Movie Night & The Late Night Confession

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 15 - Movie Night & The Late Night Confession


“Luhan! Fokus! Perlawanan bola dah dekat! Saya tak nak kamu lalai! Kamu kapten pasukan dan pemain bola sepak terbaik sekolah kita!” Jurulatih Jin memarahi Luhan. Dia tak tahu mengapa Luhan nampak begitu terganggu hari itu.

Luhan hanya mengangguk dan menuturkan kata-kata maaf. Bahunya ditepuk Kris sebelum jurulatih mereka meniup wisel menandakan mereka boleh berehat.

“Kau okey tak?” Kris bertanya ketika mereka duduk di bangku tepi padang. Dua botol air mineral yang dibawanya tadi diletakkan di antara mereka sebelum di hulurkan salah satu botol itu kepada Luhan. Botol itu disambut dan dibuka penutupnya sebelum diminum Luhan.

Luhan mengangguk selepas melepaskan keluhan. Sudah hampir 5 bulan neneknya meninggal dan dia masih lagi tak dapat menerima kenyataan. Minah juga sudah cuba pelbagai cara untuk membuat dia tersenyum semula namun semua itu tak berjaya. Dia tahu yang Minah sudah cuba sedaya-upayanya dan dia menghargai usaha Minah itu. Cara Minah melayannya juga berubah sejak mereka pulang dari Beijing. Dan sepanjang seminggu dendanya berjalan selepas pulang dari Beijing, Minah menurut segala perintahnya dan dia menepati janji untuk tidak meminta benda yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya sepanjang seminggu itu dia mampu tersenyum biarpun untuk sekejap.

“Luhan. Aku faham perasaan kau. Memang susah untuk terima kenyataan bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita. Aku pernah rasa apa yang kau rasa.” Kris menepuk bahu Luhan dan bangun bila jurulatih mereka sudah meniup wisel, menyuruh mereka kembali ke padang untuk menyambung latihan mereka.

Pandangan Luhan beralih kepada Kris. Kris pernah kehilangan orang yang dia sayangi?

Seperti memahami pandangan Luhan itu, Kris tersenyum pahit. “Girlfriend aku meninggal dalam kemalangan jalan raya 2 tahun lepas.” Katanya. Suaranya sedikit bergetar bila dia teringat kepada Park Chorong, teman wanitanya yang meninggal dunia dalam kemalangan langgar lari 2 tahun yang lepas.

“Kris…Aku tak tahu pun…” Luhan memandangnya dengan pandangan yang kasihan.

Kris menggeleng sebelum tersenyum.

“Tak apa. Lagipun kau kan baru pindah sini 2 tahun lepas. Takkanlah aku nak cerita dekat kau?” Kata Kris dengan senyuman sambil mereka berjalan menuju ke tengah padang.

“Mesti kau sedih kan?”

“Mestilah. Aku sayang sangat dengan dia sebab dia je yang kenal aku lebih dari aku kenal diri aku sendiri.” Katanya sambil tersenyum kecil.

Mereka terdiam sebentar sebelum Kris menyambung.

“Tapi dia dah pesan dekat aku sebelum dia pergi. Dia pesan supaya aku teruskan hidup aku walaupun dia dah tak ada dan jangan menangis sebab semua yang berlaku ada sebab yang tersendiri.” Katanya.

Mereka sampai di tengah padang dan mengambil kedudukan masing-masing. Kata-kata Kris tadi bermain difikirannya. Dia tahu memang bukan mudah untuk melupakan orang tersayang yang telah tiada dan dia akui Kris memang kuat.

Takkanlah aku nak murung macam ni sampai bila-bila? Semua yang berlaku ada hikmah. Fikirnya sebelum bunyi wisel ditangkap telinganya.

 

 

Minah berjalan menuju ke padang untuk menyaksikan latihan bola sepak Luhan pada waktu rehat itu dengan membawa sehelai tuala kecil dan sebotol air mineral bersamanya. Dia sengaja tak memberitahu Luhan yang dia akan turun padang untuk melihat latihannya. Bomi pada mulanya mahu ikut sekali tapi dia dipanggil Puan Yoona ke pejabat.

Dia baru sahaja mahu turun ke padang bila seseorang melanggarnya secara tidak sengaja membuatkan dia jatuh ke belakang.

“Maafkan saya! Awak tak apa-apa ke?” Suara seorang lelaki menyapa telinganya dan tangan dihulur untuk membantunya bangun dari tanah.

“Eh? Awak bukan ke Cik yang saya jumpa dekat lapangan terbang haritu?” Kata lelaki itu dengan senyuman bila Minah menyambut huluran tangannya.

Minah membalas senyumannya dengan mesra.

“Saya tak tahu pulak awak sekolah dekat sini. Saya Park Jimin by the way. Selamat berkenalan.” Jimin memperkenalkan dirinya kepada Minah.

“Oh. Saya Kim Minah. Selamat berkenalan.” Minah menundukkan sedikit kepalanya.

“Awak nak ke mana ni? Laju betul awak jalan.” Tanya Jimin dan berjalan bersama Minah.

“Saya nak pergi tengok latihan bola sepak dekat padang. Awak dah lama ke sekolah dekat sini?” Minah mengalihkan topik. Matanya kemudian beralih ke arah padang untuk mencari Luhan dan dia tersenyum bila dia lihat Luhan mengejar bola dan cuba menggelecek bola itu dari kawannya.

“Oh…Saya baru daftar tadi. Saya dari kelas 11-2. Awak?” Jimin masih lagi belum berhenti mencuba untuk berbual dengan Minah.

Dia lihat mata Minah seperti tercari-cari sesuatu atau seseorang di padang itu sebelum dia mengulangi soalannya sambil melambaikan tangannya di hadapan muka Minah.

“Maaf. Awak tanya apa tadi?” Minah bertanya kembali.

Jimin tersenyum kecil sebelum mengulangi jawapannya, “Saya cakap saya dari kelas 11-2 dan baru daftar hari ni. Awak dari kelas mana?”

“Oh. Saya dari kelas 11-3. Kelas kita sebelah-sebelah je.” Minah menjawab dengan senyuman. Dia boleh lihat yang Luhan berhenti berlari dan melambai-lambai ke arahnya dengan senyuman yang lebar. Dan dia turut tersenyum bila Luhan tersenyum padanya dan melambai secara tersorok dari jauh. Sudah lama dia tak nampak Luhan tersenyum lebar sebegitu.

Kening Jimin terangkat bila dia perasan yang Minah melambaikan tangannya secara tersorok. Dan dia cuba mencari kepada siapa lambaian itu ditujukan.

“Okeylah, Jimin. Saya nak turun padang dulu. Awak pergilah rehat. Kejap lagi waktu rehat habis.” Kata Minah cuba untuk menghentikan perbualan mereka. Dia mahu turun ke padang bersendirian dan bukan dengan sesiapa melainkan Bomi.

“Oh,” Kata Jimin sebelum dia berpusing ke belakang. “Okey. See you again, Kim Minah.” Dia memberi senyuman sebelum berjalan pergi.

Minah menarik nafas lega bila Jimin melangkah pergi. Kakinya kemudian menuruni tangga untuk ke tempat duduk penonton di tepi padang yang besar itu sebelum semua pemain bola berhenti bermain dan menuju ke tepi padang untuk berehat. Dia lihat Luhan lah yang paling bersemangat berlari ke tepi padang menuju kepadanya.

“Hei,” Sapanya.

“Hei, semangat betul awak berlari tadi. Tak takut jatuh ke?” Tanya Minah.

Luhan tersenyum sebelum menggeleng.

“Saya dah banyak kali jatuh dah. Bukan setakat jatuh dekat padang je.” Katanya.

“Awak jatuh dekat mana lagi selain dekat padang? Dekat tengah jalan pun jatuh jugak ke?” Minah bertanya dan menghulurkan tuala dan juga air yang dibawanya sekali.

Luhan menyambut huluran Minah dan mengeringkan rambutnya yang dibasahi peluh menggunakan tuala yang diberi Minah. Dia tersenyum melihat cincin di jari manis Minah.

“Saya dah banyak kali jatuh cinta dekat awak.” Luhan mengenyit matanya kepada Minah membuatkan muka gadis itu berubah merah.

Lengannya dipukul dengan perlahan oleh Minah yang sedang cuba untuk menyorokkan mukanya dari Luhan. Malu betul dia bila Luhan kata begitu.

“Eii…Pick-up line dah basi.” Katanya.

“Dah basi pun awak still merah muka. Kan?” Luhan mengusik.

Baru sahaja Minah mahu

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^