Peluang

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Setelah selesai bersiap,Ara menuruni tangga ke tingkat bawah.Sambil berjalan,dia sibuk menaip mesej hingga tidak perasan Jungkook bertembung dengannya di tangga.

 

Ara : Ni saya Ara, jumpa saya dekat Droptop cafe,Myeongdong.Saya tak nak pergi tempat hari itu.Jangan banyak cerita, atau saya ubah fikiran.

 

"Ara nak pergi mana ni?" Soal Jungkook sambil memegang lengan Ara.Ara terus menyimpan handphonenya dan memandang Jungkook sambil tersengih.

"Ara nak jumpa kawan kejap.Nanti cakap dekat omma.Bye." Ara terus berlari turun sebelum sempat Jungkook bertanya lebih.Takut Jungkook dapat tahu tujuan dia keluar pagi ni.

"Budak ni, orang belum habis cakap dah lari dulu." Bebel Jungkook sendiri.

 

Ara memandu keretanya menuju ke Myeongdong selepas menerima mesej balas dari Kogyeol.

 

Kogyeol : Gomawo Ara

 

Ara memakir keretanya dan terus menuju ke cafe.Sedang Ara mencari tempat duduk yang agak terlindung dari orang ramai, seseorang memegang bahunya dari belakang.Hampir terjerit Ara dibuatnya.Ara terus menoleh memandang orang itu.

"Ara kan?" Ara mengangguk perlahan.Matanya memerhati wajah perempuan yang berdiri dihadapannya.Mukanya agak familiar dengan seseorang.Ara sendiri lupa.

"Awak siapa?" Soal Ara pula.Perempuan itu terus mengambil tempat di meja yang berhampiran mereka.Soalan Ara hanya dibiarkan.

 

"Come have a seat miss Ara." Ara hanya menuruti kata-katanya.Kerusi ditarik lalu Ara duduk menghadapnya.

"Aku straight to the point je lah.Aku Mijoo,ex-girlfriend kepada Kogyeol." Perempuan itu terus memperkenalkan dirinya.Ara terdiam. "ex-girlfriend?" matanya mula terasa panas.

"Kita pernah jumpa kan dekat Paris.So aku anggap kau dah nampak yang aku dengan dia masih rapat.Jadi tak ada sebab untuk kau stay dengan dia lagi." Ara masih diam. "Patutlah macam pernah nampak." desis hati Ara.

"Sebab tu je kau datang jumpa aku ni?" Ujar Ara dingin.

"Ofcos, kau tak patut stay dengan dia.Kau tahukan dia idol.Kau nak hancurkan kerjaya dia ke apa? Kau sedar diri tu sikit!Kau tak layak bersama dia! Hanya aku yang layak bersama dia! Aku akan pastikan dia jadi milik aku." Bentak Mijoo.Wajah Ara dipandang penuh benci.Sejak dia tahu Ara adalah girlfriend Kogyeol,lelaki yang dia cintai dari dulu, dia menyimpan dendam pada Ara.Seboleh-boleh dia mahu pisahkan mereka.Baginya tiada sesiapa boleh jadi penghalang hubungan dia dengan Kogyeol.

 

Air mata mula bertakung pada kelopak mata Ara.Namun sedaya upaya Ara cuba menahannya.Tak mahu nampak lemah dihadapan perempuan berlagak ni.

"Aku bagi amaran pada kau! Jangan dekat dengan Kogyeol." Mijoo sudah bangun dari kerusinya.

"Aku tak perlukan amaran kau.Baik kau berambus dari pandangan aku." tengking Ara balik.Ara sudah hilang sabar.Apa perempuan ni ingat dia masih bersama Kogyeol.

 

Mijoo mencapai gelas air dihadapan nya dan mahu menyimbah Ara namun seseorang menahan tangannya.Hampir terjatuh rahangnya apabila melihat Kogyeol yang menahan tangannya dengan wajah bengis.Ara hanya memandang bawah.Cuba untuk tidak mempedulikan mereka berdua.Kogyeol melepaskan tangan Mijoo.

"Kau dah melampau Mijoo.Sudahlah dengan cerita bohong kau tu.Aku dah dengar semua.Ex-girlfriend? Hei,jangan nak merepek lah.Aku tak pernah anggap kau sebagai girlfriend aku apatah lagi nak jadi ex.Tak sudah apa yang kau dah buat dekat noona aku sekarang girlfriend aku pun kau nak dengki.Manusia jenis apa kau ni!" jerkah Kogyeol pada Mijoo.

"Kogyeol please lah.I dah lama tunggu you dari sejak sebelum you debut.I cintakan you,dear." Ujar Mijoo separuh merayu.Tangan Kogyeol cuba diraihnya.

"Sudah! baik kau berambus dari sini sebelum tangan aku naik ke muka kau." tengking Kogyeol.Mijoo sudah menangis teresak-esak.Mijoo tiada pilihan selain pergi dari situ.Takut juga Kogyeol akan mengamuk nanti.Bukan Kogyeol tak pernah mengamuk padanya, hampir sahaja dirinya dibelasah ketika itu.Ketika itu Kogyeol memang sudah hilang sabar.

 

Kogyeol mendapatkan Ara yang hanya berdiam diri dari tadi.

"Ara, saya minta maaf." Ara masih berdiam.Kogyeol memegang pipi Ara agar Ara memandangnya.Rupanya mata Ara sudah basah dengan air mata.

"Lah kenapa Ara menangis ni? Ara, saya minta maaf sangat pasal Mijoo tu.Saya tak sangka dia boleh tahu saya nak jumpa awak dekat sini." pujuk Kogyeol.

"Saya nak balik." Ara sudah bangun dari kerusi.Dia sudah tak tahan lagi.Air matanya sudah mengalir deras dari tadi.Namun belum sempat dia nak pergi,Kogyeol sudah menarik tangannya.

"Mungkin malam dekat Paris saya bodoh sebab lepaskan awak pergi.Tapi tak kali ni.Ara dengar dulu apa saya nak cakap." desak Kogyeol separuh merayu.

Akhirnya Ara mengalah.Dia kembali duduk di kerusi.

 

"Saya minta sangat awak jangan percaya apa yang Mijoo katakan tadi.Dia tak pernah jadi girlfriend saya." terang Kogyeol.Ara hanya berdiam diri.Dalam dia berdiam diri,sebenarnya dia memberi Kogyeol peluang memberi penjelasan.

"Saya kawan dengan dia sejak dari sekolah menengah.Macam yang awak dengar tadi, dia memang taruh hati pada saya,tapi saya tak pernah anggap dia lebih.Banyak kali dia cuba tarik perhatian saya, tapi saya susah nak terima dia.Satu hari, dia rancang nak perangkap saya, tapi noona saya dapat tahu dan dia berjaya gagalkan rancangan Mijoo.Banyak kali Mijoo cuba kenakan saya tapi noona berjaya selamatkan saya.Mijoo bertambah marah jadi dia upah seseorang untuk langgar noona saya masa dia dalam perjalanan nak pergi universiti..Noona saya meninggal disebabkan kecederaaan teruk pada kepala..noona.." Air mata Kogyeol mengalir deras.Hatinya remuk setiap kali bercerita tentang noonanya.Noona yang sentiasa ada untuknya tapi telah pergi untuk selamanya.

Ara tersentuh dengan cerita Kogyeol.Air matanya turut mengalir.Pasti susah nak terima adik beradik yang bersama kita sejak kecil sudah pergi jauh dan takkan kembali.Ara menggenggam erat tangan Kogyeol.Cuba memberi semangat padanya.Kogyeol tersenyum padanya.

 

Kogyeol menarik nafas dan sambung lagi."Masa dekat Paris tu saya tak tahu macam mana dia boleh ada juga dekat sana.Saya tengah berjalan-jalan tiba-tiba dia muncul.Saya cuba abaikan dia tapi dia nak pengsan.Saya tiada pilihan selain tolong dia.Tepat masa awak datang tiba-tiba dia lilitkan tangan pada lengan saya.Saya terkejut sangat sampai lupa yang Mijoo ada dekat sebelah saya.Saya takut apa yang awak akan fikir tentang saya sedangkan saya tak buat apa-apa.Malam itu saya menyesal sebab tolong Mijoo dan lepaskan awak." 

 

"Kogyeol shii,maafkan saya sebab salah anggap pada awak.Saya minta maaf." Ujar Ara teresak-esak.Salah dia sebab terus buat kesimpulan tanpa tanpa hujung pangkal cerita.

Kogyeol mengukir senyuman.Akhirnya Ara sudah boleh terima nya semula.

"Tak,Ara tak salah.Saya yang salah sebab tolong Mijoo.Kalau tak semua ni tak akan berlaku."Ujar Kogyeol sambil mengesat air mata Ara yang masih mengalir.

"Ara jangan menangis lagi please.Janji dengan saya ini akan menjadi kali terakhir awak menangis.Saya janji akan bahagiakan awak." ucap Kogyeol.Ara mengangguk perlahan dan mengukir senyuman.

 

Kogyeol menyeluk poketnya.Dia mengeluarkan sebentuk cincin dari poketnya.Ara sedikit terkejut kerana setahunya cincin itu sudah dicampak hari itu.Kini cincin itu ada pada Kogyeol.Ara berasa terharu.

"Ara, ni cincin awak.Saya simpan sebab saya tahu awak akan kembali pada saya." Kogyeol menarik tangan Ara dan menyarungkan cincin itu pada jari manis Ara.

"Maaf,hari itu saya terlalu beremosi jadi saya campak cincin ni.Kejamnya saya." Ara menepuk tangannya yang telah mencampak cincin itu.

"Tu lah kejam betul awak ni.Kesian saya." Ara sudah memuncungkan bibirnya.Kogyeol tergelak kecil.Suka melihat wajah merajuk Ara.Lantas pipi Ara ditarik.Ara mengadu sakit.

"Sakitlah." Pipi Kogyeol pula ditariknya.Namun Kogyeol tidak mengadu sakit.

"Ei jahatlah,awak tak ada pipi.Cuba gemok sikit." protes Ara.Kogyeol sudah tergelak terbahak-bahak.

"Gemok nanti Ara lari cari orang lain.Bukan tak tahu tu Ara kan fangirl ramai idol.Tergugat oppa tau." ujar Kogyeol dalam nada cemburu.

"Tu semua oppa Ara bukan namchin Ara.Namchin Ara oppa sorang ni je." ujar Ara sambil tersengih.Kogyeol turut tergelak kecil.

 

"Ara, lepas ni kalau Mijoo ganggu Ara lagi, Ara beritahu saya.Tahu lah saya nak ajar dia." Ara hanya mengangguk kecil.

"Sorry saya tanya ni, Mijoo tak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang ke lepas apa yang dia buat pada noona awak?" Soal Ara tiba-tiba.Perasaan ingin tahu tentang noona Kogyeol semakin menebal dalam kepalanya.

"Keluarga saya sudah ambil tindakan tapi..dia dapat terlepas sebab oppa dia seorang pendakwaraya.Saya pasti ada kes rasuah disebaliknya.Keluarga saya tak mampu nak lawan balik..jadi kes itu telah ditutup.Kesian noona." Ujar Kogyeol lalu dia mengeluh kecil.

"Sabar ya, saya pasti kebenaran pasti akan terbongkar satu hari nanti." A

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .