Paris III

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Wonho membetulkan bajunya yang sudah senget akibat ditarik-tarik oleh fansnya.Wonho menggempal penumbuknya.Punya lah dia geram sangat-sangat sampai habis semua benda di tanah disepaknya.

 

"Kurang ajar betul budak Myungri ni.Siaplah kalau aku nampak muka dia." 

 

"Auch." adu seseorang apabila tin minuman terkena kepalanya.Wonho terkejut.Tak sangka sepakannya tinggi.Dia terus melarikan diri tanpa disedari oleh orang itu.

 

"Hey, you! " Jerit orang berbangsa perancis itu

 

"Hyung! Kau pergi mana hah? Asal selekeh semacam ni? Eh ada gincu dekat lengan baju kau ni? Bagitahu aku,kau buat apa tadi? " Wonho dengan tidak bermaya merebahkan badan diatas katil.Soalan Hyungwon yang seperti machine guns tidak dipedulikan.Dia dah terlalu penat melarikan diri dari fansnya tadi.Bermacam-macam alasan digunakan agar mereka melepaskan dia namun mereka tetap degil.Akhirnya dia terpaksa berpura-pura sakit perut dan terus melarikan diri ke toilet.Nasib baik ada pintu kecemasan di belakang cafe.Dapatlah dia keluar tanpa disedari oleh fansnya.

 

"Woi! Aku tanya,kau buat tak tahu je." Hyungwon membaling bantal tepat ke muka Wonho.

 

"Sakitlah gila!" Wonho terus bangun dari tilam.Hyungwon dipandang penuh geram.Ada saja yang menganggu.

 

"Hah reti pun cakap.Ingat dah bisu." Wonho mencebik.

 

"Kau tanya macam-macam mana aku nak jawab semua.Aku dah lah tengah bengang gila ni.Ada ke patut aku kene prank dengan seorang perempuan." Wonho menggempal penumbuknya.

 

"Woo,rileks.Jangan aku pula makan penumbuk kau." Hyungwon menenangkan Wonho.Tak memasal nanti dia yang kena.

 

"Aku tak kira,aku kene balas dendam balik.Aku nak berbaik, dia pula cari pasal.Tak boleh jadi ni." Wonho terus beredar ke toilet.Hyungwon sudah terpinga-pinga.

 

"Tengok tu, aku je kena dengar dia cakap.Aku tanya,tak reti jawab.Ei bengang betul!" Hyungwon membebel sendiri.

 

Myungri keluar dari cafe sebaik sahaja kelibat Wonho sudah tidak kelihatan diantara fan-fan itu.Kedengaran suara mengeluh fan-fan itu dan mereka mula berlari ketingkat bawah.Mungkin mencari Wonho.Myungri segera melarikan diri,takut dia pula yang kene serang.

 

Myungri tersenyum gembira seorang diri.Gembira betul dapat kenakan mamat perasan bagus tu.Tiba-tiba, Myungri memberhentikan langkahnya dan segera menyorok apabila Wonho muncul dari arah belakang cafe.Hampir saja tertangkap.Matilah dia kalau Wonho jumpa dia.Dari cara Wonho membetulkan bajunya,nampak sangat dia tengah geram.Mulutnya juga terkumat-kamit berkata sesuatu.Tengah mencarut lah tu.

 

 

"Buat masa sekarang aku tak boleh jumpa mamat itu.Habislah aku nanti..tapi well i dont care."Myungri bermonolog sendiri sampai tak sedar dia sudah tiba dihadapan biliknya.Kelihatan Myungsoo yang sedang bercekak pinggang menunggunya.

 

"Kim Myungri! Kamu pergi mana? Dah pukul berapa sekarang?" Myungri memuncungkan bibirnya.Bukan lambat sangat pun dia balik.Baru pukul 7 malam.Sepatutnya dia mahu balik awal namun dia sengaja berdiri lama memerhatikan Wonho dari jauh.Hampir pecah perutnya mentertawakan Wonho seorang diri.

 

"Alah,Myungri ada hal sekejap tadi." Myungsoo menarik pipi adiknya.

 

"Lain kali nak keluar beritahu dulu.Sini bukan Korea.Kalau ada orang culik,susah oppa nanti." Myungri terus mengangguk mengiyakan kata-kata oppanya.Betul tu,dia ni terlalu comel jadi mesti oppa dia risau kalau-kalau kene culik.

 

"Myungri masuk dulu.Nak mandi." Belum sempat dia melekapkan kad keselamatan pada lock pintu,Myungsoo bersuara semula.

 

"Bersiap lawa-lawa.Kamu kena ikut oppa pergi fanmeeting." Myungri terkebil-kebil.Fanmeeting?

 

"Sekejap, kenapa pula Myungri kena ikut oppa? Myungri bukan idol macam oppa pun.Tak payah lah." Myungri terus menolak pelawaan oppanya aka paksaan.

 

"Oppa nak kenalkan kamu pada umum.Biar diorang kenal adik oppa yang sorang ni." Myungri tergamam.Lagilah dia tak mahu.

 

"Alah oppa! Malas lah." Myungri memeluk tubuh tanda protes.

 

"Ah tak ada.Ikut oppa juga! Tak ada malas-malas." Myungri memuncungkan bibirnya.

 

"Myungri sorang-sorang lah nanti.Ara tak ikut kan?" Myungri terus tersengih sendiri.Ara tak pergi so ada alasan dia tak perlu pergi.

 

Namun sengihannya terus berubah apabila Jungkook menghampiri mereka.

 

"Hyung! Dah ajak Myungri kan? Aku nak ajak Ara pula." Myungri mengeluh kecil.Habislah Ara pun kena pergi.Tak ada chance nak mengelak lah ni. 

 

"Siapa kata Ara tak pergi? Tu nampak oppa dia." Myungri mencebik.Myungri dengan keadaan terpaksa,terpaksalah akur.  

 

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.Tu fanmeeting kan?

 

"Oppa! Ada group lain ke dekat fanmeeting tu?" Myungsoo mengangguk.

 

"Mestilah ada.Dah nama fanmeeting."

 

"Macam?"

 

"EXO,Vixx,Up10tion,NCT,Seventeen dan banyak lagi." Myungri menghela nafas lega.Tak ada Monsta X.

 

"Hah lupa pula.Monsta X pun ada." Muka Myungri terus berubah.Myungri menelan air liurnya yang terasa pahit tiba-tiba.Habislah dia.

"Ara! Mana kau? Kau ada buat salah dengan aku!" Jerit Myungri sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.Ara yang baru siap mandi terus meluru kearahnya.

 

"Apa? Salah apa?" Myungri mencebik.Buat-buat tak tahu pula.

 

"Asal tak cakap lelaki itu Wonho hah?" Ara hanya tersengih.

 

"Alah, kau memang nak jumpa dia kan,aku tolong kau.Ingat senang ke nak dapat peluang ni? Aku bersusah payah tahu?" Ara buat muka bangganya.

 

"Apa yang kau buat sampai dia nak jumpa aku?" 

 

"Aku belasah dia." Myungri membulatkan mata.Biar betul minah ni.Ara gelak besar melihat reaction Myungri.

 

"Tak ada lah, aku cuma cakap yang dia kena minta maaf dekat kau then kalau dia tak nak aku akan tumbuk muka dia so dia tak boleh pergi fanmeeting,aku cakap juga yang aku ni tali pingggang hitam taekwondo dan dia pun kalah dengan aku.The end.Em boleh tahan juga ea mamat tu,sayang juga dekat muka dia.Well muka hensem tak akan tak sayang kot.Tapi moment tu paling lawak aku rasa." Ara masih dengan tawanya.Myungri sudah tercengang.Patutlah Wonho kata Ara ni gangster.

 

"Sudah lah buat muka gorila tu, pergi mandi.Aku nak siap-siap." Myungri menghadiahkan cubitan pada lengan Ara.Nakal betul minah ni.

 

Myungri hanya mengekori Myungsoo dari belakang.Myungsoo ke utara pun dia ikut,ke selatan pun dia ikut.Seperti anak dengan mak.

 

"Mana pula Ara ni? Lamanya dia punya hal dengan Jungkook oppa." Myungri membebel sendiri kerana dia sudah penat mengekori Myungsoo yang tidak reti diam.Ada saja tempat yang dia perlu singgah.Sudah lah dia ini wanted oleh Wonho.

 

Dari sejak masuk ke dalam city hall,Myungri tak senang duduk.Seperti cacing kepanasan.Dalam dia mengekori Myungsoo,matanya melilau memerhati sekeliling,mencari kelibat Wonho.Risau juga kalau Wonho sedang memerhatikan dia.

 

"Aku rasa tak aman betul dekat sini.Mamat ni ada saka ke apa.Rasa macam ada mata-mata yang memerhatikan aku dari tadi.Alahai." Myungri mula rasa seram sejuk semacam.

 

Myungsoo yang perasan wajah gelisah Myungri terus menegurnya. "Myungri!!."

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .