26

Hello, Mr. Crush!

Sepanjang hari Yoon Hee menghabiskan masanya di perpustakaan. Hari ini banyak kelas yang dibatalkan dan jika dia pulang ke rumah, pasti dia hanya menghabiskan masa dengan buat perkara yang sia-sia. Jadi dia duduk di situ untuk mengulangkaji. Han dan Ja Eun pula tak tahu ke mana menghilangnya. Tadi dia ada mengajak dua orang kawannya itu belajar bersama. Seperti biasa, macam-macam alasan yang mereka berikan sebelum lenyap begitu sahaja.

            Dia ralit menyalin nota dari buku rujukan tetapi fokusnya terganggu setiap kali dia mengingat kembali apa yang terjadi semalam. Setiap kali dia mengingat kembali kejadian semalam. Jantungnya kembali berdegup laju dan wajahnya mula terasa hangat. Yoon Hee menyentuh bibirnya.

            “Saya sukakan awak, Yoon Hee.” Ayat itu tak pernah berhenti berputar dari kotak fikirannya. Tidak kiralah berapa banyak kali dia mencuba untuk berhenti berfikir tentangnya dia tetap gagal. Wajahnya diraup beberapa kali. ‘Apa yang awak dah buat kat saya, Kyung Soo?’ Yoon Hee menepuk kedua-dua belah pipinya beberapa kali sebelum menyambung kembalinya kerjanya. ‘Fokus Yoon Hee. Fokus.’

“Yoon Hee.” Hana dan Ja Eun berlari-lari anak mendapatkan Yoon Hee. Mereka berdiri di tepi meja sambil tercungap-cungap mengalahkan orang baru selesai marathon.

            “Korang ni tak boleh senyap sikit ke? Kita kat perpustakaan tau nanti tak pasal-pasal kena halau sebab buat bising,” tegur Yoon Hee sebelum kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

            “Mian. Tapi kitorang ada benda penting nak cakap dengan kau ni.” Ja Eun dan Hana menarik kerusi di hadapan Yoon Hee.

            “Apa dia? Cakap ajelah,” ujar Yoon Hee tanpa memandang wajah sahabatnya.

            “Tutup ajelah buku ni. Final exam lambat lagilah.” Hana menarik buku di hadapan Yoon Hee lalu diletakkan ke tepi.

            “Ya!” marah Yoon Hee tanpa masih lagi dalam nada yang rendah. Takut dia menganggu pelajar-pelajar lain yang sedang menelaah pelajaran di situ.

            “Apa yang kitorang nak cakap ni lebih penting daripada subjek Ekonomi ni tau,” ujar Ja Eun.

            Yoon Hee meletakkan pen di atas meja lalu menongkat dagu. “Apa yang pentingnya?” soal Yoon Hee acuh tak acuh sambil membuat muka bosannya.

            “Kau tahu tak Soo Jin pergi hebohkan kat semua orang yang dia tu secret admirer Kyung Soo?” soal Hana. Dia tahu Yoon Hee belum tahu tentang perkara ni. Kalau dah kerjanya bertapa kat perpustakaan ni berkurun lamanya macam mana dia nak tahu.

            Yoon Hee duduk tegak. “Apa? Biar betik?” kali ini dia terpaksa akui kata-kata Ja Eun. Perkara ni lebih penting daripada subjek Ekonomi.

            “Betul. Dia pergi beritahu kat SNS, kat online magazine kolej. Sekarang ni semua orang tengah kecoh cakap pasal benda ni,” ujar Ja Eun.  

            Hana mengangguk. “Bukan tu aje dia siap nak buat confession besar-besaran kat Kyung Soo kejap lagi. Dekat lobi,” dia mencelah.

            Yoon Hee kehilangan kata-kata. Apa yang dia perlu buat sekarang? Walaupun Kyung Soo tak sukakan Soo Jin dan lelaki itu sudah pun meluahkan perasaannya pada dia semalam, Yoon Hee masih tak senang duduk. Macam mana Soo Jin dengan muka tak malu boleh sebarkan yang dia ialah secret admirer padahal dia tak pernah buat apa-apa untuk lelaki itu?

            “So, Yoon Hee. Kau nak buat apa sekarang?”

            “Aku kena hentikan semua ni. Soo Jin memang dah melampau.” Yoon Hee bangun dari kerusi. Dia mengemas buku-bukunya. Kali ini dia tak boleh berdiam diri lagi.

 

Yoon Hee berjalan pantas menuju ke arah lobi meninggalkan Hana dan Ja Eun di belakang. Di lobi, Soo Jin dan kawan-kawannya sedang sibuk bersiap-siap untuk confession Soo Jin kepada Kyung Soo. ‘Perempuan ni memang gila.’

            Dengan tenang Yoon Hee mendekati Soo Jin. “Soo Jin.”

            Gadis itu menoleh ke belakang. Dia tersenyum sinis melihat Yoon Hee.

            “Yoon Hee, kau datang sini nak tolong aku ke?” ujar Soo Jin sinis.

            “Apa yang kau cuba buat?”

            “Rampas Kyung Soo daripada kau,” balas Soo Jin selamba.

            “Kenapa kau hebohkan kat semua orang yang kau ni secret admirer Kyung Soo?” soal Yoon Hee. Entah mengapa dia terasa seperti ingin menangis tapi lantas ditahan.

            “Memang aku secret admirer dia. Kyung Soo pun tahu pasal benda ni. Apa salahnya kalau nak beritahu semua orang?”

            Tiada siapa yang tahu betapa Yoon Hee cuba menahannya daripada menampar perempuan tiga suku di hadapannya sekarang.

            “Memang salah sebab kau bukan secret admirer dia,” ujar Yoon Hee perlahan tetapi penuh dengan rasa marah. Hana dan Ja Eun yang berada tidak jauh dari situ sedang merasa seram sejuk. Mereka dapat rasakan tidak lama saja lagi Yoon Hee yang sangat penyabar itu akan meletup dan mengeluarkan lahar kemarahannya.

            Yoon Hee dapat baca raut wajah Soo Jin yang kelihatan terkejut. Dia tersenyum sinis.

            “Kenapa? Terkejut? Sebab aku boleh tahu?”

            “Apa yang kau merepek ni? Siapa yang menipu?” Soo Jin cuba mengawal rasa gugupnya. Dia tak boleh kalah dengan Yoon Hee.

            Yoon Hee menolak bahu Soo Jin sehingga gadis itu mengundur beberapa langkah ke belakang. “Aku nak kau hentikan apa yang kau buat sekarang. Dan berhenti menipu semua orang.”

            Darah Soo Jin mula menggelegak. Dia kembali menolak bahu Yoon Hee. Kali ini jauh lebih kasar berbanding apa yang Yoon Hee buat tadi. “Kau ingat kau siapa nak halang aku daripada buat semua ni? Suka hatilah kalau aku nak sebarkan kat semua orang pun. Kau tak ada hak nak suruh aku berhenti?!” bentak Soo Jin. Dia ingin menolak bahu Yoon Hee sekali lagi tapi tangannya pantas ditepis oleh Yoon Hee.

            Sementara itu EXO baru sedang menuju lobi untuk berjumpa Soo Jin. Pastinya mereka dah tahu apa yang Soo Jin lakukan dan mereka ingin bercakap dengan gadis itu supaya menghentikan semuanya. Mereka berhenti melangkah apabila melihat Yoon Hee dan Soo Jin sedang bercakap tidak jauh dari mereka. Hana dan Ja Eun membuang pandang ke arah EXO. Mereka hanya mengangkat bahu apabila Sehun mengangkat kening pastinya tertanya dengan apa yang jadi antara Yoon Hee dan Soo Jin.

            Kyung Soo ingin mendekati kedua-dua mereka yang dalam keadaan tegang. Dia yang perlu hentikan semua ini memandangkan semuanya berpunca daripada dia. Tetapi langkahnya terhenti apabila Yoon Hee menepis tangan Soo Jin lalu berkata sesuatu yang mengejutkan semua orang yang berada di situ.

            “Aku ada hak nak halang sebab aku secret admirer Kyung Soo! Dan kau! Kau cuma penipu! Kalau betullah kau ni secret admirer dia, cuba kau beritahu aku apa yang kau dah buat untuk dia selama hari ini?” kemarahan Yoon Hee akhirnya meletus jua. Soo Jin terdiam dengan luahan yang langsung tidak disangka daripada Yoon Hee.

            “Kau tak boleh jawab kan? Sebab apa? Sebab bukan kau yang buat semuanya. Bukan kau buatkan cupcake untuk dia, belikan ubat masa dia sakit, belikan kek dan hadiah untuk hari jadi dia. Bukan kau yang buat semua tu tapi aku! Aku yang bersusah payah buatkan semuanya untuk dia. Kau?” jari telunjuk Yoon Hee lurus di halakan pada wajah Soo Jin. “Kau cuma tahu tipu Kyung Soo dan semua orang dengan mengaku kaulah secret admirer dia!”

            Kyung Soo memandang Yoon Hee yang masih lagi belum perasan akan kehadirannya di situ. Matanya jatuh ke pergelangan tangan di mana tersemat jam tangan pemberian Yoon Hee sempena ulang tahunnya. Jam tangan yang dia sangka hadiah daripada Soo Jin ialah sebenarnya hadiah daripada Yoon Hee. Selama ini secret admirer dia berada di hadapannya dan dia tak perasan akan hal itu.

            Yoon Hee menghela nafasnya. Dia mengeluh berat apabila rahsianya sudah terbongkar. Dia memandang Soo Jin yang sudah kehilangan kata-kata. Yoon Hee berpaling ingin pergi dari situ tetapi hanya membuat dia terkejut dengan kehadiran EXO yang memandangnya dengan mulut yang ternganga. Tiada seorang pun daripada EXO yang dapat menduga mereka akan mendengar pengakuan seperti itu daripada Yoon Hee kecuali Lay yang sudah tahu perkara ini lebih awal. Tetapi apa yang lebih mengejutkan Yoon Hee sekarang ini ialah Kyung Soo juga berada di situ. Tidak jauh dari tempat dia berdiri sekarang dan memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir.

            “Kyung Soo.”


Another update :) jangan lupa subscribe, dan komen. kalau rajin upvotelah ya? *muka tak malu* 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel