Beach

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Awal-awal pagi lagi Wonho sudah keluar dari bangunan dormnya dan terus menuju ke rumah ibubapanya untuk mengambil keretanya. 

Wonho memandu keretanya menuju ke rumah Myungri dengan bantuan location yang Myungri hantar kepadanya. Dalam 15 minit, akhirnya dia sampai dihadapan pagar rumah Myungri. Wonho terus mengeluarkan Iphone nya dari poket dan terus mendail number Myungri. 

tutttt...tuuttt...tuuuuttt

"Yebeoseoyo? Awak dah sampai ke? Sekejap-sekejap saya tengah breakfast," Myungri menjawab dengan laju sampaikan Wonho tergelak dihujung panggilan.

"Awak nih cakap laju-laju nak kemana? saya tak lari lahh. hahahaha. Saya dah dekat depan rumah nih," ujar Wonho yang sengaja mengusik Myungri.

~~ Myungri, ajak namchin tuh masuk dulu. Boleh breakfast sekalii~~ 

kedengaran suara Mrs Kim didalam telefon.

"Hmm Wonho-ssi, omma saya suruh masuk dulu boleh?" ujar Myungri. Wonho sudah menggaru kepalanya yang tak gatal tuh.

"Wonho-ssi?" ujar Myungri. 

"Tak apa ke saya masuk?" ujar Wonho dengan rasa ragu.

"Boleh je. sekejap saya bukakan pintu." Myungri terus mematikan panggilan telefonnya. Wonho menunggu dihadapan pintu pagar rumah Myungri.

"Omma, Ara pergi dulu tauuu!" laung Ara dari ruang tamu kepada Mrs Jeon yang berada didapur. Kebetulan Jungkook sedang menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

Dia melangkah laju ke arah Ara dengan mengheret bagasinya. Lantas dia terus memulas telinga adik kesayangannya itu.

"Dah tak boleh nak pergi dapur ke sampai terjerit-jerit macam tuh?" sindir Jungkook.

"Ahhh sakitlah oppa! ala Ara dah lambat nih tak sempat nak pergi dapur," Ara memberi alasan. Jungkook menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tinn tinnn! Tinn tinn!

"Hah! Dah sampai pun. Bye oppaaa! bye ommaaa!" laung Ara lagi sekali membuatkan Jungkook bengang dengan perangai adiknya itu.

Ara membuka pintu pagar rumahnya dan kelihatan Kogyeol sudah keluar dari keretanya. 

"Eh awak sorang je? manager-nim awak tak ada  sekali ke?" soal Ara kepada Kogyeol. 

"Awak nak saya bawak member-member saya yang lain ke?" jawab Kogyeol yang sengaja mengenakan Ara. Ara sudah menarik muncungnya.

"Okay-okay. Janganlah merajuk sayang," ujar Kogyeol yang membuatkan Ara sudah tersenyum mengada.

 

Kebetulan Jungkook sedang berjalan keluar ke arah mereka berdua dengan menarik begnya.

"Agak dah kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk tuh?" sindir Jungkook kepada Ara. Ara yang terkejut terus menarik muka. Kogyeol terus mendapatkan 'Bakal abang ipar' lah katakan.

"Jungkook sunbae-nim, nak pergi ke mana pagi-pagi nih? dengan beg besar sekali nih?" soal Kogyeol dengan penuh sopan santun. Ara dah tergelak kecil apabila mendengar Kogyeol memanggil Jungkook dengan panggilan 'Sunbaenim'.

"tak yah nak sunbae-nim sangat. panggil hyung sudah lerrr. aku nak balik dorm ni tapi van aku tak sampai-sampai. Kau jaga adik aku elok-elok eh? kalau tidak aku cari kau nanti," Jungkook memberi amaran kepada Kogyeol. 

Kogyeol sudah tersenyum kelat. 'Mak aihh! belum apa-apa dah bagi warning' desis hati Kogyeol.

"Kau dengar tak aku pesan apa?" Jungkook bersuara lagi.

"dengar-dengar, sunbaenim eh hyung," ujar Kogyeol sampai tersasul. Ara dah bantai gelakkan Kogyeol. Dan ketika itu, van milik BTS tiba. Tiba-tiba, tingkap van itu diturunkan, Jimin mengeluarkan kepalanya.

"Good morning Ara-shi! Eh, ada pakwe Ara sekali. Anyeong Kogyeol-shi," sapa Jimin kepada Ara dan Kogyeol.

"Good morning oppa!" balas Ara. Kogyeol juga membalas sapaan Jimin.

"Anyeonghaseyo, Jimin sunbaenim".

Jungkook cepat-cepat membuka pintu van itu dan memasukkan bagasinya. 

"Ara, oppa pergi dulu. jaga diri elok-elok. Gyeol, jaga adik aku elok-elok." pesan Jungkook kepada Ara dan Kogyeol dan mereka berdua menganggukkan kepala mereka.

Akhirnya van itu meninggalkan perkarangan rumah. Ara memberi isyarat kepada Kogyeol untuk masuk ke kereta.

"Jom!" ajak Kogyeol. Dan Kogyeol memandu keretanya ke arah rumah Myungri.

Wonho sedang duduk diruang tamu bersama dengan Mr Kim dan Myungsoo.

"Yah, Wonho. Kau memang tak ada schedule ke hari nih?" soal Myungsoo. Mr Kim sedang ralit melihat skrin telefon pintarnya.

"Harini memang free. Hyung tak ada schedule jugak ke?" soal Wonho balik kepada Myungsoo.

"Sekejap lagi aku nak balik dorm nih. Sebab esok dah start photoshoot semua. nih kau drive sorang je ke? manager kau tak ada sekali ke?" tanya Myungsoo. 

"ohh hyung balik naik kereta ke? saya sorang je hyung. manager tak nak ikut pulak," ujar Wonho.

"Aku bawa kereta sekali nanti senang nak ulang-alik. oh bukan apa kau tahu jelah fans sekarang nih menakutkan, kang tak memasal korang kena kejar dengan fans time dating nanti." ujar Myungsoo. 

"takpe hyung. saya akan pastikan tak ada siapa yang kenal nanti. hyung jangan risau," jawab Wonho untuk menyedapkan hati Myungsoo.

"Betul kata Myungsoo tuh. Kamu jaga anak uncle elok-elok ye." sampuk Mr Kim. Wonho dah tersengih.

 

Kebetulan Myungri baru sahaja menuruni anak tangga. 

'sebelum appa dengan oppa tanya macam-macam lebih baik aku selamatkan Wonho dulu' getus hati Myungri.

"Wonho-shi? Kkajaa!" ajak Myungri. Wonho terus bangun dan membongkok kepada Mr Kim dan Myungsoo.

"Uncle, hyung. saya pergi dulu." ujar Wonho sebelum berjalan menuju ke pintu utama. Mr Kim hanya mengangguk sementara Myungsoo sudah bangun untuk keluar juga.

Wonho membuka pintu keretanya dan kebetulan kereta yang dipandu Kogyeol berhenti dihadapan rumah Myungri. Ara keluar dari kereta dan menjerit nama Myungri.

"Myungri-yahhh!" 

"Kau kenapa terjerit-jerit macam tuh? dah suruh Kogyeol parking dekat garaj rumah aku nih. Kita pergi naik kereta Wonho je." arah Myungri kepada Ara.

Selepas Kogyeol memarkirkan keretanya, dia terus bergerak menuju ke kereta Wonho. Kelihatan Ara dan Myungri masih berada diluar kereta.

 

Didalam kereta, Wonho sedang ralit melihat skrin telefonnya. Kemudian, Kogyeol membuka pintu dan duduk disebelah Wonho.

"Yow Kogyeol!" ujar Wonho sambil highfive Kogyeol.Kogyeol tersenyum. Memandangkan Monsta X dan Up10tion berkawan baik, tidak hairanlah kalau Wonho dan Kogyeol berkawan.

"Kau rasa kan Gyeol, dua bidadari dekat luar tuh nak tunggu kita bentang karpet merah dulu ke baru nak masuk?" ujar Wonho kepada Kogyeol. Kogyeol sudah tergelak.

"Kau panggil la diaorang hyung. kalau aku panggil memang tak akan dengar punya lah," ujar Kogyeol. Wonho terus mengeluarkan kepalanya ke tingkap.

"Wahai bidadari-bidadari yang bernama Myungri dan Ara, lama lagi ke kami kena tunggu? Jenuh menunggu nihh," seloroh Wonho membuatkan Myungri dan Ara tersengih.

Cepat-cepat Myungri dan Ara masuk ke dalam kereta Wonho. Myungri duduk dibelakang Wonho manakala Ara duduk dibelakang Kogyeol. 

Kereta yang dipandu Wonho terus meluncur ke jalan utama menuju ke destinasi ditujui.

Mereka berempat sakan berborak sepanjang perjalanan. Bermacam-macam cerita yang mereka borakkan. Yang paling kuat berborak sudah pastinya Ara dan Myungri. Nasib lah Kogyeol dan Wonho dapat girlfriend macam tuh.

"So kita nak pergi mana dulu nih?" tanya Wonho. Myungri dan Ara berpandangan.

"Kita pergi National Museum?" Myungri memberi cadangan. Ara menggelengkan kepalanya.

"Tak best! apa kata kita pergi pantai?" Ara pula memberi cadangan. Kogyeol bersuara tanda setuju.

"okay jugak tuh. Kau macam mana, hyung?" soal Kogyeol kepada Wonho. Wonho melihat reaksi Myungri dengan cermin pandang belakang. Kelihatan Myungri memandang ke arah luar.

"Myungri-shi, awak rasa awak nak pergi ke mana?" soal Wonho yang tak mahu buah hatinya masam muka.

"Hmm saya tak kisah. saya ikut je. kalau nak pergi pantai, go on jelah," ujar Myungri selamba. Dari nada suara, Wonho sudah tahu yang Myungri merajuk. 

Ara yang tak tahu kawan baiknya tuh terasa dengan dia terus menjerit " jom kita pergi pantai!" 

 

Sepanjang perjalanan, Myung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .