Ara and Kogyeol are dating together?

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Semenjak Mr Kim dan Mrs Kim berlepas ke Malaysia, Myungsoo terus mengambil alih tugas ommanya di rumah. Myungsoo dengan secara rasminya telah menjadi pemandu peribadi Myungri kerana kereta Myungri rosak. Jadi terpaksalah dia menghantar dan menjemputnya adiknya pergi balik ke kolej.

 

Dua hari sebelum exam, Ara ada berborak dengan Myungri mengenai Kogyeol. Nampaknya Kogyeol ada merancang sesuatu untuk Ara.

 

"Myungri, malam tadi kan Kogyeol ada call aku. Seriously aku terkejut sangat-sangat sebab selama nih dia jarang call aku." Ara memulakan perbualannya. Myungri yang sedang sibuk membaca buku terus berhenti.

 

"kenapa pulak? bukan kau memang tertunggu-tunggu dia call kau ke? Nih dia dah call kau pulak yang rasa lain macam. Dia call kau buat apa?" Myungri buat muka tanda tanya. 

 

"Memanglah aku tunggu tapi kali ni macam pelik pulak soalan dia. Ni lah aku nak cerita. Dia ajak aku keluar. Tengok wayang then dinner dengan dia. kau tak rasa pelik ke makcik? dia tuh dah lah idol buatnya Honey10 nampak aku keluar dengan dia. habislah riwayat hidup aku." Ara sudah buat muka macam esok dia nak tinggalkan dunia. Dia mengimbas balik kejadian malam semalam.

Throwback........

Ara sedang sibuk menyiapkan assignmentnya. Dia berasa lega kerana Oppanya, Jungkook sudah keluar. Kalau tidak memang kesudah tak siap assignmentnya.

Sedang dia ralit meniliti laporannya itu, tiba-tiba telefonnya berdering menandakan Kakaotalk Messenger telah masuk. Ara pantas membuka.

"Anyeong! Ara-ssi, awak sibuk ke sekarang nih?" rupa-rupanya mesej dari Kogyeol. Ara sudah melompat-lompat kegirangan. Hatinya berdebar-berdebar sekejap~

Ara terus membalas,"saya tak sibuk. tengah belek-belek majalah :D". 'Ara-ara, kerja melambak tapi boleh cakap tak sibuk. kena hempuk jugak budak ni kang!' luahan hati authornim ~~

Tidak sampai lima minit, telefon Ara berbunyi. bukan mesej yang masuk tetapi ada panggilan dari Kogyeol! Ara sudah menggelabah. 'Alamak apa aku nak buat nih?' desis hati Ara.

Ara terus menekan butang hijau. "Yoboseyo? Kogyeol ssi. Ada apa awak call saya malam-malam nih?"

"Saya menggangu awak ke Ara?" 

"Eh tak lah oppa. tak ganggu pun. lagipun saya tengah baca majalah nih!" Ara terus menepuk dahinya. kali kedua dia menipu Kogyeol.

"oh. hari Rabu ni awak free tak? saya ingat nak ajak awak keluar." Ara terasa jantungnya hampir melompat keluar. betul ke apa yang dia dengar nih.

"Rabu? Pagi tuh saya ada exam tapi petang saya free lah. Oppa nak ajak saya keluar? Buat apa?"

"Oh pagi awak ada exam. Tak apa lah. kita keluar petang so boleh sampai malam kan? macam mana? Ara? Ara? Awak tidur ke?" Ara sudah berterbangan di awang-awangan namun dia kembali ke dunia nyata selepas Kogyeol menyebut namanya.

"Neh? Taklah saya tak tidur. Line tak berapa clear tadi. Saya ikut je. kita nak ke mana sebenarnya?" 

"Kita tengok wayang then dinner dengan saya. okay tak?" Ara sudah teragak-agak untuk menerima pelawaan Kogyeol itu.

"Tak apa ke kalau kita keluar berdua? kalau Honey10 nampak macam mana? Nanti diaorang tarik rambut saya!" Ara sudah membayangkan rambutnya ditarik-tarik oleh sasaeng.

"Awak jangan risau okay? takkan ada Honey10 yang kenal kita berdua nanti. Okaylah i got to go now untuk practise. kita jumpa hari Rabu nanti. Anyeongg!" Kogyeol mematikan panggilannya.

Nampaknya malam nih memang tak tidur lena la Ara. Lantas Ara teringat assignmentnya yang masih tak siap lagi. Ara terus menyiapkannya dengan pantas.

Papp! Myungri terus menghempuk lengan kawannya itu. Geram pulak tengok lakonan Ara yang memang over sangat tuh! "Woi! sakitlah. Agak tangan kau ni dari besi ke hape? lebam dohhh!" Ara menggosok-gosok lengannya yang sudah kemerah-merahan itu.

 

"Tak ada lah. kau tuh yang over sangat. chill sudahlah. Mana tahu Kogyeol ajak kau keluar untuk appreciate kau sebagai fan kesayangan dia kan. Kau juga yang untung. Bukan senang fan nak keluar dengan idol. kalau aku pun nak jugak keluar dengan idol. HAHAHA" Myungri sudah tergelak besar.

 

Ayat terakhir yang keluar dari mulut Myungri itu betul-betul membuatkan air yang diminum Ara tersembur keluar. Lain macam betul kata-kata tuh. Sejak bila Myungri berminat dengan dunia Idol ni? Persoalan yang bermain-main dibenak fikiran Ara.

 

Sebenarnya selepas kejadian tempoh hari, Myungri cuba mencari info-info pasal Idol ni di Google. Banyak input yang dia dapat dan kalau ada peperiksaan pasal idol ni confirm Myungri ni dapat A+. Namun, jangan terkejut! Myungri belajar semua nih semata-mata untuk membalas dendam dekat WONHO!. Mamat biadap tuh memang perlu diajar.

 

"HOI! Asal kau berangan? Pokoknya kau mesti keluar dengan Kogyeol eh. Jangan lepaskan peluang keemasan tuh. Nanti apa-apa hal bagitahu aku eh? hahahaha. okaylah oppa aku dah sampai tuh. Aku chaw dulu. Anyeong!" Myungri terus berjalan meninggalkan Ara yang sedang terkulat-kulat.

 

Myungri masuk ke dalam kereta oppanya lantas menegur, "Oppa nih siap bertuxedo bagai nak pergi ke mana?" 

 

"Hah? Oppa ada pre-press conference tadi untuk konsert dekat Paris tuh. Oppa kena gantikan Sunggyu untuk jadi wakil Infinite. thats why lah oppa pakai kot bukan tuxedo sayang intan molek!" Myungsoo terus mencubit pipi adiknya.

 

"Ohhhhhhhhhhhhhhh! eh eh panjang pulak ohh nya.. hahaha oppa, laparlahh. Jom pergi makan?" Myungsoo sudah buat muka menyampah. mesti kena pau lagi dengan adiknya.

 

"Yelah-yelah. nak makan dekat mana?" tanya Myungsoo sambil membelok ke kiri untuk masuk ke Highway.

 

"Steak! boleh eh oppa?" Myungri sudah mengelip-ngelipkan matanya. nih semua ajaran dari google la untuk menarik hati idol.

 

"Mak aihhh! 'habislah kopak duit aku macam nih' bisik Myungsoo. 

 

"Apa oppa? kopak? apa yang kopak? bumbung kereta ke?" tanya Myungri dengan muka blurnya.

 

"Tak ada lah. tak ada apa-apa. Dah jom kita pergi makan." Myungsoo terus memecut keretanya menghala ke restoran steak yang terkenal di Dongdaemun. 'Fuh! nasib baik dia tak dengar aku cakap apa, desis hati Myungsoo.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu Ara tiba jua. Ara berjalan beriringan dengan Myungri keluar dari dewan. Mereka melepaskan rasa lega kerana killing paper akhirnya sudah selesai dijawab. Myungri terus bertanya kepada Ara mengenai penerbangan ke Paris esok.

 

"Wei kau dah kemas barang untuk esok?" tanya Myungri kepada Ara. Ara sedang ralit melihat SNS dia. mana tahu ada sasaeng fan yang curi perbualan dia dengan Kogyeol malam haritu. tak ke haru bir

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .