematikan talian.

Dengan malas, Minah melangkah ke arah almarinya dan mencari blaus bewarna merah jambu kegemarannya dan juga skirt putih paras lututnya. Selesai menukar pakaian, dia  menuju ke arah meja solek pula untuk menyapu sedikit pelembab bibir dan menyemburkan minyak wangi jenama Chloe nya. Sebelum meninggalkan biliknya, dia mengambil power bank, telefon beserta dompetnya dan dimasukkan ke dalam beg tangannya dan terus turun menuju ke pintu hadapan. Dari jauh dia lihat Luhan sedang khusyuk membaca sesuatu di skrin telefonnya di dalam kereta. Dia membuka pintu kereta itu dan duduk dengan diam, tidak mengendahkan Luhan yang menegurnya setelah dia memasuki kereta lelaki itu.Dia dapat dengar Luhan melepaskan keluhan sebelum kereta itu meluncur di atas jalan.

Mulut Minah terasa gatal hendak bertanya kemana mereka mahu pergi, tapi disebabkan egonya yang setinggi langit itu, dia simpan saja soalannya di dalam mulut.Sekali-sekala, dia mencuri pandang ke arah Luhan yang fokus memandu.Lagu yang dimainkan di radio langsung tidak difahami bahasanya, yang pasti bukan bahasa Korea.

"Saya sambungkan bluetooth telefon saya dengan kereta ni. Semua lagu yang awak dengar dekat radio ni lagu dalam telefon saya." Luhan berkata, seperti tahu-tahu aja apa yang bermain di fikiran Minah.

Minah mencebik, "Saya tak tanya awak pun." Katanya sebelum menguap.

"Hmm, yelah." Balas Luhan dengan pendek. Malas dia mahu bertikam lidah dengan gadis itu.

Dia membelokkan keretanya ke kiri dan berhenti di lampu merah. Luhan mencuri pandang ke tempat duduk di sebelahnya dan dia lihat Minah sudah tertidur. Barangkali dia kepenatan. Dia mengambil jaketnya di belakang dan diselimutkan tubuh Minah dengan jaket itu. Dia tersenyum melihat Minah

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^