Break up ?

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Sebaik sahaja ternampak kelibat Wonho yang sedang menunggunya di sebuah meja, Myungsoo terus menuju kearahnya. Tanpa memberi salam, Myungsoo terus menarik kolar baju Wonho dan melepaskan satu tumbukan tepat pada pipi Wonho.Wonho tergamam dengan tindakan drastik Myungsoo.

"Hyung?" 

"Kau punca tahu tak! Kau punca adik aku jadi macam ni. Aku dah agak keputusan aku izinkan kau dengan dia memang mustahil!" bentak Myungsoo melepaskan kemarahannya. Dia tidak boleh terima adik kesayangannya disakiti sebegini.

"Hyung, dengar dulu penjelasan saya.Saya pun baru dapat tahu tentang hal ni." Rayu Wonho.

"Penjelasan apa lagi kau nak bagi?! Aku tak percaya la pada kau."

"Hyung, tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap.Hyung jangan bertindak melulu macam ni." Wonho cuba menenangkan Myungsoo.

 

Myungsoo terdiam dan melepaskan Wonho.Dia terus terduduk di kerusi.

Wonho mengambil tempat di hadapan Myungsoo.Myungsoo mencapai kasar gelas air dihadapannya dan diminum rakus.

"Sekarang aku nak penjelasan kau.Apa masalah perempuan sundal tu? Kenapa nak libatkan Myungri? Aku memang tak suka adik aku terlibat dalam hal dengan orang seni.Cukup la aku dah banyak masalah sebagai idol ni." luah Myungsoo tak puas hati.

"Saya rasa Hyeri tak puas hati sebab Myungri bercinta dengan saya. Dia memang agak obses dengan saya.Saya dah awal-awal putus dengan dia.Saya tak sangka dia sanggup buat macam tu." ujar Wonho perlahan.

Myungsoo sudah mengurut kepalanya yang terasa berat.

"Tapi hyung jangan risau. Saya akan buat dia tidak berani lagi ganggu Myungri.Hyung, please, percayakan saya untuk kali ni." pinta Wonho dengan nada sayu.

Myungsoo tidak memberi sebarang respons.Dia terus bangun dan mahu beredar.

 

"Hyung!" Wonho menahan lengan Myungsoo.

"Jangan kecewakan aku lagi, Wonho!" Myungsoo terus beredar meninggalkan Wonho sendirian.

 

Wonho menghentak meja dengan penumbuknya.

"Hwang Yeri! Kau memang akan menyesal! Kau tunggu!" Wonho melepaskan amarahnya.

 

"APA?" Hampir tersembur air dari mulut Ara.Ara mengurut dadanya.Apa lah nasibnya pagi begini dikejutkan dengan berita sebegini.

"Macam mana Myungsoo oppa boleh tahu? Oppa bagitahu dia ke? Oppa, macam mana ni? Nanti Myungri marah dekat Ara." Ara sudah seperti cacing kepanasan.

"Ara sabar dulu. Oppa pun tak tahu macam mana dia boleh tahu.Sumpah oppa tak ada buka mulut pada dia.Terkejut oppa malam tadi Myungsoo hyung ajak jumpa." Jelas Wonho.

"Habistu siapa yang bagitahu? Takkan ada orang curi dengar perbualan kita hari itu? Ei seramnya." Ara memerhati sekelilingnya.Cuma ada Jungkook yang sedang memandang pelik kepadanya dari tadi.Mana taknya Ara sudah seperti orang gila.Jungkook pun naik pening tengok adiknya.

"Oppa tunggu kejap! Ara nak soal siasat orang lain.Nanti Ara call balik." Ara terus mematikan talian dan berlari ke arah Jungkook.

 

"OPPA!" Jungkook hampir melatah dek jeritan Ara.

"Apa dia? Oppa depan mata je ni.Jangan lah jerit aduyai." marah Jungkook.

"Ah tak kisah lah. Ni Ara nak tanya, oppa ada curi dengar perbualan Ara dengan Wonho oppa ke? Atau oppa ada ekori Ara beberapa hari lepas? Baik oppa mengaku sebelum Ara ikat oppa dekat pokok luar sana." soal Ara bertubi-tubi.Jungkook sudah mengerutkan dahinya.Pebenda jadah Ara ni merepek.

"Tak sekarang kan, Ara ni sihat ke tak? Bila masa oppa curi dengar? Bila masa oppa ekori Ara? Dan bila masa oppa balik Korea dari US? Hari ni baru oppa jejak kaki dekat rumah ni tahu tak!? Oppa dekat US dari seminggu lalu. Mana gaya oppa nak buat semua benda tu, ya tohan." Ara tersengih sendiri. Terasa dirinya bongok gila sekarang.

"Alamak salah terjah. Sorry. Hah sambung tengok tv, gerak dulu.Pape roger okay.Bye." Ara terus melarikan diri sebelum pipinya menjadi mangsa cubitan ketam Jungkook.

"JEON ARA!" 

 

 

"Oppa, Jungkook oppa bukan suspek utama. Senang cerita oppa pergi jumpa Myungri. Pergi cari kebenaran.Ara pening kepala dah ni asyik fikir." rungut Ara.

"Ara, oppa dah mesej, dm, call, tweet semua la, Myungri tetap tak bagi apa-apa respons. Macam mana lah oppa nak jumpa dia?" Ara sudah menggaru kepala.

"Ara boleh tolong bawa Myungri jumpa oppa. Nanti apa-apa Ara call oppa okay." 

"Okay, oppa tunggu." Ara mematikan talian dan segera mendail nombor Myungri.Hampir 5 minit menunggu,masih tiada respons dari Myungri.Ara mula naik angin.

 

"Myungri ni kan, call aku dah tak nak jawab ke?" marah Ara seorang diri.Dia yang tiada kaitan pun kena tempias sekali.Ara mengambil langkah lain dengan call nombor Myungsoo.

Tidak sampai seminit, kedengaran suara Myungsoo di hujung talian. "Ye Ara, ada apa call oppa ni?" "Em oppa. Myungri ada? Ara call dia banyak kali semua masuk voice mail." 

"Dia ada ni sebelah oppa. Kejap..." 

 

"Ada apa Ara?" tanya Myungri sebaik handphone Myungsoo berpindah tangan.

"Handphone kau mana? Dah campak sungai Hangang ke? Kalau belum meh aku tolong campakkan.Aku call beribu kali, semua masuk voice mail je.Ni yang buat aku nak marah ni." Bebel Ara melepaskan geramnya.

"Tak larat nak dengar kau bebel la.Aku malas nak on handphone la. kau nak apa nih?" tanya Myungri dengan nada malas. 

"yela kau memang dah tak nak dengar suara aku kan? okay fine. kau datang cafe kalau kau nak kawan dengan aku lagi. okay bye!" marah Ara dan terus mematikan panggilannya. 

"Ara nak apa?" soal Myungsoo.

"Entah. oppa, hantar Myungri dekat cafe. Ara nak jumpa," jawab Myungri. Myungsoo mengangguk dan terus memandu ke cafe yang Myungri sebut.

 

Ara mendengus marah.

"hish pening kepala aku dengan diaorang nih!" 

Ara terus mencapai kunci keretanya dan terus mendail nombor Wonho.

"Oppa, datang cafe. Ara dengan Myungri tunggu dekat sana. okay? Jangan lambat!" Ara terus mematikan telefonnya.

Myungsoo sampai dihadapan cafe.

"Myungri balik dengan siapa nanti?" soal Myungsoo.

"Myungri balik naik cab je. oppa tak payah jemput lah." ujar Myungri."Eh tak payah nak cab. biar oppa jemput. awak lupa ke yang awak tuh dah ada stalker jahat? habis je nanti terus call oppa okay?" pesan Myungsoo sebelum Myungri keluar dari kereta. 

 

Ara yang baru je sampai terus masuk ke cafe. Dari jauh dia dah nampak Myungri yang duduk disudut cafe. 

"Aku ingat kau tak nak datang cafe tadi?" sindir Ara

"hm kalau aku tak datang nanti ada orang tuh taknak kawan dengan aku. ada apa kau nak jumpa aku?" ujar Myungri acuh tak acuh.

"yah! kenapa kau nampak lifeless sangat nih? mana Myungri aku yang kuat & hati kental?" 

"aku dah bagitahu semuanya dekat omma aku, appa aku & Myungsoo oppa." 

"apa?!! ahh patut lahhh. habis diaorang cakap apa?" soal Ara.

"hm entah lah. aku serabut. kau nak cakap pasal apa ni? aku tak boleh lama," ujar Myungri. 

 

Tiba-tiba telefon Ara berbunyi.

"Yobeoseyo? oppa..." jawab Ara sambil menjauhkan dirinya sedikit dari Myungri.

"Oppa dah sampai ni. Ara dekat mana?" soal Wonho yang baru je sampai dihadapan cafe.

"Ara ada dekat dalam ni dengan Myungri. cepat sikit oppa." jawab Ara sebelum mematikan panggilannya.

Ara terus kembali semula ke tempatnya. 

 

"siapa telefon kau?" tanya Myungri

Ara buat-buat tak dengar.

 

Wonho yang baru sahaja memasuki cafe itu terus berjalan menuju ke meja Ara dan Myungri. Wonho memakai topi dengan mask jadi tiada siapa mengesyaki dia didalam cafe itu termasuk Myungri bagi p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .