17 Julai 2214

Friends?

"Weh, Aqua kitorang nak tuntut hutang, " dahiku berkerut mendengar ayat Zelo.

"Hutang? Bila masa pula aku berhutang dengan korang? Korang yang berlambak hutang dengan aku adalah! Makan minum free je! Terutama kau, Jung DaeHyun!" DaeHyun tersedak mendengar aku mention namanya kuat. 

"Bukan hutang tulah. Janji. " jelas YongGuk. Aku masih blur.

"Hah! Cepat sangat hilang ingatan! Kau kan janji nak perkenalkan kan diri kau pula pada kitorang! " kata-kata HimChan mengembalikan ingatan aku.

"Jeoneun Aqua Kim ibnida. Anak tunggal ini dilahirkan pada 15 Oktober 2194 di Mok-" sedang aku syok intro JongUp mengangkat tangan menghalang aku bercakap. 

"Bukan macam tu." kata YoungJae.

"Dah tu?!" Aku menyoal hairan.

"Ehem! Ehem! Biar MC HimChan terangkan. Kami akan membuka sesi Q&A di mana anda diminta menjawab segala soalan yang diajukan dengan jujur. Hal ini begitu penting bagi menentukan Baby manakah anda."

Tiba-tiba HimChan muncul dengan berpakaian suit kemas siap dengan mikrofon lagi. Entah dari mana datangnya mikrofon tu tapi serius dia nampak macam MC yang sangat bertauliah dan Handsome. 

"Baby manakah? Means?"

"Setiap ahli B.A.P mempunyai fanclubnya tersendiri. Contohnya saya Hime. Perkataan Jepun yang bermaksud Princess. Mahu dilayan seperti tuan puteri? Sertai lah Hime. Seterusnya, YongGuk..? " Ah~ bagusnya HimChan polite macam ni ><

"Wanna Bang? Be Bangsters," YongGuk hip hop yo!

"Ingin rasakan kehangatan cinta Bussan Wonbin? Sambut tanganku bersama Daewon kita menuju syurga," Sumpah melting! ><

"Jadilah golongan terbaik dalam Brain Boxers." Macam iklan promote universiti pula YoungJae ni.

"Like Cheese? Like Cheetos!" Erkkk... okay...

"Having fun with Jello, Jellies!" Zelo ceria.

"Bangsters, Hime, Daewon, Brain Boxers, Cheetos, Jellies. Okay. So korang nak adakan sesi ni untuk tahu siapa bias aku kan? Haha. Korang buat macam ni untuk semua fans korang?" Tanyaku spontan.

"Tak! Untuk kau je, " jawab YoungJae tersenyum manis.

"Boleh kita teruskan dengan soalan pertama?" Aku mengganguk laju setuju dengan kata HimChan. Nak tunggu apa lagi? Aku selesa sangat dengan HimChan yang macam ni. "Soalannya... KENAPA AKU TAK PERNAH NAMPAK KAU PAKAI MAKE-UP? SKIRT? SATU BIJI MAKEUP PUN AKU TAK PERNAH NAMPAK DALAM RUMAH NI! APE KE HE?!

Mulutku ternganga luas melihat perubahan 360 darjah HimChan yang tadi punya lah bertauliah kini... (what word can describe him now?)

"Eish! Apa hyung tanya ni?! Tak profesional langsung, biar aku lah jadi MC!" YoungJae merampas mikrofon dari HimChan.

"Betullah apa aku tanya! Perempuan apa macam ni?! Tak payah ngada-ngada kau! Kau tak berbakat macam aku! Please lah!" HimChan merampas kembali mikrofonnya. Aku terketawa melihat gelagat mereka. Ini baru B.A.P yang aku kenal.

"Takpelah. Aku jawab aje semua soalan. Ok?" HimChan dan YoungJae berhenti bergaduh lalu berpeluk tubuh. "Sebenarnya aku malas nak jawab soalan ni sebab korang memang sengaja tak nampak ke buat-buat tak nampak? Aku boyish lah!"

"Apa?! Kau boyish?!" JongUp yang terkejut mempamerkan muka derp nya.

"Aku perasan juga tapi tak nak lah cakap. Betul-betul ke kau boyish?" Tanya DaeHyun.

"Apa penampilan aku tak cukup membuktikan ke? Kalau baca surat khabar aku baca dari belakang sebab aku suka bahagian sukan. Aku minat bola sepak. Aku suka jaket basketball, sneaker, snapback, seluar banyak poket. Aksesori skull. Apa lagi? 

"Favourite colour?" Zelo menyoal.

"Pink!" tukas HimChan.

"Ergh..! Pink lah warna paling aku benci. Aku suka Sky blue." jawapan aku menggembirakan YoungJae.

"Sama aku! Kau Brain Boxers!

"Tapi sky blue tu Totomato. Ikut warna mato, mungkin Aqua Jellies." ujar JongUp dengan mata kecilnya.

"Erkkk... genre movie yang kau suka?" tidak mahu si maknae menang mudah, DaeHyun melancarkan soalan.

"Love!" Tukas HimChan sekali lagi.

"Gila kau? Kan aku cakap aku boyish! Aku benci cerita cinta okay? Ntah lah. Horror? Haha. Tapi rasanya aku tak berani dah lepas jumpa korang. So I would like to choose animation. Aku suka tengok kartun. Forever young~

"Hah?! Kartun?" Zelo seolah-olah tidak percaya sementara YongGuk yang senyap sahaja dari tadi berkerut dahinya mendengar jawapan ku. Pasti jauh tersimpang dari apa yang mereka anggapkan.

"Let me explain. Aku tak suka cerita cinta sebab mostly cerita cinta ni tak logik. Like ada watak yang baik gila macam malaikat and ada watak jahat gila. Mana wujud macam tu! Semua orang ada sisi baik dan buruk. Pastu semua orang berebut kan satu orang. Yah!!! Life is not that unfair! God fated all the best! Lagi, just in second they fall in love?! Paling tak tahan bila jalan cerita sama je. Pfft. Serius rasa nak muntah."

Nampaknya aku dah jadikan sesi Q&A ni tempat luahan perasaan pula. Huhu memang dah lama aku nak cakap macam tu tapi ergh... takde siapa nak dengar.

"Habis kartun tu logik ke?" soal YongGuk.

"Kartun mengajar aku untuk berfikir di luar kotak. Dan gembira. What ever happened, smile. Don't let the world change your smile but let your smile change the world." OMG! I'm starting to speaking XD.

"Ingatkan kau suka cerita perang macam YongGuk hyung. Peratus kau Jellies masih tinggi," Zelo tersenyum gembira.

"War? Boleh juga. War is the real life, you know? Aku suka." jawapan aku memuncungkan bibir Zelo.

"Bangster?" YongGuk yang serius je dari tadi akhirnya tersenyum juga.

"Hari tu kau cakap favourite kau Cheese cake kan?" DaeHyun menyoal.

"Yup! Aku memang suka cheese. Semua makanan yang ada cheese aku suka! Terutama dessert! Ice cream, cake, biscuits! Tapi makanan lain pun aku suka, Pizza! Ala... senang cakap aku memang suka makanlah," jawab aku penuh semangat. Yellah~ makan itu hobi kedua aku.

 "Okay. Daewon! Daewon!" tegas DaeHyun sebaik sahaja selesai aku berbicara. "HimChan hyung, kemungkinan Aqua ialah Jellies 25%. Brain Boxers 25%. Bangster 25%. Daewon pun 25%. Hime mana?" Kata DaeHyun berlagak. Mungkin dia sengaja tak mahu sebut Cheetos sebab JongUp sedang berada dalam dunianya sendiri.

"Eh, Eh. Aku tak puas hati lagi. Kenapa kau boyish?" Tanya HimChan dengan muka yang kian memerah malu.

"Sebab utama aku jadi boyish kerana aku tak suka jadi perempuan!" Mata mereka semua terbeliak jelas terkejut.

"Janganlah buat muka terkejut sangat macam tu! Aku tak suka jadi perempuan sebab sifat perempuan zaman kini yang lemah, suka sangat berharap pada orang lain, murah, mudah sangat jual harga diri tu. Aku tak cakap semua, tapi kebanyakan. Kadang-kadang aku tak tahu apa beza nilai seorang perempuan dengan barang yang dijual. Aku tak nak jadi macam tu. Aku nak jadi lain. Aku harap sangat aku lelaki. Bukan apa aku kagum sangat dengan ciptaan Tuhan yang dinamakan lelaki ni. Gagah, perkasa, jiwa yang kental. Jadi tak perlu berharap pada orang lain. Lagi satu lelaki ni takde drama. Untunglah korang dilahirkan sebagai lelaki. Eh, walaupun aku cakap macam tu, aku ni still straight okay. I'm proud to be myself." Jelas aku panjang lebar. 

