21 May 2214

Friends?

"Cik Aqua?" Sedang aku berjalan keluar dari bangunan L.O.E, terdapat suatu suara tiba-tiba memanggilku. Aku pun pantas menoleh ke arah suara itu.

"Saya kenal awak ke?"Aku pantas menyoal sebaik sahaja melihat pemilik suara itu merupakan seorang lelaki yang langsung tidak pernah ku kenal.

"Sayalah Sehun," jawabnya sambil tersenyum mesra.

"Mwyo?!" What? Lehun? Aku pernah kenal dia ke? Apasal dia ni mesra semacam je? Tak! Memang aku tak pernah pun tengok muka mamat ni.

"Sayalah yang hantar bunga dan hadiah kat awak. Awak tak baca ke hologram tu?" Ohhh... Jadi dialah mamat yang Tzuyu cakap hensem sangat tu? Eish! Takdelah hensem mana. Sakat boleh hidup tu boleh laaa.

"Sorrylah...err.. Siapa nama tadi? Suhan? Saya bagi semua benda tu kat Tyuzu je yang lebih memerlukan," kataku selamba sambil ingin melangkah pergi. Malas nak layan.

Aku harap mamat tu tak ikut aku. Jangan ikut aku. Aku tahu dia bukan peminat biasa. Dia nak lebih dari tu. Aku tahu. Cinta? Erghhh!!! Kalau betul dia nak, dia mesti ikut aku. Tapi aku tak nak!

"Tunggulah, Aqua! Saya nak berkenalan je!" AKU CAKAP JANGAN!!! Hatiku menteriak kuat apabila lelaki itu mengejar aku sambil menjerit kata-kata yang aku memang benci nak dengar.

"Suhan! Listen here!" kataku bernada tegas.

"Nama saya Sehun," Sehun memberitahu namanya lagi. Ah! Kisah pulak aku?

"Whatever! Kalau awak suka dengar L.O.E FM, go ahead. That's my job to promote the station. Tapi kalau awak suka saya. Please give up! That's out of my job!" Hah! Kan aku dah terus terang. Bencilah aku! Give up untuk 'berkenalan' dengan aku! Sebab aku tahu apa yang terjadi lepas tu.Dan aku tak suka!

"Eh? Apa awak cakap? Cakaplah bahasa kita, saya tak faham bahasa inggeris." Aku menepuk dahi kuat apabila mendengar dia mengeluarkan ayat itu. Haih... buat penat je aku reka ayat dengan lontaran high note tahap IU. Ngabih aiyaq liuq aku jerk! Melihat aku yang semakin lesu, Sehun menyambung bicara.

"Okay, Aqua. Sekurang-kurangnya awak accept lah saya jadi friends awak kat fb," Hish dia nih tak putus asa lagi?!

"FB? FB apa? Aku mana ada FB. FB Aqua Kim tu L.O.E FM yang buatkan. Aku takde kena mengena!" balasku dengan nada yakin dengan hidung tingginya sentiasa mengharap dia akan give up.

"Eh, tak! Bukan yang tu akaun FB awak nama you kan?" Aku terkejut besar saat dia menyebut nama itu. Ya, itu memang fb aku. FB yang dah lama aku tak active. FB yang aku gunakan untuk hubungi orang-orang yang aku kenal. Tapi...

"Macam mana kau boleh tahu?!" Aku menyoal dengan nada tinggi jelas menunjukkan perasaan terkejut aku.

,>

"Tyuzu. Dia yang bagi," ringkas sahaja jawabnya dengan riak muka yang mulai berubah kehairanan.

Tzuyu! Unnie...!!! Menyesal pulak aku bagitahu Tyuzu. Aku bagitahu Tyuzu sebab ingatkan dia boleh dipercayai, yellah antara ramai-ramai staff L.O.E FM, Tzuyu aje yang paling mesra. Tapi grrrr!!!! Sabor jelah! Aku bukannya apa, aku tak suka orang asing tahu pasal origin FB aku sebab ia mengingatkan aku pasal...

"Seungri oppa," secara tidak sengaja bibirku lembut menyebut nama itu. Saat itu juga muka Sehun berkedut beribu-ribu.

"Seungri? Oppa? Siapa tu?" tanyanya untuk meng'iron'kan kedutan di muka. Lol~ Dan pada masa yang sama aku mendapat idea untuk mengenakan si Sehun ni sekali gus mengibabkan dia untuk meneruskan niatnya.

"kau betul-betul nak aku accept kau? Nak kenal aku?" aku menyoal mencari kepastian. Dia pula pantas mengangguk laju mengizinkan aku menyambung. "Okay, kau kena minta izin dengan abang angkat aku dulu. Kalau dia izinkan, aku on."

"Hah? Serius? Siapa dia? Kat mana dia?" soal Sehun dengan nada yang beria-ria plus bersungguh-sungguh sementara senyuman panjang sampai ke telinga tidak lekang di wajahnya.

"Nama dia Seungri. Kat mana? Aku pun tak tahu. Dah lama dia menghilang. So tolonglah cari dia, aku rindu dia. Lepas jumpa dia, minta izin dia. Pastu aku janji akan 'berkenalan' dengan kau," ucapku terakhir sebelum terus melangkah laju ingin pulang meminggalkan dia yang kelihatan sibuk memikir.

Siapa Seungri? Macam mana dia boleh hilang? Sejauh mana hubungan aku dengan dia? Apa kena mengena Seungri dengan origin FB aku? Ah! Korang, readers tak payah tahulah. Panjang ceritanya. Jenuh nak menaip.

21? Mei??

"Aaaaarghhhhh!!!" Aku menjerit, melolong mengilai dan seumpama dengannya bagi melepaskan perasan yang tak keruan dalam benak jiwa.

"Diamlah, mangkuk! YongGuk tengah cari ilham tu!" herdik HimChan memarahi aku. Ilham apa kau?! Lagipun, e'eleh~ YongGuk yang nak cari ilham, dia pula yang marah.

"Entah kau! Kau buat aku keliru, kau ke kitorang yang hantu ni? Siket-siket menjerit. Mengalah hantu pontianak sundal malam!" tambah hantu si galah panjang.

"Kot-kot kita semua ni hantu? Semua orang ni hantu?" andaian JongUp mengerutkan dahiku.

"Boleh jadi jugak kan, hyung!"

"Eish, korang dua beradik ni makin dibiar makin bodoh jadinya!" caci DaHyun yang menjeling mereka dari jauh sebelum menyumbat sandwich keju ke dalam mulutnya.

"Kau apasal menjerit tadi? Takut lagi dengan kitorang ke?" soal YoungJae sambil buat muka gangster.

Aku hanya menjeling tajam. Malas nak jawab. Maunya tak menjerit? Sekarang dah lebih setengah tahun aku tinggal kat sini! Dengan diorang! Biar aku ulang lagi, SETENGAH TAHUN! Walaupun aku tahu ianya mustahil tapi aku sentiasa ini mimpi. Bayangkanlah! Dah setengah tahun aku tinggal dengan hantu? Aku tetap tak boleh terima! Atau... Betul apa yang JongUp cakap? Aku dan enam ekor ni hantu? Glup! Pfft!!! Okay, forget it! Kang tak pasal-pasal DaHyun caci aku pulak sebab sekepala dengan JongUp.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!