9 Julai 2214

Friends?

Dalam kegelapan, tiba-tiba aku terdengar jeritan orang ramai. Bukan! Tapi sorakan orang ramai. Suasananya seolah-olah di konsert. Aku cuba mencari sumber suara itu, tak jumpa.

Dengan itu aku gagahkan diri melangkah ke hadapan. Tetapi masih hanya kegelapan yang menyelubungi. Aku toleh ke belakang, ingin memastikan pintu masuk tadi masih terbuka jadi kalau berlaku sesuatu bolehlah aku terus berlari keluar. NAMUN..!!! Pintu itu telah hilang, cahaya dari pintu itu juga lenyap ditelan kegelapan. Peluh kegelisahan mula menitis.

Tiba-tiba, cahaya spotlight yang entah datang dari mana memancar perlahan-lahan menerangi tempat aku berdiri. Dari sini aku jelas melihat ribuan orang bersorak kuat sambil memegang lightstick berwarna hijau. Dan ya. Memang mereka sedang berada di konsert. Dan aku berada di atas pentas konsert tersebut!

"We presence you, TSE new artist; B.A.P!" serentak dengan itu, seorang demi seorang memasuki pentas menembusi tubuhku. AKU INVISIBLE?!

"Annyeonghaseyo! We B.A.P! Yes sir!" sapa kumpulan anak muda itu penuh semangat. Eh? Ayat ni macam pernah aku dengar. Didorong perasaan ingin tahu yang kuat, aku meneliti wajah mereka. Mataku terbeliak!

"YongGuk! HimChan! DaeHyun! YoungJae! JongUp! Zelo! It...itu diorang!!!" Aku tidak sengaja menjerit kerana terlalu terkejut. Betul itu mereka. Rambut blonde. Jumpsuit. Tapi kenapa mereka di atas pentas? Artis ke? Eh, tadi kan orang tu cakap 'We presence you, TSE new artist. Ini maknanya...

"Ya. Itu kami." Suara ni..?

"YongGuk!" Apabila aku pandang ke belakang, aku nampak YongGuk dan di sampingnya ialah rakan-rakannya; HimChan, JongUp, Zelo, YoungJae dan DaeHyun.

"Apa yang berlaku ni?!" Aku menyoal terdesak. 

"Selamat datang ke dalam memori kami," jawab YoungJae menimbulkan kedutan di dahi. Aku blur.

"Ya, apa yang kau tengok sekarang ni ialah memori kitorang. Kau nak kitorang terangkan sejelas-jelasnya kan?" terang Zelo.

"26 Januari 2012 tarikh keramat," HimChan pula bersuara.

"Bawah label TS Entertainment," ujar DaeHyun.

"Kami debut dengan nama B.A.P."sambung YoungJae.

"Best Absolute Perfect," kata JongUp.

"Dengan single, Warrior." beritahu Zelo kemudian mereka menyuruh aku untuk fokus kepada 'mereka' yang di atas pentas.

Lagu ni!!! Lagu nilah yang aku dengar dalam CD lama tu! Muziknya sungguh mengasyikkan! Setiap bahagian disampaikan penyanyinya sempurna sekali! Terutama bahagian rap yang kedua tu! Arghh~ terbelit lidah nak ikut! Dan bila aku tengok tariannya. Wahh!!! Profesionalnya!!! Tapi... Apa yang paling mengagumkan ialah liriknya. Sangat indah! Penuh bermakna.

"So korang yang nyanyi lagu ni? Hebatnya! Aku suka sangat lagu ni! Tajuknya 'warrior'. Boleh aku tahu siapa yang cipta?" Aku menyoal penuh minat. Mereka pula hanya tersengih sebelum DaeHyun bertindak mencangkuk bahuku.

"Itulah istimewanya B.A.P!"

"Walaupun lagu tu untuk debut," HimChan segaja menggantung ayatnya.

"Tapi percaya tak yang cipta lagu tu ialah..." Sambung YoungJae menimbulkan debaran di dada.

"Leader B.A.P!" Beritahu Zelo. Mataku membulat jelas rasa terkejut.

"YongGuk hyung!!!" Mereka semua mendepakan tangan mempersembahkan YongGuk yang hanya berpeluk tubuh, dengan senyuman tersipu malu.

Mereka semua di sisi YongGuk, kecuali JongUp yang jauh sedikit dan menunjukkan tanda isyarat bagus, "Yeah!" kata JongUp.

"Kau yang cipta lagu tu YongGuk?! Wah, hebatnya korang! Lagu untuk debut, leader korang sendiri yang cipta! Dasyatlah!!! Memang legendary nih!" Aku sedikit menjerit teruja. Serius, daebak!

"Bukan tu je.YongGuk hyung juga yang cipta semua lagu kami," beritahu YoungJae.

"Memanglah. Tapi aku sebenarnya debut tahun 2011," jelas YongGuk yang humble.

"Betul. Hyung collaborated dengan Song JiEun nuna untuk lagu Going Crazy," kata JongUp.

"17 Mac 2011. Aku berlakon watak utama dalam MV tu," beritahu HimChan dengan muka bangga.

"Hebat penangan lagu tu, lagu terbaik dalam TSE!" Beritahu DaeHyun.

"Lepas tu hyung collaborated dengan YoSeob dari B2ST pula untuk lagu I REMEMBER," ujar JongUp. Sambil-sambil mereka bercerita, aku sebenarnya sedang menikmati MV lagu tersebut. Ah~~ takde cacat celanya! Best sangat!!!

"Lebih tepat 22 November 2011," YongGuk mengingatkan.

"Weh! Aku pun debut 2011 juga! 12.12.11 Bang n Zelo released Never Give Up," beritahu Zelo cuba meraih perhatian aku.

"Aku pun berlakon dalam MV tu dengan si uppie ni hah," HimChan menujukan jari telunjuknya tepat ke hidung JongUp.

"Woa~!!! Berturut-turut kau released lagu. Kau tak penat ke, YongGuk?" Aku menyoal YongGuk penuh rasa impress.

"Passion," sepatah sahaja perkataan yang diucapkan YongGuk untuk menjawab soalan ku cukup membuat aku ternganga luas.

"Ala~ YongGuk hyung dah master. Dia memang underground sebelum masuk TS," beritahu Zelo lagi.

"Nickname hyung ialah JeppBlackman. Banyak juga lagu yang hyung dah release," tambah YoungJae. 

"Yup! Antaranya ber-title Cherry Flower, blackout,  last one, Q, Goodbye, T, Hallunication and so on." sambung DaeHyun pula sambil memberi back-hug kepada YoungJae.

"Hah! Dengar tu?! Sepatutnya kau impress dengan aku yang debut pada usia 15 tahun!" tegas Zelo.

"Ceh! Yelah! Yelah! Aku impress sangat dengan kau Choi JunHong!" balasku dengan nada acuh tak acuh.

"Sedapnya dengar kau panggil nama sebenar aku. Tapi lagi manis kalau kau letak 'oppa' depan Choi JunHong tu."

"Mengada-ngadalah!" Aku mencebik.

"Huh! Nampak sangat tak ikhlas!" Zelo memuncungkan bibirnya.

"Aqua! Tengok ni," JongUp memanggil. Tanpa sedar MV Never Give Up yang cheerful tadi sudah bertukar ke MV lain. Mereka membawa imej kuat. Perjuang kemanusiaan.

"27 April 2012. Kami released Power," YongGuk berkata.

Oh... Tajuk lagu ni Power. Memang power lah! Maksud yang bagus! Tarian gempak! Dan seperti biasa rap Zelo merampas perhatianku. Tetapi..

"Smartnya rambut kau, YoungJae! Handsome!" Aku mula ber-fangirling apabila melihat gaya rambut YoungJae yang begitu menarik hatiku. Sementara YoungJae tengah blushing sebab dipuji, aku perasan riak muka HimChan berubah geram.

"Haish! Tengok ni! Single Goodbye released 9 Julai 2012!" marah HimChan.

"Lagu ni takde MV macam yang lain. Sebab time ni kami terbitkan Matoki," beritahu YoungJae penuh kecerian.

"Matoki tu adalah gabungan perkataan MAsked+TOKI. Aku ShiShimato. Terrorist." YongGuk memperkenalkan dirinya dalam dunia Matoki.

"Aku pula si jelita Tatsmato," Tak tahu kenapa tapi bila HimChan introduce aku teringat kuih tart. ><

"Aku ninja yang ada dua watak. Kekemato ibnida," DaeHyun pula.

"Jokomato! Aku lah brain kumpulan!" Time YoungJae aku teringat pakcik angkat kepada nenek belah mak saudara belah mak ipar aku punya abang punya mentua tiri, Wak Joko dari Sumatera Indonesia kok nya. (Tipu  je)

"Aku Dadamato dan aku heavier than a dumbed bell and faster than running machine," Whut?! =_=

[BGM: Si luncai pergi dengan labu-labunya. biarkan.. biarkan...]

"Dan aku Zelobot. Totomato,".

Ketika mereka memperkenalkan diri sebagai Matoki, aku dipertontonkan dengan potongan MV Goodbye dan gambar-gambar sekitar promotion single tersebut dan automatik sahaja aku...

"Wah!!! Baguslah kau kekalkan gaya rambut tu, YoungJae! Serius, kau handsome sangat! Tergugat iman aku! Swagg!" luahku penuh ke-fangirling-an.

"Ah! Dahlah! Tengok ni hah! No Mercy, 19 Julai 2012." HimChan menukarkan MV Goodbye ke MV No Mercy, jelas terpancar kebengangan di raut wajahnya.

"Aloo. kenapa ditukar gaya rambutnya?" Aku manyun panjang menunjukan sepalit rasa kecewa. Sementara HimChan sudah mula buat muka bangga.

"Aih... Takpe lah, kehenseman wajah, populariti itu tak penting. Sebab korang ada benda lain yang aku percaya artis lain tak boleh tiru dan sangat mengagumkan aku. Apa yang penting bagi penyanyi bukan rupa dia, tapi bakat." Macam perunding kaunseling penyanyi dah aku ni. 

"30 Ogos 2012, CRASH released." ujar JongUp serentak dengan itu lagu NO MERCY dihentikan dan digantikan dengan lagu bergenre cheerful.

"Lagu ni lain sikit daripada lagu kitorang yang lain. MV pun gabungan 'The Making Of MV No Mercy' dan rakaman di Malaysia." beritahu Zelo mengejutkan aku.

"Apa?! Malaysia?!" aku terkejut gorila.

"Iya... Masa tu kami baru habis 1st showcase pada 27 Julai di KL Live, KL, Malaysia." beritahu DaeHyun pula.

"Ye. Kenangan terindah kat Malaysia. Ingat tak kita pergi main kat Sunway Lagoon? Aku menang no.1 lumba go-kart!" sambung   YoungJae sambil mencangkuk bahu DaeHyun dengan muka bajet berlagak beliau.

"Hah! Sebelum showcase, kita ada perform lagu POWER di Final Stage Showdown 2012," tambah YongGuk turut tersenyum lebar.

"Serius ke? M-A-L-A-Y-S-I-A?!" aku menyoal lagi dan lagi.

"Yelah!!! Dah berapa kali nak ulang?! Apa kau tak korek telinga ke?! Ye, kitorang pergi Malaysia! Memanglah best. Tapi Malaysia je. Bukannya Paris, New York, London ke." marah HimChan panjang lebar.

"Apa kau cakap?! Malaysia aje?! Hey! Kau tau tak negara Malaysia tu antara negara paling hebat membangun?! Walaupun lambat merdeka anatara negara serantau yang lain, Malaysia boleh jadi negara maju setanding dengan negara-negara yang dah lama merdeka! Aku kagum dan bangga sangat Malaysia merupakan sebahagian negara Asia. Tambahan pula dengan rakyatnya yang berbilang kaum. Ah~ Hebatnya Malaysia," terang aku sejelas-jelasnya tentang negara idolaku.

Mereka semua senyap sahaja dengan mulutnya terbuka luas. Ok. Nampaknya Malaysia begitu berbeza pada zaman mereka. Jom tukar topik.

"Betullah... Lagu ni berbeza dari yang lain. It's a love song," aku cuba menukar topik.

"Yup! Dan kami kekalkan imej fluffy untuk comeback seterusnya," usai sahaja YoungJae berbicara, MV ditukar.

"23 Oktober 2012 B.A.P released 하지마" beritahu JongUp apabila MV itu dimainkan.

"Cutenya." ujarku spontan.

"Yeah. Are you okay with that?" soal Zelo dalam bahasa inggeris dengan sangat fluent. ( Impress jap >< )

"Sure. Why not? Yeah, I'm so impress with you guys who bring differently from the other lovers song and pretty boy, it's motivational song and warrior image. But as an entertainer, I agree that sometime you guys should out of your image." aku yang seronok berspeaking tiba-tiba diganggu dengan deheman yang lain (semua ahli B.A.P kecuali Zelo)

"Maksud aku, aku okay je sebab inilah bukti yang korang ni penyanyi verstail!"

"Pada 15 Januari 2013 kit-" belum sempat HimChan mahu menghabiskan ayatnya, aku pantas mencelah.

"Huh?! 2013?! Jap! Warrior, Power, No Mercy, Goodbye, Crash dan 하지마! Setahun korang released enam album?! Gempaklah! Dah lah tahun debut pulak tu. Hebatnya! Korang tak penat ke?" Aku menyoal teruja tambah kagum.

"Memang penat tapi itulah B.A.P's style," jawab ringkas YongGuk sambil tersenyum seoalah-olah melepaskan kepuasan dia berkarya dalam senyumannya.

"Oh! Apa yang kau nak cakap tadi, HimChan? Lagu yang ada Only one shot! Only one shot! tu bila korang release? Lagu I'm a batman? Bila released? Bila? Bila?" aku menyoal bertalu-talu teruja.

"Sabor kak chik! Sabor! Perjalanan kita masih jauh." DaeHyun cuba menenangkan aku yang dah macam fangirl.

"Tengok MV ni, 15 Januari 빗소리 released." YoungJae mengalih perhatianku pada MV yang permulaannya dengan titisan hujan berwarna hijau.

Dalam MV tu... Mereka menangis! Wae? Muziknya yang syahdu betul-betul meragut emosi ku. Aku... Aku tak suka tengok lelaki menangis! Sedihnya! Pedihnya! Hatiku benar-benar terbuai dek melodinya yang merentap jiwaku. Suara lelaki-lelaki yang merayu-rayu agar gadis mereka kembali sangat mengasyikkan aku. Aku tersentuh.

"Next, One Shot release 12 Februari 2013," beritahu YongGuk apabila MV bertukar lagi.

"Dirakamkan di Filipina. Atas kapal cruise!" tambah Zelo gembira sangat nampaknya.

Aku yang dah ternganga tengok MV ONE SHOT yang sangat menarik ditambah lagi dengan tarian mereka yang memang susah gila, mendengar sahaja apa kata mereka tanpa sebarang soalan.

"Disebabkan lagu nilah fans kami bertambah mendadak." Beritahu YoungJae.

"A'ah! Malah, pada 21 Februari 2013 ONE SHOT dapat no.1 dalam carta billboard," sambung DaeHyun.

Korang memang layak. Itu kata hatiku.

"Yang ini HURRICANE 17 Julai 2013, dirakamkan di New York City." JongUp memberitahu apabila MV one shot ditukar.

"Korang memang tak pernah hampakan aku! Lagu ni pun best! Meaningful! Tapi... Rambut kau pahal, Zelo?! Muahahahaha!!! Dah lah warna kelabu, curly pula tu. Kwang! Kwang! Dah macam rambut nenek aku! Tapi rasanya rambut nenek aku lagi lawa. Hahaha!!! Padan dengan baju pyjamas hitam putih, nampak macam anak biri-biri pulak!" aku memberi pendapat jujur sambil tergelak besar.

"Sebenarnya itulah tujuan kami untuk buat Zelo nampak macam ahli paling tua sesuai dengan ketinggiannya. Pfft! Bwahahaha!!!" jelas YongGuk dengan muka yang bajet serius sebelum ketawa besar bersama aku dan yang lain.

"Ala hyung! Kan aku cakap janganlah tunjuk MV hurricane. Tukarlah!" Zelo menukarkan MV dengan muka yang merah padam.

"Sempena hari jadi aku, ceh! Takdelah! 28 Jun 2013 COFFEE SHOP released." bicara DaeHyun yang tidak pernah lepas daripada memegang tangan YoungJae.

"Kau suka?" soal YoungJae.

"Suka! Relaks aje rasa! Macam semua tekanan aku terbang pergi," jelas aku sambil menutup mata merasai bunga-bunga kedamaian.

"Siapa paling handsome?" Tanya HimChan.

"JongUp!" balasku spontan membuatkan Himchan menjeling tajam. Tiba-tiba ada bunyi siren polis. "Aku tahu lagu ni! Ada phrase kegemaran aku 'This crazy world, I'm gonna change it' Batman!"

"Bukan Batman tapi Badman. Release 6 Ogos 2013."  tegur Zelo.

"Kau jumpa kami bermuka cat hitam, tu promosi lagu nilah." Beritahu YoungJae mengingatkan kembali aku saat pertama kali aku berjumpa mereka.

"Jap! Kalau tu untuk promosi, kenapa si HimChan ni tak kena cat pun?" Aku menyoal kehairanan.

"Kerana diriku begitu berharga," jawab HimChan dengan gaya ala-ala iklan Gardiner. Ok, sesiapa ada beg muntah tak?  Loya pula rasa layan Encik Diva ni. =_=

 "Pedulikan je mamat ni. 3 Februari 2014, first studio album 'First Sensibility' released. Album ni ada 14 lagu dan 1004 sebagai lagu tema." serentak dengan kata DaeHyun itu muncul MV 1004.

Ada seorang gadis. HimChan couple dengan gadis tu. DaeHyun kehilangan gadis tu dan mengenang memori dengan barang yang ada  nilai sentimental. YoungJae tercari-cari gadis itu. JongUp yang frust melepaskan kefrustan dia dengan memecahkan dinding. YongGuk rindukan gadis itu dan memeluk... Apa tu? Replika menara berkembar pertronas? Bila sampai part Zelo, mataku terbeliak.

"What are you doing, Jelly?!!!"

"I don't kiss her!" tegas Zelo membela diri.

"Yelah tu!

"Betullah. Zelo budak baik dan innocent. Camera thecnique je tu," beritahu YongGuk membela Zelo.

"Yang penting, dengan lagu 1004 nilah kitorang menang first win ever since we debuted in music show," kata-kata JongUp begitu memeranjatkan aku. First win since debut? Takkanlah!

"Hish! Korang hebat! Semua lagu korang best! Lirik meaningful! Tarian gempak! Vocal? Rap? First place! Perfect 10! Dengan maknae korang sebagai main rapper and main dancer. Usia yang muda boleh buat speed rap. Sepanjang korang debut, aku tak jumpa cacat celanya. Semuanya... sempurna. View kat youtube setiap MV korang mesti lebih 100M! So takkan lah first win since debut? Impossible!

"100M? Heh!" DaeHyun ketawa sinis. "1M pun susah," Hati aku direntap kuat membuatkan aku kaku. "Maaflah, Aqua. Kumpulan depan kau sekarang kumpulan underrate. Tak popular mana pun, " tambah DaeHyun.

"Anugerah terbesar MAMA pun 2012 je kami tercalon." ujar YoungJae.

"Entah apa silap kami, MAMA 2012 adalah MAMA yang pertama dan terakhir pernah kami hadiri," beritahu YongGuk. Aku perasan mata setiap ahli B.A.P memerah bagai ada empangan air yang bakal pecah.

"Hajiman, lep... lepas first win kami dapat 2nd win, 3rd win, 4th win. Dan album seterusnya pun dapat." HimChan cuba mengubah suasana namun perasaan sebak masih jelas kelihatan dari matanya.

"Takpelah. Awards tu tak penting. Awards bukan penanda aras untuk korang. Kalau aku jadi korang, aku cakap 'I don't care about this award,'. Yang penting aku dapat apa yang aku nak, orang dapat apa yang aku sampaikan. Apa yang aku nak bukan penghargaan tetapi maksud setiap baris lirik lagu sampai dalam hati yang mendengar. Moga-moga ada perubahan yang baik akan berlaku lepas dengar lagu B.A.P." Mereka mendengar ayatku sambil memeluk bahu sesama mereka. Berkongsi kekuatan demi tabahkan jiwa.

"Oh ya, lepas tamat promosi untuk 1004 kitorang adakan world tour kitorang 'Live On Earth' 2014" Zelo berjaya menukar topik.

"Inilah L.O.E yang aku pernah cakap tu. Kalau SuJu ada Super Show. Beast ada Beautiful Show. Kitorang ada L.O.E," tambah HimChan.

"Dalam First Sensibility ada B.A.P, B.A.B.Y, Lovesick, Spy, Check On, Shady lady, With You, Easy, BangX2, 1004, SNS dan body and soul,"  ujar YongGuk. Sambil itu, muncul satu per satu persembahan mereka menyampaikan lagu itu. Bila sampai je lagu Body and soul...

"What the heck?! To be serious?! Guys, I'm sorry but I  got to say this.

"Apa? Kau tergoda kan dengan tarian tu?" Teka HimChan bermuka bangga.

"Tergoda wak lu! Arghh...! Tak sangka... kau yang...Erh... Kalau kau datang Malaysia, jangan pernah berani nak menari lagu ni. Aku sepak kau nanti!" tegas aku memberi amaran. Memang lah lagu tu best, rentak, melodi, semua tersusun rapi. Tapi rasanya lagu tu khas untuk golongan . Better aku tak faham.

"Wuih. Benci betul kau dengan tarian ni?" Tanya DaeHyun.

"Memanglah! Argh! Cepatlah tukar!

"Yeay!!! Aqua, kita sama! High-5 with me! Aku pun tak suka!" Zelo dan aku berhigh-5 serentak apabila MV lain dimainkan.

"어디니? 뭐하니? Unplugged Album released 3rd June 2014 dirakam di London," beritahu JongUp.

"Second ballad song? Best...! Best...!" Aku terusan memberi pendapat walaupun tanpa diminta. "Next? Eh? Kenapa gelap aje ni? Lepas tu korang released apa lagi? Aku excited ni!" Aku penuh keterujaan.

"Memang gelap. Sebab mulai 27 November  2014, itu zaman kegelapan kami. B.A.P is officially hiatus," jiwaku tiba-tiba bagai terdapat guruh yang berdentum kuat saat mendengar kata HimChan.

"Hia... hiatus? Wae?!"

"Kami failkan saman terhadap TSE atas ketidakadilan pembahagian wang pendapatan dan kerahan tenaga." jelas YoungJae.

"Ye ke? Biar betul? Dah tu kenapa 2014 baru nak failkan?" Aku seolah-olah tidak percaya.

"Kami nak tunggu Zelo cukup umur, 18 tahun ke atas." Jawab JongUp.

"Sampai JunSeo hyung, abang kandung aku  ada bagi support message," beritahu Zelo lalu muncul mesej tersebut.

"Kami nak sentiasa sama-sama. Sama-sama debut. Sama-sama failkan saman. Sama-sama naik mahkamah. Sama-sama keluar TSE. Sama-sama hiatus. Dan kami... akan kekal bersama selamanya berenam seperti ini," ucap YongGuk.

Mereka semua memegang tangan antara satu sama lain. Aku terharu melihat keakraban mereka. Air mataku hampir mengalir . Suasana hiba kian menyelubungi. Tetapi aku gagahkan juga untuk bertanya.  Aku mahu tahu apa jadi seterusnya. 

"So... Apa jadi bila korang hiatus? Fans korang?

"Fans paling sedih. Dan kitorang sedih sangat bila Fans sedih. Kitorang tengok kat media sosial banyak pics yang menyatakan kesedihan mereka. Fans takut kami disband." Jelas DaeHyun.

"Tengok ni," JongUp memanggil aku untuk melihat antara pics tersebut.

 

"Dan fan support video ni, betul-betul buat kami menangis," beritahu YongGuk.

"Macam nak cari peganti B.A.P. Keadaan jadi makin dingin bila TS debutkan Semut,"

"Semut?! Sonamoo lah!" semua ahli B.A.P menentang HimChan.

"Hah! Moo Moo tulah! Dengan konsep debut sebiji macam B.A.P debut dulu. Badass hip hop," Sambung HimChan.

"Lagu debut pula 'Deja vu'. Heh, deja vu sangat!" ujar DaeHyun jelas kekecewaannya.

"Bapak lah! Sakit gila hati aku! Kalaulah aku kau atau fans kau, bukan hati je kecik! Paru-paru, jantung, hempedu, pundi kencing semua jadi kecil!" Aku mula melalut menyatakan ketidakpuasan hati.

"Sebab tu aku tak tahan, 4 April 2015 aku released '4:44 AM' on sounclouds 100% out of TSE." beritahu YongGuk.

"Bukan YongGuk hyung je, aku juga released lagu sendiri on sounclouds. Lirik, melodi, arranger, semua aku buat sendiri. 'No-Title' 100% byzelo pada 21st May 2015," jelas Zelo.

Kemudian muncul kedua-dua MV lagu tersebut. Walaupun rentak berbeza. 4:44 AM lebih kepada RnB dan No-Title harsh rap hip hop. Kedua-duanya membawa maksud dan tujuan yang sama. Disappointed feeling. Biarpun tiada dalam lirik lagu mereka, aku pasti lagu tersebut khas ditujukan untuk TS Entertainment.

"Baguslah korang tetap buat muzik. Yang lain macam mana?" Aku menyoal dengan secalit senyuman.

"Sebenarnya maknae Zelo yang paling aktif. Zelo realesed r(x)play pada 9 Mac 2015. Aku pula buat cover lagu Big Bang je," jawab DaeHyun. Woa~ macam mana aku tak impress dengan maknae korang?

"Lepas tu apa jadi? Korang takkan disband kan? Korang akan tetap buat muzik kan? Ak... Aku tak boleh terima kalau korang berhenti. Seb...Sebab tanpa korang muzik tiada istimewanya. Semua berlambak dengan lagu cinta. Aku nak motivational song, aku nak muzik korang. Aku nak B.A.P's style!

"Yup. Kitorang tak disband. 1st August 2015 B.A.P have settlement with TS. Kitorang balik TSE," jelas JongUp. Whut? Aku tak terkata. Aku happy. Tapi... kenapa TS? Aku mula berwajah ketat.

"Dari riak wajah kau aku faham sangat apa kau teringin nak tanya. Tapi! Sebelum kau nak cakap apa-apa, biar kitorang jelaskan kenapa kitorang balik TS," tebak HimChan.

"Sebab utama ialah fans. Kami sayang sangat fans. Kami sedih bila fans sedih. Kami tak nak hilang fans. Tak nak fans sedih. Kami tak nak fans fikir B.A.P akan disband jadi kami balik TS," terang YoungJae penuh perasaan.

"Ramai cakap kitorang bodoh sebab dah saman TSE lepas tu balik pula. Cakap kitorang sengaja nak cari publisiti murahan. Kau rasa... Kitorang ni bodoh ke sebab sayangkan fans? Kami hanya manusia," Entah kenapa aku tak mampu jawab soalan Zelo. Lidah ku kelu.

"Walau apa pun, pada 15 November 2015 kami comeback dengan mini album MATRIX. 151115 TSE anjurkan free showcase untuk fans." beritahu YongGuk apabila suasana di showcase itu muncul. Meriah sekali.

"Monologue intro, Young, Wild and Free lagu utama." ujar JongUp.

Aku menghayati lagu itu. Mengisahkan kehidupan susah payah mereka selama ini. Pun begitu mereka tetap...

"I knew we better together!" Mereka semua bersorak kuat. Selepas itu, lampu rumah mula kembali menyala menerangi ruang tamu villa ini. Keadaan sekeliling kembali seperti biasa.

"Okay, tu je kitorang nak cerita." kata HimChan membuat aku terkejut.

"Huh?! Lepas tu korang buat apa?" Tanya aku lagi.

"Kitorang released CARNIVAL 5th mini album 22 Feb 16, 1st Japanese album 'Best. Absolute. Perfect.' dengan main-track Kingdom." Jawab DaeHyun.

"Lepas tu?" aku tanya lagi dan lagi.

"Alaa... lepas tu kau cari tau sendiri lah!" balas Zelo.

"Yang penting kau dah tahu siapa kami? Siapa B.A.P?" soal YongGuk.

"Tahu. Korang ialah ahli B.A.P iaitu sebuah kumpulan yang sangat istimewa, lain dari yang lain. Dan bagi aku, B.A.P bukan aje kumpulan penyanyi. Apa yang B.A.P lalui berbeza sangat. Tujuan B.A.P untuk buat muzik bukan je untuk hiburan tetapi pejuang kemanusiaan motivasi dengan cara tersendiri. Aku sangat kagum dan hormati B.A.P," mereka tersenyum panjang mendengar ayatku.

"So apa nama fandom B.A.P? Aku nak join!" Tanya ku ceria dan teruja.

"Himsamo(people who love HimChan)" jawab HimChan ringkas. Muka ku berkerut. Jauh gila dengan apa yang aku bayangkan! Aku ingatkan B.A.B.Y ke Warrior ke.

"Hish! Kan kita dah tolak mentah lagi fresh idea yang langsung tak bernas tu?!" marah YongGuk.

"Fans B.A.P; BABYz." beritahu JongUp.

"Wah! Sebiji macam yang aku ingatkan! So mulai hari ini aku sebagai Babyz akan setia menyokong B.A.P. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan dan mengukuhkan nama B.A.P di persada dunia." Aku mengangkat tangan tegak persis seperti semasa baca ikrar hari Isnin.

"Tapi kan apa yang buat korang kembali ke dunia ni? Jadi penunggu rumah ni? Kacau aku?

"Sebenarnya kalau kau nak tahu, rumah villa ni dulu ialah dorm pertama kami. Kami kembali ke dunia ni lepas dengar kau puji-puji karya kami. Dan tujuan kami hanya untuk berkawan dengan kau. Jadi kau nak tak jadi kawan kami?" Soal YoungJae.

"Hurmmmm..."  aku mengambil beberapa ketika untuk berfikir sejenak. "Tak!"

Mereka semua jelas terkejut.

"Tak?! Aku tak salah dengar ke?" DaeHyun seolah-olah tidak percaya.

"Tak. Kau tak salah dengar. Betullah aku tak nak jadi kawan korang." Aku tegaskan sekali lagi.

"Lah! Tadi bukan main berminat kau pada kami. Siap berikrar bagai," YongGuk hairan.

"Aku nak jadi peminat korang, bukan kawan. Aku memang kagum dengan B.A.P tapi korang masih lagi hantu, Okay? Sorry,

"Eh , bukan sebelum ni kau harap sangat kitorang kembali. Kau rindu kitorang kan? " Tanya Zelo.

"Rindu? Haihh... Aku nak korang kembali untuk terangkan kat aku apa salah aku. Jadi aku boleh minta maaf. So maaflah sebab tak kenal korang sebelum ni,

"Gitu pulak?" JongUp menggaru hidungnya sebelum menyambung "Eh, Aqua! Kitorang dah introduce. Sekarang time kau pula intro."

"Aku kan dah intro kat Chapter 1.

"Eish kau ni! Kami mana ada lagi masa tu!" marah YongGuk.

"Nantilah!  Sekarang dah lewat malam. Aku nak tidur. Jalja~" kata ku sambil melangkah pergi.

"Habis tu, mission failed ke ni hyung?" soal Zelo pada hyungs nya membuatkan aku menghentikan langkah.

"Oh ya, terima kasih sebab sudi kembali. Kalau boleh jangan tinggalkan aku lagi." Ucapku terakhir sebelum masuk ke dalam bilik.

 3722

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!