Yixing's Payback

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 8 - Yixing's Payback


“Minah.” Panggil Luhan ketika gadis itu sedang mengemas pakaian yang dibawanya dan dimasukkan ke dalam almari milik Luhan. Selepas makan tengah hari tadi, Luhan menyuruhnya meletakkan baju-bajunya di dalam almarinya. Pada mulanya dia menolak tapi setelah didesak, dia menurut sahaja.

“Ya?” Minah menjawab. Pandangannya tidak beralih dari baju yang sedang dilipatnya.

“Malam ni saya nak bawak awak jalan-jalan dekat Itaewon. Pukul 7.30 nanti kita gerak.” Luhan memberitahu. Dari nada suaranya Minah tahu dia tiada pilihan selain dari mengikut sahaja. Lagipun Tuan dan Puan Xi juga mahu ke majlis perkahwinan anak kawan mereka malam ini.

Minah hanya mengangguk dan melipat baju terakhir yang ada dalam begnya sebelum bergerak menuju ke pintu untuk turun ke ruang tamu. Dia sebolehnya cuba mengelak untuk berada dalam satu bilik dengan Luhan.

Tangannya baru sahaja mahu memegang tombol pintu sebelum Luhan sekali lagi memanggil namanya. Dia tidak berpaling bila dia dapat merasakan yang Luhan semakin mendekatinya. Tangannya mula digenggam saat Luhan mengangkat rambut panjangnya.

“Relaks,” Kata Luhan. “Saya bukan nak apa-apakan awak.”

Tangan yang digenggam tadi mula relaks dan kembali digenggam bila dia terasa sesuatu yang sejuk mendarat di lehernya.

“Dah.” Kata Luhan sebelum mengambil beberapa langkah kebelakang. Dia menarik Minah menuju ke meja solek yang ada berdekatan dengan tandas di biliknya.

Bibir Minah perlahan-lahan mengukir sebuah senyuman bila dia lihat ada seutas rantai tergantung dengan elok di lehernya. Dia mahu mengucapkan terima kasih tapi oleh kerana egonya yang setinggi langit itu, dia hanya mendiamkan diri.

“Kalau awak tak nak pakai cincin kahwin kita, saya tak kisah. Dengan syarat, awak tak akan pernah tanggalkan rantai ni.” Pinta Luhan sambil memegang kedua bahu Minah.

Dia memusingkan badan Minah supaya gadis itu menghadapnya. “Saya tahu dan saya faham awak tak suka saya, sebab tulah awak tak nak pakai cincin kahwin kita. Tapi saya nak awak janji dengan saya. Janji dengan saya yang awak tak akan tanggalkan atau hilangkan rantai ni. Faham?” Luhan berkata dengan bersungguh-sungguh.

Melihatkan Luhan bersungguh-sungguh mahu dia memakai rantai yang ada dilehernya itu, dia mengangguk dengan senyuman lembut di bibirnya.

“Ya. Saya janji saya akan jaga rantai ni dengan nyawa saya.” Katanya.

Jawapannya itu membuatkan Luhan dengan spontan mencium dahinya. Dia terkejut dengan tindakan Luhan itu dan dia terasa seperti jantungnya membuat summersault bila Luhan mencium dahinya.

“Eh! Maafkan saya! Saya tak tahu kenapa saya cium dahi awak tadi! Saya betul-betul minta maaf.” Luhan kaget bila dia lihat Minah tidak bergerak setelah dia mencium dahi gadis itu. Dia sendiri pelik kenapa dia buat begitu. Barangkali kerana dia terlalu gembira dan mencium dahi Minah adalah satu tindakan reflex.

“T-tak apa. S-saya tahu awak tak sengaja. Err…Saya turun bawah dulu.” Minah berkata sebelum berlari keluar dari bilik itu menuju ke ruang tamu. Sampai saja di ruang tamu, Minah meletakkan tangannya di dada untuk menenangkan jantungnya yang berdegup laju. Dia tak pasti sama ada ia kerana dia berlari terlampau laju ataupun kerana apa yang Luhan secara tidak sengaja telah lakukan tadi.

Relaks Minah. Jantung kau berdegup laju sebab kau tak pernah ada physical contact dengan mana-mana lelaki selain abang dengan ayah kau sebelum ni. Jantung kau yang excited, bukan kau. Get back to your senses! Kau tak sukakan Luhan dan kau tak akan sukakan dia! Kau perlu bertahan untuk setahun je. Lepas tu, kau akan bebas! Hati Minah mengingatkan.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan bila degupan jantungnya sudah kembali normal, dia kembali naik ke bilik Luhan.

“Jadi, kita jumpa dekat tempat biasa?”

Minah hanya melihat Luhan bercakap dalam bahasa ibundanya di telefon dengan seseorang. Hendak bertanya, mulutnya terasa berat. Dan bila pandangan Luhan beralih kepadanya, dia hanya mengangkat keningnya seperti bertanya siapa yang menelefon.

“Ok. Nanti aku datang dengan dia. Kau jangan lambat pulak.” Luhan mematikan talian dan meletakkan telefon pintarnya di atas meja lampu bersebelahan katilnya.

“Siap cepat. Kita kena pergi awal. Takut jalan jam.” Arah Luhan. Dia langsung tidak perasan yang isterinya secara tak langsung bertanya siapa yang menelefon. Dan dengan selamba badaknya dia, Luhan membuka bajunya dan menukar ke T-Shirt yang diambilnya dari almari.

“Hei! Tak boleh tunggu saya masuk tandas dulu ke nak bukak baju? Eii…” Minah menjerit dan berlari ke dalam bilik air. Boleh dia dengar tawa Luhan ketika dia masuk ke dalam tandas.

Haii bini aku ni. Senang je nak kenakan dia. Fikir Luhan sambil menukar seluarnya kepada jeans yang disangkut di tempat penyangkut baju.

 

 

“Cantik bini kau, Lulu. Tak sangka kau kahwin lagi awal dari aku.” Kata Yixing sebaik sahaja sepupunya itu masuk ke dalam Café itu bersama isterinya.

“Stop panggil aku Lulu boleh tak? Kau buat aku rasa macam perempuan.” Kata Luhan dan mengambil tempat di depan Yixing. Minah hanya tersenyum saat Yixing menyapa mereka berdua. Dia pernah berjumpa Yixing di majlis perkahwinan mereka dua hari lepas.

Yixing hanya tersengih saat Luhan berkata begitu. Dia memang sedia maklum yang Luhan cukup pantang bila orang

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^