Let The Games Begin

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 18 - Let The Games Begin


Minah dan Luhan menghabiskan malam sabtu mereka dengan menonton  drama di ruang tamu. Minah duduk di kerusi berbentuk ‘L’ itu dan Luhan membaringkan kepalanya di atas peha Minah. Mulutnya dari tadi tidak berhenti bercakap tentang perlawanan bola yang akan berlangsung pada hari esok di antara Sekolah Menengah Tinggi SM dan Sekolah Menengah Tinggi BigHit.

“Sayang rasakan, siapa yang akan menang esok?” Tanya Luhan. Matanya masih tertancap kearah TV dan dia membiarkan Minah bermain dengan hujung rambutnya.

Lama Minah terdiam membuatkan Luhan merasa pelik. Kenapa dia terdiam? Biasanya laju je Minah akan memberi respons tapi kali ni dia hanya diam dan menonton TV, tangannya masih bermain dengan rambut Luhan. Matanya memandang kearah TV tapi Luhan yakin yang fikiran Minah sudah merawang jauh.

Dia memetikan jarinya di hadapan Minah dan mata Minah akhirnya terkelip juga. Pandangannya kemudian turun kepada Luhan yang sedang berbaring di atas pehanya dan dia terkelip-kelip bila Luhan memandangnya seperti ada sesuatu yang mahu ditanya padanya.

“Kenapa abang pandang saya macam tu?” Tanya Minah, tangannya berhenti bermain dengan rambut Luhan.

Luhan kemudian duduk menghadap Minah, “Awak menungkan apa tu? Abang cakap dengan awak, awak tak cakap apa-apa pun. Abang rasa macam abang cakap dengan tunggul.” Kata Luhan.Dia lihat Minah seperti cuba untuk mengelak dari bertentang pandang dengannya dan gerak tubuhnya juga mencurigakan.

“Awak ada apa-apa yang awak nak bagitahu abang ke?” Dia bertanya dengan mata yang dikecilkan. Dia yakin yang Minah ada sorokkan sesuatu darinya dan dia mahu tahu apa yang disorokkannya itu.

Minah terdiam dan menggeleng.

“Tak ada apa-apa.” Katanya sebelum matanya mencuri pandang ke arah jam di telefonnya.

“Dah pukul 11 malam ni. Jomlah tidur. Besokkan abang nak bangun awal?” Minah bangun dari duduknya dan menuju ke tangga bila Luhan menariknya dari belakang dan ke dalam pelukannya. Dagunya diletakkan di atas kepala Minah.

Minah cuba untuk melepaskan dirinya namun pelukan Luhan semakin kuat bila dicuba.

“Minah, kalau awak ada masalah, awak boleh cerita dekat abang. You know I’m always here for you, kan?” Kata Luhan dengan lembut. Sedikit sebanyak membuatkan Minah merasa tenang dan pelukan Luhan dibalasnya. Apa yang mengganggu pemikirannya sejak tengah hari tadi terus dilupakan.

“I’m fine. Jomlah kita tidur. Saya dah mengantuk ni~” Rengek Minah. Tangan Luhan digoyang dan ditarik selepas pelukan mereka terlerai membuatkan Luhan tersenyum sebelum dia mengusutkan rambut Minah dan berlari naik ke bilik mereka bila Minah mengejarnya.

“Jahatlah abang ni! Suka sangat usik rambut saya!” Marah Minah bila mereka masuk ke dalam bilik itu. Lengan Luhan dipukul sekuat yang boleh sehingga meniggalkan kesan merah disitu namun Luhan hanya ketawa dan berjalan ke bilik air untuk mandi.

“Awak nak mandi lagi? Bukan awak dah mandi ke tadi?” Tanya Minah yang sudahpun berbaring di atas katil itu.

Luhan mengangguk, “Abang rasa panas. Tu yang abang nak mandi lagi.”

Jawapannya membuatkan kening Minah berkerut. Panas? Sekarang ni bulan September. Musim luruh. Boleh pula Luhan kata panas? Tak betul ke mamat ni? Fikirnya sendiri.

“Ya. Abang tahu sekarang ni musim luruh. Tapi abang sendiri tak tahu kenapa rasa panas sangat ni.” Kata Luhan seolah-olah dia dapat membaca fikiran Minah. Dia mendekati Minah dengan tuala di bahunya sebelum dia mencubit hidung Minah dengan lembut.

“Kenapa? Sayang nak join sekali?” Tanya Luhan sambil tersenyum nakal dan menerima jentikan lembut dari Minah pada dahinya.

“Mengada. Pergi mandi sana kalau awak panas sangat. Saya tak nak mati beku kalau saya mandi malam-malam.” Kata Minah dan berpaling dari Luhan sebelum menarik selimut membaluti tubuhnya. Luhan tertawa kecil sebelum dia kembali bergerak ke bilik air untuk mandi dan bila dia selesai mandi, dia lihat Minah sudahpun tertidur sambil memegang telefonnya. Kakinya melangkah katil sebelah Minah untuk meletakkan telefon Minah pada pengecas yang terletak di meja kecil tepi katil mereka itu sebelum dia baring di sebelah Minah dan menarik gadis yang sedang tidur dengan nyenyak itu ke dalam dakapannya. Dia sudah terbiasa tidur dengan Minah di dalam dakapannya. Dahi Minah dicium lembut sebelum dia turut melelapkan matanya.

 

 

Minah bangun pada pagi itu dan dia lihat Luhan tiada lagi di sisinya. Di meja kecil sebelah katil itu ada sehelai nota yang ditulis untuknya oleh Luhan. Tangannya menggosok matanya sebelum nota itu dibaca.

 

Saya pergi dulu. Kitorang kena tunggu dekat sekolah lepas tu terus pergi Sekolah Menengah Tinggi BigHit naik bas. Pergi sana dengan Bomi tau? Hati-hati and jumpa awak dekat sana :)

P.s: Saya dah buatkan sarapan untuk awak. Jangan lupa makan.

Xoxo,

Suami kesayangan awak ;)

 

Minah tersenyum membaca nota daripada Luhan itu. Dia kemudian turun dari katil itu dan turun ke bawah untuk makan sarapan yang disediakan Luhan untuknya. Selepas dia mencuci pinggan yang sudah digunakan itu, dia kembali naik ke atas untuk mandi dan bersiap untuk ke perlawanan bola Luhan dan mengemas katil sekali.

Ketika dia baru sahaja keluar dari tandas, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Satu mesej kakao dari Bomi yang mengatakan dia sudah dalam perjalanan hendak ke rumah mereka dan satu pesanan ringkas dari Luhan.

 

Dari : Luhan (+82xxxxxxxxxx)

Bila awak nak datang? Perlawanan dah nak mula. Lagi 30 minit ni. Saya nak jumpa awak sebelum perlawanan bermula >_<

 

Dia menaip balasan untuk Luhan sebelum dia menekan butang hantar.

 

Ke : Luhan (+82xxxxxxxxxx)

I’m on the way. Nanti saya nak jumpa awak dekat mana? Btw, asal tak hantar mesej guna kakao je?

 

Dan bila dia sedang mengemas katil mereka, satu lagi mesej dari Luhan diterima.

 

Dari : Luhan (+82xxxxxxxxxx)

Nanti awak masuk locker room, saya tunggu awak dekat sana. Ajak Bomi sekali. Kris nak jumpa dia sebelum perlawanan bermula. Internet kat sini lembab, tu yang saya hantar mesej biasa je.

 

“Minah! Kau dekat mana?” Suara Bomi yang datang dari bawah

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^