Invitation

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Myungsoo baru sahaja sampai apartmentnya. Dia memarkingkan keretanya disebelah kereta member-membernya yang lain. Selepas dia mengunci keretanya, dia terserempak dengan Seungcheol.

"Hoi Cheol! kau dari mana?" laung Myungsoo dari jauh. Kelihatan Seungcheol baru keluar dari vannya keseorangan.

"Oh hyung! Sekejap. Aku baru balik dari recording variety show. kau dari mana hyung?" ujar Seungcheol yang berjalan mendapatkan Myungsoo. Myungsoo berjabat tangan dengan Seungcheol.

"Aku dari rumah nih. Nak pergi dorm kau lah. Kau sorang je ke?" 

"Aha aku sorang je hyung. Yang lain dekat dorm. Jom lah." Seungcheol mengajak Myungsoo ke dorm seventeen. Mereka menaiki lif.

 

Setelah sampai ditingkat 25, mereka berdua keluar dari lif dan berjalan menuju ke pintu dorm seventeen. Seungcheol menekan kod pin dan pintu terbuka.

"Jom hyung, masuklah." ajak Seungcheol. Myungsoo membuka kasutnya dan dari luar dah dengar riuh rendah. Seungcheol dah menggeleng-gelengkan kepalanya.

'adoi, nasib ler aku kena hadap 12 orang kanak-kanak dalam nih' getus hati Seungcheol.

 

Kelihatan Seungkwan sedang berebut remote dengan DK dan Hoshi.

"Hoi hyung, aku yang dapat dulu kan remote tuh! bak sini ahhh!" jerit Seungkwan.

"Ah takde! aku dapat dulu so remote nih aku punya lah. kan Hoshi hyung?" Hoshi yang duduk disofa mengangguk. Seungkwan dah buat muka annoying.

"Dah bak sini remote tuh! biar hyung je yang tengok." ujar manager mereka. Bila manager hyung mereka dah bersuara memang memasing senyap macam patung ler.

DK memberikan remote kepada manager hyung mereka. Kebetulan Seungcheol masuk bersama dengan Myungsoo.

 

"Dari luar dah dengar bising-bising. Agak dah kenapa?" bebel Seungcheol.

"Biasalah Cheol, rebut remote lah apa lagi, kau bukan tak tahu diaorang nih. macam budak-budak," adu Jeonghan. Myungsoo dah tergelak.

"Nampaknya kau kena beli tv lagi lah cheol. hahaha," gelak Myungsoo.

DK, Hoshi, Seungkwan dan Jeonghan berjabat tangan dengan Myungsoo. Myungsoo terus duduk bersebelahan dengan manager mereka. Yang lain duduk ditempat masing-masing. Seungcheol masuk ke bilik untuk menukar baju.

"Kau tak ada schedule ke L?" ujar manager seventeen.

"Tak ada hyung. next week baru ada." jawab Myungsoo. 

"Ouhh, sorry lah. rumah ni bising sikit. aku dah ambil remote ni baru la senyap sikit." bebel manager seventeen.

 

"Hmm ada apa hyung datang sini?" soal Jeonghan. Yang hanya masih fokus dekat tv.

"Ni, aku nak ajak kau orang semua ke party birthday adik aku Jumaat nih," ujar Myungsoo.

"Huh? Birthday Myungri ke hyung?" ujar Seungcheol yang baru sahaja keluar dari bilik.

"Aha. aku ingat nak buat dekat besar sikit. Aku dah tempah Ballroom dekat Hotel Plaza Seoul. Datang lah eh nanti semuanya." ajak Myungsoo.

"Hyung, aku jadi MC boleh?" soal Seungkwan.

"Ah kau madang je nak jadi mc. Memang suara dia jelah dekat dewan tuh nanti," ejek DK. Seungkwan menjelirkan lidah ke arah DK.

"Hah! bagai pucuk dicita ulam mendatang. Aku baru nak suruh kau jadi MC, Seungkwan." 

Seungkwan dah tersenyum riang. Bab jadi MC memang bagi jelah dekat dia.

"Hah! Jangan lupa datang eh Jumaat ni pukul 8.30 malam. dekat Ballroom, Hotel Plaza Seoul. Okay lah. hyung nak balik dulu. sebab esok awal pagi kena balik rumah. Takut Myungri tak elok lagi demam dia."

"Apa hyung? Myungri demam? Tak bawa pergi klinik ke?" soal Seungcheol yang risau dengan keadaan Myungri.

"Aha. Mana taknya demam, balik dari Paris haritu langsung tak berehat. Asyik keluar berjalan je. Degil jugak adik aku tuh," bebel Myungsoo.

"Hmm sampaikan salam aku dekat dia hyung. Dah lama aku tak jumpa dia. Cakap dekat dia get well soon." ujar Seungcheol.

"Okay-okay. nanti aku sampaikan." Myungsoo keluar dari dorm seventeen dan turun ke dormnya melalui lif.

 

Ketika Myungsoo sedang menekan kod pintu dorm mereka, dia terdengar suara riuh rendah dekat dalam. Dan apabila Myungsoo buka pintu sebelah dalam, tiba-tiba Woohyun datang dan menyorok dibelakang Myungsoo. 

"Kau dah kenapa hyung? tiba-tiba menyorok belakang aku macam kena kejar hantu?" soal Myungsoo.

"Kau diam je. Gyu hyung dah mengamuk tuh." ujar Woohyun. 

Dari jauh dah dengar Sunggyu menjerit memanggil nama Woohyun.

"Hoi Namuuuuu! Kau jangan nak lari dari aku eh?!" teriak Sunggyu. Makin kuat pegangan Woohyun dibelakang Myungsoo.

"Kau ingat aku tak nampak kau?! cepat kau keluar dari belakang Myungsoo tuh." ujar Sunggyu yang mendekati Myungsoo secara perlahan.

"Hyungg, okay-okay. Aku minta maaf lah. Aku tak sengaja lah. Aku ingat kau dah siap mandi." mohon Woohyun.

"Ah takde-takde. Sini kau. Kau saje kan nak kenakan aku." Sunggyu terus menarik tangan Woohyun dan bawa kedua tangannya kebelakang seperti pesalah banduan. Myungsoo yang saksikan karenah dua orang membernya hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Hyung, apa yang bising-bising nih?" ujar Dongwoo yang baru sahaja keluar dari dalam bilik.

"Mana aku tak ngamuk. Budak giler nih pergi tutup heater dengan lampu lepas tuh dia kunci bilik air dari luar. mana aku tak mengamuk!" gerutu Sunggyu.

"Ala aku nak bergurau je dengan kau hyung," bela Woohyun.

"Tak ada maknanya kau nak bergurau dengan aku ." 

 

"Hyung, esok kejut aku pukul 6 eh? Pukul 7 aku nak balik rumah. takut demam Myungri tak kebah lagi," ujar Myungsoo kepada Sunggyu yang baru je lepas wrestling dengan Woohyun.

"Huh? Adik kau demam? Dia tak rest ke balik dari Paris?" ujar Dongwoo.

"Mananya tak penat. kalau dah dua hari asyik keluar dari pagi sampai ke petang. Melayankan kawan dia dari Malaysia la tuh." jawab Myungsoo.

"Huh? Kawan dari Malaysia? Sejak bila adik kau ada kawan dari sana?" soal Sunggyu.

"Ala hyung, kau ni lupa ke adik aku tuh kan membesar dekat sana. tuh ada lah kawan dia dari sana. Hmm Jumaat malam ni jangan lupa tau hyung." pesan Myungsoo.

"Yelah aku tak lupa. Kau dari rumah terus ke sana ke?" tanya Sunggyu.

"Tak tahu lagi hyung. Nanti aku bagitahu. Aku ingat nak ajak NS Yoonji, Ailee, IU dengan Hyuna. Nanti kau tolong sampaikan eh hyung? Aku nak masuk tidur dulu. Jangan lupa kejut aku esok." Myungsoo mengingatkan lagi pesanannya kepada Sunggyu.

"Hah, yela nanti aku tolong bagitahu. Kau pun jangan kunci pintu bilik tuh. Kang aku kejut sorang pun tak bangun. Kau dengan Sungyeol dah lah tidur mati. Aku bom sebelah korang pun mungkin tak sedar nanti." bebel Sunggyu.

"Ramai pulak dia nak ajak tuh hyung." ujar Dongwoo.

"Tuh lah. aku suruh buat kad tak nak. leceh katanya. sekarang ni bukan melecehkan aku ke?" bebel Sunggyu. Dongwoo yang duduk sebelah Sunggyu terus masuk ke dalam dek tak tahan dengar Sunggyu membebel.

"Takpelah. Semua nak lari kan bila aku membebel. Tahun depan aku masuk Army, hari-hari ler korang nangis sebab rindukan aku." Sunggyu tersenyum keseorangan.

 

 

Myungri membuka matanya apabila sinaran matahari memancar ke mukanya.Dia mengeliat kecil dan terus mengambil posisi duduk.Myungri memerhati sekelilingnya.Hanya tinggal dia sendiri.Diana dan Ara sudah tiada.Tak lama kemudian,dia menangkap suara Ara sedang berbual dengan seseorang dalam telefon di balkoni biliknya.

 

"Ara?" panggil Myungri.Ara yang mendengar Myungri memanggilnya terus menjengah ke dalam.

"Hah kenapa?" soal Ara.

"Kau telefon siapa tuh?" soal Myungri kembali.Ara tersengih.Myungri yang faham maksud sengihan Ara hanya mengangguk.

"Demam kau dah elok belum?" tanya Ara.

"Aku rasa dah okay sikit.tapi tekak aku rasa perit.Kejap aku nak mandi.Lepasni teman aku sarapan ea." Ara hanya mengangguk dan sambung berbual di telefon.

 

15 minit lalu, Ara mengeliat kecil dan menggosok matanya berkali-kali.Mengantuk betul dia rasa hari ini.Dia melihat bawah katil.

"Eh dah hilang minah sengal tu?" gumamnya sendiri.

 

Ara melihat Myungri yang masih lena disebelahnya.Lantas dia merasa suhu badan Myungri dengan belakang tapak tangannya.Dah kurang panas berbanding semalam.Ara terus turun dari katil dan menuju ke bilik air.Selesai mandi,sedang dia berdandan di hadapan cermin,handphonenya berdering.

"Amugeotdo saenggakhajima ma neon amu maldo kkeoonaejido ma ayo oh~" Lagu group bts juga menjadi pilihannya sebagai ringtone."Support abang" bak kata Ara.

 

Dia memandang sekilas screen handphonenya.Nama yang tertera sebagai pemanggil menyebabkan Ara tersenyum.

"Aik dah rindu ke sayang oi?" Perli Ara pada Kogyeol.Kedengaran suara Kogyeol tertawa sendiri.

"Hari-hari saya rindu awak." Kini Ara pula tertawa sendiri.

"Cheesy lah awak ni.Ni kenapa call saya pagi-pagi ni?" tanya Ara yang malas nak layan perangai childish Kogyeol.

"Nak call yeochin sendiri pun salah ke? Em tak apa lah.Bye." rajuk Kogyeol.Ara mencebik sendiri.

"Awak tak yah merajuk sangat ye.Nanti Jeon Ara pula merajuk,baru awak tahu." 

"Okay fine saya kalah.Jadi sebab saya call ni awak ni, awak kena tolong saya sangat-sangat." 

"Hah tolong apa? Berat tak pertolongan tu?" 

"Tak lah berat mana, sebab Ara ni pun badan kecil je, jadi tak sampai hati pula saya nak bagi yang berat-berat.Silap haribulan awak yang pengsan." Kogyeol berloyar buruk.

"Ei nasib baik lah awak tak ada depan saya kalau tak dah lama saya cubit-cubit awak." bebel Ara.Makin kuat gelakan Kogyeol.

"Okay serious.Awak free tak hari ni?" Ara mengerutkan dahinya. " Namchin aku ni ada masalah bipolar disoder ke?Tadi minta tolong,ni tanya free ke idok?" Ara bermonolog sendiri.

"Saya hari-hari free memandangkan sekarang tengah cuti."

"Hah bagus, petang nanti saya jemput awak dekat rumah Myungri.Kita pergi shopping tau." Ara menelun air liurnya.

"Awak nak jemput saya? Awak jangan buat kerja gila.Nanti dispatch nampak, habislah awak." 

"Alah tu jangan risau.Saya dah plan semua.Awak bawa badan je.Hah nanti sent alamat Myungri dekat saya tau.Saya datang dalam pukul 3 petang." 

Ar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .