8 August 2214

Friends?

Waktu makan tengah hari. Seperti biasa aku sedang bergegas ke restoran EAT di mana Sehun sedang menunggu aku untuk makan bersama. Namun, dalam kedamaian aku sedar seolah-olah aku sedang diperhatikan. Kaki ku mencepatkan langkah. Tetapi orang itu terus mengekori ku. Aku tak mahu pandang ke belakang, takut... Mujur saja, restoran EAT tidak jauh dari sini dan aku sempat sampai sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini. Huh...

"Baby, ada orang lelaki ikut chagi tadi." Aku pantas mengadu pada Sehun dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Ikut? Peminat ke? Berapa orang?" tanya Sehun,nadanya seperti mahu tidak mahu melayan. 

"Seorang je. Tapi takutlah," balas aku sambil mengambil tempat di hadapannya. Kerut di dahiku semakin jelas aku bimbang.

"Eleh baru seorang. Hari tu baby ada pergi rumah mak saudara pastu anak perempuan dia dua orang asyik tengok aje baby ni. Suka baby lah tu. Baby pun senyum jela," kata Sehun dengan bangga. 

Vonggok bin badigol! =_= kan dah melepas kata keji aku. Orang nak mengadu sebab risau, kau boleh nak bangga diri pula.

l"Kira perempuan tu sepupu baby lah?" Aku menyoal sambil tersenyum sinis. Perangai dia ni betul-betul boleh buat aku lupa pasal tadi. Shiol laa!

"A'ah. Kakak sepupu. Dua-Dua lebih tua daripada baby."

"Baguslah lagi tua. Takdelah baby suka," balasku, cuba selamba. Tapi... gila aku tak jealous dengar dia cakap macam tu?!

"Eh. Boleh juga. Apa salahnya. Cun pula tu," jawab Sehun begitu mudah. Aku menarik muka masam geram dengan sikap dia. Memang sejak kehadiran TaeHyung, dia sering berkelakuan sebegini.

Annoying.

"Chagi tengok ni," Sehun mengangkat jari telunjuknya ke hadapan memunculkan gambar holografik. Seorang gadis. "Cantik kan? Ex baby ni. Tapi dah lupa nama siapa."

Bulat mataku mendengar ayatnya. Aku memalingkan muka ku jauh darinya. How can he talk about other girl infront of me?! Api kemarahan mula menyala.

"Tapi takpe. Baby dah ada chagi." Sehun cuba membelai rambut ku yang terkeluar dari snapback aku. Aku pantas mengelak. Tak pernah ada seorang lelaki pun boleh sentuh aku! Tegas hatiku memberi amaran.

"Laa. Kenapa ni? Baby nak pegang rambut chagi aje. Jangan lah malu-malu, tak lama nanti kita kahwin juga kan? Baby akan sentuh seluruh tubuh chagi."

"Eish! Apa cakap macam tu? Geli lah! " Nada suaraku ditinggikan sambil menjauh darinya. Entah kenapa aku tiba-tiba terasa panas mendengar katanya. Mungkin alert Rated-M sudah berbunyi. 

"Geli? Dengan bakal suami chagi sendiri chagi geli?! Apa chagi ni?! Saja buat Baby kecil hati kan? Chagi serius ke tak dengan baby ni? Atau saja nak mainkan perasaan baby?" bentak Sehun keras suaranya. Serentak itu, hati ku bergoncang takut dengan kehilangan.

"Serius lah. Mana ada chagi nak mainkan perasaan baby. Maaf baby," lembut suara ku meminta maaf. 

"Habis tu tak pernah terfikir nak berkahwin dengan Baby? Bersama baby?" soal Sehun nada berbisik sambil memegang tangan ku menarik supaya aku mendekati dirinya. 

Aku cuba melepaskan tangan ku dari genggaman nya namun entah kenapa aku tak mampu.  Aku sangat lemah melawan tindakan nya. Aku takut sekali sekiranya dia mengucapkan kata putus. Lantas merelakan saja. 

Tanpa sedar tangan Sehun semakin selesa pada tubuh ku. Tangannya mencapai snapback aku lalu membukanya membiarkan rambut panjang ku terdedah. 

Ya Tuhan, apa yang aku sedang biar dia lakukan? 

"Chagi, nanti minta cuti. Baby nak jumpa orang tua chagi. Biar chagi tau baby betul-betul serius dengan hubungan ni," beritahu Sehun sambil mencium lembut jari jemariku.

"Betul ke baby nak jumpa parents chagi?  Bila?" tanyaku jelas keceriaan di situ sehingga tidak sengaja melepaskan tangan Sehun. 

"29 hari bulan. Minta lah tiga empat hari ke. Kampung dekat Mokpo kan?" sungguh Sehun berkata-kata.

"Alright. Bie," Aku akur sambil tersenyum lebar, percaya.

"Hah. Alang-alang tu chagi letak jawatan jelah terus. Tak payah nak kerja ni. Gaji baby mampu tanggung chagi. "

"Hah?! Berhenti?  Bie, chagi baru je kerja takkan nak berhenti? Eish. Membebel pengurus kat situ." Dahiku mula berkerut membayangkan Encik DaeSung membebel saat aku ingin menyatakan hasrat ini. Silap silap boleh kalah Encik Diva aka Kim Himchan. 

"Alaa... Boleh lah chagi. Untuk hubungan kita kan. Lagipun baby menyampah lah tengok mamat tu. Siapa nama dia? TaeYun? Atau... chagi memang sengaja nak hubungan kita ni tak tentu arah? Lebih sayangkan mamat tu?" soal Sehun bangun dari kerusi seolah-olah ingin pergi. 

"Okay okay," ucap ku satu nafas berjaya menghentikan langkah Sehun.

"Macam nilah baby sayang. 29 hari bulan ni. Bagitau eomma awal-awal," kata terakhir dari Sehun. 

***

"Hah? Berhenti?! Kau kenapa,  Aqua?" soal DaeHyun terkejut sangat bunyinya sehingga kuih donut yang berada dalam mulutnya terjatuh. Sepantas kilat dia mengutip semula dan terus makan dengan penuh seleranya. Aku yang melihat hanya mampu mengungkap satu perkataan. Pengotornya...

"Iye. Bulan ni last. So korang berjimat jimat lah ye," balas aku. 

"Tapi kenapa?" HimChan menyoal pula. Dia berhenti menyisir rambutnya yang ikal mayang. (acah aje ayat)

"Adalah. Hal peribadi. Dah lah aku nak pergi kerja ni. Ingat apa aku cakap. Annyeong~" pesan terakhirku sebelum berlalu pergi. 

***

Tamat sudah waktu kerja aku.  Mula mula ingat nak balik je rumah tapi teringat pula barang dapur dah nak habis. Secara automatiknya aku terus ke Jayen Hypermarket. Sedang aku khusyuk membeli tiba-tiba aku terlihat seseorang yang aku cukup kenali. Aku mara semakin dekat namun cukup jauh supaya kehadiran ku tidak diketahui. 

Ya Tuhan. Itu memang benar dia! Kekadang aku cuba menafikan apa yang mata kepala ku sedang saksikan. Tapi... Mata dia, hidung dia. Dia... Sehun! 

Dari tempat aku berdiri kelihatan jelas dia sedang membelai dagu seorang gadis di sebuah kafe. Sekejap mereka ketawa. Sekejap tangan Sehun nakal meraba paha gadis itu. Sungguh mesra. 

Mataku bagaikan mahu tercabut melihat adegan jijik lelaki yang kerap kali mengungkapkan kata cinta untuk ku. Aku pusing dan menekup mulut. Tidak tahan rasanya.  Namun entah kenapa mataku masih berani mahu melihat mereka. 

Tanpa sedar air mataku mengalir laju apabila melihat bibir Sehun menyentuh rapat bibir gadis itu. Lagak seperti pasangan suami isteri. Ya Tuhan..! Sakitnya...! Tolong aku...!

Selang seketika, Sehun mendapat panggilan telefon, dia segera menghentikan perbuatannya dan mengambil beberapa langkah jauh dari gadis tadi untuk menjawab panggilan. Siapa tahu Sehun berjalan menuju ke tempat aku berdiri. 

Tulang ku terasa ketar.  Aku kuat kan diri untuk bersembunyi, takut dia menyedari kehadiran ku. Dengan jarak yang begitu dekat aku dengan jelas dapat mendengar setiap butir bicara nya.

"Hai sayang! Sorry,  oppa sibuk ni kat bengkel. Janganlah fikir bukan bukan.  Oppa setia orangnya. Hanya dengan sayang je.  Okay? Balik nanti oppa call. Sayang you sangat sangat. 

Aku yang tidak dapat menahan rasa segera melarikan diri dari situ. Pulang ke rumah.

AAAAAARGGHHHHH!!!! Hatiku meratap kuat. Bodohnya aku! Berapa banyak kau pasang?! Argghhhhh!  Bodoh! Kata-kata hinaan tidak terlepas dari hatiku sepanjang perjalanan pulang. Aku benci dia! Namun kenangan indah yang dia cipta bersama takkan ku lupa. Tak mudah aku lupa. 

Dah lah, bodoh!  Dia cuma nak mainkan kau! Sedarlah kau tiada nilai bagi dia. Hinanya engkau bagi dia sehingga dia sanggup buat kau macam ni. Pergi mati.

Ya Tuhan... Aku lemah... Dia orang yang aku percaya... Aku sudah berjanji pada diriku sendiri tidak akan benarkan mana mana lelaki menyetuh ku kecuali dia halal bagiku. Aku sangat berharap cinta pertama ku adalah cinta terakhirku.  Aku tak nak jadi bekas!

Kenapa..? Kenapa saat kau berjaya dapatkan sekeping hati yang beku, kau hempaskan ia dan biarkan ia jatuh pecah berderai. Kenapa kau begitu kejam terhadap hati itu? 

Ya Tuhan... Andai aku teguhkan diri, kemaskan hati supaya tidak menerima cinta dia. Semua ni takkan berlaku. Tolong aku... Aku sakit..! Kenapa engkau pertemukan aku dan dia jikalau engkau tahu hadirnya dia hanya menyakitkan diri ku. Kenapa, Tuhan?! Kenapa?! Sakit...

Dengan air mata yang tidak pernah berhenti mengalir aku menguak pintu rumah. Dari mataku yang berkaca kaca, aku melihat ahli B.A.P sedang bersantai di ruang tamu. Perhatian mereka terus tertumpu kepada aku sebaik aku melangkah masuk. 

"Aqua, kau kenapa ni?" soal YoungJae sambil merapati aku diikuti dengan yang lain. Riak wajahnya kelihatan begitu risau. Sangat risau. Terima lah kasih. 

"Kau cakap aku cuma boleh pegang kau hanya dan hanya jika kau pejal kan diri kau kan? Boleh tak kau pejal kan diri kau sekarang?" Dengan teresak-esak aku menjawab soalan YoungJae dengan soalan. 

"Kenapa?" YoungJae menyoal kehairanan. Sementara yang lain hanya memerhati dari belakang. Juga dengan riak wajah risau.

"Please...

Tidak menjelaskan apa-apa, bibirku hanya menutur satu kata dengan wajah yang meminta belas dan ehsan. Air mata yang tidak berhenti mengalir semakin menampakkan wajah aku kasihan. Sejurus itu, YoungJae terus memegang tangan ku sebagai bukti dia telah pejal seperti manusia. Tidak mahu menunggu apa, aku segera mendepakan tangan ku lalu memeluk tubuhnya seerat mungkin. Aku perasan ahli-ahli B.A.P yang lain begitu terkejut dengan perbuatan aku. Tapi, biarlah untuk seketika aku mahu rasa pelukan seorang teman. Air mataku mengalir semakin deras.

Walaupun tidak bersuhu. Namun, pelukan ini cukup mendamaikan perasaan. Terasa seperti beban yang aku bawa ada bahu sedia membantu. Walaupun segala perbuatan keji Sehun masih berlayar jelas di fikiran ku. Namun, pelukan ini seolah-olah membenarkan aku menghembus nafas lelahku. Terasa seperti ada pewira, putera sebenar yang akan tiba nanti dan membunuh semua rasa sakit ini. Aku memeluk YoungJae semakin erat, sebelum perlahan-lahan meleraikan pelukan erat penuh bermakna itu.

Aku melihat wajah YoungJae, terpaku. Bagai baru sahaja direjat kejutan elektrik. Maaflah...

"Aqua, gwaenchanha? " Zelo menyoal. Dia memegang bahuku.

Dengan lembut aku menolak tangannya dariku lalu terus masuk ke bilik.

"Gwaenchanha." balas ku, ringkas sebelum menutup pintu bilik. Mencari ruang untuk aku sendiri.

I'm not okay. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!