Preparation

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Ara bergegas pulang ke rumah Myungri setelah mendapat panggilan dari Myungsoo.Apabila Ara sampai di rumah kelihatan Myungri sedang duduk termenung di sofa ruang tamu.Ara menghampiri Myungri.

"Myungri? Kau kenapa ni? Kau okay tak?" tegur Ara.Ara meletakkan handbagnya di atas meja dan duduk di sebelah Myungri.

"Aku tak sangka dia sanggup buat macam tu dekat kau." ujar Myungri lemah.Ara mengerutkan keningnya.Dia sendiri tak faham apa yang Myungri cuba sampaikan.Myungsoo pun tak ada beritahu tentang Myungri ketika membuat panggilan tadi.Katanya cuma Ara perlu balik.Nasiblah masa tu memang dia sudah hendak balik.

"Aku tak faham.Siapa yang kau cakap ni?" tanya Ara.Myungri menoleh memandang Ara.

"Diana.Dia cuba nak kenakan kau." keluh Myungri.Ara terkejut.

"Kenakan? Dia buat apa?" 

"Dia nak dedahkan hubungan kau dengan Kogyeol dekat public.Siap ada gambar sekali.Aku rasa dia ekori kau tadi ..." Mata Ara sudah membulat dengan apa yang diberitahu oleh Myungri.Mukanya sudah naik merah.

"Luckily aku nampak tadi..." Ara sudah bangun dari sofa.Tapi Myungri menahan tangannya.

"Ara aku faham kau marah tapi aku dah suruh dia balik Malaysia.Jangan risau dia tak akan kacau kau lagi." ujar Myungri perlahan.

 

"Aku tak faham apa masalah dia.Sejak aku jumpa dia, dia memang tak suka dekat aku.Asyik nak cari pasal dengan aku.Haih, nasiblah berita tu tak tersebar dalam internet.Kalau tak aku tak tahu lah." 

"Kenapa kau tak pernah cerita dekat aku? Dengan pasal kau gaduh dengan dia siang tadi? Myungsoo oppa dah cerita pada aku tadi."

"Aku tak nak kau gaduh dengan dia hanya sebab tu." 

 

Myungri terus memeluk Ara.Air matanya mengalir deras.

"Kenapa kau tak jadi macam Ara yang aku kenal? Sanggup kau biar dia buat macam tu dekat kau.Kau nak aku balas balik dekat dia tak?" Ara tergelak kecil.

"Kau nak balas? Tak payahlah Myungri." Ara mencubit pipi Myungri.

"Aku nak tahu sangat sebab apa yang kau gaduh dengan dia? Myungsoo oppa pun nak tahu." Soalan Myungi membuatkan Ara mengeluh kecil.Berat betul hati dia nak cerita tentang kelakuan Diana.Rasa seperti membuka aib seseorang.

"Hah Ara cerita lah, oppa nak tahu." kata Myungsoo yang tiba-tiba muncul.Ara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 

"Em Ara serba salah nak cerita ni tapi..macam ni Diana ada hati pada Myungsoo oppa.." Myungsoo sudah membulatkan matanya dengan apa yang Ara beritahu.Fikirnya Diana hanya meminatinya sebagai seorang peminat.

"Pagi tadi masa Ara nak naik ambil handphone, Ara nampak dia..usap muka Myungsoo oppa lepastu dia cakap yang dia cinta oppa dan dia nak kiss oppa dekat bibir..." Myungsoo dan Myungri sudah terkejut besar.

"Tapi Ara dah halang dia , Ara tarik dia keluar,tu yang sampai bergaduh.Dia sakit hati dengan Ara.Ara rasa dia buat macam tu sebab Myungsoo oppa marah dia tadi.Dia nak balas dendam pada Ara." Myungsoo sudah menggelengkan kepalanya.Rasanya memang patut dia marah pada Diana tadi.

 

"Melampau.Serious melampau.Berani dia buat macam tu dekat oppa." ujar Myungri penuh geram.

 

Tiba-tiba Diana muncul di sebelah mereka.Diana terus melutut.

"Ara, Myungri, aku tahu aku dah buat salah pada korang.Aku bebetul minta maaf.Aku terlalu ikutkan perasaan.Aku tahu aku tak patut buat macam tu.Ara, aku bebetul minta maaf." rayu Diana sambil teresak-esak.Ara tersentuh dengan kata-kata Diana tapi bukan Myungri.Hatinya sudah keras.Dia tak mahu maafkan Diana apatah lagi dia sudah tahu perangai sebenar Diana.Jujur kata dia sangat kecewa dengan Diana.

"Kau tak payah tunjuk baik minta maaf dekat sini.Aku dah suruh kau balik kan.Buat apa lagi kau tunjuk muka dekat sini.Kalau kau nak mintak simpati kami,lupakan niat aku sebab perangai kau tak ubah macam perempuan murah.Sanggup kau buat macam tu dekat Ara, dekat Myungsoo oppa!" tengking Myungri.Makin kuat esakan Diana.Ara sudah hilang kata-kata apabila melihat Myungri yang sudah naik angin.

"Myungri tolong maafkan aku.Aku tak nak hilang kawan macam kau." Rayu Diana lagi di kaki Myungri.Myungri tersenyum sinis.

"Kau tak nak hilang kawan? Apa kau tak fikir masa kau nak post cerita tu,kau memang akan hilang kawan? Aku kecewa dengan sikap kau.Aku betul-betul kecewa." Myungri terus bangun dan beredar pergi.Diana sudah terkedu.

 

"Myungsoo oppa, Diana minta maaf.Diana malu dengan perbuatan Diana.Maafkan Diana." 

"Diana, saya tak tahu nak cakap apa.Saya tak sangka awak sanggup buat macam tu.Lebih baik awak balik Malaysia.Kalau parents saya tahu pasal perkara ni, saya takut hubungan mereka dengan parents awak pula terjejas." Myungsoo bangun dan terus beredar.Diana mengesat air matanya yang deras mengalir.

"Ara, sekali lagi aku minta maaf atas semua salah aku pada kau.Aku memang bodoh sebab ikutkan perasaan.Nanti cakap dekat Myungri aku kirim salam pada parents dia dan aku boleh balik sendiri.Cakap dekat dia terima kasih sebab selama ini sudi jadi kawan aku." Diana mengesat air matanya.Dia bangun dan terus mengambil bagasinya di sebelah tangga.Terus dia mengheret begnya menuju ke pintu.

"Diana,tunggu! Aku hantar kau pergi airport ye.Please." ujar Ara yang berasa kasihan pada Diana.Diana tersenyum dan mengangguk.

Myungri menangis teresak-esak di biliknya.Hatinya sakit setiap kali memikirkan tentang Diana.Akhirnya dia terlelap.Dia tersedar semula apabila seseorang mengejutkannya.

"Myungri, aku nak balik dah ni." ujar Ara yang duduk disisi Myungri.

"Tidur lah sini lagi.Aku sunyi lah." desak Myungri.Ara menepuk bahunya.

"Sorry Myungri,aku kena balik sebab omma aku suruh balik.Nanti bila-bila aku tidur sini lagi ye." bohong Ara.Dia sedaya upaya mencari alasan untuk mengelak dari Myungri sehingga hari Jumaat ini.Kantoilah nanti kalau dia mahu balut hadiah.

"Alah, meh aku cakap dekat omma kau.Aku bab memujuk ni paling genius." Myungri mahu mencapai handphonenya tapi Ara segera menghalangnya.

"Myungri,malam ni aku memang kena balik.Lagipun aku rindu omma aku." Myungri memuncungkan bibirnya sedepa.Merajuk.

"Em ye lah.Aku nak tidur bye." Ara tergelak kecil dengan perangai mengada-ngada Myungri.

"Peh menghalau.Hah ye lah bye." Ara terus mengemas barangnya dan memandu pulang ke rumah.

 

Ara tersenyum sendiri.Misi menyatukan Myungri dengan Wonho sudah hampir berjaya.Bersungguh-sungguh dia meminta Minhyuk membawa Wonho ke majlis hari lahir Myungri nanti.

 

Minhyuk meletakkan handphonenya di atas meja.Dia terus keluar dari bilik dan berlari mendapatkan Wonho di bilik sebelah.

"Hyung! Hyung!" jerit Minhyuk.Wonho yang sudah mahu masuk tidur terperanjat dengan jeritan Minhyuk.Minhyuk menerjah masuk ke dalam bilik Wonho.

"Kau dah kenapa jerit-jerit panggil aku ni? Meh sini duduk bawa bincang.Dah macam kena rasuk pun ada." bebel Wonho.

"Hyung ada berita gembira.Hari jumaat ni birthday Myungri." beritahu Minhyuk.Wonho membulatkan matanya.

"Serious? Asal tak beritahu aku awal-awal.Mana sempat nak beli hadiah ni." Minhyuk mengetuk kepalanya.

"Aduyai aku pun baru tahu lah,Ara call tadi.Dia ajak kita semua pergi suprise birthday party Myungri jumaat ni.Esok baru hari khamis lah, sempat kalau nak berlari pergi mall beli hadiah.Cakap dekat Sungchan hyung lah,mesti boleh punya." cadang Minhyuk.Wonho tersenyum.Dia mencapai handphonenya.Minhyuk memandang tingkahlaku Wonho.Kelihatan Wonho sedang mencari nombor Myungri.

"Hyung? kau nak call Myungri ke?" Wonho mengangguk.

"Wae? Buat apa nak call?" tanya Minhyuk yang takut Wonho membocorkan rahsia mengenai birthday party Myungri pula.

"Nak tanya dia pasal birthday party tu lah.Dia nak hadiah apa." jawapan Wonho membuatkan Minhyuk terus merampas handphonenya dan dioff screennya.Wonho sudah terpinga-pinga.

"Ah hyung! Kau ni kan.Kan aku dah kata suprise birthday party, sah-sah lah suprise untuk Myungri, yang kau nak call dia buat apa? Nanti tak memasal Ara sekeh-sekeh kepala kau." marah Minhyuk.Wonh

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .