1 August 2214

Friends?

"Hayana, aku nak study dengan kau. Bab saham syarikat tu aku keliru lah." Aku mengajak Hayana. 

"Tak boleh lah kita nak study dengan Taeyang." Jawab Hayana mengecewakan aku. 

"Hurmm... Wendy? Jom study sama-sama!" Aku menyoal pada Wendy pula.

"Mood aku tak stabil lah. Kau tau aku gaduh dengan RapMon. Dia tu kan bla bla bla...

Dan akhirnya aku pun bersendirian. Sedih gila hidup aku. Hari ni aku balik lewat sikit daripada yang lain. Lepak kat library all alone. Dalam perjalanan pulang,

"Aqua unnie?" Muncul seorang gadis genit di hadapan ku. 

"Lisa?" Aku jelas terkejut. Kenangan lama kenapa kau muncul? 

"I get know that you're DJ now. Congrats!" Ujar Lisa tersenyum seribu makna. "I'm glad that you still know me. Thanks unnie!" Tambah Lisa aku masih lagi tersentak.

Lisa ialah bekas adik angkat aku. Aku kenal dia pada masa yang sama aku kenal Seungri. Lisa anak tunggal jadi dia tidak pernah dapat kasih sayang daripada seorang kakak. Aku secara sukarela menawarkan diri untuk menyayangi dia dan menganggap sebagai adik sendiri memandangkan aku pun anak tunggal. Tapi... Dia terlalu mahukan kasih sayang aku. Dia hilangkan diri kerana terlalu cemburu dengan hubungan aku dan Seungri. Masih segar di ingatan aku segala katanya ketika dia benar-benar mahu aku hanya untuk dia. Kasar. Perkataan hormat seolah-olah tidak wujud.

"Sokay, dear. How bout you? Whatcha doing?" Aku menyoal cuba berlagak biasa. 

"Biasalah. I'm still a student and I will always love you," jawab Lisa ceria. "Do you still love me like I do?" 

Belum sempat aku mahu menjawab soalan itu. Tiba-tiba Sehun datang. 

"Chagi..!"

"Chagi?! Kau siapa nak panggil Aqua chagi?!" Tegas Lisa menyoal dengan nada tinggi dan renungan mata yang tajam.

"Saya Sehun. Namja chingu Aqua. Adik ni siapa?

"Namja chingu?! Aqua! Kau memang tak berubah kan?!" Teriak Lisa sebelum pergi. 

"Siapa budak tu? Macam tak betul je. Kesian. Kecik kecik lagi dah tak betul." Tanya Sehun mungkin cuba nak buat lawak sambil meletakkan tangannya ke atas bahu ku. But seriously thisn't the time!

Aku menolak tangannya kasar. Lalu berjalan pulang tanpa mempedulikan soalannya.

"Chagi nampak macam tak suka dia. Okay... Baby takkan cakap pasal dia lagi. Mesti dia tu salah seorang daripada kenangan lalu chagi kan? Sama dengan Seungri tu? Cuma... bertentangan kan?" Teka Sehun sambil mengikuti langkah ku.

"Chagi nak pergi mana? Nak balik? Baby hantar chagi ya?

"Eish! Tak payah lah! Tengah emo ni! Jadi tolonglah biar saya sendiri," jawab aku menghalang dia daripada terus mengikuti. Untuk pengetahuan, aku belum pernah lagi tunjuk or cakap kat dia mana aku tinggal.

Sesampai di rumah, aku meneliti jarum jam sambil berdiri bersandarkan pintu. Masih awal lagi untuk aku pergi kerja. Tapi... Apa salahnya kan? Aku perlukan seseorang sekarang ni.

"Tzuyu unnie!" Sapa ku ceria  seperti biasa. Aku tak nak pun bercerita pada unnie tentang Lisa atau Sehun hanya melihat telatah unnie yang ceria dan mesra cukup buat aku lupa.

Namun... Tzuyu hanya humming bagi membalas sapaan ku. Langsung tidak memandang wajah ku. Tzuyu kelihatan sangat sibuk dengan kertas kerja yang bersepah di mejanya. Aku cuba berfikir positif.

Tapi memang aku perasan sejak aku balik dari Mokpo ni, Tzuyu dingin sangat dengan aku kalau dengan orang lain okay je. Entah apa masalah dia? Takkanlah dia jealous aku dengan Sehun? Yellah aku tahu dia memang puji melambung mamat tu. Macam ada hati dan pedal je kat Sehun. Tapi dia juga yang galakkan aku untuk terima Sehun. Jap biar aku flashback. Ni masa first time Sehun ajak couple.

"Urhmmm... unnie. Aqua nak minta pandangan unnie. Pasal Sehun tu. Erh. Dia ajak Aqua couple,"

"Dia ajak Aqua couple? Wah!!! Baguslah! Dia tu nampak memang berminat dengan Aqua. Terima aje. Untung lah Aqua dapat namja chingu encem,"~

So takkan lah sebab tu kan?

Anyways, hari demi hari aku rasa semakin keseorangan. 

Hari ni dah 6 Ogos dan aku kini sedang dalam bangunan L.O.E FM. Kalau ikutkan memang lama lagi turn aku tapi aku saja datang awal nak tengok Tzuyu yang dah ditukar jam sebelum aku. Lama aku cari. Ke hulur, ke hilir.

"Cari apa?" Tanya staf yang pening melihat aku mundar mandir di office L.O.E.

"DJ T. Tzuyu. Ada nampak dia tak?"

"DJ T dah pindah ke cawangan di Annyang. Lama dia mohon ditukar tapi HR tak bagi. Baru ni diluluskan." Aku tergamam. Mataku membulat menyatakan perasaan ku. Wae? Wae..? Kenapa unnie tak bagitau aku? Padahal aku dan unnie rapat sangat! Patutlah sejak dua menjak ni unnie sibuk sangat. Tapi... Kenapa?! 

Aku hampir tidak dapat menerima kenyataan ini tetapi lirik lagu B.A.P yang bermain di minda berjaya meniup semangat aku supaya dapat menghalang air mata daripada mengalir. Selepas itu aku segera melakukan kerja-kerja lain cuba menyepak perasaan sebak itu pergi.

"Halo... Miss Aqua di sini. Siapa di sana?"

"Annyeong Miss. Saya Suzy. Saya baru jatuh cinta jadi saya nak request lagu 'Mr. Chu' daripada A Pink,"

"Miss Aqua... Saya nak minta lagu 'Give Love' by AKMU Saya tujukan lagu ni pada boyfriend saya. Saya selalu gaduh dengan dia tapi saya sayang dia,"

"Okayyyy..."

"Saya nak jadi girlfriend yang baik. Saya sayang sangat boyfriend saya. Saya minta lagu 'I'm a Jelly Baby' by AOA please..."

"Miss... gf saya kuat merajuk kuat menangis jadi saya tujukan lagu 'Baby Don't cry' kepada beliau,"

"Saya baru putus cinta ni. Miss tolong sampaikan lagu 'Say No' by B2ST pada dia,"

Macam itulah songs request yang aku terima setiap kali ke udara. Diorang ni tak bosan ke lagu cinta, lagu cinta, lagu cinta? Macam kalau takde cinta tu boleh mati. Bagi aku ada banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dalam dunia ni iaitu justice, freedom dan peace. Dalam keheningan ni, aku teringat lagu B.A.P yang memenuhi semua ciri di atas. 

Aku pun apa lagi cepat-cepat ambil masa untuk search lagu mereka, B.A.P sementara lagu-lagu cinta tu sedang dimainkan. Tapi... Ia tak semudah yang disangka. Unfounded. Error. Unknown Artist. No results. Haihh... Mereka kan artis lama tahun 2012. Aku sendiri pun tak kenal masa first jumpa. Baru berangan nak pasang lagu diorang dalam radio ni. =(

Haish! Dah lah Tzuyu unnie dah tak ada sekarang. Walaupun DJ dan Staff lain mesra alam juga tapi dengan Tzuyu unnie aku paling rapat buat aku betul-betul rasa kehilangan.

Selepas tamat waktu berkerja aku keluar dari bangunan LOE, seperti biasa kelihatan Sehun setia menunggu aku. Selalunya kami akan jalan-jalan dulu. Tetapi baru sahaja kami melangkah setapak, kedatangan Lisa yang tak diundang benar-benar membuat hatiku resah.

Lagak Lisa yang menjeling kami tajam dan berpeluk tubuh serta kakinya yang sengaja dilujurkan memang ingin menghalang aku dari terus mara. Renungan matanya yang kelihatan seperti bebola api membuatkan aku tidak berani membuka mulut. Aku senyap sahaja menunggu dia memulasan bicara.

"Aqua kau ni memang kan! Sikit pun tak berubah! Dasar perempuan murah!" Lisa mula melancarkan ayat kasarnya.

"Oi.! Oi.! Apa ni? Aqua ni lagi tua dari adik kan? Mana 'unnie' nya? Hormat sikit boleh? Bahasa tu jaga. Kenapa panggil panggil Aqua perempuan murah ni?" Sehun cuba menegur Lisa namun gadis itu hanya tersenyum sinis.

"Kau siapa nak tegur aku?! Suka hati akulah nak panggil dia apa! Lagipun perempuan macam dia ni tak layak lah nak guna panggilan hormat bagai. Tak berbaloi! B*bi! atas dahi kau lah, perempuan kotor!"

"Aqua!" Sehun memanggil aku yang sudah separa patung. Aku tidak mampu membalas apa-apa, tubuhku juga seakan tidak terdaya untuk bergerak. Tetapi aku pasti muka ku kian memerah menahan sakitnya di dalam.

"Semua!!! Dengar sini!!! Semua!!!" Tiba-tiba Lisa memanggil orang ramai berkumpul mengerumuni kami.

"Oi! Dik! Apa kau nak buat?!" Marah Sehun.

"Kau senyap!!! Semua dengar sini!!! Perempuan ni! Yang nampak baik macam malaikat ni! Kenal kan? Dia ni perempuan kotor! Tak cukup lelaki dekat Mokpo, kau datang Seoul?! Tamak betul kau ni!! Perangai syaitan betul! Dahsyat! Saya yakin dia ni jadi DJ sebab nak popular lepas tu bolehlah kau dapatkan ramai lagi lelaki. Murah betul kau! Bagitau aku dah berapa ramai lelaki yang kau layan?! 10? 20? B*tch! Kalau macam tu baik kau jadi pelac-"

"WOI!! KAU MEMANG KURANG AJAR!!!" Teriak Sehun kuat sambil menghayunkan tangannya ingin menampar Lisa.

"Jangan..!" Mujur aku sempat menghalang.

Lisa tersentak dengan teriakan Sehun yang kuat menggegarkan. Dia diam seribu bahasa dengan mata yang tidak berkelip.

"Nasib baik Aqua halang aku! Kalau tak memang bersepai mulut kau yang kurang ajar tu aku lempang! Kau nampak tak Aqua yang hina tu  lindungi kau! Nampak tak?!!!  Tolong eh, lepas ni kalau mulut kau masih macam longkang! Bahasa kau macam orang tak bertamadun. Apa mak ayah kau tak tahu ajar anak ke? Lebih baik kau tinggal dalam hutan ajelah! Kalau aku tahu kau kacau Aqua lagi, siap kau!"

Tambah Sehun masih tinggi nadanya sejurus itu Lisa terus berlari pergi dari sini begitu juga dengan orang ramai yang berkumpul tadi sudah bersurai. Tanpa sedar air mata ku mengalir deras. Aku sudah tidak terdaya berdiri lagi lalu aku terduduk lemah.

"Chagi... Baby minta maaf kalau Baby melampau tadi. Tapi Baby tak tahan tengok dia hina chagi. Chagi jebal... berhenti menangis. Lepas ni Baby janji takkan ada sesiapa yang boleh hina chagi lagi. Baby akan jaga chagi. Chagi... Baby sakit lah bila tengok chagi menangis." Rayu Sehun.

"Sar...ang...ha...eh... Saranghaeyo," balas aku teresak-esak. Ye. Aku cintakan kau. Aieru. Wo ai ni. Te Amor. Aku sayang kau. Terima kasih kerana sudi tunggu aku. Terima kasih kerana sabar dengan aku. Terima kasih kerana sudi melindungi aku.

"Baby lagi sayang chagi. I love you more," jawab Sehun cuba menenangkan aku. Aku pasti dia betul-betul sayangkan aku. Jadi aku juga janji akan sayangi dia.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!