26 Januari 2214

Friends?

Dua hari lepas aku dah setuju dengan I.C.E untuk jadi house mate dia kat rumah di Seoul. Lepas aje aku dapat borang pengesahan, aku terus isi then hantar. Pada masa yang sama juga aku terus deposit wang masuk ke akaun dia. Seminit selepas tu baru aku sedar, aku tak bincang lagi dengan parents aku!!! Kyaa!!! Anak jenis apa aku nih?!!

Setelah sedar dan menginsafi kesilapan aku segera pergi berjumpa ibu bapaku untuk menjalankan perbincangan meja bulat. Cewaah ayat! Sebenarnya aku guna meja empat segi aje masa tu. Ah, tak kisah lah, empat segi ke, sembilan segi. Yang penting masa aku bagitau yang aku dah confirm akan sewa rumah di Seoul, mak ayah aku kecewa sangat. Yellah, aku buat keputusan melulu.

Bukan salah Aqua! Chosonghabnida, eomma, appa. Aqua masa tu ngntuk sangat! Malas dah nak fikir panjang. Salah kan lah teknologi! Cuba kalau takde teknologi yang canggih yang boleh buat uruskan segalanya dalam sekelip mata, mesti Aqua tak confirm lagi!” kataku selamba cuba membela diri.

Masa ni mak ayah aku pandang aku semacam aje, macam teringin sangat nak bagi flying kick kat anak tunggal dia ni. Pandangan itu lebih kurang macam ni --> ( ̄へ ̄). Tapi walau apapun, mereka terpaksa setuju juga, walaupun berat nak melepaskan anak mereka  yang comel ni. *Hik hik perasan sekejap* Yellah, duit pun dah bayar kan?

So hari ni aku nak pergi Seoul! Apasal aku excited melebih ni? Macam tak pernah pergi Seoul pula -,-. Selalunya aku pergi Seoul bawa beg slag aku aje, sebab lepas habis kelas aku balik rumah. Tetapi kali ini aku bawa i-Kiub. Benda ni berbentuk kubus dan fungsinya adalah boleh memuat segala macam barang. Kini nak pindah, tak perlu lagi servis lori pindah rumah. Saya sudah, anda bila lagi?

Setibanya aku di bumi Seoul, aku terus mencari rumah sewa yang dikatakan I.C.E menggunakan Smap (Gabungan dari perkataan Smart + Map). Rumah tu katanya kat kawasan Hannam-dong. Sampai aje kat sana, aku ternampak sebuah rumah villa yang besar. Memang senang nak point rumah tu sebab macam I.C.E cakap, rumah tu pattern lama. Rumah antik lah katakan.

Annyeong! Saya nak cari Puan Han NiYuSan, tuan rumah ni. Pak cik kenal dia tak? Aku menyoal seorang pak cik yang berusia lingkungan 70-an yang berada berdekatan situ. Ergh... 70-an, pak cik lagi ke? Ah, lantak lah!

NiYuSan?” Lelaki tua itu menyoal kembali. Aku mengganguk sahaja lantas dia meneruskan bicara.

Sayalah Puan NiYuSan.” Kata-kata itu membuat mulutku terbuka luas. Biar betul pak cik ni! Kemon pak cik, sekarang bukan tahun 2010 ada drama perempuan menyamar sebagai lelaki bagai.

Hah, awak buat apa tu?! Mengorat anak orang ya?! Saya pergi sekejap, awak dah buat perangai?! Sedar lah orang tua kutuk!!!” Tiba-tiba seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an menerjah pak cik tadi lantas men-smack down-nya. Aku yang melihat aksi gusti live itu, senyap sahaja. Kaku dibuatnya.

Erh, Pak cik gurau aje tadi. Sebenarnya Puan NiYuSan tu, isteri pak cik, ujar lelaki itu bagi menghentikan perbuatan isterinya.Bapak-ah! Ini ke Pn. NiYuSan?! Tuan rumah ni? Giler garang! Betulah apa yang I.C.E cakap, tuan rumah memang strict!

Hah? Cari mak cik ke?” Wanita itu menyoal terkejut. Sementara, suami-nya sudah lintang pukang melarikan diri. Aku mengganguk sahaja. Seram sejuk rasanya nak buka mulut.

Kamu mesti Aqua! Orang yang nak sewa villa ni kan? Wah, baguslah! Dah lama sangat pun rumah tu kosong. Mak kepada mak cik cakap rumah ni memang kosong sejak pemilik sebenar villa ni takde. Semua barang dalam rumah ni pun dibiar sama aje. Jadi rumah ni betul-betul antik! Semua barangan termasuk rumah ni sekali kira-kira berusia lebih dua ratus tahun,” cerita Puan NiYuSan sambil membawa aku masuk ke dalam rumah villa itu.

Aku yang mengikuti sahaja langkah Puan NiYuSan, berasa kagum melihat keadaan dalam rumah itu. Seolah-olah akh berada pada zaman 200 tahun lepas! Semuanya barang lama! Pintu diperbuat dari kayu, 90% asas pembinaan daripada konkrit, perabot, tingkap. Semuanya barangan yang tak pernah aku tengok sepanjang aku hidup!

Rumah ni ada tiga bilik. Bilik air dia pun lama punya tau? Kalau tak tahu guna, kamu boleh aje tanya mak cik,” ujar tuan rumah itu lagi lalu menghulurkan aku segugus kunci. 

Wah, kunci ni pun pattern lama lah! Aku menjerit kecil tanda teruja. Yellah sebab sekarang ni orang pakai pengesahan cap jari aje. Ini apa ni? Rupa dia pen. Eh? Tak juga. Melihat aku yang kelihatan seperti dengan benda itu. Puan Han terus mengajar aku cara menggunakannya.

Benda tu namanya anak kunci. Masukan bahagian gigi tu dalam lubang yang ada kat tombol pintu. Pastu pusing.” Puan Han memberikan tunjuk ajar. Aku mengangguk tanda faham. Entah aku tak tahu, dah berapa kali aku angguk hari ni. Adehhh~ sakit leher...

Oh baru saya teringat. Mak cik cakap selama ni rumah ni kosong. Kenapa ya? Dan mak cik cakap, pemilik sebenar takde. Means hilang ke? Keluarga mak cik bukan pemilik villa ni?” Aku menyoal penuh rasa minat.

Mungkin sebab peredaran zaman. Orang semua nak kejar rumah yang semakin moden. Mungkin lah. Keluarga mak cik penjaga rumah ni aje. Cerita lama, mak cik pun tak tahu. Tapi sebab ia lama, dan antik yang mak cik sayang nak jual kat kerajaan. Nak bagi kat anak bujang mak cik, si G-Dragon tu? Haram! Duduk marikh sampai tak ingat jalan balik! Aku mengangguk lagi mendengar cerita Puan Han NiYuSan itu.

Sebab tulah, harga deposit penuh cuma 250 ribu. Sewa bulanan, 500 ribu ya?” kata-kata wanita itu, membulatkan mata aku. 250 ribu?! I.C.E cakap deposit penuh 600 ribu! Sewa bulanan 700 ribu! Argh! Mana satu betul ni? Takkan dia tipu aku?

Mak cik! Biar betul Deposit penuh 250 ribu? Bulan 500 ribu?! Sewa memang 500 ribu? Bukan 700 ribu?!” Aku menyoal dengan nada tinggi. Sementara perasaan sebenar aku adalah takut mengentahui kebenaran.

Betul lah! 250 ribu untuk deposit, 500 ribu untuk sewa bulanan. Wae? Murah sangat ke? Puan han menyoal kembali. Aku yang mendengar jawanpannya seolah-olah tidak percaya. I.C.E tipu aku!

Mianhae, mak cik. Saya pergi jap,” mintaku sebelum bergegas melangkah keluar dari kawasan villa itu dan terus segera ke Universiti. Di mana tempat untuk aku mencari gadis genit itu.

I.C.E Lee!!!” Aku menjerit memanggil namanya sebaik sahaja aku melihat tubuh I.C.E di kafeteria.

Kau ni pahal, Aqua? Nak panggil aku jerit-jerit? Malu tau tak?!” bentak I.C.E yang pantas membawa aku ke tempat yang lebih sunyi.

Aku yang pahal ke kau yang pahal? Aku memutarkan kembali persoalannya.

Pahal?!” soalnya bernada marah.

Apahal?! Apasal kau cakap deposit penuh 500 ribu? Sewa 700 ribu?! Aku pergi jumpa tuan rumah dia cakap deposit cuma 250 ribu! Sewa pulak 500 ribu. Lagipun mana house mate lain? Mana kau?!Hambik kau! Bertalu-talu soalan aku lemparkan. Selepas mendengar, I.C.E ketawa kecil. Tindakan itu memanaskan hatiku.

Sorry-lah. Aku lupa nak bagitau. Aku tak jadi lah nak pindah Seoul. Lagipun tak ramai yang berminat nak duduk villa lama tu. Takkan aku nak bayar 500 ribu sebulan sorang-sorang? Aku mana ada duit banyak tu. Walau apa pun aku kesian kan kau. Dari nada kau tera tawaran aku tu, kau macam beriya sangat nak duduk situ. So aku uruskan lah kau punya. Kau patut berterima kasih, balas I.C.E yang selamba sahaja itu membakar hatiku.

Aku beriya?! Aku terima sebab aku kesiankan kau ajelah! Kau cakap kau tak mampu?! Habis kau ingat aku mampu?” tanyaku masih bernada tinggi.

Jadi kau tak sukalah? Mianhabnida, Aqua-sshi. Tapi takkan kau nak batalkan pula? Lagipun kat surat perjanjian rasmi tu ada tertera kalau kau tak jadi tinggal kat sana, kau akan kena saman. Kau mesti tak baca,ucap terakhir I.C.E sebelum beredar meninggalkan aku yang mula berfikir panjang.

 

1221

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!