3 April 2214

Friends?

3 April dah hari ni?.. Haih... Lama gila aku dan Hayana tak bertegur sapa... Satu universiti, satu kelas,satu jurusan tapi... Eishh! Sampai bila aku nak biar jadi macam ni? Dia nak kawan lagi dengan aku ke tak? Dia takde cakap pun yang dia taknak kawan dengan aku! Nah! Eotteoke? Aku tak nak bergantung tak bertali macam ni!

Okay, jom setel hari ni! Jerit hatiku nekad.

"Hayana, aku nak cakap sesuatu. Tu pun kalau kau tak busy," Tanpa walaupun secalit senyuman aku membuka kata. Sorrylah aku tengah emosi memang tak reti buat fake smile.

"Amende? Cakap jelah!" balasnya kelihatan sibuk mengemas.

Cakap jelah? Aish! Nak cakap direct ke? Or... Nak berlapik? Aduh! Dia tu tak pandai berbahasa sangat, nanti tak faham pulak. Kalau direct je, takut dia terasa. Dia dahlah sakit. Aku tak nak dia jatuh sakit sebab aku! Aku dalam dilema!

"Tak jadi lah!" dan akhirnya itu keputusanku. Kejutan jelas terukir di dahinya. Nyata menujukkan ketidak puasan hati.

"Kau nak cakap apa?"soal Hayana tegas bunyinya.

"Takde apalah," Aku menafikan.

"Bagitahu lah!" nada suaranya dinaikkan.

"Eish, takde pape lah."Aku menafi lagi. Memang aku jadi tak sanggup nak cakap. Aku takut dengar jawapan dia.

"Tadi kau nak cakap sesuatu kan?! Cakaplah sekarang!!!" dia semakin mendesak membuatkan aku serba salah.

"Taknak lah... Kau tak sedia," jawabku cuba berdalih. Aku cepat-cepat ingin berlalu pergi.

"Kita sedia aje! Cakaplah!!!" Bentak Hayana.

"Aku takut kau sakit lah! Kau kan sakit jantung!" aku mengingatkan dia tentang penyakit jantung yang dihadapi dengan suara yang semakin meninggi.

"Kalau kau tak nak aku sakit, cakap apa yang kau nak cakap tu sekarang!!!"

Haih... Macam mana aku cakap? Akibat Hayana terlalu memaksa, aku akan cakap. But before that, buat ayat dulu! Erhmm... Hayana, kau nak kawan dengan aku lagi ke tak? Kau dah sombong lah sekarang. Eh? Kasar sangatlah! Okay, macam ni. Hayana, kenapa kau dah tak nak kawan aku? Kau marah aku ke? Aish! Lembut sangat! Like this, Hayana! Kau yang tak tegur aku. Sejak kejadian tu, kau tak layan aku. Kenapa kau pulak yang marah? Aku yang patut marah sebab bisu sebagai kawan tak percaya ak-

"Aku benci kau, Aqua! Aku benci!!! Kau jahat!" tiba-tiba Hayana meluahkan perasaannya sambil menangis teresak-esak.

To be honest, masa aku tengok dia menangis tetiba tu, hati aku cakap what the he...? Aku yang patut sedih! Aku yang patut marah! Aku yang cakap macam tu! Tapi... Hati aku luluh bila nampak air matanya mengalir. Dan sudah semestinya aku tak sanggup nak cakap apa yang Aku teringin nak cakap. Aku tak sanggup!

"Jang...janganlah nangis, Hayana. Aku tak suka tengok kau nangis," aku mendekatinya lalu memeluk bahunya. Aku tak pandai nak comfort orang sedih so aku tiru je adegan yang selalu aku nampak kat tv.

"Kita benci kau. Kita rindu kau," kata Hayana lagi yang masih sedang menangis. Haih... Sabar ajelah...

"Yela...yela... Aku minta maaf okay? Maafkan aku," Ujar ku lembut sambil jari jemariku mengusap kepalanya.

"Betul? Janji?" dia menujukkan hari kelingking nya. Aku memuatkan jari kelingking ku padanya sambil berkata,

"Ne~ dah lah! Jangan nangis lagi, air mata kau terlalu berharga. Sebab tu aku takut kau sakit. Bila kau sakit, aku sakit. Kau kena tau tu," Perrrghhh!!! Sekarang aku betul-betul rasa macam dalam drama cinta sebabak.

Selepas itu aku dan Hayana telah kembali seperti biasa. Walaupun sampai sekarang aku tak tahu apa salah aku sampai dia boleh berkata begitu padaku dan aku pula yang kena minta maaf. Ah~ tak kisah lah. Asalkan dapat tengok dia senyum balik, ia berbaloi.

 "Hah! Jangan lupa dengar L.O.E FM malam ni, aku DJ nya," pesan aku yang bertungkus lumus menjalankan tugas.

"Yelah."

.....

"Dan tamat sudah lagu terakhir dalam jam terakhir bersama Miss Aqua Kim. Dengan tamatnya lagu itu, maka tamatlah masa Miss Aqua nak ke udara. Ceh ceh ceh, dah macam perhimpunan rasmi sekolah dah. Chia cia cia~ Apa  apa ajelah! Terakhir dari Miss, Annyeong! Selamat malam dan sayang rindu Miss untuk semua pendengar. Jaga diri, ingat temu janji kita pada hari dan waktu yang sama hanya di L.O.E FM," ucap terakhirku sebelum menyahaktifkan ear-dio yang memyambungkan suara aku terus ke corong radio tepat sahaja jarum jam menunjukkan pukul 10 malam. Sesudah itu, aku meregangkan seluruh otot-otot badanku yang hampir satu jam duduk sahaja dalam konti menghadap mic. Lagak macm kat rumah sendiri dan macam aku sorang aje dalam studio nih. Sebelum keluar dari bilik itu  mencari Tzuyu unnie yang merupakan DJ untuk jam yang seterusnya. Dia ni memang... suka sangat orang tercari-cari baru nak masuk konti.

Setelah dua tiga minit aku mencari, akhirnya ku temui (chewahh ayatt! XD)

"Amboi, unnie dapat bunga. Ramai peminat rupanya! Patutlah selalu lupa nak masuk studio, tukar jam," kataku dengan nada mengejek campur mengusik campur memerlli sebaik sahaja menemui Tzuyu unnie sambil memegang, memeluk serta mencium jambangan bunga mawar.

"Eh? Apa pulak?! Bunga ni bukan untuk unnie lah! Bunga ni untuk Aqua!" Beritahu Tzuyu unnie teruja sambil menghulurkan aku jambangan bunga itu.

"Hah?! Untuk Aqua? Apa pasal?" Aku menolak pemberian itu dengan muka terkejut serupa beruk.

"Iye! Untuk Aqua Kim! Tengok ni," Tzuyu unnie yang tidak pernah lekang senyumannya menujukan jarinya ke bunga itu, kemudian muncul imej halografik yang tertera tulisan yang bernunyi 'Khas untuk DJ hatiku,  Kim Aqua'. Okay, masa aku tengok tulisan ni serius aku rasa menyampah giler sehingga kening kananku terangkat dan kening kiriku ter ke bawah. Gaya ala ala Zaina Zain gitu.

"Erghhhh... Geli geleman saya! Dah rasa macam jeli aje tubuh ni!" Balasku penuh dengan rasa menyampah seraya menghulurkan kembali jambangan itu kepada unnie.

Mesti korang rasa aku ni seorang yang teruk kan? Sebab tak nak terima barang dari orang? Macam... sombong! Belagak! Kan? Sebenarnya aku bukannya tak suka ada peminat. Yellah, dah nama kerja DJ radio bukan DJ dalam bilik mandi. Tapi aku rasa menyampah giler giler bila baca ucapan pengirim tu. Aku pasti dia bukan hanya peminat biasa.

"Tapi Aqua, lelaki yang bagi tadi encem tau! Tu yang buat unnie terpukau aje time dia bagi bunga ni suruh pass kat Aqua. Yang penting dia handsome! Layan ajelah!" Minta Tzuyu unnie sambil membuat puppy eyes.

"Unnie tiang lampu pakai tuxedo pun handsome! Saya rasa lah, mamat tu mesti tersalah taip, tersalah cakap kat unnie tadi tak pun dia tersalah dengar. Yellah, Aqua baru jadi penyampai radio. Takde maknanya tetiba ada peminat pulak," balas aku sambil bercekak pinggang.

"Hish apa cakap macam tu! Unnie ni waras okay! Serius cakap, lelaki tadi handsome! Aqua layanlah nanti boleh dia datang sini selalu," minta unnie sekali lagi sambil memeluk jambangan bunga itu. Eish, nampaknya Tyuzu unnie dah angau.

"Handsome sangat ke? Sangat-sangat?!" Tyuzu mengganguk laju menjawab soalanku. "Penting sangat ke handsome tu? Boleh ke dia pelihara ke-handsoman dia tu sampai mati? Boleh ke saya bahagia dengan kehandseman dia?" Ta-dah! Aku tak biasa membebel tapi bila aku membebel.... erhmm... hambik kau! Kata- kata sentap dariku khas untukmu. Habaq hanggg~ Tyuzu yang senyap seolah-olah memberi keizinan aku untuk menyambung bicara.

"Okaylah unnie, Aqua nak balik. Jangan lupa masuk konti, sekarang jam unnie. Iklan pun dah nak time-out ni. Bye-bye," uncapku dengan selambanya sambil melangkah pergi meninggalkan Tyuzu unnie yang kelihatan tercengang dengan syarahan aku tadi.

"Eh, Aqua! Bunga ni macam mana?" Tyuzu sedikit menjerit apabila aku semakin jauh darinya.

"Unnie simpan ajelah!" Balasku yang juga sedikit menjerit sambil terus melangkah laju mahu pulang ke rumah.

Apa bendalah yang berlaku hari ni? Dapat bunga? Aku? Ada peminat? DJ Hatiku? Hell... Aku tak sampai sebulan jadi DJ, tiba-tiba ada peminat? Dah sah mamat tu insane! Macam mana dia boleh tergamak hantar bunga padahal dia tak tahu pun rupa aku macam mana? Hanya dengar suara..? Gila... Suara aku merdu sangat ke bak buluh perindu? Sampai dia bertindak drastik sekali? Takpe... nanti kalau dia tengok gaya aku yang swagg ni, confirm dia menyesal tak sudah! Aku dahlah tak pernah pakai make-up, pakai kain or skirt,apatah lagi heels, 1 inci pun HARAM aku nak pakai. Fesyen aku, seluar uncle jean panjang, jaket basketball, kasut uncle Jordan Bordeux dan snapback. Memang SWAAGG!

"Memang... takkan ada... lelaki yang dapat terima aku seadanya," aku berbisik perlahan dengan nada serius sambil tersenyum fake, sementara tanganku menolak daun pintu sebelum melangkah masuk. JAP! JAP! JAP! Melangkah masuk?! OMG, Seriously?! Aku dah sampai rumah villa ni? Aduh!!! Aku selalunya lepak-lepak dulu kat bangunan L.O.E, sampailah aku ngantuk tahap kucing tidur baru aku balik and then aku boleh terus terlelap. Kalau tak...

Pranggkhh!!!

"Ahh... Dia dah mai dah," aku menutup muka menahan sebak di dada.

Bunyi periuk belangga yang jatuh tak ku hairankan lagi kerana aku tahu siapa punya angkara. Cuma... aku tak berani nak suruh 'mereka' berhenti. Eotteoke? Haih... Nak tak nak aku terpaksa juga melangkah masuk. Dah sampai rumah kowt, takkkan aku nak melencong tempat lain pulak, gara-gara makhluk tak berkaki tu? Kalau pun aku nak keluar aku nak pergi mana? Shopping? Ye, memang shoping complex buka lagi sekarang. Tetapi apabila Shoping + Aqua Kim = Syntax error!!! Selalunya perempuan memang suka shoping-shoping nih, BUT NOT ME! Bagi aku shoping tu menyusahkan aje. 

Dengan perasaan terpaksanya aku berjalan masuk ke bilik air, nak cuci muka and then nak golek-golek atas katil sambil 'menikmati' gangguan makhluk itu. Sedang aku menggosok gigi, muncul pantulan cermin seorang lelaki di belakangku sedang memerhatikan aku. Aku pun apa lagi cepat-cepat meng-high speed kelajuan. Dadaku berombak hebat apabila melihat 'lelaki itu'. Nafasku mula tercungap-cungap. Selesai menggosok gigi dan mencuci muka, aku pantas naik ke bilik.

Belum sempat aku masuk ke bilik, lampu terpadam sendiri. GELAP! 

"AAAAAARGGHHHHH!" Aku menjerit kuat. Takut? Aku tak takut! Aku cuma... terkejut! Ya, aku terkejut. Aku dah banyak kali kena gangguan, perasaan takut mulai berubah jadi terkejut. Pun begitu aku masih tak selesa! Aku tak suka! Dalam gelap aku cuba berjalan perlahan-lahan sehinggan aku sampai masuk ke dalam bilik. Aku menghempaskan diriku di atas katil sambil otakku melayang berfikir jauh 'kenapa aku masih di sini?'

"Mula-mula dulu aku terpaksa duduk sini sebab terkena dengan I.C.E. Lepas tu, aku nak dapat hak pindah milik, sebab makcik cakap dia  nak bagi aku  je villa ni, Then, bila aku sedar dalam villa ni ada 'penghuni' lain, aku stay just untuk jaga perasaan makcik dan pakcik di samping teruskan agenda nak dapatkan hak pindah milik. Tapi... bila difikirkan balik, kalau pun aku berjaya tinggal kat sini selama setahun dan aku dapat hak pindah milik... apa aku nak buat lepas tu? Nak sewakan kat orang lain? Ada ke orang nak? Orang terdesak macam aku je ingin kat rumah antik macam ni! Nak jual...?" Serentak dengan perkataan 'jual' lampu kembali menyala perlahan-lahan.

Macam hantu ni faham-faham pulak aku rasa serba salah. Aku mana boleh jual, kesian makcik yang pelihara rumah ni. Entahlah! Aku tak tahu apa yang akan jadi dengan masa depan aku. Sekarang dah pukul 10:55, esok aku ada kelas pukul 8:00. Aihhh... Aku nak tidur! Tapi aku tak ngantuk! Aku tak nak berjaga semata-mata nak dengar 'mereka'!

"Okay, Aqua! Slowly, close your eyes." Aku cuba sedaya upaya menutup kelopak mataku rapat. Membiarkan mimpi malam berlayar masuk ke minda. Aku hampir lena... hampir... len-

"Seingilchukha hamida! Sengil Chuckha! Wuuuuuuuuuhoooooo!!! Eommma! Diva! Channie," tiba-tiba terdengar suara sekumpulan lelaki sedang meraikan parti hari jadi dalam suasana yang sangat bising sekali.

"DIAMLAH!!!" Aku teriak kuat. Tak pernah aku berani menjerit supaya mereka berhenti. Sesaat 'mereka' diam seribu bahasa. Erggh... Mungkin kah cara ini berjaya?

"Be happy! So everybody be happy! Lalalalalalalalalalalalala!!!"

TAKDE MAKNANYERRR!!! Aku yang geram menumbuk-numbuk bantal. Hari jadi siapa lah dioang rai? Huh? Should I care?! JUST SHUT UP!!!

 

1897

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!