Paris VII - Secret mission

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

"Ara memulas tombol pintu dan terus masuk kedalam bilik BTS kerana pintu tidak berkunci.Awal-awal Jungkook sudah bukakkan pintu untuknya sebab dia malas nak bangun buka pintu.

Ara berjalan menuju ke ruang tamu sambil matanya melilau mencari oppanya.Namun cuma ada Jin oppa di dapur yang sedang minum air.Jin yang sedang sibuk tidak sedar kehadiran Ara di belakangnya.Ara mendapat akal jahat.

"Ni kalau sergah ni mesti keluar dia punya melatah.hiks." Ara jalan senyap-senyap di belakang Jin.

 

"Oppa! Bah!!" Sergah Ara.

"Oh makkau jatuh." Jin yang sedang memegang gelas air terus menyimbah air itu pada muka Ara dek terkejut.Ara tercengang.Tak sangka akan "disimbah".

Jin turut terkejut.Fikirnya itu Jhope atau V yang hobi mereka memang 24jam menganggunya.

"Oppa! Basah lah Ara."

"Omo Ara. Maaf maaf oppa ingat V dengan Jhope tadi." Jin segera mencapai tisu diatas rak dan membantu mengelap muka Ara.Nasib baik cuma muka dia sahaja yang basah,kalau sekali dengan baju,kenelah dia balik ganti baju.

"Hah satu lagi ni kenapa nakal sangat sergah-sergah oppa macam tadi.Nasib baik gelas air kalau jag air,hah mandi 2 kali lah Ara malam ni." Jin mencubit pipi Ara.Nakal betul adik maknae bts ni.No wonder Jungkook selalu membebel pasal Ara.

Ara hanya tersengih seperti kerang busuk.

 

"Oppa,mana Jungkook oppa?" Soal Ara.

"Ada tu dalam bilik tengah bergolek-golek dengan Jimin dan V.Pergilah masuk." Ara terus menuju ke bilik Jungkook.Ara membuka pintu sedikit dan mengintai ke dalam.Kelihatan Jungkook dan Jimin sedang berbaring diatas katil tetapi V baring menghempap mereka berdua.Serupa burger.

Ara terus membuka pintu bilik. "Oppa!" Sergah Ara.

 

"Oh mak kau hijau." V yang terkejut terus melatah lalu terjatuh ke bawah katil.Jungkook dan Jimin terus bangun.Ara sudah gelak terbahak-bahak melihat V yang tidak ubah seperti nangka busuk.

"V oppa,mian." Ara membuat peace sambil tersengih.Fikirnya V akan memarahinya namun tiba-tiba V turut tergelak geli hati.

"Kau okay tak hyung? Sendiri jatuh sendiri gelak,aduyai." Jungkook terus meletakkkan belakang tangannya pada dahi V.Risau juga kalau-kalau ada side effect dia jatuh tadi.

"Aku tak sangka aku melatah keluar mak kau hijau." Jimin menepuk dahi V.Jungkook hanya menggelengkan kepalanya.Sengal betul.

 

"Ara ni kenapa datang tak bagitahu? Oppa ingat lama lagi nak datang tu yang oppa tak siap lagi." Ujar Jungkook.

"Tadi kata nak ajak lepak tu yang Ara tanpa ada rasa nak balik terus pergi sini.Ni nak lepak dekat mana? V oppa dengan Jimin oppa nak belanja Ara ke?" V dan Jimin berpandangan sesama sendiri.

"Ni hah V yang beria-ia nak belanja Ara.Gaji baru masuk katanya." Jimin sengaja kenakan V.V menghadiahkan cubitan pada lengan Jimin.

"Ara punya pasal,V oppa rela keluar duit untuk Ara je.Yang lain no no no,okay." Jimin melemparkan sebiji bantal pada V secara spontan. "Cis, nak mengurat Ara lah tu.Jungkook tengok budak gatal ni." V yang berasa malu terus melompat ke arah Jimin diatas katil.Habis diwrestlingnya Jimin.Jungkook bercekak pinggang dihadapan mereka.Ara tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua.

"Banyak lah kau punya mengurat.Ni ada 50 syarat dari oppa dia.Lepas 30 syarat baru kasi green light." Ara memandang Jungkook tidak percaya,over protective ni.

 

Tidak lama kemudian Suga muncul di pintu.

"Lah kata nak keluar,ni apa pasal tak siap lagi?" Suga memandang kearah V dan Jimin diatas katil.Budak berdua ni.V dan Jimin yang masih tengah berwrestling terus bangun sambil tersengih.Suga hyung kalau orang lambat memang suara dia je lah yang akan membebel.

"Hyung,bagi 5 minit okay.Please jangan hidupkan kau punya machine guns okay."Suga memberi pandangan maut kepada Jimin. Jimin terus melarikan diri ke biliknya.Kalau tidak memang habis telinga dipiat-piat.V pula terus masuk kedalam bilik air.

"Ara,jom tunggu dekat luar dengan oppa." Ajak Suga.Ara hanya mengangguk dan terus mendapatkan Suga di pintu.

"Cepat 5 minit je aku bagi." Suga dan Ara terus beredar.

"Yalah hyung." Jungkook terus membuka bajunya dan menyalin baju lain.Sempat juga dia menepek bedak di mukanya dan sedikit vaseline perasa strawberry dicalit pada bibirnya.Perfect.

"V hyung cepat! Lambat tinggal!" Laung Jungkook.V yang didalam toilet bergegas keluar.

"Kacau lah kau ni, aku dah lah tengah sakit perut.Jimin lah ni punca.Dia bagi aku makan cheese banyak sangat." Bebel V sambil mengusap perutnya.

Jungkook mencampak minyak angin kearah V.V terus menyambutnya.Nasib baik dia sempat bertindak kalau tidak memang benjol kepalanya.Jungkook ni pun satu nak baling tak bagitahu dulu.

 

"Mana budak bertiga tu?" Soal Rap Mon yang dah kebas punggungnya sebab tunggu lama sangat.Jhope disebelahnya tidak habis berselfie.Ni mesti nak update dekat Twitter kejap lagi.

"Biasa lah ,macam tak kenal je adik-adik kau tu." Suga terus melabuhkan punggung diatas sofa.Ara mengambil tempat disebelah Suga.

"Eh Ara bila datang? Sorry lah oppa tak perasan tadi." Tegur RapMon.Ara tersenyum.

"Biasalah Ara kan comel je molek je tu yang oppa tak perasan." RapMon,Suga dan Jhope sudak gelak besar.Kalau dah namanya Ara kalau tak masuk bakul angkat sendiri bukan Ara lah tu.

 

Ara membelek handphonenya sambil menunggu yang lain.Tergerak pula dia mahu membuka V-app.Pada laman home ada video Up10tion yang baru diupload.Ara menekan video itu.Terpampang wajah Kogyeol yang sedang gelak bersama yang lain pada screen handphonenya.

"Oppa..." Rintih hati Ara.Dia rindu Kogyeol.Tapi dia tidak boleh terima apa yang Kogyeol buat padanya.Ara mengusap mukanya.Sudah dua hari mereka putus sebab Kogyeol curang padanya.Dia baru bercinta, rasa sakit dikhianati langsung tidak boleh diterima oleh dirinya. Dia perlu lupakan Kogyeol.Mungkin Kogyeol sedang bahagia.

"Ara okay? Resah semacam je?" Tegur Jin yang baru keluar dari dapur.Dia mengambil tempat di sebelah Ara.

"Ara okay lah.hehe." bohong Ara.Sedaya upaya dia cuba mengawal riak wajahnya.Tak mahu dikesan sesiapa.

Jin hanya tersenyum.Dia menghulurkan pinggan kek coklat pada Ara.

"Eh oppa buat ke?" Ara terus menyumbat kek itu ke dalam mulutnya sebelum sempat Jin bersuara semula.Dia memang hantu coklat.Bagilah apa jenis makanan yang ada coklat,pasti Ara tidak akan menolak. Jin tergelak kecil melihat Ara.Comel betul cara dia makan.

"Tak adanya oppa buat.Oppa beli tadi masa balik dari konsert." 

"Ni bagi Ara leftover ke?" Jin segera menggeleng.

"Eh mana ada.Tu fresh sepotong.Oppa memang nak bagi Ara.Oppa minta Jungkook deliver pada Ara tapi dia kata Ara nak datang sini.Tu yang tak jadi deliver." Terang Jin sungguh-sungguh.Ara menahan gelak melihat wajah cuak Jin.

"Oppa rileks,Ara gurau je lah." Jin menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia pun sedar dia memang cuak.

 

Tidak lama kemudiann,Jungkook, V dan Jimin serentak keluar dari bilik.Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Cis, baru nak main game,siapa paling lambat kene belanja hari ni." Ujar V.Jungkook mencebik.Patutnya dia awal-awal sudah keluar dari bilik tetapi V lah suruh dia jadi stylist.

"Tu lah motif hyung suruh aku dok lelame dalam bilik.Jadi stylist konon." V membuat peace no war.Jimin disebelahnya sudah siap bersedia mahu meluku V.V terus melarikan diri kearah Rapmon.

 

"Dah-dah jom, aku ni dah kempunan nak tengok eiffel tower.Masing-masing bersiap mengalahkan perempuan.Lambat." Ujar Suga sambil memeluk tubuh.Geram betul.

"Ye lah ye lah." V terus menarik tangan Suga.Hyung sorang ni kalau dah bebel kene cepat-cepat senyapkan.Bernanah telinga dengar dia bebel.

 

 

"Wei ambilkan gambar aku lah pula." Jimin menghulurkan handphonenya pada V dan segera berposing di hadapan eiffel tower.V mendapat akal jahat.

 

"Okay senyum.Okay muka comel.Okay muka cool." Jimin terus berposing kerana fikirnya V sedang mengambil gambarnya.Jimin mengambil semula handphonenya.V terus melarikan diri dari Jimin.

 

"YAH KIM TAEHYUNG! ASAL MUKA KAU JE PENUH NI? YAH! " Jerit Jimin apabila melihat bukan gambarnya yang V ambil tetapi gambar selfie nya.Patutlah tak ada flash tadi.

 

"Kau dah kenapa ni jerit-jerit macam beruk makye." Tegur Jin yang kebetulan sedang bergambar bersebelahan Jimin.

 

"Hyung! Tengok V tu dia dengki aku." adu Jimin tetapi Jin hanya memandang V

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .