Plan Surprise Party II - perang mulut

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Myungri dan Diana baru sahaja sampai dirumah. Nampaknya Ara dan Myungsoo belum balik lagi. Jadi Myungri naik ke atas untuk membersihkan dirinya manakala Diana terus duduk diruang tamu untuk menonton televisyen.

 

Setengah jam selepas itu kelihatan kereta Myungsoo memasuki ruang parking. Diana terus menjengah keluar tingkap.Ara dan Myungsoo bergelak ketawa dari luar. Diana sudah buat muka annoying. Dan apabila Myungsoo membuka pintu, Diana nampak Ara membawa beg shopping dan Ara sedang tersenyum ke arah Myungsoo.

 

Myungsoo yang perasan Diana terus menegur, "Eh Diana. bila balik? Myungri mana?"

"Ouh oppa, dah lama dah balik. Myungri dekat atas katanya nak mandi tapi tak siap-siap lagi," ramah Diana. Ara dah buat muka menyampah.

'Huh! Nak menggedik pulak minah nih. Meh aku tunjuk kau eh perangai aku yang sebenar.' getus hati Ara sambil tersenyum sinis.

 

"Oppa, thanks tau belikan Ara handbag nih. Lain kali oppa boleh belanja Ara lagi," Ara meletakkan tangannya di lengan Myungsoo. Myungsoo mengusap kepala Ara.

"No hal lah. Handbag tuh as tanda terima kasih sebab Ara temankan oppa tadi. Okay lah oppa nak naik atas. Nak tukar baju sekejap." Ujar Myungsoo sambil tersenyum.Myungsoo beredar menaiki tangga menuju ke biliknya di tingkap atas.Jadi tinggal Ara berdua dengan Diana di ruang tamu.

 

"Suka lah kau menggedik dengan oppa Myungri." sindir Diana dengan muka selambanya.Ara sudah mencebik.

"Eh suka hati aku lah.Kau sibuk apa?" bidas Ara pula."Jadi inilah perangai sebenar kau, depan orang lain baik bak malaikat." getus hatinya.

"Kau ingat Myungri suka lah kau rapat-rapat dengan oppa dia.Kikis duit oppa dia macam tu.Hei sedar lah diri kau tu sikit.Menggedik macam ulat bulu!" Semakin lancang mulut Diana mengapikan Ara.Ara sudah naik bengang.

"Well selama aku kawan dengan Myungri lah, dia tak pernah tegur aku pasal rapat dengan oppa dia.She gots no problem with that.Thanks for your concern.Sekurang-kurangnya aku tak terhegeh-hegeh macam kau!" Ara tersenyum sinis dan terus beredar meninggalkan Diana seorang diri.Ara tersenyum puas apabila melihat muka Diana yang sudah naik merah menahan geram.

'Kau ingat aku ni senang-senang kau nak perli,sindir macam tu' desis hatinya.

 

Ara mengangkat bagasinya menuju ke bilik Myungri di tingkat atas.Apabila dia membuka pintu,kelihatan Diana sedang rancak berborak dengan Myungri di atas katil.Ara berlagak biasa ketika Diana memandang ke arahnya.

"Ara, meh lah sini join kitaorang borak." Ajak Myungri tanpa mengetahui yang perang dunia ketiga sedang meletus antara Ara dan Diana.Diana sudah membuat muka menyampahnya.

"Hah borak lah dulu.Aku nak mandi kejap." Ara memberi alasan.Myungri hanya mengangguk.Ara menarik bagasinya ke bilik pakaian Myungri.

 

"Myungri,kau tahu oppa kau belikan Ara handbag baru.Aku nampak tadi masa diorang balik." Ujar Diana sengaja mengapikan Myungri. 

"Mana kau tahu ni?" soal Myungri dengan muka tegang.

"Ha? Tadi aku nampak Ara cakap terima kasih dekat oppa kau sebab dah belikan dia handbag. Memang selalu ke Ara tuh ngepau oppa kau?" Diana menokok tambah lagi. Muka Myungri tetap tegang lagi dan akhirnya dia melepaskan keluhan.

"Hmm ye ke? Bestlah Ara dapat handbag dari oppa aku tuh," 

"Mestilah best. nama pun orang belanja kan. Oppa sendiri kaya tak kan nak kikis duit oppa orang lain kot. Buruknya perangai. Jangan jangan dia datang sini memang nak keluar dengan oppa kau tak?" Myungri terkejut dengan jawapan Diana.

"Hmm... Diana, aku nak tanya kau sikit boleh? kau tak suka dekat Ara ke? Aku tengok pandangan kau dekat Ara macam orang tak suka je? And aku tak rasa kau tak sengaja tertekan mode flight tadi kan? Oppa aku dah anggap Ara macam adik dia sendiri dah. sama macam oppa Ara jugak yang anggap aku macam adik dia sendiri. Aku tak kisah pun oppa aku belikan Ara handbag sebab oppa dia pun penah belikan aku handbag. Aku harap kau jangan buat cerita macam tuh lagi eh?" Myungri meluahkan apa yang dia rasa.

 

Selepas mandi tadi lama Myungri duduk termenung memikirkan pasal hal nih. Dia rasa ada yang tak kena pasal kejadian pagi tadi jadi dia sengaja buat muka tegang seolah-olah dia marahkan Ara untuk melihat reaksi Diana. Dan dia tidak menyangka Diana begitu bencikan Ara sehingga dia sanggup tuduh kawan baiknya itu kaki kikis duit abangnya. 

 

Diana yang dah menggelabah terus memberikan alasan.

"Hmm sorry Myungri. Mungkin aku nih mudah menghukum orang kot. Yang bab flight mode tuh aku memang betul-betul tak sengaja. Sorry again Myungri." Diana sudah buat muka sedih. Myungri memang tak boleh tengok muka orang sedih jadi dia maafkan Diana.

"Aku maafkan kau. Lain kali kau janganlah ada sikap negatif macam tuh. Ara tuh sebenarnya baik. Kalau boleh aku nak kita bertiga jadi best friend forever." Myungri memeluk Diana. 

'Tak hingin lah aku nak jadi kawan baik dengan Ara tuh' getus hatinya.

 

Ara yang dah siap mandi terus keluar berjalan masuk ke ruang bilik Myungri. Ara memandang Diana dengan pandangan sinis. Diana perasan namun dia buat-buat tak tahu sahaja.

'Kau ingat senang kau nak hasut Myungri untuk benci aku? Hahahaha Diana-Diana, kau ni memang belum kena buku dengan ruas lah. Busuk jugak hati kau eh?' Ara bermonolog dalam hati sambil memandang Diana yang duduk atas katil tuh dengan pandangan sinis.

 

Ara terus duduk dihadapan cermin untuk menyikat rambut. Ara dapat melihat dari ekor matanya yang Diana sedang merenung tajam ke arahnya. Tapi dia buat dunno je.

"Myungri, jadi ke kau nak buat bbq malam ni?" soal Ara

"Huh? aku rasa macam tak jadi je. sebab badan aku penat giler nih and cuaca malam ni pun diramalkan akan hujan. Lain kali jelah kita buat eh?" ujar Myungri yang dah kepenatan selepas seharian dekat Lotte World.

"Oh okay. Hmm aku nak turun dulu lah. Nak tengok omma kau tengah masak apa. Boleh aku tolong sekali. Kau nak turun sekali tak?" soal Ara yang dah berjalan ke arah pintu.

"Hmm tak nak lah. aku nak tidur. kau cakap dengan omma aku tak turun makan eh. goodnight." Ara terus keluar dar bilik meninggalkan Diana dan Myungri.

 

Diana berkira-kira nak bangun keluar bilik namun tangannya ditarik oleh Myungri. Myungri tersenyum lesu.

"Diana, boleh mintak tolong tak? Nanti kau nak tidur bawah ke atau atas katil?" soal Myungri.

"Hmm tidur bawah kot. kenapa?"

"Kau tolong ambil comforter dalam bilik pakaian aku tuh eh? ambil yang corak sebab tuh besar sikit. Nanti kau pilih lah dengan Ara nak tidur bawah or atas. Aku tak larat nak bangun lah." arah Myungri.

"Okay." pendek sahaja jawapan Diana. Diana terus masuk kebilik pakaian Myungri dan mengambil comforter yang Myungri cakap tadi. Dia membentangkan dibawah. Selepas siap dia terus keluar dari bilik.

 

Myungri baru sahaja nak terlelap tiba-tiba phonenya berdering. De

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .