Gaduh

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Myungri dan Ara menarik bagasi mereka menuju ke parking kereta.Manakala Myungsoo dan Jungkook menyusul mereka berdua dari belakang.

"Oppa,Ara temankan Myungri tau.Ni dah dekat pukul 2 pagi.Kesian pula Myungri memandu sorang-sorang.Tunggu Ara dekat rumah." Ujar Ara pada Jungkook.Jungkook hanya mengangguk.

"Myungri bawa kereta elok-elok.Tahan mengantuk tu.Esok petang baru oppa balik rumah." Myungri hanya mengangguk.Matanya masih segar kerana sudah tidur dalam kapal terbang tadi.

 

Myungri menghidupkan enjin keretanya dan terus memecut pergi.Setelah menghantar Ara pulang ke rumah,Myungri memandu kereta ke rumahnya.

 

Sedang keretanya mahu keluar dari simpang sebuah kereta meluncur laju di hadapannya.Myungri yang terkejut terus menekan brek.Kereta mereka bertembung di tengah jalan.Nasibnya baik kerana keretanya tidak melanggar bahagian sisi kereta itu.

Myungri yang geram dengan sikap pemandu itu terus keluar dari kereta.Pintunya dihempas kuat.Cermin tingkap kereta pemandu itu diketuk beberapa kali.Nampaknya pemandu itu memang sengaja cari pasal dengannya.Sudahlah hampir pukul 3 pagi.

"Excuse me!" Pemandu itu menurunkan cermin tingkapnya.Perempuan rupanya.

"Ye apa masalah kau?" Soal perempuan itu.

"Aku yang patut tanya apa masalah kau, sini kawasan perumahan bukan highway.Suka hati kau je bawa kereta laju-laju pahal!?" bentak Myungri.

 

Perempuan itu terus keluar dari keretanya.Tajam matanya merenung Myungri.Myungri pun tidak kalah turut merenung mata perempuan kurang ajar itu.

"Kau tak payah nak ajar aku lah perempuan!Setakat bawa kereta Mini Cooper nak berlagak dengan aku!" Jerit perempuan itu seperti orang mabuk.Tangannya menolak bahu Myungri.Myungri sedikit terdorong kebelakang.

"Apa masalah kau nak tolak-tolak aku? Wow muka lawa but manner dekat tapak kaki aku ni hah!" 

 

Perempuan itu sudah menaikkan tangannya mahu menampar Myungri,namun Myungri sempat menahan tangannya.

"Keep your dirty hand away from me!" 

"Dasar perempuan gila!" Myungri terus meninggalkan perempuan itu dan masuk kedalam kereta.Dia terus memandu pergi.

"Yah!"

 

Perempuan itu menyepak tayar keretanya.Geram dengan tindakan Myungri.Sudahlah dia sedang stress, ada pula orang mahu cari pasal dengannya.

"Siap kau kalau aku jumpa kau lagi." 

 

Myungri menekan remote auto gate rumahnya.Kelihatan kereta appanya berada di dalam garage.

"Omma, appa dah balik!" Jerit Myungri keriangan.

 

"OMMA!! APPA!!" Jerit Myungri sebaik sahaja masuk kedalam rumah agamnya.Mr dan Mrs Kim yang sedang duduk menonton tv tersentak sebaik mendengar suara Myungri.Anak kesayangan mereka sudah pulang.

"Aigoo anak omma dah balik.Meh sini dekat omma." Myungri terus memeluk ommanya.

"Rindu omma je ke? Tak rindu appa?" Myungri melepaskan pelukan pada ommanya dan terus memeluk appanya.

"Mesti lah rindu dengan appa Myungri ni."

 

"Eh omma dengan appa tak tidur lagi ke?Dah dekat pukul 3 pagi ni.Appa tak kerja ke esok?" Soal Myungri bertubi-tubi.

"Satu-satulah tanya.Tahulah rindu.Appa kerja esok tapi ni Myungsoo kata kamu balik sorang-sorang.Takkan lah appa nak biar je.Kenalah tunggu.Dah- dah naik atas masuk tidur.Appa pun nak tidur ni." Myungri mencebik.Appa ni tak ikhlas betul tunggu.

Ara menghidupkan handphonenya semula.Sepanjang perjalanannya tadi, dia offkan handphonenya.Tiba-tiba handphonenya berdering beberapa kali menandakan mesej masuk.Ara terus membuka peti mesej.Dari Kogyeol.

 

3;00 pm - Kogyeol; Ara, bagi saya peluang sekali lagi.Saya tahu saya bersalah tapi jangan seksa saya macam ni.Esok kita jumpa ye dekat cafe hari                    itu.

5:00 pm - Kogyeol; Ara? Kenapa tak reply? Ara,please Ara.Jangan buat saya macam ni.Sepatutnya saya call awak tapi awak tahukan saya idol, tak                    boleh guna handphone bila ada show.Ni saya dah free, kita jumpa ya?" 

6:00 pm - Kogyeol; Ara awak dah tak sayang saya ke? Kenapa tak reply langsung? Ara, please.Saya merayu.

9;00 pm - Kogyeol ; Okay, saya tunggu awak esok dekat sana.Kalau awak tak datang, saya akan beritahu media tentang hubungan kita.Saya dah tak                    kisah tentang kerjaya saya.Yang penting awak tahu saya memang sayang dekat awak.

 

Ara diam tanpa kata-kata.Matanya memandang pada setiap perkataan dalam mesej yang dihantar oleh Kogyeol.Terus handphone dicampak keatas katil.Serabut dengan masalah dia dan Kogyeol.Kenapa susah sangat Kogyeol nak faham yang dia sudah tawar hati padanya.Apa perlu dia biar Kogyeol beritahu media?

"Ah gila apa! Okay positif, dia ajak jumpa je kot.Aku tak lah kejam sangat sampai nak hancurkan kerjaya orang." Ara terus merebahkan badannya diatas katil.Sakit kepalanya memikirkan hal ini.

"Woi bangun lah.Kim Myungri." Diana menggoncang tubuh Myungri sambil tangan kirinya menepuk-nepuk lengan Myungri.Susah betul nak kejut minah seorang ni.

Myungri membuka matanya.Rasa nak marah bila ada orang yang kacau tidurnya.Tidakkah orang itu tahu yang dia balik rumah pukul 3 pagi? Bagi lah peluang dia tidur sampai matahari tegak atas kepala.Myungri mengeliat kecil.

"Huh omma, Myungri mengantuk lah.Nak apa kejut awal-awal ni?" Soal Myungri yang masih mamai.Diana tergelak kecil.

 

"Woi ni aku lah Diana.Melampau betul tak reti beza mak kau dengan aku." Ujar Diana sebal.Terus pipi Myungri dicubitnya.Serta-merta mata Myungri menjadi segar sebaik terdengar suara kawan baiknya dari Malaysia itu.

"Yah, kau buat apa dekat sini.Bila sampai? Asal tak bagitahu aku nak datang.Mati-mati aku ingat omma aku tadi." Myungri terus memeluk Diana.Lama betul mereka tak bertemu.

"Banyak betul soalan kau.Nanti-nanti je lah aku jawab.Sebelum itu pergi mandi.Busuk lah kau ni." Myungri mencebik.Memanglah busuk,dah kau yang kejut aku bangun.

Myungri mencapai tualanya lalu masuk kedalam bilik air.

 

Sementara menunggu Myungri mandi, Diana menjelajah bilik Myungri yang besar itu.Lawa betul bilik dia.Desis hati Diana.Diana berhenti pada dinding yang menggantung gambar Myungri sekeluarga.Wajah L ditenung.

"Tak sangka bias aku oppa kepada kawan baik aku." Diana bermonolog sendiri.Kemudian dia tersenyum.

 

Tak lama kemudian Myungri keluar dari bilik pakaian dan sudah lengkap memakai baju.

"Eh bila masa kau keluar dari bilik air lepastu masuk sana?" soal Diana pelik.Myungri tergelak kecil.

"Kalau kau nak tahu, dalam bilik air aku ada pintu ke bilik pakaian.Jadi lepas mandi bole terus pakai baju dekat situ." Diana hanya mengangguk.Patutlah bilik Myungri besar.

Myungri dan Diana berjalan-jalan di halaman rumah sambil berborak.Memandangkan Diana ada pergi kelas bahasa Korea di Malaysia, jadi dia fasih berbahasa Korea.

 

"Oppa kau tak ada dekat rumah pula?" Soal Diana kerana dari tadi dia tak nampak kelibat Myungsoo.

"Dia ada hal, mungkin petang nanti dia balik.Ni aku nak nasihat, jumpa dia jangan pengsan pula nanti.Nanti aku kena sambut kau pula." Diana tergelak kecil.

"Tak ada lah sampai aku nak pengsan jumpa idol.Mungkin aku excited sikit." 

"Dah serup

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .