Sambut tetamu

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Myungri bangun awal pagi dari biasa. Myungri terus melihat phonenya dengan mengharap ada ucapan dari oppanya dan Ara. Namun riak muka Myungri berubah jadi masam. 

"HUH! takkan semua orang tak tahu birthday aku hari nih! menyampahh!" luah Myungri.

Lantas dia bangun dari katilnya dengan rasa malas dan membersihkan dirinya. Lama dia berendam dalam tab mandi. Dia berasa geram kerana tiada siapa yang ingat birthday dia hari nih.

"Kalau Ara tak ingat birthday aku takpelah. nih oppa pun tak hingat. hishh kejam betul lah!" 

Dalam geram-geram Myungri, tiba-tiba tangannya terhentak dekat kepala paip. Dia mengerang kesakitan.

"Auchhhh! hishhh tak memasal tangan aku lebam kena kepala paip nih. Memang malang lah birthday aku kali nih!" rungut Myungri sambil membelek lengannya yang biru sebesar tapak tangan.

 

Selepas siap memakai baju, Myungri keluar dan turun menuju ke ruang makan. Kelihatan Mr Kim sedang membaca surat khabar di meja makan sementara Mrs Kim menyiapkan sarapan pagi.

"Morning semua." Myungri menyapa Mr Kim dan Mrs Kim.

"Morning sayang. Awal bangun hari nih," jawab Mr Kim. 

"Hari special mestilah bangun awal. Kan omma," Mrs Kim tak mengendahkan anaknya.

"Hari special apa? Kamu ni pelik-pelik jelah." Mr Kim sengaja buat-buat lupa tentang birthday Myungri.

"Ommmaaaaa!" rungut Myungri.

"Dah cepat makan. Omma banyak kerja nih. Yeobo, makan dulu nanti lewat pula awak nak meeting pagi nih," Mrs Kim terus masuk ke dapur untuk mengemas dapur.

Myungri dah buat muka kecewa.

'Semua tak ingat birthday aku. Oppa dengan Omma pun sama. semuanya kejam' hati Myungri menangis.

 

Manakala Ara, Myungsoo dan Jungkook, seawal pukul 9 pagi dah berada di hotel Plaza, Seoul untuk persiapan birthday Myungri. Kelihatan Myungsoo dan Jungkook sedang membantu staf-staf hotel untuk persiapan kali terakhir.

Keseluruhan ballroom itu dipenuhi dengan rose segar berwarna merah dan putih. Manakala padanan alas meja berwarna hitam dan alas kerusi berwarna gold.

Ara yang sedang memerhati disudut stage, tersenyum puas dengan dekorasinya. Majlis yang cukup mewah dan eksklusif. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. 

Kogyeol : Good morning sweetheart <3 Awak dah bangun ke?

Ara : Good morning too :* Saya dah lama bangun. Saya dekat hotel nih tengah set-up untuk majlis malam nanti.

Kogyeol : Aigooooo! Kesian yeochin saya kena bekerja keras untuk kawan baik dia. 

Ara : Tak apalah. Lagipun Myungri tuh lah bff saya sorang. So saya sanggup buat apa sahaja untuk dia. Awak ada schedule ke pagi nih?

Kogyeol : Yelahhh. awak sanggup abaikan namchin awak semata-mata untuk Myungri. Tak apa lahhh :( Saya tak ada schedule hari nih. Sebab malam ni kan majlisnya.

Ara : Aigoooo! Namchin Ara ni kuat cemburu rupanya. saya sayang awak dengan Myungri so awak janganlah jealous. ooohhh okayyy.

Kogyeol : Apa??! Awak sayang saya? betul nih? Yehhhh! Ada orang sayangkan saya lahhhhh <3 

Ara terus menutup mulutnya kerana dia terlepas taip. Aduhhh, malunyaaaaa! Ara terus memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluarnya.

 

Myungsoo dan Jungkook yang dari tadi perhatikan Ara terus mula bergosip. 

"Hmm aku rasa adik aku tuh tengah syok bercinta lah," soal Jungkook.

"Hmm aku pun rasa macam tuh." Myungsoo turut bersetuju dengan Jungkook.

"Kau tengok tadi bukan main dia tengok phone dia tersenyum-senyum sampai tak perasan kita nih dok perhatikan dia," rungut Jungkook.

"Hahahahahaha kau jealous ke adik kau tuh dah ada namchin?" sindir Myungsoo.

"Mahu tak jealous.Oppa dia ni pun maintain single.Lagi elok biar lah dia habis belajar dulu. Tak ada lah aku susah hati nanti," balas Jungkook.

"Romeo juga ea kau ni.Hmm actually aku pun risaukan Myungri jugak." luah Myungsoo

"Kenapa dengan Myungri? dah ada namchin ke?" terjah Jungkook dengan muka penuh berminat. 

"belum ada lagi. Tapi kau kenal tak Wonho? Member dari Monsta X. Hot Rookie tuh," 

"Hah Kenal. Kenapa. Apa kena mengena dengan Myungri? Setahu aku Myungri ni anti dengan lelaki nak-nak idol macam kita nih," jelas Jungkook.

"Kalau aku cerita memang panjang tapi aku pendekkan jelah. Wonho tuh suka dekat adik aku and Ara dengan confidentnya cakap adik aku pun suka dia juga. So dia minta permission nak confess perasaan dia malam ni dekat Myungri.Tapi tu lah aku pula ragu-ragu sebab dah bagi permission." jelas Myungsoo.

"Whaatt?? Dia nak confess dekat  Myungri malam nih? Jangan buat gila. Dah lah malam ni ramai guest. Aku takut ada dispatch je malam nih. Bukannya apa kau tahu jelah fans dekat Korea nih. Bila keluar pasal idol dating habis kena bantah habis-habisan. Kau tengok jelah masa kes kau dulu," luah Jungkook dengan risau. 

"Dia bukan nak confess depan kita semua. kalau yang tuh pun aku bantah. kau tengok lah adik aku tuh mana pernah ada relationship. 24 jam dengan buku. Sebab tuh aku tak nak jadi macam aku. Teruk aku kena dulu. dia pun kena teruk jugak. Aku tak nak adik aku jadi macam dia," Myungsoo mengimbas balik kes skandal dia dahulu.

"Tak apa lah. Aku rasa Wonho tuh tak akan buat Myungri sedih or sakitkan hati Myungri. Lagipun kita kan boleh protect Myungri. Kalau apa-apa hal kau panggil je aku and gang aku eh? hahahaha," gelak Jungkook.

"Haru biru kalau kau bawak geng kau sekali. hahahaha. Kita tengok jelah malam nanti. Dah pukul 12.30 tengah hari. Jom lah. Aku nak balik dulu. Kau tak ada schedule ke tengah hari nih?" soal Myungsoo sambil mengemas beg nya.

"Tak ada. Aku terus balik dorm lah. kenapa?" 

"Ohh naik aku sekali lah. sekali jalan. Kau naik dengan Ara kan?" tanya Myungsoo

"Aha. ohh okay-okay. tunggu kejap, aku nak cari adik aku nih." Jungkook terus bangun dan mula mencari Ara.

 

"Sorry Myungri. Aku betul-betul ada hal nih. Aku tak boleh keluar dengan kau. Esok-esok jelah kita keluar eh. Eh aku letak dulu omma aku dah panggil aku tuh," bohong Ara. Ara terus mematikan telefonnya.

Dari jauh kelihatan Jungkook sedang memanggil namanya.

"ARA!" Ara menoleh dan terus mendapatkan Jungkook.

"Oppa balik dengan Myungsoo. So nanti Ara balik rumah sorang eh sebab oppa terus balik dorm. Nanti malam lepas majlis baru oppa balik rumah." pesan Jungkook.

"Okay. Jadi plan kita malam nih, Ara lah kena bawa Myungri pergi hotel. Kalau kantoi macam mana?" 

"Kita ikut plan A kalau tak jadi kita ikut plan B lah. yang penting Myungri mesti tak tahu eh. Okay lah. Oppa chaw dulu. kang Myungsoo bebel pulak. Jangan lupa pesan oppa. Anyeongg!" Jungkook melambai Ara dan terus berlari mendapatkan Myungsoo.

"Ish setahu aku ada plan A je. mana datang plan B pulak. membongak je oppa nih. plan B tuh mesti aku kena plan sendiri lah nih," Ara merengus.  

Wonho membelek rantai leher yang berbentuk tapak sulaiman yang dihiasi dengan batu berlian berwarna biru ditengahnya. Dia merenung ke arah teddy bear yang dibelinya semalam bersama Hyungwon dan Minhyuk.

Flashback:

Wonho memandu kereta Ara menuju ke Starship Ent.Kelihatan Hyungwon dan Minhyuk sedang berdiri tercegat di tepi jalan.Wonho terus menekan hon.Hyungwon dan Minhyuk agak terkejut.Sebuah kereta berhenti dihadapan mereka.Mereka cuba meneliti pemandu kereta asing itu.Wonho menurunkan tingkap.

"Hyung, kereta siapa doh kau rembat." terjah Minhyuk.

"Eh tak main lah rembat-rembat,ni kereta Ara.Aku pinjam jap.Dah lah cepat masuk.Aku kene pulang kereta pukul 3 nanti." gesa Wonho.

"Wow kereta Ara lah." ujar Minhyuk teruja.

 

Wonho, Minhyuk dan Hyungwon beredar menuju ke Mall untuk membeli hadiah Myungri. 

Mereka bertig

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .