Jealous

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Myungri mengeluarkan bahan-bahan untuk masak sementara Ara pula menelefon Kogyeol dihalaman rumah Myungri. Ara beberapa kali menghubungi Kogyeol namun tiada jawapan. Ara mendengus dan cuba mendail nombor Kogyeol buat kali terakhir. 

"Yoboseoyo? siapa ni?" Ara berasa pelik kerana bukan Kogyeol yang jawab panggilannya.Dan suara yang menjawab panggilannya adalah perempuan.

"Kogyeol shi ada?" tanya Ara dingin.

"Kogyeol shi tak ada.Dia tengah busy.." Ara terus mematikan talian.Perasan geram mula menyelubungi dirinya.

"Siapa pula perempuan tu? Berani dia pegang handphone namchin aku.Just wait!" getus hatinya.

 

Ara duduk di sebelah Myungri yang sedang memotong sayur.Myungri yang perasan wajah masam Ara menegurnya.

"Lah dah kenapa ni? Baru call namchin,muka dah masam macam kimchi ni."

Ara mendengus. "Mana aku tak masam je kalau aku call dia tapi perempuan lain yang jawab.Ei sakitnya hati." Ara terus mencapai zucchini mentah dan mengetuk zucchini itu pada meja.

"Kalau ye pun marah, jangan lah diketuk zucchini tu.Aku nak buat masak.Aku rasa kau ni serkap jarang je lah, mana lah Kogyeol tu nak curang dengan kau.Tahu dek Jungkook oppa, naya lah Kogyeol tu." Ara mencebik.Dia masih tak mahu menerima kata-kata Myungri.Dia terus bangun dari kerusi.

"Nak ke mana?" tanya Myungri.

"Kejut dinosour dekat atas tu.Agak-agak dah beli tiket balik Korea ke belum? Aku nak pergi jemput diorang kejap." ujar Ara selamba.Myungri sudah gelak besar.

 

 

Ara mengetuk pintu bilik Myungsoo hampir 10 kali namun tiada respons dari dalam.Ara tiada pilihan selain merempuh masuk.Ara mampu menggeleng kepala apabila melihat permainan icebox yang bersepah diatas lantai dengan plastik snack ringan.Sejak bila pula mereka berdua main xbox? Setahu Ara Jungkook oppa tidur awal daripada mereka.

Ara menghampiri katil mereka dan duduk dibirai katil.

"Oppa! Oppa! Dah lebih pukul 12 dah ni.BANGUN!!!" jerit Ara sambil menggoncang tubuh Jungkook dan Myungsoo yang masih berbalut dengan comfarter.Tubuh Jungkook bergerak sedikit.

"YAH JEON JUNGKOOK BANGUN LAH.BISKUT MARIE PEMALAS.ISH." ejek Ara kerana Jungkook berkeras tak mahu buka mata.

Tiba-tiba Jungkook membuka matanya.Dek terkejut Ara jatuh terduduk diatas lantai.

"Ara cakap apa tadi? Ingat oppa tak dengar lah tu? Amboi bukan main dia mengejek kita." Ara sudah mengurut dadanya.Mati-mati dia ingat Jungkook tidur mati namun dia telah tempah maut.Jungkook menolak comfarter ke tepi.Ara sudah bersedia untuk melarikan diri.Namun Jungkook sempat menarik lengannya.

"Oppa, lepaslah Myungri panggil Ara lah." bohong Ara untuk melepaskan diri.

"Oppa tak pekak lagi okay." Ara muncung sedepa.Lantas Jungkook menarik pipinya.

"Mandi lah sana.Oppa busuk tahu." ujar Ara selamba.Jungkook terus meluku kepalanya.

 

"Oppa! Kejut Myungsoo oppa sekali.Jangan marah kalau Ara gegar katil ni okay."

"Amboi nak gegar katil oppa konon.Badan cekeding macam tu.Jangan pinggang Ara yang patah sudah." ujar Myungsoo yang dari tadi hanya memerhati gelagat dua beradik tu.

Ara terus tersengih sambil buat peace no war. " Eh Myungsoo oppa, bila bangun? Okay lah Ara nak tolong Myungri masak.Gerak dulu.Bye." Ara terus berlari meninggalkan bilik.Myungsoo dan Jungkook hanya mampu menggelengkan kepala mereka dengan perangai Ara.

Myungri meletakkan periuk berisi kimchi stew di tengah-tengah meja makan.Myungsoo dan Jungkook hanya memandang hidangan di hadapan mereka dengan mata yang tidak berkelip.

"Makan lah.Yang ditenung je buat apa, tak ada orang nak suap oppa berdua.Dah makan-makan.Penat tau Myungri masak." pelawa Myungri lalu dia mengambil tempat di sebelah Myungsoo manakala Ara mengambil tempat di sebelah Jungkook selepas menghidangkan air.

"Boleh makan ke ni? Risau pula oppa nak makan." Ujar Myungsoo ragu-ragu.Myungri terus menepuk lengan Myungsoo.Geram dengan kata-kata Myungsoo yang ragu-ragu jika makanan itu beracun.Bagi racun betul-betul baru tahu.

Jungkook terus mencapai senduk dan memenuhkan mangkuknya dengan kuah stew tanpa menunggu Myungsoo.Tanpa ragu-ragu dia terus menyuapkannya ke dalam mulut.Myungri dengan penuh harapan menunggu respons Jungkook.Tak lama kemudian, muka Jungkook mula berkerut.

 

"Myungri sorry oppa tanya ni, lori garam tergolek ke tepi periuk tadi? MASINNYAAA." Jungkook terus mencapai cawan berisi air untuk membilas mulutnya yang masih terasa masin.

"Eh masin ke? Tadi Myungri rasa sedap je." ujar Myungri terkejut.Setahu dia, dia hanya memasukkan garam secukup rasa tapi nampak gayanya macam dia telah masukkan sesenduk garam.Dia terus mencapai sudu dan menghirup kuah stew itu.Muka Myungri mula berkerut apabila rasa stew itu mula sebati dalam mulutnya.

"MASINNYAAA.Jangan makan.Nanti kene darah tinggi.Tapi Myungri musykil lah, kenapa rasa dia masin gila.Myungri masukkan garam secukup rasa je tadi."

"Kadang-kadang kita sendiri tak perasan yang kita cuai.Myungri cuai lah tu." Ujar Myungsoo.Myungri mencebik.Ara yang berdiam diri dari tadi mula bersuara.

 

"Err first sekali Ara nak minta maaf banyak-banyak sebab kan...sebab Ara tertumpahkan garam dalam stew ni tadi.Ara ingat tu gula so Ara biar je lah, tapi tak tahu pula tu garam...." ujar Ara sambil menundukkan mukanya seperti budak kecil yang buat salah pada ibunya.Myungri sudah membulatkan matanya.Jungkook dan Myungsoo sudah ketawa terbahak-bahak.

"Jeon Ara!!" jerit Myungri geram.

"Alah Myungri sorry lah aku tak sengaja tadi." Ara cuba menenangkan Myungri.

"Kalau namanya Jeon Ara, tak cuai memang sah bukan dia." Myungri sudah menggelengkan kepalanya.

"Dah-dah jangan gaduh.Nampaknya kita kena order makanan lah ni.Jadi yang kene bayar adalah Ara." kata Myungsoo memberi kata putus.Ara sudah memuncungkan bibir.

"Alah oppa,kenapa Ara pula yang kena bayar?" protes Ara.

"Ara yang cuai,Ara lah yang kena bayar.Ye idok?" 

"Hah betul tu." sokong Jungkook.Ara memberi jelingan maut pada Jungkook.Tak sokong adik betul lah.

"Jahat lah semua.Okay fine.Nak makan apa? Pizza? Chicken? Chinese food? atau ramyeon,hehehe" 

"Myungri nak chinese food.Jjampong dengan sweet sour chicken*noporkhere*.Oppa berdua?"

"Oppa nak jjajangmyeon." 

"Sama! tambah mandu goreng sekali." 

Ara hanya mengangguk dan mencapai handphone untuk membuat pesanan. "Yeobeoseyo? Ye saya nak buat pesanan makanan. Satu jjampong.Tiga jjajangmyeon.Dua set sweet and sour chicken dan dua set mandu goreng.Alamatnya..... Nae kamsamida.Hantar segeranya sebab ada tiga ekor dinosour tengah kebulur.Anyeong." Ara mematikan talian.Myungri,Myungsoo dan Jungkook sudah memandangnya semacam.

"Suka hati je panggil kitaorang dinousor." marah Jungkook.

"Jangan nak marah-marah.Ara cancel order tadi baru tahu." ugut Ara.Jungkook menyerah kalah.Dari berlapar baik dia diam je.

 

"Ara jangan lupa esok.Aku terus pergi dengan Wonho naik kereta dia pukul 11." jerit Myungri dari luar kereta.

"Hah okay,nanti apa-apa call atau mesej aku." sahut Ara dari dalam kereta.Tak lama kemudian,kereta Ara keluar dari pintu pagar dan hilang dari pandangan.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .