Balas dendam

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Wonho sudah resah.Dari tadi dia ke hulu-hilir dalam bilik persalinan Monsta X sambil membelek handphonenya.Sudah hampir seminggu dia tak dapat menghubungi Myungri.Malah semua panggilannya ke voice mail.Mesejnya pula seperti tidak dibaca.

"Hyung, kau duduk boleh tak? Rimas lah aku kau asyik ke hulu-hilir macam ni." Rungut Kihyun.Wonho memandang Kihyun tanpa kata-kata.Mukanya jelas menunjukkan dia sedang sedih.

"Lah hyung, aku suruh duduk.Kau kenapa buat muka macam tu? Okay tak apa,teruskan ke hulu-hilir tu.Aku tak marah lagi." ujar Kihyun serba salah.

Wonho tidak memberi respons sebaliknya dia mengambil tempat di sebelah Shownu.

"Cuba cerita apa masalah kau ni? Tak pernah aku tengok kau resah macam ni?" tanya Shownu prihatin.Wonho menyembam mukanya pada bantal di sofa.

"Alah hyung ,ni mesti kes masalah cinta lah ni.Tu yang Wonho hyung meroyan macam ni." Celah Hyungwon tiba-tiba yang baru masuk dalam bilik persalinan bersama beberapa cawan minuman.Dia mengagihkan minuman itu kepada semua ahli Monsta X.Sampai ke Wonho dia terus menepuk bahunya.

"Hyung! Dah lah tu.Meroyan macam ni tak selesaikan masalah.Cuba kau cari jalan penyelesaian.Aku ingatkan kau ni pandai.Tapi baru masalah macam ni dah macam nak bunuh diri." bebel Hyungwon.Sejujurnya dia sudah rimas tengok Wonho macam orang hilang anak.

"Kau tak faham perasaan diabaikan macam ni.Walaupun muka aku ganas tapi masih macho,hati aku ada taman tau." ujar Wonho tiba-tiba.Kihyun sudah ketawa terbahak-bahak.Entah apa yang menggeletek hatinya pun dia tak tahu.Tapi yang penting memang lawak.

"Engkau tak yah gelak sangat,nanti elok-elok lunch makan kimbap,kau aku bagi makan kaki." marah Wonho.Kihyun segera meminta maaf namun masih lagi dalam tawanya.

"Cuba kau cerita dari a sampai b, aku tak faham lah." gesa Shownu yang dari tadi mahu mengetahui perkara sebenar tapi diganggu oleh Hyungwon.

"A sampai b? Okay pasal Myungri." jawab Wonho.Shownu mengerutkan dahinya.

"Tu je? Cerita lah sampai habis." marah Shownu.Beria dia tadah telinga dari tadi.Mahu sahaja dia menyepak punggung Wonho.

"Kata a sampai b.Tu je lah.Kalau a sampai h,panjang sikit." Wonho berloyar buruk.

"Jangan kau ikut makan kaki sudah." dengus Shownu.

"Eh hyung ni dia yang salah cakap,aku pula yang kena.Dari a sampai z,hyung.Bukan a sampai b.Kalau macam tu kau dengar mukadimah je lah." Wonho menepuk bahu Shownu.

"Eh patutlah lain macam je.Hahahahahha." Shownu kembali menepuk Wonho sambil ketawa.Wonho meneruskan ceritanya yang tergantung.Ahli Monsta X yang lain fokus pada ceritanya.

 

"Apa kata kau minta tolong Myungsoo hyung?" cadang IM.Semua memandangnya.IM sudah pelik.

"Apa?Aku bagi cadangan." ujar IM tidak puas hati.

"L-sunbaenim bukan Myungsoo hyung.Dengar dek orang lain aje kau kene sekeh.Wonho hyung je boleh guna panggilan tu.Tu bakal ABANG IPAR dia."Tegur Minhyuk.

IM sudah mencebik.Ingatkan dia salah cakap.

"Bagus cadangan kau tu.Tapi kan kau nak suruh aku gali kubur sendiri ke?Jangan nanti kau dengar berita aku dah "kiok" je lah." Wonho sudah menggelengkan kepalanya.Cadangan dibantah serta merta.

"Apa kata kau minta tolong Ara? Ara kan kawan baik Myungri dan jenis boleh masuk kepala sikit.Tak ada lah nanti kau kena dengan L- sunbaenim." Cadang Minhyuk.

"Hah betul lah Ara.Tak terfikir pula pasal dia.Nanti aku contact dia." Wonho menghembus nafas lega.Hanya Ara yang boleh tolong dia.

 

Semenjak hari itu,Myungri menjadi murung dan tidak ceria seperti selalu.Apabila ditanya dia pasti menafikan kebuntuannya.

"Ara, beritahu oppa, kenapa dengan Myungri? Oppa tengok seminggu ini dia makin pasif.Makan pun tak lalu.Ara ada tahu apa-apa?" tanya Myungri sejurus selepas dia mengambil tempat di sofa berhadapan Ara.

Ara mengangkat bahunya.Dia sendiri tak tahu.Myungri bukan nak cerita padanya.

"Ara tak tahu apa-apa oppa.Myungri langsung tak cakap tentang masalah dia." Ara mengeluh kecil.Myungsoo turut mengeluh.

 

"Ara, jom pergi." Ajak Myungri yang baru turun dari biliknya.Ara hanya akur.

"Oppa, anyeong!" ujar Ara pada Myungsoo namun Myungri hanya melulu keluar.Myungsoo mengeluh kecil.

 

Ara menahan Myungri di parking kereta selepas mereka habis kelas.Myungri sudah mengangkat keningnya.Ara memandang tepat pada  mata Myungri.

"Apa?" tanya Myungri pelik.

"Oh gini lah kawan.Sekarang ada masalah pun tak nak cerita pada aku? I thought our friendship.." Belum sempat Ara habis berkata-kata,Myungri sudah memotong.

"Jom balik.Aku penat la." Myungri sengaja menukar topik tiba-tiba.Namun Ara tetap tak berpuas hati selagi dia tak tahu apa yang difikirkan oleh Myungri. "Myungri, jangan ubah topik okay.Jawab semua persoalan aku." Gesa Ara.

"Ara,please.Aku tak nak serabutkan kepala bila ingat pasal masalah aku." ujar Myungri seakan merayu.Ara sudah terdiam seribu bahasa.

"Myungri.. niat aku nak tolong kau bukan nak serabutkan kau." marah Ara.Geram betul dia dengan reaksi Myungri yang agak sensitif itu.

 

Tiba-tiba Myungri memeluk Ara dan mula menangis teresak-esak.Ara makin serba-salah jadinya.

"Ara,Ara tolong aku.Aku tak sanggup lagi.Dia asyik ugut aku Ara.Aku takut." ujar Myungri teresak-esak.

"Ugut kau? Beritahu aku siapa dia? Siapa dia?" Soal Ara.

Myungri menggeleng kepalanya. " Aku tak tahu tapi dia asyik mesej aku.Dia ugut aku.Kalau aku masih contact dengan Wonho, dia akan cederakan orang yang aku sayang." ujar Myungri perlahan.Myungri melepaskan pelukannya.

"Kita boleh buat report polis right? Kau jangan takut, aku ada.Kita akan buat orang tu..."

"JANGAN! Tolong jangan.Nanti dia apa-apa kan Myungsoo oppa." rayu Myungri teresak-esak.Myungri sudah jatuh melutut.

"Myungri...."Ara terus mendapatkan Myungri.

"Kau lupa kejadian yang menimpa Myungsoo oppa beberapa hari lepas?" tanya Myungri.Ara terdiam.

"An

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .