Sakit Hati Or Keras Hati?

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 4 - Sakit Hati Or Keras Hati?

Berkat kata-kata Minseok semalam, amarah Minah mula berkurangan dan biarpun dia tidak suka dengan Luhan, nak tak nak dia kena terima juga.

"Nampaknya, angin kus-kus kawan aku ni dah kurang dah. Kau dah tak marah lagi ke?" Soal Bomi bila mereka masuk ke kelas.

Melihat Minah tersenyum itu seperti sudah menjawab soalannya. Dia menarik nafas lega. Semalam dia lihat muka Minah yang masam itu membuatkan dia tak berani untuk menegur kawan baiknya itu. Dia sendiri tak tahu apa sebab Minah kelihatan begitu marah semalam.

"Aku okey. Bila masa aku marah?" Soal Minah dan duduk di tempatnya sebelum mengeluarkan beberapa buah buku serta alat tulisnya.

"Well, semalam muka kau macam nak makan orang. Rare tu. Biasanya kau ni susah nak marah orang. Apa yang buat kau marah sangat semalam?" Bomi bertanya sebelum dia juga turut duduk di sebelah Minah.

Minah mendiamkan dirinya. Dia berkira-kira sama ada dia mahu beritahu Bomi atau tidak tentang apa yang terjadi antara dia dan Luhan. Was-was juga dia nak bagi tahu. Bukan sebab dia tak percayakan Bomi, tapi risau jika Bomi terpecah rahsia dekat orang lain.

Setelah beberapa minit berfikir, Minah hanya tersenyum padanya, "Adalah. Hal keluarga." Dalihnya.

Bomi hanya mengangguk sebelum dia berdiri dan memberitahu Minah dia mahu ke bilik guru sebentar bila dia teringat dia perlu berjumpa dengan Puan Yoona. Minah hanya mengangguk sebelum dia memandang ke luar tingkap. Terasa malas pula dia mahu membaca buku seperti biasa. Dia merasa tenang melihat awan yang kelihatan gebu seperti marshmallow dan langit biru itu.

“Minah! Senior Luhan nak jumpa dengan awak!” Suara Jimin, rakan sekelasnya, mematikan lamunan Minah. Dia menarik nafas yang dalam sebelum dia berdiri dan berjalan keluar dari kelasnya untuk berjumpa dengan Luhan.

Dia lihat Luhan kelihatan sedikit resah bila dia keluar dari kelasnya. Luhan memandangnya dengan berhati-hati, takut diberi jelingan ala-ala Pontianak seperti semalam. Minah mengekalkan muka ‘bengang’nya walaupun pada hakikatnya dia mahu ketawa melihat Luhan seperti takut-takut hendak memandangnya.

“Awak nak apa lagi?” Soal Minah dalam nada suara yang mendatar. Matanya memandang tepat ke arah anak mata Luhan dengan tajam.

Bibir Luhan sedikit bergetar. Tak pernah dia merasa takut hendak bercakap dengan Minah.

“A-awak marah lagi ke dekat saya? Pasal apa yang dah jadi haritu?” Dia bertanya, sedikit teragak-agak.

Minah tersenyum mengejek.

“Marah? Eh tak adalah. Saya sikit pun tak marah. Suka lagi ada.” Kata Minah dengan sinis dan menekankan perkataan ‘sikit’ dan ‘suka’ itu.

Luhan meneguk air liurnya. Belum sempat dia hendak berkata apa-apa, loceng berbunyi menandakan mereka semua perlu masuk ke kelas untuk memulakan mata pelajaran pertama mereka pada hari itu.

“Kalau awak ada hal 'penting' yang nak dibincangkan, tunggu saya dekat tingkat atas sekolah ni waktu rehat nanti.” Putus Minah sebelum berjalan masuk ke kelasnya meninggalkan Luhan terpinga-pinga di situ.

Sebaik saja dia menjejakkan kakinya di dalam kelasnya, dia lihat rakan-rakan kelasnya yang lain memandangnya sambil berbisik sesama sendiri.

“Eh! Dia dah datang lah!”

“Kau rasa, dia dengan Senior Luhan ada apa-apa ke?”

Minah hanya buat tidak dengar apa yang dibisikkan oleh mereka itu dan terus ke mejanya. Dia lihat Bomi sudahpun ada di tempatnya walaupun dia tak perasan bila Bomi masuk ke kelas sedangkan dia hanya bercakap dengan Luhan di depan kelas sahaja.

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^