The Surprise Visit

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 19 - The Surprise Visit

Author's Note -

​Tak sure sama ada chapter ni perlu di-rated M atau tak but nak warning awal-awal yang ada part yang mungkin tak sesuai untuk pembaca bawah umur ._.

Tapi Yuko jamin yang cerita ni TAK AKAN ada because I don't write .

Tubuh Luhan digoyang dengan lembut untuk mengejutkannya dari tidur. Mereka sudahpun pulang ke rumah malam semalam selepas dihantar oleh Kris. Tongkat yang dibawa pulang dari hospital semalam tersandar elok di tepi dinding sebelum diambilnya.

“Awak. Bangunlah. Dah pukul 11 dah ni.” Kejut Minah sekali lagi. Baru sahaja dia mahu mengejutkan Luhan sekali lagi, telefonnya berbunyi. Skrin dipandang sekali lalu sahaja sebelum dia mengangkat panggilan itu.

“Hello? Oh, Jimin. Mana awak dapat nombor telefon saya? Oh...Muzium? Maaflah, saya ada hal sikit harini jadi saya terpaksa tangguhkan ke minggu depan. Maaf sangat-sangat. Terima kasih sebab memahami. Okey. Jumpa dekat sekolah nanti. Bye.” Minah menamatkan perbualan itu secepat yang boleh. Bila dia meletakkan telefonnya di dalam poketnya dan sudah berniat mahu mengejutkan Luhan namun dia lihat Luhan sudahpun bangun dan sedang bersandar di bingkai katil itu dengan mata yang kuyu.

“Siapa tu?” Tanya Luhan.

“Jimin. Dia tanya jadi tak nak pergi Muzium harini. Saya jawablah tak.” Balas Minah. Dia memberi kedua tongkat itu kepada Luhan bila dilihatnya lelaki itu cuba untuk bangun dari katil. Lengan Luhan dipegang erat untuk membantunya bangun.

Kening Luhan berkerut, “Kenapa tak?” Dia bertanya lagi.

“Saya nak jaga abang. Takkanlah saya nak pergi Muzium dan tinggalkan abang sorang-sorang dekat rumah ni?” Katanya.

Luhan mengangguk sebelum dia berdiri tegak di depan Minah.

“Kenapa awak berdiri tegak depan saya ni?” Tanya Minah dengan kening yang hampir bertaut.

“Baju.”

“Kenapa dengan baju?” Minah semakin bingung.

“Tolong bukakan baju saya. Nak mandi.” Kata Luhan sambil matanya dikelip-kelipkan.

“Aik? Kaki yang patah kan? Kenapa nak Minah yang bukakan baju?’ Tanya Minah.

“Alah~ Nak manja dengan awak sekali sekala takkan tak boleh?” Pinta Luhan lagi.

Muka Minah berubah merah dan tangannya sedikit menggeletar bila dia menanggalkan butang baju tidur Luhan. Bila sampai ke butang yang terakhir, dia sedikit teragak-agak hendak membuka baju itu dan melihat tubuh Luhan yang tidak berbaju. Bukan dia tak pernah nampak cuma ketika dia nampak Luhan tidak berbaju itu ialah secara tidak sengaja.

"Tunggu apa lagi? Tolonglah tanggalkan baju abang." Kata Luhan. Dia tersengih kerana dia tahu yang Minah merasa malu dan gementar hendak membuka bajunya. Iyalah, dia dan Minah belum pernah 'bersama' lagi dan dia sengaja mahu mengusik Minah sekarang ini.

"S-sabar lah!" Minah tergagap sebelum dia menanggalkan baju itu dan dengan mata yang separuh dibuka, dia memusingkan tubuh Luhan setelah baju tidur lelaki itu ditanggal dan dicampak ke dalam bakul baju. Nampak belakang badan lagi baik dari nampak yang depan. Dia tahu yang tubuh Luhan tak setegap ahli tinju namun tubuhnya 'fit' untuk remaja sepertinya.

Luhan kemudian berjalan memasuki bilik air dengan bantuan Minah. Dan sekali lagi dia meminta Minah untuk memandikannya dengan alasan mahu ‘bermanja’ dengan isteri kesayangan. Dia yang hanya memakai sehelai boxer itu duduk di atas kerusi kecil yang ada di dalam tandas itu sementara Minah membawa turun kepala pancuran mandi itu. Kaki kanan yang disimen itu diangkat dan diletakkan di atas satu lagi kerusi.

“N-nanti awak tolong pegangkan air ni waktu saya syampukan rambut awak. Boleh tak?” Tanya Minah dengan rasa gementar. Dia cuba untuk mengelak dari melihat mata Luhan kerana dia tahu Luhan pasti akan mengusiknya kerana dia dapat rasa dia menggeletar.

Luhan tersenyum nakal dan keningnya diangkat, “Kenapa rambut je? Badan abang awak tak nak tolong sabunkan sekali ke?” Dia bertanya.

Lengannya dipukul oleh Minah yang sudah merah mukanya.

“Gatal! Mandi sendirilah kalau macam ni!” Kata Minah dan sudah bergerak ke pintu tandas untuk keluar sebelum tangannya ditarik dari belakang oleh Luhan.

“Alah awak ni~ Abang nak main-main pun tak boleh.” Luhan menarik Minah dan memberikan kepala pancuran air itu kembali padanya. Dan pipi Minah dicubit menggunakan tangan kanannya. Comel pula bila Minah menarik muncung sedepa.

“Dah, jangan muncung-muncung lagi. Nanti mulut jadi macam muncung itik baru tahu.” Usik Luhan lagi.

“Abang, can you not?” Minah memandang Luhan dengan mata yang dikecilkan. Tak habis-habis lagi nak mengusik dirinya.

“Can I not what?”

“Jangan usik-usik macam ni lagi.  Minah malu lah.” Minah berterus terang dengannya.

Luhan mengangguk dan tersenyum kecil bila Minah mula membuka air pancuran dan air mula membasahi rambutnya. Tangan Minah dengan berhati-hati mengangkat kaki Luhan yang berbalut itu dan dia mengambil kain untuk membasahkan bahagian kaki yang tak berbalut itu. Syampu dibawa turun dari penyangkut dan dipicitkan sedikit ke telapak tangannya sebelum diramas ke rambut Luhan sehingga berbuih.

Sementara Minah menyampukan rambutnya, Luhan memegang kepala pancuran air itu sebelum satu idea nakal terbit difikirannya dan pancuran air itu dihalakan kepada Minah yang sedang menaympukan rambutnya itu.

“Abang!!! Basah baju Minah!” Kata Minah dan melangkah setapak bila baju tidur bewarna putihnya itu mula menunjukkan pakaian dalamnya setelah air dipancutkan. Mereka berdua terdiam dan hanya bunyi air yang dapat didengari. Mata Luhan terkelip-kelip memandang Minah dan dia terfikir sendiri, apakah yang dibuatnya tadi salah ataupun dia secara tak sengaja telah mencabar ‘self-control’nya.

Dia meneguk air liurnya bila baju dalam Minah yang bewarna merah sudah mula boleh dilihat dari baju tidur bewarna putih itu. Minah memandang ke arah pandangan Luhan dan dia memeluk tubuhnya sendiri bila dia perasan yang bajunya mula menampakkan isinya. Berbahang mukanya bila Luhan memandangnya dengan tidak berkelip.

Dia kemudian ditarik Luhan dan didudukan di atas peha lelaki itu. Dapat dia dengar nafas Luhan yang dikawal seolah-olah ada sesuatu yang mengujakannya dan dia tak mahu bertanya apa puncanya kerana yang pasti, p

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^