Rahsia Ara terbongkar?

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

"Myungri menunggu Wonho yang sedang menukar baju didalam bilik sebelah. Malam itu Myungri mengenakan dress labuh berwarna black blue navy. Cukup menyerlahkan penampilan Myungri malam itu. Beberapa minit selepas itu, Wonho keluar dari bilik persalinan dengan memakai tuxedo yang berwarna biru tua dan ianya sepadan dengan Myungri.

"Myungri-shi, awak jalan dulu lah. saya takut ada yang perasan tentang kita nanti," ujar Wonho sambil memberi laluan kepada Myungri. 

"Kita jalan sama-sama lah tapi sampai depan saya masuk dulu." Myungri tersenyum. Wonho hanya mengangguk. Akhirnya mereka berdua berjalan beriringan. Tanpa sedar, Wonho memegang tangan Myungri. Myungri terkejut dengan tindakan Wonho.

"Tak apa kan saya pegang tangan awak?" Myungri mengangguk. Dan apabila mereka ingin sampai di pintu stage, tiba-tiba Seungcheol muncul dan Myungri cepat-cepat melepaskan tangannya. 

"Myungri dah siap? L-hyung dah panggil tuh. Eh Wonho-shi, awak buat apa dekat sini?" soal Seungcheol yang pelik melihat Wonho ada bersama Myungri.

"Oh oppa. Myungri dah siap nih. Myungri pergi dulu eh," ujar Myungri sambil tersenyum ke arah Seungcheol. Wonho yang melihat cara Seungcheol senyum ke arah Myungri terus terdetik dalam hati, 'oh dengan aku tak nak panggil oppa. dengan mamat ni boleh pulak panggil oppa!'

"Oh tak ada lah Cheol-shi. Aku sebenarnya pergi toilet tadi malas nak ikut pintu depan sebab tuh aku kat lalu sini," ujar Wonho sambil berlalu meninggalkan Seungcheol. Seungcheol dapat menghidu sesuatu dan memanggil Wonho semula.

"Yah, Wonho! sini sekejap. Tolong aku bawakan kek Myungri." Wonho menoleh dan terus berpatah balik ke arah Seungcheol.

"Dekat mana keknya?" soal Wonho.

"Jom" ajak Seungcheol.

 

Kelihatan Myungsoo sibuk berbual dengan rakan artisnya manakala Ara sibuk berbual dengan oppanya dan ahli member BTS yang lain. Dari tadi Ara asyik sedang bergelak ketawa  sambil bertepuk tampar dengan Jungkook. Jinho yang perasan situasi itu terus mereport pada Kogyeol.

"Yah, Kogyeol. aku tengok yeochin kau macam rapat je dengan BTS sunbaenim. nak-nak Jungkook sunbaenim. Diaorang ada apa-apa hubungan ke?" soal Jinho kepada Kogyeol. Kogyeol terus memandang ke arah Ara. Dia sudah menahan geram.

"Hmmm Aku tak tahu lah hyung. tapi takkan Ara curang dengan aku kot? Dia lupa ke yang aku ada dekat sini sekali?" Kogyeol membuat andaian sendiri. Jinho hanya menjungkitkan bahunya. Lantas Kogyeol bangun dari kerusi dan berlalu  ke arah Ara.Kuhn dan Wei yang pelik apabila Kogyeol tetiba bangun terus bertanya pada Jinho.

"Hyung kenapa tuh?" tanya Wei.

"Kes jealous lah ni.Tengok lah sana tuh." Wei dan Kuhn terus menoleh kearah meja BTS.Wei sudah membulatkan matanya.

"Nama sebenar yeochin Kogyeol siapa?" soal Wei tiba-tiba.Jinho sudah mengerutkan dahinya.

"Asal kau tiba-tiba? Tak silap aku Jeon Ara." Jawapan Jinho membuatkan Wei menelan air liurnya.Semasa berada di Paris, dia ada terbaca berita mengenai pengakuan ahli bts tentang adiknya.Jadi Ara,yeochin Kogyeol adalah adik Jungkook.Tak pernah pula dia terfikir untuk bertanya pada Kogyeol mengenai hal ini.

"Jadi betullah dia adik Jungkook sunbaenim.Habislah Kogyeol.." ujar Wei.Jinho dan Kuhn sudah terkejut besar. "WHAT?"

 

Ara yang perasan Kogyeol datang ke arahnya sudah membulatkan mata.Ara sudah dapat agak apa yang akan terjadi dari apa yang dia perhati pada riak wajah Kogyeol.Jealous! Apabila sampai Kogyeol terus menarik tangan Ara.Ara sudah terpinga-pinga. Jungkook dan member BTS yang lain terkejut beruk dengan tindakan Kogyeol.

"Woahh woahhh bro.Rileks!Ni apa cerita. Kau nak bawak Ara ke mana?" soal V cuba menenangkan keadaan.

"Saya nak bercakap dengan dia sekejap.Minta diri." ujar Kogyeol.

"Cakap dekat sini jelah," tambah Suga yang mula tak senang apabila riak wajah Jungkook sudah berubah.

"Saya ada hal dengan Ara sikit.Privacy." luah Kogyeol dengan nada keras. Jungkook yang dari tadi perhatikan gerak geri Kogyeol lantas bersuara.

"Kalau aku kata yang aku tak bagi kau bawa dia pergi macam mana?" ujar Jungkook selamba.Kogyeol makin bengang dengan kata-kata Jungkook. Ara sudah mendiamkan diri.

"Oppa...." Ara memotong percakapan Jungkook namun Jungkook tak mengendahkannya.

"Jangan panggil dia oppa lah Ara.Awak ni dah kenapa? Saya ada dekat sini tapi awak sibuk bergelak ketawa sakan dengan sunbaenim ni kenapa?" 

"Kogyeol shi, awak dah salah faham.Awak betul-betul dah salah faham." ujar Ara dalam nada perlahan.Jungkook sudah memeluk tubuh.

"Sunbaenim,saya tak tahu hubungan sunbae dengan Ara. tapi saya tak suka tengok Ara bercampur dengan ramai lelaki dan saya nak bawa yeochin saya pergi," akhirnya Kogyeol meluahkan hubungannya dengan Ara. Riak muka Jungkook sudah berubah. Ahli BTS yang lain juga terkejut dengan ayat yang baru keluar dari mulut Kogyeol. dan Ara juga dah gigit jari sebab oppanya dah tahu hubungan dia dengan Kogyeol.

"Sebelum kau nak bawa Ara, kau tahu tak aku siapa?" soal Jungkook dengan muka tak ada perasaan.

"Hmmm just kawan artis je?Saya tahu Ara ni fans ramai artis." Jawapan dari Kogyeol itu membuatkan ahli BTS yang dah ketawa terbahak-bahak. Jungkook dah tersenyum sinis.

"Get ready untuk dengar apa yang aku nak cakap ni.Aku Jeon Jungkook,abang kandung Jeon Ara.Any problem with that?"ujar Jungkook.

Kogyeol sudah terkejut besar dengan kata-kata Jungkook. Dia menoleh memandang Ara.Perlahan-lahan Ara mengangguk kearahnya.Berderau darah Kogyeol tiba-tiba.Maknanya dia dah buat salah besar kali nih. Lantas Kogyeol terus membongkok 90º darjah tanda hormat. 

"Saya mintak maaf hyung eh sunbae. saya tak tahu pulak Ara adik hyunggg ehh sunbae,maafkan saya." ujar Kogyeol yang asyik tersilap cakap. Ara hampir tergelak melihat kelakuan Kogyeol namun terus terdiam apabila Jungkook merenungnya.

"Oh jadi kau ni lah namchin adik aku? dah berapa lama couple dengan adik aku nih? Company kau tahu? Kau tak takut langgar kontrak?" ujar Jungkook kepada Kogyeol yang masih lagi membongkok. Ara dah geram dengan soalan Jungkook.

"Oppa. dah lah tuhh," ujar Ara dengan geram. 

"Ye hyung eh sunbae. saya namchin kepada Ara. Saya baru je declare dengan Ara minggu lepas. Company saya tak tahu.Tapi manager saya tahu." jawab Kogyeol dengan jujur.

"Dah-dah bangun.Nanti orang nampak, ingat aku buli kau pula." tegas Jungkook. Kogyeol terus berdiri tegak serta-merta. Myungsoo yang dari jauh melihat Jungkook dengan lelaki yang tengah membongkok lantas pergi ke arah Jungkook.

"Kau dah kenapa, Kook? tenung budak ni macam nak makan orang?" soal Myungsoo yang pelik melihat mimik muka Jungkook yang tengah tahan marah.

"Soo, kau tahu tak? budak nih namchin adik aku! namchin budak bertuah ni." luah Jungkook sambil meluku kepala Ara.Ara sudah mengadu sakit. Myungsoo membulatkan matanya. Lalu dia terus memandang Ara.Ara tersengih sambil membuat peace.

"Hahahahahaa.. nampaknya kau pun dapat adik ipar jugak la ye?" ujar Myungsoo sambil menepuk bahu Jungkook. "Okay lah Myungri dah keluar tuh. Sekejap lagi sesi potong kek. aku pergi sana dulu. rileks dulu ehh.Nak bagi ceramah dekat Ara pun tunggu majlis habis.Tae, kau dah boleh kumpul dengan Boo dengan Yeol eh untuk mc." Myungsoo terus bergerak ke arah pentas bersama V.

"Oppa, dah lah tuh. oppa terima jelah Kogyeol ni.Dia bukan alien pun.Ara tahu oppa risau kan tapi dont worry be happy.Kogyeol-sshi, jom ke sana," ajak Ara terus menarik tangan Kogyeol tapi sempat lagi dia melayangkan kiss pada Jungkook yang masih baran. Jungkook dah membulatkan matanya. Ahli BTS yang lain dah gelakkan Jungkook. 

"Hahaha, Kook! Terima jelah namchin Ara tuh. adik kau dah besar kan?" tepuk Jimin.Dalam hati sudah dia sudah mengeluh.Melepas nak jadi adik ipar Kook.

"Tak apa kalau budak tuh sakitkan hati adik kau, kitaorang kan ada?" pujuk Suga dengan Jin. J-hope dengan Rap monster mengangguk mengiyakan.Jungkook dah mengusap mukanya.

 

Myungri keluar dari pintu belakang stage. Semua tetamu tertumpu padanya. Myungri kelihatan begitu cantik dan menawan dengan dress yang dipakainya. Barisan MC memulakan tugasnya.

"Birthday girl kita cukup menawan pada malam ini. Sungguh terpesona dengan kecantikannya," ujar Seungkwan.

"Ya betul tuh. Abangnya handsome pastilah adiknya pun cantik juga," tambah Sungyeol.

Myungri yang berdiri di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .