27 April 2214

Friends?

"Swiss Miss... Swiss Miss,"

Bisikan itu menyedarkan aku dari tidur. Lantas aku pun membuka mata.

"Wargh!" aku menjerit terkejut apabila melihat muka YongJe yang betul-betul berada di hadapan mukaku. Dia memandang aku tepat dan rapat. Huihh... lemah semangat~

"Hish!!! Kenapa korang suka sangat terkejutkan aku hah?!" aku menyoal geram sambil melepaskan tumbukan padu ke arahnya. Tetapi malang... tumbukan aku hanya melintasi mukanya. Grrrr!

"Hahahahaha!" ketawa gang mereka kecuali DaHyun yang sibuk mengunyah makanan.

"Kau hanya boleh sentuh kami hanya dan hanya jika kami pejalkan diri kami." beritahu YongJe dengan muka yang tersenyum. Eleh~ nak berlagak lah tuh!

"Hah! Ingat tu!" tambah si hantu galah mengingatkan aku.

"Wuaighhhhh... Yela~" balasku dengan nada nak tak nak.

"Swiss Misseudae... Swiss Misseu... Do you know Swiss Miss?"

"No! I don't know! Yang kau ni pahal?! Swiss Miss! Swiss Miss! Apa benda tuh?!" Marahku pada JongUp. Yelah, sikit-sikit bisik Swiss Miss. Rimas tau!!!

"Swiss Miss tu brand hot chocolate kegemaran JongUp," jelas YongGuk. Laa.. yeke? Tapi kot nya pun lah suka sangat dengan brand tu, perlu ke nak promote 24/7?

"Kan aku dah cakap! Kau tak boleh iklankan jenama ni sesuka hati! Kau diharamkan! Sejak L.O.E 2014 lagi kan!" sambung Channie menegur perbuatan JongUp. Tapi aku tak faham... L.O.E 2014? Dia cakap pasal stesen radio tempat aku berkerja ke?

"Wae?" soal JongUp ringkas.

"Haish, kau nih. Cuba bagitau kenapa kau nak sangat promote Swiss Miss ni?" YongGuk menyoal kembali JongUp.

"Swiss Miss is very very very hot," jawab JongUp sambil tersenyum lebar.

"Very very hot? Good taste?" YongGuk menyoal lagi.

"Yeah. Aqua, jom aku ajar cara buat secawan Swiss Miss." JongUp menarik tangan aku yang sedang blur ke dapur. Jadi bermula lah kelas bersama expert JongUp feat newbie Aqua.

"Mula-mula kita gunakan ambil susu panas past-" belum sempat JongUp mahu menghabiskan ayatnya, aku mencelah.

"Tak boleh ke guna susu sejuk?" soalku seolah-olah berminat.

"Mungkin sebab ini hot chocolate jadi kenalah guna hot milk,"

"Ohhh... I see... Tapi... Wait! Wait! Aku mana ada masa untuk benda alah ni! Haihh!!! Sekarang pukul berapa?!" aku menyoal dengan nada tinggi mengharap 'seseorang' akan memberi jawapan.

"Sekarang... pukul 7:45," jawab YongJe.

"What?!!! Alamak!!! Aku dah lambat untuk kerja!!!" Aihhh..!!! Layan kerenah hantu-hantu ni, tak pasal-pasal aku lupa yang aku ada kerja pukul 8 malam. Eish!!! Kemudian aku segera menyiapkan diri untuk ke studio L.O.E.

"Dan korang! Basuh pinggan mangkuk yang korang guna tu sampai siap! Kalau tak... siaplah korang!" aku memberi amaran keras sambil menunjukkan buku lima sebelum bergegas keluar.

Sejak detik itu, kehidupan aku betul-betul dah berubah. Dulu aku akan rasa takut sangat duduk dalam rumah ni disebabkan ada penunggu. Tapi... lama rasa takut berubah jadi perasaan terkejut dan kini aku cuma rasa menyampah tambah geram dengan kehadiran 'mereka'. Masuk hari ni, macam tak sangka dah lebih sebulan aku menghadap karenah jembalang hantu dan setan kat rumah ni. Kalau nak diikutkan mereka takdelah jahat mana. Tak pernah pun merasuk aku ke, jatuh-jatuh kan barang ke, (alaa... macam dalam citer 'The Counguring 2' tu) malah kadang-kadang aku anggap mereka tu macam manusia biasa je sebab bila aku marah mereka respect aku. Means macam aku tak suka mereka buat sesuatu, mereka akan berhenti. Baik kan? TETAPI!!! Hidup aku sekarang memang TAK NORMAL! Tinggal, bercakap, marah, mengarah hantu? Gila betul.

 

53

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!