Paris V - Stylist Monsta X

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Monsta X blur melihat kehadiran Myungri di dalam bilik menunggu mereka.Wajahnya terlalu asing.

"Stylist baru ke?" Soal Kihyun.Myungri mengangguk perlahan. Kihyun rasa macam dia pernah nampak Myungri tapi tak tahu dekat mana. 'Hmm orang lain kot' getus hati Kihyun.

"Serious? Bila masuk kerja? Tak pernah nampak pun." Soal Hyungwon bertubi-tubi menyebabkan Myungri rasa nak lari.Bukan dia pekerja tetap pun.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

 Minhyuk yang baru balik dari toilet terus menuju ke arah member-membernya yang sedang mengerumuni seseorang.

"Weh ada apa ni?" Minhyuk menepuk bahu Jooheon.

"Stylist baru.Lawa." Jooheon mengenyitkan matanya kearah Minhyuk.Minhyuk terus memandang kearah Myungri.

 

Minhyuk mengamati muka Myungri.Macam familiar dengan seseorang.

"Myungri?" Myungri terus memandang kearahnya Minhyuk.Nampaknya Minhyuk ingat dia.Kihyun turut memandang Myungri. "Myungri? Bukan ke tu nama adik Myungsoo sunbae?" Kihyun hanya mengangguk bahu.Malas lah dia nak jadi detective.Mungkin mereka sama nama.

 

"Apa awak buat dekat sini?" Myungri hanya tersenyum.Dia malas nak bercakap apa-apa.Lagi berbisa hatinya melihat Wonho yang tak reti nak diamkan member-membernya yang terlebih kecoh ni.Stylist je kot.

 

"Diorang tanya tu jawablah,jangan buat tunggul je." Myungri mengetap bibirnya.Dia rasa mahu hadiahkan penumbuk pada Wonho.

 

"Saya stylist baru tapi untuk hari ni je.Harap awak semua bagi kerjasama pada saya." Myungri terus tunduk 45 darjah.

 

"Eh tak apa-apa kami semua orang baik.Tak macam orang dekat sana tu.Btw selamat datang ke bilik Monsta X." Ujar Hyungwon yang mengalu-alukan kedatangan Myungri.Myungri tergelak kecil namun dalam masa yang sama dia mengiyakan kata-kata lelaki tinggi dihadapannya.Orang dekat sana tu paling kejam.

 

"Yah! Choker aku mana?Mana stylist! " Suara Wonho kedengaran satu bilik menunggu.Myungri yang sedang mendandan Minhyuk tergendala seketika.Dia terus mendapatkan choker di dalam beg dan diberikan pada Wonho.Hampir semua kerja dia kena buat sendirian kerana hanya dia seorang disitu bersama Monsta X.

 

"Nah ambil ni." Wonho tidak mengambilnya.Ditenung lama wajah Myungri.Sekali lagi jantungnya berdegup kencang.

 

"Apa pasal tak reti nak ambil? Saya ada banyak kerja lah." bentak Myungri.Sebal betul melihat perangai tak matang Wonho.

 

"Pakaikan." Myungri memandang Wonho tidak percaya.Gediknya ajusshi tua ni.Wonho buat muka tak bersalah.

 

Myungri tiada pilihan selain memakainya pada leher Wonho.Myungri berdiri berhadapan dengan Wonho.Myungri membuka klip pada choker itu dan diletakkan pada leher Wonho.Myungri memastikan dia berada dalam jarak yang jauh sedikit dari Wonho.Mujurlah tangan dia panjang jadi dia tidak perlu rapat-rapat dengan Wonho.Sudahlah Wonho asyik merenung dia.

Myungri bergelut nak ketatkan klip kerana dia langsung tak nampak.Ditambah dengan dia berada jauh dari leher Wonho.

 

"Aigoo,mana pula klip ni.Asal tak boleh ketatkan." Wonho yang dengar Myungri merungut terus menarik Myungri rapat dengannya. Myungri tersentak namun cuba berlagak biasa.Mamat ni memang nak kena.

 

"Baik awak berhenti tenung saya sebelum saya jerut leher awak dengan choker ni." Wonho tergelak kecil dengan bebelan comel Myungri.Dia terus mengalihkan pandangan pada tempat lain.

Siap! Myungri terus menolak Wonho jauh darinya.Sebelum beredar kembali ke Minhyuk, Myungri memandang kaki Wonho yang tidak berkasut dan terus memijak kakinya.Menjerit Wonho tiba-tiba.Dah lah kuat Myungri pijak.

"Buatlah hal lagi dengan aku.Huh." 

 

"Yah!" Myungri hanya memekakkan telinga.

Ara jalan beriringan dengan Jungkook menuju ke bilik menunggu.Sedang dia sibuk bercerita dengan Jungkook,Ara ternampak kelibat Myungsoo dihadapannya.Ara memberhentikan langkahnya.Jungkook pelik melihat muka terkejut Ara.Jungkook memandang hadapan.Tiada sesiapa kecuali Infinite sunbae.

"Lah yang Ara berhenti ni kenapa? Bilik menunggu depan lagi." 

 

"Ala kejap lah,tunggu sini 5 minit." Jungkook makin pelik dengan perangai Ara.Ara terus memerhatikan Myungsoo.Myungsoo oppa tak boleh nampak dia.

 

Dari jauh Jungkook sudah nampak Myungsoo melihat kearahnya.Jungkook segera mengangkat tangan kearahnya."Hyung!"

 

Ara menepuk dahinya dan terus menyorok ke belakang Jungkook. "Oppa ni kan..boleh pula dia tegur." Jungkook makin blur dengan perangai Ara.

 

Myungsoo berjalan menuju kearah mereka berdua.Ara terkumat-kamit berdoa agar Myungsoo tidak perasan yang dia sedang menyorok. Myungsoo yang kebetulan sedang mencari Myungri lantas pergi ke arah Jungkook.

 

"Hah Ara, ingat Oppa tak tahu kamu menyorok kat belakang tuh?" soal Myungsoo. Myungsoo pasti nih mesti Myungri dengan Ara dah komplot nak sorokkan sesuatu. Lantas Ara keluar dari belakang Jungkook sambil tersengih macam kerang busuk.

 

"Myungri mana? Pagi tadi dia cakap dia nak keluar dengan kamu. Tapi kenapa kamu dekat sini pulak?" Myungsoo sengaja memancing Ara untuk beritahu perkara sebenar. Patutlah malam tadi dia rasa tak sedap hati je.

 

"Apa hyung? Myungri mana ada dengan Ara. Memang dari bilik tadi aku jemput dia sorang je. Tak nampak pulak si Myungri. si Ara ni cakap Myungri awal-awal dah pergi bilik hyung." Ara menepuk dahinya. Habis pecah tembelang dia. Jungkook oppa ni pun agak-agaklah nak kantoikan Myungri.

 

"Hah! baik Ara cakap Myungri dekat mana? Sini Paris bukan Seoul. Kalau apa-apa terjadi kan dah susah." Ara dah rasa serba salah. Kalau Myungsoo dah membebel kalah mak-mak. 

 

"Se..be..nar..nya.... Myungri...." Ara sudah tergagap lantas Myungsoo menyergah Ara.

"Sebenarnya Myungri apa?!"

"Sebenarnya Myungri jadi stylist sebab dia kotorkan baju idol!" Hampir tidak bernafas Ara bercakap dek disergah oleh Myungsoo. Jungkook yang berada disitu juga turut terkejut.

 

"APA?! Stylist?! Group siapa?!" Mata Myungsoo sudah menunjukkan api kemarahan. Siapa tak marah bila senang-senang je jadikan adiknya stylist?

 

"Tak tahu pulak. Myungri tak bagitahu. Please Oppa jangan marahkan Myungri. Dia taknak oppa marah thats why dia tak bagitahu oppa. ikutkan dia memang taknak bagitahu sesiapa tapi pagi tadi Ara terbangun bila tengok dia tengah bersiap-siap." Ara menjelaskan perkara sebenar dan dia minta Myungsoo jangan marahkan Myungri.

 

"Hyung, kita nak cari Myungri sekarang ke?" soal Jungkook kepada Myungsoo. Myungsoo melihat jam ditangannya.

"Hmm tak sempat. show kita dah nak mula lagi 2 jam. Tak apa lah habis show baru aku cari Myungri. Okaylah hyung gerak dulu." Jungkook hanya angguk kepala. Ara pula sudah menundukkan kepalanya.

 

Selepas Myungsoo hilang dari pandangan,Ara terus menghadiahkan cubitan pada lengan Jungkook.

"Auch,sakitlah." 

 

"Oppa lah ni kenapa panggil Myungsoo oppa datang sini.Kesian Myungri nanti kena marah.Benci lah oppa ni." Ara terus memeluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya.

 

"Lah oppa pula kena marah.Oppa cuma tegur dia.Ara tu tak reti nak nyorok." Jungkook membalas semula kata-kata Ara.Tak memasal dia yang kena marah balik.

 

"Oppa tu kurus sangat.Memang lah dia nampak Ara.Cuba gemuk sikit macam Giant hah kan senang next time kalau Ara nak menyorok." Jungkook hilang kata-kata.Sah memang dia dah kalah dengan Ara.

 

"Alah kesian Myungri....Ara nak cari dia lah..." Belum sempat Ara beredar,Jungkook sudah menarik lengannya.

 

"Ah tak ada, nanti Ara ikut hilang.Sekarang duduk dengan oppa je." Arah Jungkook.Ara sedaya upaya cuba melepaskan diri dari Jungkook lalu Jungkook terus mendukungnya ala bridal style.

"Oppa!" 

 

"Degil betul Ara ni.Dah jom masuk." Ara sudah meronta-ronta dalam dukungan Jungkook.Tapi Jungkook tetap berlagak biasa.Malas dia mahu melayan degil Ara.Ara sudah pasrah.Tapi sempat lagi dia mencubit lengan Jungkook yang berotot itu dek geram.

 

Jungkook mendukung Ara masuk kedalam bilik BTS.Jungkook meletak Ara diatas sofa.Ara melemparkan kasutnya ke belakang dan ke depan.Memprotes tindakan oppanya.

"Oppa kejam!" Ara memuncungkan bibirnya sedepa.

 

"Stress betul aku dengan Ara ni." Adu Jungkook.Nasib baik lah Ara ringan,kalau tak memang tak menarilah dia hari ini.Ahli BTS yang lain hanya mampu gelak melihat gelagat mereka berdua.

 

Akhirnya Myungri selesai juga menyiapkan semua member Monsta X. 'Assaaa.. Tamat juga penderitaan aku hari ni' bisik hati Myungri. Namun kegembiraannya hanya sekejap sahaja kerana manager Monsta X, Sungchan meminta Myungri untuk tunggu dibawah stage sehingga semua show tamat.

 

Jadinya dia tidak dapat melarikan dirinya daripada Wonho. Myungri sudah muncung sedepa. Minhyuk yang perasan dengan perubahan Myungri lantas menegur Myungri.

 

"Awak sabar jelah dengan karenah Wonho hyung. Dia memang macam tuh lagipun dia tak berapa sihat hari nih."Minhyuk tersenyum melihat Myungri. Myungri hanya tersenyum sedangkan hatinya dah menyumpah-nyumpah.

'Tak sihat apanya kalau asyik nak mengamuk je. Lepas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .