3 Februari 2214

Friends?

Awak... mesti tertanya-tanya kan, akhirnya aku jadi tak nak terus menyewa rumah villa tu? (Tanya lah! Tanya lah! puppy eyes* ) Huhuhu...

Okay, finally aku terpaksa juga menyewa rumah tu. Kenapa? First, sebab aku kesiankan Puan Han. Takkan aku nak minta balik duit deposit aku? Kesianlah kan? (Hah, kan aku dah cakap aku ni memang cepat sangat kesian lan orang!) Second, aku tak nak kecewakan parents aku. Dah lah aku dulu, buat keputusan tak bincang. Pastu dah jadi macam ni mesti mereka kecewa.

Kalau lah aku batalkan, dan aku balik rumah. Mesti mak bapa aku membebel. Eugrhhh... Aku benci betul dengar orang membebel. Yes, I know I made mistake! Third, sebenarnya Puan Han tak habis bercerita lagi dengan aku hari tu. Percaya tak yang Puan Han cakap dia nak bagi aku terus villa ni KALAU aku bertahan tinggal sini selama lebih setahun?

Unbelivable kan? Tapi itulah kenyatannya! Dia cakap sebab anak bujang dia dah tak nak balik bumi. Seronok sangat duk Marikh tuh. Makcik dan pakcik pun dah tua, esok lusa pi lah tuh. *Bukan aku yang cakap, Puan Han yang cakap!* So, disebabkan dia sayang rumah ni, dia pun nak aku jaga. Cuba lah bayangkan, syarat dia betahan duduk selama lebih setahun aje terus dapat sebiji rumah. WOW! Macam JACKPOT! 

Tapi... Aku tertanya-tanya juga. Kenapa lah, mak cik guna perkataan 'bertahan' ? Seolah-olah ada sesuatu yang ada dalam rumah ni yang akan menghalang aku untuk terus tinggal kat sini. Nah, nonsense! Mengarut! 

 Masuk hari ni, sudah lebih seminggu aku menyewa di rumah villa ini. Selalunya orang yang baru berpindah akan bersunguh-sungguh mengemas, supaya diri terasa ngam dengan rumah baru tu. Tetapi berlainan dengan aku.  Usah kan mengemas, barangan dan perabot yang kemas ditutup kain putih itu langsung tidakku sentuh. Yang aku tahu pergi dan balik universiti aje. Aku betul-betul malas nak buat benda lain.

Kata-kata I.C.E sentiasa teriang-iang di mindaku. Sakit woo! Kena bodoh macam tuh! Aku ingat dah jadi house mate dia nanti, boleh lah aku makin rapat dengan dia. Tapi..!!! ERGHHH!!! Tak guna betul punya perempuan! Kalau ikut kan hati, nak aje aku buka gelanggang WWE kat situ jugak, tapi... haih... aku tak nak panjangkan cerita.

Hari ni hari Ahad, hari cuti. Kalau bebudak lain cuti-cuti korea ni pergi berseronok. Aku pula... melentang aje atas katil yang tersedia dalam bilik. Katil tu juga ditutupi kain putih, tapi still... macam aku cakap tadi. Aku tak pernah bukak pun! Sejak kejadian kena tipu dengan minah tu aku selalu bersedih. Kekadang air mataku mengalir. Wae?! Wae?! Kenapa I.C.E buat aku macam ni?! Dia tak tahu ke aku ni susah?! Keluarga aku susah!

Haih... Aku dah tak tahu nak cakap apa. Benda dah jadi. Nak buat macam mana lagi? Hurmmm... Sambil melentang, aku berfikir sejenak sambil mataku memandang syiling.

Perlu ke aku bersedih atas kejadian lepas? Apa yang aku dapat? Satu demi satu persoalan sebegitu merangkak masuk ke otakku. Lantas menyedarkan aku satu perkara. 

Membazir masa aku aje bersedih ni!!!” Aku menjerit sendiri. Menyeru kekuatan merasuki diri. Aku menarik dan menghembus nafas beberapa kali sebelum bangkit untuk mengorak langkah pergi.

BGM: Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam! Gemilang suara keyakinan di dada! -Jacklyn Vactor

Dah lah! Aku tak bersedih! Seiringan dengan itu, aku segera ke ruang tamu untuk mula operasi mengemas. Sampai bila aku nak biar habuk ni berkumpul? Kan? Kan? Tak lama lagi rumah ni akan jadi milik aku. Muahahaha *Tak lama lah sangat =,=*

Okay, operasi dimulakan dengan membuka semua kain putih ni. Aku pun membuka satu per satu kain putih yang sekian lama menutupi pelbagai barangan antik di rumah ini. Bermula dari situ, aku mulai mengemas setiap sudut rumah villa itu. Memang penat! Yellah, dah nama rumah villa. Mestilah besar gedabak, luas lah kawasan yang nak dibersihkan dan kemasnya.

Sejam tiga puluh minit lima puluh tujuh saat kemudian, MISSION COMPLETE!

Haih... penatnya! Aku yang baru selesai mengemas seluruh kawasan rumah terus berbaring di atas lantai betul-betul kat tengah ruang tamu tu. (Itulah aku, kalau dah penat boleh baring anywhere, anytime xD) Sedang aku berehat-rehat, aku terlihat sesuatu di bahagian bawah rak tv. Tanpa buang masa, aku pantas mencapai benda itu.

Bentuknya bulat, nipis sahaja dan ada lubang di tengahnya. Permukaannya sudah kabur-kabur. Sehingga aku sendiri tak dapat pasti warna permukaannya. Tetapi for sure, belakangnya boleh mantulkan cahaya, sehingga mewujudkan pelangi senja(?). Okay, pelangi aje. Aku yang sangat berminat ingin mengetahui lebih lanjut mengenai benda aneh itu, terus menghubungi Prof. Song Joongki yakni profesor paling tua dalam universiti tempat aku belajar. Yellah, nak tanya benda antik-antik ni mesti kena tanya orang tua.

Yah! Awak panggil saya apa tadi? Orang paling tua?! Tanpa aku sedari, hologram Prof. Joongki telah pun muncul di laptopiko ku. Ergh... tak sangka pula dia terdengar.

Mian, Prof. Hehe. Maksud saya, paling berpengalaman!” jawabku selamba sambil tersengih. Aku cuba menegakkan benang yang basah.

Alah, Prof... Walaupun umur Prof. dah cecah 80 tahun, Prof. tetap handsome and cute! Prof. kan babyface? Aku menambah. Sengaja aku memujinya sementara mataku blink blink. *Berlagak comel lah konon xD

Hah, yelah. Tahu pun awak! Ada apa awak mel saya ni? soal Prof. Song Joongki yang mukanya mulai memerah akibat termakan pujianku. Aku pun menunjukkan benda antik aneh yang aku temui itu kepadanya. Lama juga Prof. pandang-pandang, usap-usap dagu dia sambil merenung benda tu. Erhmmm... mungkin dia sedang menyelak kamus di dalam otakknya.

Tak silap saya... benda ni namanya CD. Pada zaman dahulu ada tiga yang berbentuk sama VCD, DVD dan CD. Tapi saya tak pastilah, apa beza setiap versi. Yang sure, benda tu fungsinya untuk memainkan video. Hurmmm, tapi tengok dari rupanya, saya tak tahulah boleh pakai tak lagi,” beritahu Prof. Song Joongki panjang lebar dan sungguh jelas. 

Awak cubalah pasang kat laptopiko awak tu. Ada bahagian dics tu, cuba masukkan pastu play. Kalau lah boleh,” sambung Prof. lagi. Aku mengangguk tanda faham sebelum memutuskan mel-hologram kami.

Erhmm... Aku mengambil beberapa minit untuk meneliti CD itu. Takut juga aku nak try test cuba masuk dalam laptopiko tu. Maunya kalau meletup macam mana? Haih! Ah, lantaklah. Didorong perasaan ingin tahu yang teramat kuat, aku tanpa ragu-ragu lagi terus memasukkan CD itu ke laptopiko. Persis seperti arahan Prof. Song Joongki.

Sebaik sahaja aku menyetuh 'play'. Hologram yang blank muncul. (Faham tak?) Maknanya imej holografik tu muncul tapi gelap... takde apa-apa dalam hologram tu. Kadang-kadang jadi macam siaran tv yang terganggu dek cuaca buruk. Tapi... apa yang buat aku terus bertahan menghadap benda tu adalah suatu muzik telah diputarkan. Eh, tak ia lagu! Banyak lagu! Pelik juga aku. Imejnya takde, tapi muziknya dapat didengar dengan sangat jelas.

Ofcourse lagu tu semua bahasa korea. Aku tak pernah dengar lagu macam ni. Entah tahun bila punya. Tapi... muziknya, liriknya, rentaknya, melodinya benar-benar memukau halwa telingaku. Sehingga aku terbuai olehnya! Aku hilang dari dunia nyata. 

The endless war, who is it for?
Everyone cowardly aims behind your head
 Will you hypocrites be forgiven?
Throw away all the dark masks
Get it on, Warrior

We got the power I got the power
Don’t submit under them
Don’t be like that and lift your head up
We got the power
Fight against them and don’t look at me with your angelic face.
Everything is a lie" 

Warrior, we faster than a bullet... I got the power... No No Mercy... Only One Shot... I'm a Batman... Cheonsa gateneo... we are Young, Wild and Free...

Bestnya lagu-lagu dalam ni!!! Daebak!!! Daebak!!!” Aku sedikit menjerit keterujaan. Semuanya sempurna tentang  setiap lagu di dalamnya.

Tetapi... yang paling menarik hati aku ialah liriknya. Setiap baris kata liriknya, disusun dengan sangat teliti. Metafora yang digunakan sangat luar biasa. Maksud sebenar disebalik lagunya sangat bermakna dalam kehidupan. Sejujurnya, aku sebak ketika aku memahami maksud yang tersurat dan tersirat yang cuba disampaikan oleh si pencipta. Ianya SANGAT INDAH!

Saat aku layan feel, tiba-tiba muzik terhenti. Aku tak tahu sama ada lagu yang aku dengar itu adalah lagu yang terakhir yang terdapat dalam CD itu, atau... ada masalah teknikal yang buat muziknya terhenti? Yai!!! Kacau betullah!

Orang tengah dengar lagu best giler! Mati pula ni pahal?!! Aishh, kau tau tak lagu yang baru aku dengar tadi best?! Menusuk jiwa tau! Hiduplah balik!!!” bebelku apabila laptopiko aku pula tetiba mampos sambil mengetuk-ketuk alat itu.

Cyeah! Namsayyin'?

Aku serta merta memberhentikan bebelan gila aku itu apabila tiba-tiba ada suara berbisik dari belakangku. Aku kaku sesaat, sebelum menoleh perlahan-lahan ke belakang sambil menelan air liur bagi mengeringkan tekak yang tiba-tiba terasa kering.

“ARGHHHH!!!”

 

 

1312

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!