28 June 2214

Friends?

Aku depakan tanganku ke hadapan, berharap dapat merasakan walau sedikit tanda kehadiran makhluk tuhan yang tidak berjasad itu. Tetapi tidak. Memang tiada.

Aku tak dapat rasa. Tiupan angin sejuk, suasana dingin, sekatan di ruang udara, bisikan 'Swiss Miss'...

Tak... Aku tak rasa apa-apa.

Betul ke mereka dah pergi? Takkan kembali..? Tapi wae?! Sebab aku tak kenal diorang? Salah ke aku tak kenal diorang? Diorang ingat diorang tu siapa sampai semua orang kena ingat diorang?!

"Dah pahal der?!!! Terus je hilang camtu! Sentap?! Merajuk?! Wae??!" Aku tak dapat menahan perasanku. Entah perasaan apa pun aku tahu. Aku tak pasti. Tapi aku tak suka diorang pergi macam tu je. Buat aku rasa...

"Bersalah. Haih... aku tak suka rasa bersalah. Bagitau lah aku apa salah aku sampai korang merajuk ni. sampai korang pergi... YongGuk, HimChan, DaeHyun, YoungJae, JongUp, Zelo. Aku nak minta maaf, bagitau aku apa salah aku!"

Krik... krikk...

Hanya bunyi cengkerik yang menyambut.

"Wuhaaaaaaaa!!! Korang jawablah! Apa salah aku? Aku rude sangat ke? Janganlah pergi tinggalkan aku dengan rasa bersalah! Bagilah aku minta maaf! Maafkan aku! Jelaskan kat aku salah aku. Aku rasa bersalah sangat ni!" Aku merengek cuba menyeru mereka kembali at least untuk bagitau aku salah aku. Aku betul-betul tak suka rasa bersalah!

Krik... krikk...

"Hish! Dah lah!!! Memang ini yang aku nak dari awal kan? Aku nak tinggal dengan aman! Dah nama pun hantu, datang tak dipanggil, pergi sesuka hati! Baguslah sangat!" Kesabaran ku sudah di tahap kemuncak. Gunung berapi dalam jiwaku sudah meletus.

Aku memang gila cakap dengan hantu. Pastu.. nak mereka kembali?! Ah! Lantaklah! Biarlah! Mungkin mereka cameo je dalam fic ni! Tetapi... muka mereka yang ada dalam poster. Apa function mereka sebenarnya dalam fic ni?

Tut..Tut...Tut... (laptopiko berbunyi) Apabila aku membuka slaid, hologram Hayana muncul. Lama dah kan tak jumpa Hayana? Memang sejak TaeYang balik sini, haram dia nak spent time dengan aku macam selalu. Kalau jumpa pun mesti dia cakap pasal hubungan cinta dia.

Sebagai kawan yang baik dan hati, aku mestilah mendengar masalah dia. Tapi kadang-kadang rasa menyampah woo!! Semua benda nak kaitkan dengan cinta. Perrrgggh! Serius, MENYAMPAH! Eh, aku cakap menyampah kenapa redears geleng kepala tu? Aku cakap menyampah lah. Apa? Apa? Korang nak cakap aku jealous? Aku? Jealous?!

Pfft! Mana ada! Takkan lah aku jealous? Aku tak jealous... Aku tak...

Yela! Yela! Aku jealous...sikit! Alaa~ Aku pun perempuan biasa! Aku pun nak rasa dicintai dan mencintai. Jujur, aku jealous tengok diorang. Bayangkan je lah bila korang hang out dengan couple, korang seolah-olah tidak wujud di situ. Korang faham kan? Ok, macam tak percaya ayat tu boleh keluar dari mulut aku. *balik gosok gigi guna clorox*

~*~*~*~*~

Hari ni dah 28 Jun. Dalam tempoh ini, aku sentiasa mainkan lagu dalam CD lama tu. Tanpa mereka aku rasa kosong, mujur lagu-lagu tulah jadi peneman aku, sumber semangat aku. Mereka tak nak balik lagi ke? Huh~

"Kalau balik, aku merayu terangkan kat aku apa salah aku sejelas-jelasnya. Aku nak pergi kerja ni," bisikku sendiri sebelum menutup pintu rumah dan segera ke studio L.O.E.

"Ya, seperti biasa Miss Aqua buka talian kepada semua pendengar-pendengar. Mana tahu ada yang nak luahkan perasaan ke, nak request lagu ke, nak bercakap dengan miss ke or nak cari kenakan yang terpisah? Mai mai! Tak muat tapak tangan, Sungai Han Miss tadahkan. Kwang~ kwang~ Tengok Miss sesorang kat sini, dah tak betul dah. Oleh itu cepat!! Dail 1004-120126-151115 sekarang," Selang seminit aku menerima panggilan. Seperti biasa aku menjawab panggilan itu dengan penuh mesra.

"Ireumimwoheyo? What your name? Wa-what your name? Hehehe. Miss Aqua di sini. Siapa tu?" dengan gaya meniru korus lagu 4Minute aku menyapa pendengar. (mesra giler!)

"Hai Aqua. Saya ni Sehun," Sehun? Hurmm... macam pernah dengar nama dia. Eh? Suhan?! Apa mamat tu nak sampai call bagai ni? To be honest aki mula cuak.

"Oh? Hai. Sehun nak cakap apa?" Namun demi tuntutan kerjaya aku cuba control. 1000+ tengah dengar live nih!

"Aqua, saya nak minta tolong semua ni. Tolong saya cari pemilik akaun facebook 'Seungri'. Dah puas saya cuba contact dia kat laman sosial. PM, tapi tak balas pun. Saya cuba juga contact friend dia, tapi respon negatif aje. Saya perlu jumpa dia, penting sangat! Tapi saya tak tahu banyak tentang dia. So please kepada sesiapa yang dengar ni kenal dia suruh dia contact saya! Saya memerlukan dia untuk. hal yang sangat penting! Sekali lagi saya minta kepada pemilik akaun facebook 'Seungri' untuk munculkan diri atau sesiapa yang kenal dia suruh dia cari saya. Ok, annyeong."

Aku dihenyak waktu saat mendengar ucapan Sehun itu. Mataku tidak berkelip. Biar betul apa yang aku dengar? Biar betul dia sanggup nak cari Seungri? Kenapa hatiku terasa seperti direntap kuat? Seolah-olah ada suara-suara kecil jauh di lubuk jiwaku yang mengatakan bahawa 'Sehun betul-betul bersungguh nak aku, jangan sia-siakan dia!'.

Aku yang hampir sahaja hilang dari dunia nyata segera kembali apabila pengurus audio, DaeSung buat waving di luar bilik konti yang dindingnya diperbuat daripada kaca. Aku pun kembali menyambung laksanakan tugasku seperti biasa walaupun mindaku masih melayang-layang memikirkan hal tadi.

"Aqua, kenapa kamu senyap tadi? Tau tak kamu dah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar?! Pop pet pop pet pop pet pop pet bla bla bla... kalau kamu nampak hilang fokus lagi, saya tepaksa berbincang dengan pihak atasan untuk berikan kamu partner! Understood?!" Bebel pengurus audio, DaeSung yang juga merupakan satu teguran yang mengandungi amaran. Huhuhu T^T

"Yelah... Saya minta maaf," balasku sebelum turun keluar dari bangunan LOE. Ketika aku sampai di luar, aku melihat...

"Eh? Sehun?" Secara tak sengaja aku tersebut nama itu apabila melihat tubuhnya berdiri tegak seolah-olah menunggu seseorang? Dia tunggu aku ke?

"Aqua! Saya tunggu awak. Nah," Sehun menghulurkan sekotak coklat berjenama Cadbury dengan wajah yang sentiasa tersenyum gembira.

"Eh? Sokaylah." Aku menolak pemberian tersebut.

"Awak ni... semua yang saya bagi awak tolak. Awak nak apa? Barang kemas? Emas? Intan? Berlian?" cubaan meneka Sehun yang berjaya melukis garisan di dahi ku.

"Kau ingat aku perempuan macam apa?! Aku tak suka terima barang sewenang-wenangnya daripada orang yang aku tak rapat. Aku tak suka!" Hah! Kan swagg mode aku dah aktif! Aku memang tak suka terima barang orang asing, takut nampak sangat yang kita ni terhegeh-hegeh selain aku berpegang dengan kata-kata 'Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima'. Tapi untuk kes Sehun ni, aku tak nak terima sebab aku tak nak bagi harapan kat dia macam aku dah terima dia.

"Oh? Sorry."

"Urhmmm..Dah lama tak datang? Ingatkan dah mengalah," bicara ku sinis.

"Eh..!! Mana ada mengalah! Saya lama tak datang, saya pergi cari Seungri awaklah. Hah, saya datang hari ni pun nak minta info lagi tentang dia sebab ssaya rasa info yang awak bagi tu sikit sangatlah. So... apa apa-apa lagi pasal dia?"

Mataku terbeliak. Waktu untukku dijeda.

"Aqua?" panggil Sehun menyedarkan aku.

"Tak payah," aku bersuara.

"Hah..!!! Aqua! Kan awak dah janji! Ah! Saya tak kira, saya nak cari dia sampai jumpa! Saya nak kenal dengan awak!"

"Tak, maksud saya, awak tak perlu nak cari dia, saya akan accept awak."

"Apa?!" Sehun menyoal seolah-olah tidak percaya.

"Iye. Saya akan accept awak, pastu kita akan berkenalan, erh?" aku senyum manis.

"Serius? Yahoo!!!"

Betul ke apa yang aku buat ni? Mungkin. Harap betul. Demi mengisi kekosongan yang ditinggalkan hantu-hantu tu, Hayana yang sibuk bercinta. Lagipun, dia dah buktikan yang dia seorang yang berusaha demi mendapatkan aku. Ah~kita berkenalan je kan? Relaks lah. -Hati kecil ku berbisik.

"Lepas ni boleh lah kita chatting lama-lama!"  Sehun gembira.

"Tapi... sebenarnya saya susah sikit nak guna fb or other social media sebab saya takde phone. Ada laptopiko aje," beritahu ku.

"Kenapa awak tak beli aje? Awak kan dah kerja? Dapat gaji kan?"

"Memanglah. Tapi saya tak pandai beli, takde sape pula sudi teman." Tanpa sedar aku dan dia mula membuka arena perbualan.

"Alolo cian dia. Saya pakar teknologi! Jomlah , saya teman awak."

Selepas itu, aku pun pergi membeli phone ditemani Sehun. Dalam masa itu, kami sibuk berbual. Dan tajuk utama perbualan kami tentang Seungri.

"Seungri tu kenalan saya dalam fb. Masa tu saya terima aje semua orang untuk friends. Seungri tua setahun daripada saya sebab tu saya nak panggil dia oppa tapi... dia tak bagi. Dia cakap saya buat dia rasa tua. Walaupun begitu, saya tetap nak anggap dia sebagai abang angkat saya. Dia caring sangat. Dia sentiasa menjaga saya. Tegur bila saya buat salah. Buat saya rasa diambil berat. Dahlah tu, even tak pernah jumpa kami chat setiap hari bahkan boleh kata setiap masa. Sehinggalah satu hari, saya mesej, dia tak balas selamanya. Dan hilang macam tu je. Maaflah suruh awak cari dia, saya rindu dia sangat-sangat." terang ku pada Sehun dengan jelas tentang Seungri. Sehun kelihatan memahami.

Selesai membeli sebuah phone berjenama Samsung aku pulang ke rumah villa. Aku tak perlu khuatir apa-apa yang bakal terjadi kerana rumah ini sudah kosong.

Aku melangkah masuk.

"Eh?" Aku pelik.

Ruang rumah ini seolah-olah terasa sangat luas. Ya, memanglah rumah villa besor tapi kali ni lebih luas! Barang perabot rumah pun seolah-olah ghaib. Tiada di tempat asalnya! Dinding pula bagai tidak wujud. Mungkin kerana pandangan terlalu gelap, aku mula mencipta sangkaan sendiri. Jadi aku cuba mencari suis lampu. Tapi... Tak! Memang takde!

Ok, aku mula rasa tak sedap hati. Aku salah masuk rumah ke? Dorongan perasaan yang kuat aku terus keluar dan mendapati AKU TAK SALAH RUMAH! Aku pun masuk kembali.

Angin sejuk bertiup. Udara segar. Macam aku sedang berada di luar.

Haish! Apa yang berlaku ni?!!

 

1550

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!