Mereka mendengar teliti seolah-olah memahami. Dan HimChan yang kelihatan paling berfikir banyak.

"Confident level! Hime!" Semua orang tergelak melihat reaksi HimChan. Yelah, time orang lain impress dengan kata-kata aku, dia masih terfikir Hime-nya. "Lagipun kau janganlah kagum dengan ciptaan lelaki je. Perempuan sebenarnya lagi hebat tau. Lagi kuat." tambah HimChan tiba-tiba berubah serius mengejutkan aku dan yang lain. Perempuan lebih kuat? Pelik.

"Kenapa kau tak percaya? Habis bagitau aku siapa yang lahirkan insan hebat yang kau kagumi digelar lelaki? Perempuan kan. Kau tau betapa sakitnya melahirkan anak? Betapa seksanya? Seribu urat ibu putus tau saat melahirkan.  Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Jujur cakap aku sendiri dan aku percaya semua lelaki tak sanggup nak hadapi tu.  Kami tak sekuat perempuan. Tuhan ciptakan segalanya pada tempatnya."

Semua ahli B.A.P mengganguk setuju. Aku terasa insaf. Kini aku bangga aku seorang perempuan. Tiba-tiba rasa rindu pada eomma di kampung. Terima kasih HimChan :) 

"Aqua, kau setuju untuk jawab semua soalan kan?" Aku mengganguk. "Okay. Sekarang giliran aku, jawab jujur tau. MENGAKU JELAH BAHAWA KAU YANG LETAK BALIK CERI TOMATO AKU KAN?!" Tanya Zelo penuh emosi. Sekali lagi aku terkejut.

"Betul ke ni, Aqua?" soal JongUp kemudian semua mata memandang aku tajam terdesak mahukan pengakuan.

"Iya! Ya! Aku yang letak baik ceri tomato kau dan sayur HimChan!" dan akhirnya aku pun mengaku.

"Akhirnya kau mengaku wahai Durjana..! WAE?????!" Zelo meratap pemergian ceri tomatonya. Entah dari mana datangnya hujan lebat turun membasahi dia je. Ala-ala cerita Melayu gitu. Asal sedih je, hujan turun.

"Sebab... Aku tak sukalah makan sayur. Ergh! Pahit! Dan ceri tomato tu tergolong dalam sayur. So aku letak lah balik." Jawabku selamba.

"Mwyo?! Kau tak suka makan sayur? Aqua! Kau tau tak sayur merupakan pembekal vitamin yang paling besar. Kalau kau tak makan sayur dari mana datangnya vitamin untuk badan kau? Kau tahu tak sayur ni banyak kebaikannya? Untuk pandai, untuk sihat, untuk cantik. Seribu macam lagi khasiat sayur tau? Memang lah pahit tak sedap, tapi ada ke ubat sedap? Macam tu jugalah sayur!"

[Author note: Cuba teka siapa yang membebel? Apa? HimChan? Tont!!! Telur ayam untuk siapa yang jawab HimChan.]

"Hish! Bising lah kau ni YoungJae! Aku ingat HimChan sorang eomma je dalam B.A.P." Aku menutup telinga. Malas mahu mendengar bebelan YoungJae yang serupa betul dengan bebelan Seungri oppa.

"YoungJae hyung kan eomma kedua B.A.P," beritahu Zelo terketawa kecil. Seronok lah tu tengok aku kena bebel.

"Aku bercakap untuk kebaikan kau. Sampai bila kau nak jadi macam ni?" tambah YoungJae.

"Aish! Sama aje macam Seungri!" Teriak ku spontan.

"Seungri?" YoungJae menyoal rasa ingin tahu.

"Alaa... malas lah nak cerita! Just perlu kau tahu, YoungJae. Berapa banyak kali pun aku cakap aku benci dengar kau membebel macam tu tapi sebenarnya aku suka. Sayang sangat. " jelas aku pada YoungJae sambil menatap matanya. Wajah YoungJae kian memerah mendengar ayatku sementara bibirnya tersenyum sipu malu.

"Aku dah jawab soalan kau, Zelo. Seterusnya?"

"Hah! Siapa ahli B.A.P yang paling kau tak suka? Menyampah? Benci?" soal DaeHyun. Aku berfikir agak lama.

"Kim Himchan! Kim Himchan! Kim Himchan!" Tukas DaeHyun semangat.

"Jung DaeHyun! " jawabku ringkas membuatkan DaeHyun terpana.

"Jung DaeHyun tu aku! Hajiman wae??!" DaeHyun yang kesedihan ditenangkan YoungJae. 

"Kau tanya aku kenapa?! Yah, dah berapa juta Won aku habis nak beli makanan kau? Kau kan hantu, hantu sepatutnya tak lapar pun. Tapi kau! Melantak je kerja. Kau ni mati kebuluran ke apa?" jelasku memuncungkan bibir DaeHyu,

"Alaa... Kau ni, Aqua. Macam tu pun nak berkira." ujar DaeHyun sebelum makan sebiji lagi kek keju hasil tangan aku. 

"Soalan kan kena jawab jujur. Aku jujur lah. Lagipun kek yang kau makan tadi kek ke-9 kalinya kau habis kan tau! Aku tak sempat rasa sikit pun! Eish! Kau kan tahu aku aku pun suka makan!!!" akupula merengek mengenang kek keju yang tak sempat aku rasa. Huhuhu ㅠ.ㅠ

"Okay, next question?" Soalku dalam tangisan tetapi time aku bersedia untuk soalan seterusnya tiada seorang pun ke hadapan. Mereka semua kelihatan sedang berfikir apakah soalan yang patut ditanya

"Tiba-tiba takde soalan pula nak tanya. Hehe. Hurm... Bagi kau siapa ahli B.A.P paling handsome dan good looking?" Soalan JongUp membuka mata yang lain luas. 'Inilah soalan yang patut ditanya!' Mungkin itu kata hati mereka. JongUp mula tersenyum bangga.

"Hebat soalan ni! Kita kan nak pastikan bias Aqua! Soalan sebelum ni melalut je!!" DaeHyun menepuk tangan gembira.

"Jadi jawapannya ialah... drum please!" Siapa sangka YongGuk juga begitu teruja.

"Hurm... entahlah!" jawapan aku mengecewakan mereka semua.

"Jangan berani kau cakap takde seorang pun ahli B.A.P yang handsome, okay!" Marah HimChan jari telunjuknya tepat ke muka ku.

"Bukanlah! Aku cakap macam tu sebab I can't choose one of you. Maksudnya setiap korang handsome ada masa-masanya. Macam YoungJae, serius aku suka sangat gaya kau time Power era. Man sangat! Start Coffee Shop dan Badman era, bagi aku JongUp paling handsome! Gaya rambut dia sesuai sangat! Tapi.!!! First Sensibility era, HimChan wrecked the list! Sumpah melting setiap kali aku tengok HimChan dalam 1004! Kau handsome sangat, HimChan! Untuk YongGuk dan Zelo, korang sesuai aje semua gaya." Aku menutup bicara dengan thums-up.

"Sampai hati kau tak sebut nama aku pun," ujar DaeHyun. Aku hiraukan saja katanya, actually ada sebab lain buat aku 'benci' DaeHyun ni. Sebab apa? Stay tune...

"Okay, Daewon out!" sorak YoungJae gembira.

"Kau cakap aku dan YongGuk hyung sesuai je semua gaya?" soal Zelo seolah-olah tidak percaya.

"Iye... Walaupun kau macam ba ba black sheep time Hurricane era, tapi kau tetap je comel. Sesuai dengan title kau sebagai maknae. YongGuk pun sama semua gaya sesuai dengan title leader kau." Jelasku.

"So kau sama ada Bangsters atau Jellies kan?" Tanya JongUp.

"Eh, tak juga. Sebab kalau tengok korang sekarang semua pun handsome sepanjang masa." jawab aku.

"Kalau macam ni ke sudah tak dapat decide! Bayangkan kau dalam kumpulan muzik role apa yang kau pegang?" HimChan menyoal tegas.

"Aku suka hip hop so I would like to be a rapper." jawabku jujur.

"Hah! Brain Boxers, Hime,  Cheetos OUT!" jerit DaeHyun pula.

"Asal firasat aku rasa Aqua tu Jellies?" komen YoungJae yang kecewa.

"Final Stage, sekarang jawab siapa ahli B.A.P siapa paling menarik perhatian kau? Kau jangan jawab entahlah ye!" Amaran YongGuk membuat aku menarik muncung panjang.

"Paling menarik perhatian? Hurmm... Zelo." Zelo terus tersenyum panjang mendengar jawapan ku. "Sebab dia tinggi jadi aku sentiasa rasa nak tengok aje dia. Lagipun aku memang cepat tertarik dengan lelaki tinggi." Tambah ku selamba sambil tersengih menunjukkan gigi pada mereka yang masing-masing dah buat muka kecewa kecuali Zelo.

"Dah lah, jomlah blah. Dah sah Aqua ni Jellies." JongUp cuba mengajak ahli B.A.P yang lain pergi meninggalkan aku dan Zelo berdua. Riak wajah Zelo yang tadi gembira berubah risau. Yellah~ mana boleh adik lawan abang. Langkah bendul namanya.

"Eh, jap hyung! Soalan terakhir! Siapa paling kau Impress dalam B.A.P? " Zelo cuba menghalang hyungnya.

"Aku kagum je dengan korang semua. Korang kan ahli B.A.P! Kumpulan paling hebat! Berapa album korang released setiap tahun? Belum termasuk aktiviti promosi, konsert, so aku memang salute habis dengan korang. YongGuk yang hebat buat lagu. Daehyun punya high note. YoungJae punya sweet voice. JongUp penari terbaik. Zelo LTE rap. Tapi kalau nak pilih seorang. Aku pilih Zelo."

"Ze... Zelo?" YongGuk gagap sukar menerima hakikat.

"Aku kagum dengan dia yang debut usia muda dengan B.A.P. Melalui pelbagai cabaran untuk realisasikan impian. Mesti banyak pengorbanan yang kau buat untuk jadi Zelo kan, Choi JunHong? Jalani mana-masa remaja yang berbeza dengan remaja seusia kau. Aku pasti kau banyak bagi motivasi pada golongan muda.

Zelo yang tadi bermuka risau dan sedang menghalang hyungnya pergi, berhenti serta merta. Bibirnya kemudian melengkung secalit senyuman. Mungkin dia terkenang kembali saat dulu.

"Okay, confirm Aqua Jellies. Jom blah," ajak DaeHyun.

"Hah, blah lah! Blah lah! Bagus. Aku pun takde kat rumah seminggu dua ni." Langkah mereka semua terhenti.

"Kau takde?! Kau pergi mana?" soal JongUp.

"Balik kampung. Jumpa mak ayah aku,"

"Eh, kampung kau kat Mokpo kan? Tempat lahir aku tu! Aku nak ikut!" minta Zelo.

"Boleh. Aku bawa kau!" Jawabku ceria. My bias kan?

"Erhmm... Aqua, aku nak ikut juga boleh? Kau singgah lah Bussan. Aku teringin nak tengok tempat kelahiran aku tu," DaeHyun pula mendekati aku.

"Eh, kalau DaeHyun ikut aku kena ikut juga! Ini tidak adil kalau dia je ikut!" Kata YoungJae.

"Yela. Yela. Ikut lah. Akan bukan kena bayar tambang untuk korang pun,"

"Eh, Aqua. Singgah Incheon, ye? Aku ikut." YongGuk pula.

"Alaa... YongGuk! Kau tau kan aku memang orang Seoul. Takkkan kau nak tinggalkan aku sorang-sorang? Aku nak selalu dekat dengan kau! Aku ikut kau, YongGuk tau?" HimChan tiba-tiba memberi back-hug kepada YongGuk sebelum YongGuk menolak dia kasar.

"Okay, Zelo, DaeHyun, YoungJae, YongGuk, HimChan. JongUp..? Kau tak nak ikut?" soal ku pada JongUp yang kelihatan blur.

"Tapi aku lahir kat Seoul. Kalau aku nak ikut, aku kena cakap aku nak ikut seseorang macam amm...amm... Zelo... hyung nak ikut kau...amm... Macam tu?"

Kami semua tergelak besar mendengar ayat si 4D alien. Apa-apa pun selepas itu kami semua berangkat ke Mokpo dan singgah di Incheon dan Bussan. YongGuk dan DaeHyun begitu teruja melihat kampung halaman mereka. Nasib baik mereka tak buat perangai macam kat Mall hari tu, kang tak pasal pasal aku dicop mereng.

Maybe 1st August nanti aku balik.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!