The Quiet One & The Naughty One

First Kiss
Please log in to read the full chapter


Bab 1 - The Quiet One & The Naughty One

Jam locengnya sudah berbunyi sebaik sahaja jarum menunjukkan pukul 5.45 minit pagi. Minah menekan punat yang ada di atas jam locengnya untuk mematikan bunyi supaya tidur orang lain tidak terganggu hanya kerana bunyi yang maha annoying di pagi Isnin itu.

Dia terus turun dari katil empuknya yang bewarna ungu itu dan berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Tuala yang tersangkut di tepi bilik air itu diambil sebelum melangkah masuk kedalam bilik airnya itu. Matanya masih tertutup di saat air panas menyentuh tubuhnya di pagi yang sejuk itu. Terasa malas pula dia mahu ke sekolah. Penyakit hari Isnin bak kata abangnya.

Its easy for you to say. Abang dah habis sekolah bolehlah cakap macam tu. Fikirnya sambil cuba untuk membuka matanya yang terasa berat seperti digam dengan gam cap gajah. Tangannya meraba dinding untuk mencari syampu dan sabun badan sebelum dia menyental tubuh badannya dengan sabun yang dia dapati. Setelah selesai, dia menolak pili air hujannya dan menuju ke singki untuk mencuci muka dan menggosok gigi.

Tok! Tok!

Dia keluar dari bilik air bila terdengar pintu biliknya diketuk.

“Siapa tu?” Dia bertanya sambil mendekati pintu. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu.

“Ini baju Cik. Saya dah siap gosokkan. Sarapan pun dah dihidangkan. Nanti Cik turun ya?” Kata pembantu rumah itu sambil memberikan uniform sekolah kepadanya.

Minah memberikan senyuman sebelum mengucapkan terima kasih dan menutup pintu biliknya. Dia memakai uniformnya dan berjalan mendekati meja soleknya dan mengambil sikat serta hair dryer yang tersimpan di dalam laci meja solek itu. Dia mengeringkan rambutnya sambil menyikat rambutnya dengan lembut. Selepas sesi mengeringkan rambutnya selesai, dia bergerak ke meja belajarnya dan mengumpulkan semua buku yang diperlunya hari ini dan mengambil begnya yang tersangkut di situ.

“Good morning adikku tersayang!” Suara milik abangnya memecah kesunyian di pagi itu tatkala Minah menuruni tangga menuju ke meja makan. Dia lihat abangnya sudah ‘membedal’ wafel Strawberi kegemarannya terlebih dahulu membuatkan mukanya berubah monyok. Hilang terus mood nak pergi sekolah.

“Abang ni teruk lah. Wafel ni Minah punya. Kenapa abang makan?” Marah Minah sambil mengambil tempatnya di sebelah Minseok yang tersengih kepadanya.

“Tak ada nama awak pun dekat wafel tu. Jadi secara automatiknya wafel itu tak dimiliki sesiapa dan abang boleh makan sesuka hati abang.” Minseok berkata sambil menjelirkan lidahnya kepada Minah. Melihat muka Minah yang monyok itu membuatkan dia ketawa.

“Malaslah nak cakap dengan abang. Buat rosak mood orang je.” Minah berkata sebelum mengambil sekeping roti bakar dan menuju ke pintu rumah. Dia boleh dengar ketawa Minseok sehingga ke luar rumah. Dia memakai kasutnya dan terus keluar dari pagar rumah banglo keluarga mereka.

Kakinya dihayunkan pada kadar perlahan untuk dia menikmati pandangan alam sekitar. Bibirnya menyanyikan lagu dengan riang seperti kanak-kanak tadika. Dia tersenyum ketika dia melihat ada dua orang kanak-kanak berjalan bersama-sama menuju ke sekolah rendah yang tidak jauh dari sekolahnya. Teringat dia sewaktu dia kecil-kecil. Minseok yang akan selalu berjalan bersama dengannya ketika pergi ke sekolah.

“Ke tepi!!!” Bunyi jeritan seseorang mematikan lamunannya dan dengan spontan dia berlari ke tepi sebelum dia lihat seorang lelaki menaiki basikal dengan laju melepasinya. Bau minyak wangi lelaki itu sungguh kuat sehingga membuatkan dia pening.

“Mengalahkan perempuan bau minyak wangi dia. Aku pun tak pakai minyak wangi bau kuat macam tu.” Omelnya.

Dia akhirnya tiba di Sekolah Menengah Tinggi SM. Senyumannya melebar bila dia lihat kawan baiknya menunggunya di depan pintu pagar sekolah sambil membaca buku. Dengan perlahan-lahan dia mendekati Yoon Bomi yang sedang membaca dengan tekun itu sebelum mencucuk pinggangnya membuatkan gadis itu terkejut dan hampir tercampak bukunya ke lantai.

“Hahaha kau ni kelakar betul lah!” Ketawa Minah. Muka Bomi berubah merah menahan malu bila dia hampir tercampak bukunya tadi. Dia membuat muka marahnya sebelum memukul bahu Minah.

“Kau ni! Janganlah buat macam tu! Gugur jantung aku bila kau terkejutkan aku tadi.” Marah Bomi.

Minah memandangnya sekali lagi sebelum dia melepaskan ketawa spontan. Kelakar dia tengok muka Bomi bila marah. Tak nampak macam orang tengah marah langsung. Comel je dimatanya.

“Jangan marah~ Nanti cepat tua. Jom masuk kelas cepat. Hari ni aku kena kemas kelas.” Kata Minah sambil menarik Bomi ke kelas merek

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
First Kiss ❧ Versi bhsa Inggeris utk crita ni dlm pembikinan, bgi yg brminat, tnggulah smpai ianya siap ditulis sblum dipostkn ;) [11:38 PM | 9/7/15]

Comments

You must be logged in to comment
mark_lina_jimin #1
Chapter 25: daebak miss yuko.....jimin agk kejam sebb paksa minah buat semua bbenda yg dia suruh....kejam......
Farah_Angle #2
Chapter 25: Kesian luhan..tapi cire awak memang the best!!
starlightkim_
#3
Chapter 25: Kesian Luhan kerana terseksa macam ni..saya ingatkan Minah betul2 bencikan Luhan..tapi rupanya tak..sedih mengenangkan nasib diaorg ni..
nerd_91 #4
Chapter 25: dah oh sy sgt suka awk tulis tarikh pd tiap hujung chapter and ada simple explaination if ada chptr yg perlu facts explanation ;)
nerd_91 #5
yo yukiko. unnie wasseoyo.sorry late.
okey first thing first, terkejut kejap melayu. sebab sy jujur cakap sy kureng sikit minat baca ff dlm melayu. ntahlah rasa pelik. feel cm sy baca HP dlm melayu, jadi feel dia jadi xjadi. XDD
okey.story plot agak cantik. ada kadang2 tetiba plot jump in. cam kris kata chorong ex-gf dia n kenapa cm xde kris ckp /interaction psl minah lookalike chorong.dn rasanya semua assume chorong tu adik jimin mungkin sebb both ada nama park? (i mean park chorong in real life)
and i really like u dh design in poster chorong as minah. at first sy trfikir gak kenapa xletak je nama chorong tpi minah. sebb bomi dn namjoo. dh bila plot twist dtg sy cam ahh no wonder.
dah luhan dn minah punya flow of their blooming love quite nice. and cm bengang kenapa xiumin xpush minah supaya jgn putus and her family too. tapi takpe ill wait for ur second.
truthfully speaking cm banyak part yg mizzyukiko x explain tpi takpe ill subs to the sequel. hehee.

biasa sy akan comment on bahasa juga tpi sy ni memg susah sikit la nk komen sini.sebb sy admit dh lama xbaca novel melayu romance sebb rasa hati tu geligeli.kalau dlm BI, kureng rasa geli. I is heartless

anyway, good story and i can see you hv plan ur plot way earlier with the idea from the poster. keep it up diknon ;)
Heart_love
#6
Chapter 25: Baru habis bace cerita ni.nak baca sequel plak.k bye
Hahahax
BabySprinkle98
#7
Stelh skian lmeku mghlg kini kmbli jua ;D....OMG x sngka plak citer ni sad ending....lau bce dr awl x nmpk pun yg mnunjkkn sad ending,semeny cam hepy ending "^_^....ohh NO!!! Luhan sdh prg jauh,dia sdh mninglkn Korea n Minah....sdihnyku d cni....adkh die prg slmny or smntre?....seme ni sbb kau lah ni Jimin!!! lau kau x mncul lam citer ni mst seme ni xkn jd hbis rsak rmh tngga org dsar pmusnah BHAHAHA *EVIL LAUGH* >_< krat 14 bru tau hurm kjamny :V just kidding....ni sorg lg ptutlh slma ni die mcm x mau lyn je Minah n Minseok rpny die Omma tiri diorg hehh....wlaupun citer ni sad ending tp D.A.E.B.A.K !!! Sy bg 5 star kat author....프ㅂ프
ilirsyana #8
Chapter 25: yeayy ad sambungannn hahahah . k tu je . yg lain perfect
SyiqaYeollie
#9
Chapter 25: Hmm....sedih nya... dh ending pown... tapi apa pown fanfic awak best....
chacannie
#10
Chapter 25: Huaaaaaa! Terlampau shock!! X sangka sya undi jimin sbb ni! Dan Luhan!!!! Geramnya alu dgn dia nih, kris dh nk bgtahu tp dia x nal dngr.. urghhh, but dia prcya ckp nenek dia...luhan, jgn kau pula yg curang! Minah buat semua tu sbb kau T_T sungguh dia cintakan kau, luhan :'(
So, sya akn ke sequel ^^ wait ah... and congrats ^^