6 Februari 2214

Friends?

Sebaik sahaja aku menoleh ke belakang...

Ada seorang lelaki menakutkan. Mukanya yang bengis itu berwarna hitam pekat. Betul-betul memandang tepat ke arah anak mataku. Aku takut, rasa seram tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Kaku. Selang sesaat, 'dia' hilang. GHAIB! Aku berhenti bernafas seminit. Mataku hampir sahaja melompat keluar. Mana dia? Siapa dia? Apa dia?

Kepala dan badanku tidak bergerak sedikit pun, tetapi anak mataku pantas mengerling pantas mencari lembaga itu. TIADA! MEMANG TIADA! Walaupun tubuhku masih terketar-ketar bagaikan terkena renjatan elekterik, aku tetap cuba gagahkan diri untuk bangun. Perlahan-lahan aku berdiri dan memeriksa segenap ruang di rumah villa itu.

Dari pintu hadapan hingga ke pintu belakang. Dari bilik tidur ke bilik air. Dari ruang tamu ke dapur. MEMANG TIADA... Apakah semua ni? 

Aish! Mesti aku berimaginasi! Penat sangat dah aku ni!” bisik sendiri. Aku sambil menepuk dahi tanda kesal. Hantu? Ah, mengarut! Tak mungkin ada hantu dalam zaman moden ni. Mengarut... mengarut. Selepas itu, aku bersiap-siap untuk keluar. Mungkin aku selalu sangat terperap aje dalam rumah, sebab tu lah sampai boleh berimaginasi macam tu!

Ya, hantu memang tak wujud! Itulah pengalaman pertama terjumpa 'lembaga' yang menakutkan, yang sampai sekarang aku menafikan bahawa 'benda' itu ialah makhluk halus. Erghh... kalau betullah tu hantu, kenapa sejak kejadian tu tak ada gangguan? Masuk hari ni dah masuk tiga hari. Takde apa pun berlaku. DAH SAH IMAGINASI AKU AJE!

      Sekarang pukul 4.44 pagi. Mataku tiba-tiba tercelik. Mungkin sebab perut aku dah buat konsert rock n roll, minta diisi. Haih... Kau nih perut!!! Selepas membuka suis lampu, aku terus membuka laptopiko-ku. Oh, lupa nak cerita. Petang kejadian aku berimaginasi tahap Spongebob tu, yang mana hari laptopiko rosak, aku terus hantar kedai. Yang peliknya, sampai aje kat kedai, senang aje nak buka. Tak ada masalah apa pun. Urhmmm... think positif, Aqua! 

Okay berbalik pada masa aku buka laptopiko di tengah pagi yang buta, sebab aku nak download makanan.Tengah aku syok tengok cheese burger, tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki menghampiri aku. 

Tak... Tak... Tak... Perlahan sahaja 'dia' melangkah tetapi bunyi itu semakin kuat dan semakin kuat. Begitu jugalah degan degupan jantungku yang kini mengepam darah lebih laju. Aku mulai risau. Aku menutup mata seketika ingin melupakan bunyi itu. Dan... berhasil! Bunyi itu sudah berhenti, aku pun membuka semula mataku. Alangkah terkejutnya aku apabila...

 

I love cheeji burger. I love it,

Muncul seorang lelaki berambut blonde memakai topeng  mulut dan hidung membisikkan kata itu di cuping telingaku. Serentak itu juga, lampu terpadam! Darahku mula membeku ketakutan. 

Perompak! Arghhhh!!! Perompak!!! Tolong!!! Tolong!!!” Aku mejerit kuat sambil melontar segala yang mampu aku capai ke arah lelaki itu. PEROMPAK! Ya, aku tahu dia perompak! Dah pakai mask bagai, siapa lagi kalau bukan perompak?

Namun, apabila lampu menyala kembali, lelaki itu hilang. OMO! Bulat mataku melihat ketiadaan jasad lelaki itu dihadapanku. Mungkin dia sudah lari? Itu fikirku. Lantas aku yang sedang memeluk bantal busukku, cepat-cepat lari keluar dari rumah itu dan segera ke rumah Puan NiYuSan, pemilik rumah villa ini.

Hah?! Perompak?!” soal Pn. NiYuSan dan suami secara serentak, jelas terkejut. Kemudian mereka berdua bergegas ke rumah villa itu dengan membawa pelbagai senjata. Aku yang masih lagi trauma, hanya mengekori di belakang. Hampir setengah jam, pasangan lewat usia itu memeriksa ruang-ruang di rumah villa itu.

Tetapi... langsung tiada tanda-tanda orang pecah masuk. Malah setelah diperiksa, tiada satu pun barang yang hilang. Kalau betul lelaki tadi tu perompak takkan takde barang yang dicurinya? Takkan takde langsung kesan seperti tapak kasut? 

Mak cik rasa kamu mengigau ni, lebih baik kamu cukup tidur,” ujar Puan NiYuSan mula meragui kebenaran kata-kataku.

A'ah. Takde apa yang hilang kan? Kamu belajar hard sangat kut. Sampai kuat sangat berkhayal-nya,” tambah suaminya lagi. Sebelum berlalu pergi, pulang ke rumah mereka. Meninggalkan aku sendiri.

Apa yang dah terjadi? Aku berimaginasi lagi ke? Arghhh!!! Aqua!!! You need rest! Jerit hatiku. Meronta meminta penjelasan.

Ya, aku berimaginasi! Kalau aku tak, siapa lelaki tadi? Perompak? Langsung takde bukti! Hantu? Ah, mengarut!!! Aqua, kau mengigau aje tadi!bicaraku sendiri meneguhkan pendirianku. Meski aku percaya kejadian tu semua hanya khayalan, tetapi sejujurnya aura-aura kejutan masih menjalar tubuhku. Tak berani aku nak tidur sorang-sorang! Malam ni jugak, aku nekad nak balik Mokpo.

Eomma... Appa... Bogoshipda...

Aku tiba di Mokpo tepat pukul 6.05 pagi. Walaupun mak ayah aku tak bangun lagi, aku terus masuk bilik mereka dan bangunkan mereka. Memang... mak ayah aku marah gila! Dah lah balik tak bagitau pastu main terjah-terjah pulak! Ingat ni rancangan Galaksi medan sensasi ke? Ada sesi terjah bagai? Itu omelan eomma-ku.

Tapi lepas aje aku cerita semua yang berlaku, mereka mula faham situasi aku. Ayah aku cakap aku terbawa-bawa sangat kes kena tipu dengan I.C.E tu, tulah sampai boleh mengigaulah, berkhayallah, berimaginasilah benda yang bukan-bukan. Mak aku pun sokong pandangan ayah aku.

“Urhmmmm... Maybe. Sebab sampai sekarang Aqua tak rela ditipu I.C.E!!!” balasku juga sempendapat dengan mereka. Kami memang satu kepala. Muahaha xD. Walaupun berat hati aku nak tinggalkan rumah mak ayah aku ni, aku terpaksa jugak. Yellah, aku ada kelas lah pukul 10 pagi nanti. 

Sebagai bekalan tanda cinta dan rindu, eomma bekalkan aku cheese cake! Ah~ terliur aku tengok kek keju yang berperisa oreo itu. Uhmmm~ tahan ajelah sebab eomma pesan makan bila sampai kat sana. Haih...

Sesampai aku di rumah villaku, syurgaku.(Syurga ke?). Aku terus melahap cheese cake buatan eomma. Memang sedap! Cheese-nya sangat terasa! Lapisan biskut oreo juga diadun dengan sempurna! Argh!!! Memang tak puas makan! Sebenarnya, aku pun teror buat cheese cake ni, dah mak aku memang pembuat kek. Tapi air tangan ibu tetap nombor satu!

Kalau ikutkan ombak nafsu aku yang sedang bergelora kini, nak aje aku habis sebiji cheese cake tu. Tapi... sesungguhnya... aku tak sanggup! Aku tak sanggup nak makan kau sampai habis! Huhuhu... Kau terlalu sedap bagiku! Kenapa hubungan kita jadi macam ni? Wae?!!!

BGM:Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja. Daripada aku terseksa, lebih baik kau pergi saja.

Okay, lepas puas berlakon drama pukul 7 malam, aku simpan baki separuh kek itu ke dalam peti sejuk. Sebenarnya aku agak teragak-asgak nak guna benda antik ni. (Zaman sekarang mana wujud peti-peti sejuk ni) Tapi mak cik bagi jaminan confirm selamat! Jadi dengan tidak relanya aku pun meninggalkan kek keju itu sebelum berangkat ke Universiti.

Setelah lima jam kemudian,

“Munchi cake! Cheese cheese cheese cake~~” Aku yang baru pulang dari universiti menyanyi riang, sementara tanganku pantas membuka pintu peti ais untuk mengambil cheese cake-ku. Namun... nyanyian riangku serta merta mati apabila pintu peti ais dibuka.

Cheese cake!!! Eodini?! Mwohani?! Eodiya?!!!!” Aku merintih kuat apabila melihat kek keju itu hanya tinggal suku! Siapa makan? Kucing? (Yah, kucing mana makan kek!) Lagipun mana ada kucing kat kawasan sini. Aku makan tanpa sedar ke? Gulp! TAK! TAK! Aku memang pasti aku tinggalkan separuh kek tu!!! Tapi mana??? 

Bulu romaku mula berdiri tegak. Angin sejuk mula meniup. Errghhh... Takde apalah! Mungkin sebab benda antik ni yang hilangkan kut. Mana lah aku tahu kan? Aku cuba positifkan diri. Huh~ aku menghela nafas panjang lalu menyediakan bagi cheese cake itu ke atas piring. Baik aku makan, sebelum hilang lagi. Aku tersenyum pahit.

Selepas siap meletakkan cheese cake itu di atas meja di ruang tamu, aku kembali ke dapur untuk mengambil minuman.Sekembalinya aku ke ruang tamu...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!