Paris VI

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

"Hai Ara!" sapa Minhyuk kepada Ara yang masih lagi tercengang.

 

"Yah!" Myungri menepuk lengan Ara. Ara tersedar dari lamunannya. Lantas dia menjeling Myungri. Minhyuk yang memerhatikan dari tadi hanya tergelak kecil. 

 

"Jemput lah masuk. Buat macam rumah sendiri," sempat lagi Minhyuk berseleroh. Ara sudah tersenyum-senyum. Myungri yang tengok mula buat muka menyampah.

 

'Pantang nampak oppa dia. memang senyum memanjang jela' desis hati Myungri.

 

Myungri dan Ara berjalan menuju ke ruang sofa. 'Hmm besar jugak bilik nih tapi taklah sebesar bilik oppa aku' Ara membebel dalam hati. Ada je benda yang dia nak komplen.

"Minhyuk oppa, Wonho shii dah okay?" soal Myungri yang dari tadi risau dengan keadaan Wonho.

 

"Myungri jangan risau eh? Wonho hyung ada dalam bilik tuh tengah tidur. Doktor kata dia okay. cuma penat je. And dia tak cukup tidur. Jom ikut saya masuk bilik Wonho hyung." Minhyuk mengajak Myungri dan Ara ke bilik Wonho.

 

Minhyuk mengetuk pintu bilik Wonho dan Kihyun membuka pintu dari dalam.

 

"Kihyun, nih ada tetamu nak jenguk Wonho hyung," Kihyun menjengah ke luar. "Oh Myungri rupanya. masuklah. Sorry bersepah sikit bilik kami. bilik lelaki kan?" Myungri dan Ara tersenyum. Saat mereka masuk kedalam, kelihatan Shownu sedang tidur diatas sofa.

 

"Tak apa ke kami masuk? tak mengganggu ke?" soal Ara kepada Kihyun dan Minhyuk.

"Eh tak adalah. Tak mengganggu pun. lagipun yang lain semua keluar dengan Sungchan hyung. Jadi tinggal kami berempat je dekat sini." Jawab Minhyuk. 

 

Myungri pergi ke arah Wonho untuk check sesuatu. Myungri memegang pergelangan tangan Wonho kemudian dia memegang dahi Wonho. Kemudian dia mengeluarkan termometer digitalnya dan meletakkan ditelinga Wonho. Selepas bunyi 'bip' Myungri mengeluarkan termometer itu. Suhu badan Wonho mencecah 38.5 darjah. Nampaknya Wonho demam. 

 

"Kihyun oppa, boleh tolong Myungri? Ambilkan kain dengan air suam. Badan Wonho shii panas" ujar Myungri kepada Kihyun. Lantas Kihyun keluar untuk mengambil kain sementara Minhyuk mengambil air suam. Ara pergi mendapatkan Myungri yang duduk disebelah katil Wonho.

 

"Wonho oppa memang demam ke?" soal Ara. Myungri mengangguk. 

 

"Aku cek nadi dia tadi. denyutan nadi dia macam laju sikit. Tuh aku terus pegang dahi dia. Panas. Memang dia demam." terang Myungri panjang lebar. Ara hanya tersengih. Sejak dia dekat Paris nih, dia hampir lupa yang dia adalah pelajar perubatan.

 

"tadi aku pelik tengok kau tiba-tiba cek keadaan Wonho oppa, then aku baru teringat yang kita nih pelajar perubatan. hehehe Mian!" Myungri mengetuk kepala Ara kerana geram.

 

"Eleh, kau memang macam tuh. bila dah jumpa oppa-oppa kesayangan kau memang semua benda kau lupa. Nasib baik aku ni kau tak lupa. Kalau tak nahas kau kena seligi dengan aku," Ara memaut lengan Myungri sambil buat muka comel.

"Nak bodek lah tuh. Menyampah."

 

Selepas Kihyun dan Minhyuk masuk ke bilik itu, Myungri membasahkan kain itu dan meletakkan diatas dahi Wonho. Minhyuk mengajak Ara dan Kihyun ke ruang tamu. Mereka membiarkan Myungri bersama dengan Wonho sekejap.

 

Minhyuk dan Ara berjalan menuju ke ruang tamu manakala Kihyun membelok terus ke biliknya.Minyuk menjemput Ara duduk.Ara hanya tersenyum melihatnya.

 

"Ara shi,kenapa tak sms atau call saya? Ke awak tak dapat kertas yang saya kirim dekat Myungri?" Ara menepuk dahinya.Dia terus meraba-raba poketnya seluarnya.Dia menepuk dahinya sekali lagi.Sah-sah ni bukan seluar yang dia pakai malam semalam.

 

Minhyuk tergelak kecil melihat reaction Ara yang clumsy.

"Alamak saya lupa sangat pasal tu.Kertas tu pun entah ke mana saya letak.Mianhei." Ara menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

 

"Tak apa lah.Nanti awak bagi nombor awak dekat saya." Ara sudah serba salah.Nampak sangat Minhyuk beria-ia mahu terus contact dengannya nanti. Minhyuk masuk ke dapur sekejap meninggalkan Ara seorang diri di ruang tamu.

Myungri merenung ke arah Wonho. Ikutkan hati Myungri, dia nak je lempang-lempang muka orang yang dia benci ni tapi dia tak sampai hati.

 

'Hmm kenapalah kau selalu kejam dengan aku bila jumpa? padahal aku tak kenal kau pun. And kau pun tak kenal aku. Kau tahu aku benci kau saat first time kita jumpa. Tapi sekarang even kau selalu tengking aku tapi aku tak sampai hati tengok kau macam nih," bisik hati Myungri. Myungri menaikkan selimut Wonho. Tiba-tiba Wonho meracau-racau.

'Omma.. omma.. omma'

'Hmm mesti dia rindu omma dia. aku pun rindu omma jugak.' Myungri mengesat airmatanya. Myungri menurunkan suhu pendingin hawa dan dia menyelimutkan jugak shownu yang sedang lena di sofa. Setelah itu dia berjalan keluar dari bilik dan menyertai Ara.

Minhyuk ke ruang tamu dengan membawa beberapa cawan ramen untuk makan malam. Disebabkan managernya tiada jadi mereka hanya makan apa sahaja yang di dapur. Minhyuk memanggil Kihyun untuk makan. Kemudian dia memberikan cawan ramen kepada Ara. Ara menyambutnya dengan senyuman.

 

"Sorry ini je yang ada dekat dapur" Minhyuk memberikan cawan ramen kepada Myungri. Myungri mengucapkan terima kasih kepada Minhyuk. 

 

"Terima kasih. Tak apa saya tak kisah pun. Lain lah kalau Ara nih. dia memang cerewet bab makan." Kata-kata terakhir dari Myungri tuh membuatkan Ara hampir tersedak. Ara merenung ke arah Myungri. 

 

'Main kasar eh! dia yang cerewet bab makan lepas tuh nak cakap kita pulak' sindir Ara dalam hati.

 

Minhyuk menghulurkan air kepada Ara. Kesian pula tengok Ara yang terbatuk-batuk sebab tersedak.

 

"Myungri, macam mana awak tahu yang Wonho hyung ambil pil FLUVOXAMINE tuh then macam mana pulak awak boleh tahu yang Wonho hyung demam?" Myungri tersenyum. 

 

"Sebenarnya saya nih pelajar perubatan. Ara pun pelajar perubatan juga. Kami baru selesai kelas teori and kami dah nak praktikal. Thats why saya tahu semua tuh. Masa awak semua buat persembahan tadi saya memang dah perasan yang Wonho shii macam tak stabil sebab dia banyak kali nak terjatuh. Sebab tuh habis persembahan saya terus cari dia" terang Myungri kepada Kihyun dan Minhyuk.Minhyuk dan Kihyun ternganga mendengar penerangan Myungri.Siapa sangka mereka berdua pelajar perubatan.

 

"Lepas ni kalau kami sakit boleh lah jumpa Dr Myungri." Myungri tergelak kecil dengan gurauan Kihyun.

"Eh belum lagi. Lagi 2 tahun baru boleh panggil saya Dr. Myungri," Kihyun tersenyum.

 

Sedang mereka berempat sibuk berborak, handphone Ara berdering. "Bulteorunae." Kedengaran lagu "Fire" yang merupakan ringtone handphone Ara.

 

"Hello, oppa."

"Ara pergi mana? Oppa tekan loceng sepuluh kali tak ada orang buka pintu ni."  

"Ara keluar dengan Myungri kejap.Nanti Ara balik lah.Oppa nak apa?" Kedengaran suara Jungkook tergelak-gelak di hujung talian.Ara makin geram.Orang tanya dia gelak-gelak.

"Oppa nak apa?" 

"Ni Jimin dengan V oppa nak ajak Ara lepak."

"Jimin oppa dengan V oppa?" Ara tercengang.Mimpi apa pula diorang nak aja

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .