Ku Milikmu

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 17 - Ku Milikmu


Pintu lokernya ditutup dengan perlahan sebelum dia berpaling kepada Luhan yang setia menunggu di sisi. Buku yang dibawa keluar dipeluk ke dada sebelum mereka berdua memulakan langkah mereka menuju ke kelas masing-masing pada hari Isnin itu dan kali ini, Luhan menawarkan diri untuk menghantar Minah sehingga ke kelas biarpun sudah berkali-kali Minah menolak tawaran Luhan itu. Pelajar disekeliling mereka mula berbisik sesama sendiri dan antara perbualan yang dapat ditangkap Minah ialah;

‘Khabar angin tu betul lah! Kapten pasukan bola sepak sekolah kita couple dengan Minah!’

‘Tapi…Bukan pelajar senior tak sepatutnya ada hubungan dengan sesiapa ke? Mereka kan nak ambik peperiksaan kemasukkan Universiti tahun ni? Boleh fokus ke?’

‘Dari dulu lagi aku ship diorang.’

 “Awak dengar tu? Ada jugak orang yang ship kita berdua ni.” Kata Luhan sebelum Minah tetawa kecil mendengar kata-katanya itu. Boleh pula kawan-kawan sekolahnya yang lain (tak semua) padankan mereka berdua? Takkanlah mereka tak perasan yang dulu Minah cukup tak suka dengan mamat tu? Okey, itu semua dulu. Sekarang dia dah tak ada perasaan tak suka tu lagi.

“Awak~ Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Luhan merengek sambil menggoyang-goyangkan tubuh Minah.

 “Saya dengarlah. Saja je buat-buat pekak.” Ejeknya.

Luhan merengus sebelum dia mencubit hidung Minah dengan manja. Minah ni dilihatnya semakin berani mengusik dan memulangkan paku buah kerasnya setiap kali ada peluang. Jauh berbeza dengan Minah yang pasif dan dingin dengannya dulu, itu membuatkan dia rasa gembira.

Mereka menghentikan langkah mereka bila mereka sudah tiba di depan kelas Minah dan Luhan menunggu sehingga Minah duduk di tempatnya sebelum dia menuju ke kelasnya yang berada di tingkat 1 dan menuruni tangga sebelum langkahnya terhenti bila namanya dipanggil dari belakang. Dia berpaling dan dia lihat Hyeji berlari ke arahnya sebelum dia melompat dan memeluk Luhan dari belakang.

“Hei! Apa peluk-peluk ni??” Kata Luhan dalam nada terkejut. Tangannya cuba untuk melonggarkan pelukan Hyeji di lehernya dan dia hampir tercekik.

Hyeji turun dari belakangnya sebelum berpeluk tubuh dan memandang Luhan dengan bibir yang dijuih keluar. Matanya tajam memandang Luhan dan keningnya diangkat bila Luhan kelihatan tidak selesa dengannya.

“Awak~ Kenapa saya dengar orang cakap yang awak dengan budak tu dah official?” Tanya Hyeji, suaranya kedengaran seperti kanak-kanak yang merajuk.

“Siapa? Minah?” Luhan bertanya.

Hyeji mengangguk, bibir masih dijuih kedepan.

“Kalau kitorang dah official pun, apa kaitannya dengan awak?”

“Habistu, kalau awak dengan dia dah couple, how about us?”

Luhan memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

“Us? Shin Hyeji, there’s never an ‘us’. Kita tak pernah ada apa-apa pun sejak dari mula. Saya dah banyak kali bagi hint yang saya tak berminat dan awak yang buat-buat tak faham.” Kata Luhan. Matanya memandang ke arah Hyeji.

Gadis itu terdiam dan matanya mula berair sebelum dia berjalan melepasi Luhan dan rasa bersalah mula mencengkam jiwanya. Dia tahu apa yang dikatakannya tadi terlampau straightforward tapi dia perlu menghentikan cubaan Hyeji dari terus-menerus memaksa dirinya untuk membalas perasaannya.

Maafkan saya, Hyeji. Luhan memandang ke bawah untuk menghilangkan rasa bersalah yang mula bersarang di dalam hatinya. Dia kembali menuruni tangga dan berjalan menuju ke kelasnya dan dia lihat Kris sudah terlebih dahulu duduk di tempatnya. Luhan meletakkan begnya di atas mejanya sebelum dia berpeluk tubuh dan memandang ke arah Kris dengan kening yang diangkat.

“Lambatnya kau masuk kelas harini. Biasanya kau lagi awal dari aku.” Kata Kris, senyumannya seperti mengejeknya.

“Aku hantar buah hati ke kelas~ Kenapa? Kau tak pernah buat macam tu ke dekat kesayangan kau tu?” Luhan mengejek Kris kembali. Dia mengambil tempat Kris yang berada di hadapan mejanya.

“Kesayangan aku dah ugut aku. Dia kata jangan mengada-ngada nak hantar dia pergi kelas kalau aku nak hidup lama. Lepastu dia cakap, kelas dia bukannya dalam hutan sana sampai kena hantar-hantar.” Kris berkata sekaligus memerli Luhan sekali membuatkan kawannya tertawa dengan kata-katanya.

“Aku sayang bini, tu yang aku hantar dia sampai ke kelas. Kau ni dah macam kena queen control. Ni baru in a relationship, belum kahwin lagi. Nanti bila korang berdua dah kahwin, silap-silap Bomi ikat kau dekat katil korang biar kau tak boleh cari perempuan lain nanti.” Kata Luhan cuba mempertahankan dirinya.

“Hmm. Yelah.” Kris mengalah sebelum dia menyuruh Luhan duduk di tempat asalnya setelah guru mereka masuk ke dalam kelas.

 

 

“Untuk kerja kursus kita kali ni, kelas kita akan bergabung dengan kelas 11-2. Jadi cikgu harap kamu semua boleh bekerjasama dengan mereka sebab markah kerja kursus ni akan dimasukkan dalam rekod sekolah kamu semua. Faham semua?” Kata Puan Yoona sambil memandang ke arah semua anak  muridnya.

“Faham!” Mereka semua menyahut serentak.

Kelas itu kemudian dimasuki kesemua 15 orang pelajar dari kelas 11-2 dan mereka kemudian dibahagikan secara berpasangan dengan 15 orang lagi pelajar dari kelas 11-3.

“Pasangan yang terakhir ialan Kim Minah dari kelas 11-3 dan Park Jimin dari kelas 11-2.” Umum Puan Yoona dan menandakan nama Minah dan Jimin sebelum menyuruh kedua orang pelajar itu duduk di meja yang telah ditetapkan untuk mereka.

“Hai. Tak sangka kita berpasangan untuk kerja kursus ni.” Dengan mesra Jimin menegur Minah. Senyuman masih tidak lekang dari bibir kecilnya yang bewarna merah jambu itu. Buku sejarah yang dibawanya tadi diletakkan di atas meja dihadapannya sebelum mengalihkan tumpuannya kepada Minah.

Dia lihat Minah hanya mengangguk dengan senyuman dan dia merasa sedikit kecewa yang Minah tidak memberi respon kepadanya selain dari anggukan dan senyuman.

Tangannya dihulurkan kepada Minah, “Saya harap kita sama-sama dapat siapkan kerja kursus ni dengan mudah.” Katanya sebelum hulurannya disambut Minah dengan teragak-agak.

Bibirnya dikemam dan otaknya ligat mencari idea untuk berbicara dengan gadis itu dan mengurangkan tekanan yang dapat dirasainya.

“So,” Dia bermula. “Kita nak buat rujukan dekat mana? Dekat perpustakaan ataupun muzium? Atau kedua-duanya sekali?” Tanya Jimin sambil mengeluarkan buku nota untuk mencatat apa yang diperlukan.

Minah terdiam sebentar untuk memikirkan tempat yang sesuai untuk mereka menyiapkan kerja kursus itu. Hendak ke perpustakaan, dia rasa pada hari sabtu ahad, perpustakaan akan penuh dengan pelajar university yang datang untuk mengulangkaji. Hendak pergi ke muzium, takkan nak pergi berdua pula?

“Jadi? Nak pergi yang mana? The library or the museum?” Jimin bertanya sekali lagi.

“Hmm…Saya rasa pergi muzium jelah. Tapi boleh tak saya ajak kawan saya sekali?” Tanya Minah.

Jimin mengangguk, “Boleh aje.” Katanya dengan senyuman.

“Awak ni memang

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^