13 Julai 2214

Friends?

Aku yang berada di barisan paling hadapan konsert ini terpukau melihat persembahan kumpulan Hip hop yang terdiri daripada enam orang itu. Mataku tidak berkelip melihat mereka sebelum kesemua mereka yang berambut blonde itu tunduk hormat buat kali terakhir dan masuk ke belakang pentas lalu lenyap dari pandangan ribuan Babyz.

"Wah... B.A.P! Betullah B.A.P tu wujud. Bestnya!" Ujarku spontan.

"Eish! Apa kau cakap ni?! Memanglah B.A.P tu wujud dan best! Sebab tulah kita ni Babyz since debut!" balas seorang gadis di sebelahku. Eh? Dia ni siapa? Wajahnya tidak dapatku lihat. Entah kenapa samar-samar je pandangan aku. Aku cuba meneliti wajahnya.

"Dah! Dah! Jomlah!" tiba-tiba dia menarik tangan ku berjalan menaiki pentas. Aneh. Guard yang jaga gate antara pentas dan fans langsung tidak menghalang kami, malah dia bukakan pintu masuk lagi.

"Nak pergi mana? Buat apa?" Soalku sambil mengikuti langkahnya. Walaupun kami sudah berada di atas pentas, dia tetap berjalan.

"Kau lupa ke? Kita kan ada pas untuk jumpa B.A.P face to face lepas konsert." jelas gadis itu sambil kami terus ke belakang pentas. Dan aku melihat... ahli B.A.P depan mata aku!

"YongGuk! HimChan! DaeHyun! YoungJae! JongUp! Zelo!" Aku tak sengaja menjerit kerana teruja. Jeritan aku berjaya mengalih perhatian mereka yang tadi asyik minum air sambil bersembang sesama mereka. Kemudian mereka semua mulai mendekati aku.

Bermula dengan YongGuk, leader B.A.P! Dia yang paling aku hormati. Lirik tulisannya benar-benar luar biasa. YongGuk berdiri di hadapan aku. Dia memandang aku dari atas ke bawah dengan muka serius. Kemudian dia merenung mataku tajam.

"Aqua, bangunlah!

Eh? Aku tersentap sesaat. Dah pahal tetiba suruh aku bangun? Bukankah dia sebagai leader patut ucapkan something sweet untuk fans?

"Eh, Eh! Akuarium ni!  Bangun lah wei!" maknae Zelo menjentik dahiku. Mulutku ternganga. Belum sempat aku berkata apa-apa, DaeHyun pula mendekati.

"Bangunlah, Aqua oi!!! Aku lapar macam nak mati ni!" DaeHyun merengek depan aku. Dahiku semakin berkerut.

"Aqua bangun, Aqua! Otak kau jadi lembab nanti!" Marah YoungJae pula.

"B-A-N-G-U-N. Bang....un. Bangun." JongUp mengeja perkataan bangun di hadapan ku sambil tersengih dan menggaru kepalanya yang entah gatal entah tidak. Erkkk...

KTUNG!!! KTANG!!!

Tiba-tiba datang HimChan mengetuk periuk belanga menggunakan senduk.

"Aqua Kim! Bangun lah! Nilah! Nilah! Remaja zaman sekarang! Tak ingat dunia! Orang lain dah buat macam-macam,  kau macam ni jelah kerja! Kalau macam ni tak lama... Memang tak lama aku cakap! Kau memang minta aku membebel kan? Aku membebel kang kau cakap aku memekak. Padahal aku memekak tu nasihat. Untuk kebaikan kau. Like this you now. I one you two awake know! Dari knight  you slip. Don't you fill tried? Risten me, radies! You too radies! Last time I say BANGGGGGUNNNNNNNN!!!!"

"Arghh!" Aku terjaga dari tidur dan melihat semua ahli B.A.P berada di hadapan aku. Mimpi?

"Wah! Hyung berjaya lah!" JongUp.

"Hurm... HimChan juga,"  ringkas YongGuk.

"Hah! Bangun pun! The loaf is on fiyah baru bangun!" tambah HimChan mula berhenti mengetuk.

"Bangun pun kau, dasar Akuarium! Macam-macam cara kitorang cuba kejut kau. Aku jentik dahi kau lah. Cara HimChan hyung juga yang berjaya," aku terkejut mendengar ayat Zelo.

"Apa?! Kau jentik dahi aku?!" aku yang risau cepat melihat cermin. Perghhh! Kesan merah jelas dan nyata! "Hish!!! Sini kau, Jelly!!!" aku terus bangun ingin menerkam lelaki tinggi itu tetapi Zelo pantas bersembunyi belakang YoungJae.

"Eh!!! Sebelum kau marah, kau tengok jam tu dulu!" arah tegas YoungJae. Mataku terus melirik melihat jarum jam. 12 tengah hari?!!! Aku menutup muka menahan malu. Aduh!!! Lambatnya aku bangun tidur.

"Kau kenapa sejak akhir-akhir ni, lambat tidur, lambat bangun? Mentang-mentang lah kau tengah cuti," Tanya YongGuk.

Haih... takkan aku nak cakap sejak aku beli handphone ni aku asyik layan fb je. Aish! Aku layan fb bukan layan siapa pun. Si Sehun tu! Dia yang ajak aku chat sampai ke tengah malam. Lagipun aku bosanlah asyik bercakap dengan roh-roh ni! Aku manusia, okay?

"Lah. Tak kisah lah semua tu. Yang penting kan, Aqua. Aku bersyukur sangat kau dah bangun.! Sekarang tolong aku please! Makanan dalam rumah ni semua dah habis.!!!"

Pfft. Aku terketawa kecil saat mendengar kata DaeHyun yang sedang melutut padaku. Padan muka kau! Siapa suruh pelahap sangat! Kalau ikutkan hati,aku buat tak kisah je. Tapi bila difikirkan balik, aku pun kena makan juga. Dulu bolehlah download je, sekarang dah ada phone, beli TopUp lagi. Mana ada duit nak download je. Huhuhuhu.

"Yelah. Yelah. Aku pergi beli barang dapur sekarang!" aku menolak DaeHyun jauh dariku.

"Wah! Pergi mall. Nak ikut! Kitorang janji takkan buat hal!" minta JongUp dengan riak wajah yang menyakinkan. Kata JongUp itu disambut dengan riak wajah simpati ahli B.A.P yang lainnya.

"Aku tak nak sebenarnya. Tapi... Aih..." Aku ragu-ragu.

"Boleh ye, kitorang janji takkan bising. Kau takkan perasaan pun kitorang nanti," tambah Zelo.

Di Jayen Mall,

"Wah! Amazing! Elevator ni pun boleh naik atas juga! Sama macam dulu!"

"Wahh!!! Yeay!!! Banyaknya teknologi canggih!!! Fuyoo!!! Bestnya!!! Dahsyatnya teknologi zaman ni!"

"Yeahhhhhh! Banyaknya makanan! Cheese! Ramen! Kimchi! Baby biscuits!!! Yeahhhhhhhh!!!"

"Cantiknya!!!! Gorgeous!!!! Pretty!!! Wah!!!! Beautiful!!! Meletop kau memang kebabom!!!!"

"Wuih! Aku nak!!!! Skateboard ni!!!! Swaggnya!!! Lawanya!!! Aku nak!! Aku nak!!

Hari ni. Pukul 12:30 tengah hari. Aku sekali lagi menutup muka ku menahan malu tetapi kali ini kerana melihat perilaku idola dari zaman dahulu ni. Dengan JongUp yang naik turun je lif tu. DaeHyun yang makan semua makanan tester. YoungJae yang sentuh sana sentuh sini semua gajet teknologi. Zelo yang selamba je main skateboard yang dipamerkan. Himchan suka hati je pegang pegang semua alat solek.

Kalaulah kat rumah, aku memang dah tarik highnote level 10 dah. Kat sini aku hanya mampu menunduk malu. Yelah, aku je boleh nampak diorang. Faham-faham jelah apa yang berlaku kat Mall ni.

"Eh?  Kenapa elevator tu naik turun sendiri je? Ada hantu ke? Aaarghhh!!!"

"Teknologi ni dah kenapa? Tiba-tiba aktif sendiri? Aaarghhh!!! Ada benda 'tekan' ke?"

"Mak.... makanan tu terbang sendiri!!! Pastu hilang macam kena makan! Hantuuuuu!!!"

"Siap... siapa yang pegang makeup ni?!!! Dia bergerak sendiri! Adshhsgvjhk!!!! Argghhhhh!!! Syaitoooon!"

"Lari!!!!! Skateboard tu bergerak sendiri!!!! Hantu!!!!"

"Mak!!! Tengok troli tu!!! Bergerak sendiri!!!! Lari!!! Jomlah keluar dari Mall ni!!!" teriak seorang budak lelaki yang ketakutan lalu menyebabkan semua pengunjung keluar dari Jayen Mall apabila YongGuk yang tadi tidak kelihatan datang menolak troli.

"Guys! Jom buat lakonan semula MV Feel So Good!" Ajak YongGuk.

"Jom!!!" kesemua mereka kemudian menaiki troli tersebut dan main-main macam budak kecil. Entah kenapa aku rasa macam 'siapalah aku nak halang mereka?'

Main punya main dengan troli tu. Mereka terlanggar satu papan elektronik. Aku tersenyum rasa lucu. 

"Aduh..!" YongGuk memegang kepalanya mungkin terasa sakit sebelum mengangkat muka untuk melihat papan itu. "Eh, Aqua! Sini! Sini!

Aku hanya buat-buat tak dengar apabila YongGuk memanggil aku. Sambil aku melihat sekeliling yang sudah kosong tanpa orang.

"Sinilah Aqua! Bukannya ada orang pun!" panggil DaeHyun pula.

"Yelah! Ada apa?!" Soalku tegas apabila sampai di tempat mereka.

"AOA Brand new music group. Kumpulan muzik zaman kini. Best ke?" Suara serius dilemparkan YoungJae sambil membaca papan yang menayangkan video pendek AOA. Mesti mereka rindu untuk menjadi penyanyi semula.

"Hurm... biasalah. Cute and y concept. Love song. Love. Love. And love again. Tapi suara sedaplah dan rapper dia bagus," aku memberi pendapat jujur.

"Sekshi Huh?" HimChan tiba-tiba meneliti aku dari atas ke bawah. 

"Kau pahal pandang aku macam tu?!" aku menunjukkan buku lima ku tanda tidak puas hati dengan tindakannya.

"Kau ni ada serupa dengan HyeJeong AOA kan?" Tukas HimChan.

"Eh, betul! Aku perasan juga! Kau sama dengan HyeJeong lah," sokong Zelo.

"Eish! Apa pula HyeJeong?! SeolHyun lah! Tengok betul-betul!" DaeHyun membidas.

"Betul cakap DaeHyun tu! Aqua sama dengan SeolHyun lah! Mata dia sama!" YoungJae pula menyokong DaeHyun.

"SeolHyun? Apa kau tengok pakai lutut ke? Tak sama langsung! HyeJeong! Aqua sama dengan HyeJeong!" HimChan tegas dengan pendiriannya.

"Hyung lah tengok pakai lutut! Gaya Aqua pun ala-ala SeolHyun tu! Sebiji!" DaeHyun tidak mengalah.

"DaeHyun hyung ni! Aqua kan tinggi! HyeJeong pun tinggi! Apa lagi?" bidas Zelo.

"Zelo! Aqua sama dengan SeolHyun lah!!!"

"HyeJeong!"

"SeolHyun!"

"HyeJeong!"

"SeolHyun!!"

"Hish!!! SeolHyun lah, HyeJeong lah! Asal kau tak cakap muka aku macam Bang YongGuk aje!!" Aku yang tak tahan melihat mereka berkelahi mula bercakap sesuatu yang dapat menghentikan mereka. Can't I just be myself?! 

Akhirnya suasana senyap.

"Betullah, Aqua. Aku perasan muka kau ada mirip dengan YongGuk hyung!" mulutku terbuka luas saat mendengar JongUp berkata-kata selamba dengan muka yang tersengih. Aku? Mirip YongGuk? 

"Yah!!! JongUp, kau buat aku rasa nak naik tingkat paling tinggi menara Namsan pastu campak kau ke bawah!" bicara ku geram.

"Wuu~ nak pergi Skydive erk? Mesti best! Bila?" mataku terbeliak melihat reaksi JongUp yang ceria itu. Entah dia sengaja atau... memang buduh? =,=

 "Erkkk... Kita datang sini nak beli barang dapur kan? Jomlah beli. Jom." YongGuk menarik JongUp jauh dariku lalu menolak troli yang dinaiki ahli B.A.P yang lain terus ke bahagian barang dapur. Mungkin dia takut aku akan apa-apa kan alien 4D tu. 

Mujur kini, membeli belah tidak perlukan pekerja Mall lagi (memandangkan semua orang dah bertempiaran lari) Ada teknologi yang uruskan semuanya. Aku mengekori sahaja mereka dari belakang sedang cuba mengembalikan ke suhu normal setelah darah menggelegak tinggi melayan kerenah JongUp tadi.

Tiba-tiba handphone ku berbunyi. Aku memeriksa slaid dan melihat terdapat mesej di Facebook chatbox. Aku pasti itu daripada Sehun.

"Aku ada hal sekejap. Korang pilihlah apa yang patut," ujarku sebelum mengambil tempat yang agak jauh dari mereka.

 Hai awak. Macam mana hari awak hari ni? Saya rindu awak tau. Walaupun semalam kita dah chatting. Saya rindu awak sangat! Harap hari awak gembira macam hari saya. Saya gembira sangat setiap kali fikiran awak. 💓

Gila...

Eh? Awak cakap saya gila ke apa ni ? Kenapa ?awak ada masalah dengan hari awak? Cerita lah... Saya sedih tau bila awak tak gembira.

Heh? Aku terketawa sinis. Baguslah kalau terasa! Dah-dua gila! Selepas itu aku terus menceritakan padanya kisah hari ini 'Gangguan di Mall'. Walaupun aku still sampai sekarang rasa cam menyampah dengan mamat ni. Tapi... Dia je nak dengar apa aku cerita pasal benda ghaib ni. Dan tak kutuk aku balik lepas dengar cerita ni. Tanpa sedar aku leka bersembang dengannya.

"Weh, Aqua! Kami dah siap pilih barang. Kami balik dulu ye?" Tegur YoungJae serentak itu aku terus melihat troli. Bapak ah!!! Terkejut aku melihat troli yang dipenuhi dengan pelbagai bahan makanan. Dan diorang selamba je nak balik? 

"Woi! Takkan aku balik nak angkat semua ni sorang?!" Teriak ku pada mereka. Aku tahu lah aku ni gagah perkasa tapi agak-agak lah! Ingat rumah aku jiran sebelah Mall ni ke?!

"Alaa... kitorang kan hantu je. Takkan nak kitorang angkat pula? Tak pelik ke nanti orang tengok barang-barang tu terbang je?" balas Zelo. Huh! Baru sekarang kau fikir? 

"Lagipun tengok tu, orang ramai mula datang balik." tambah HimChan sambil orang ramai memang sedang kembali berpusu-pusu masuk ke Mall serentak dengan itu ada pengumuman.

'Maaf atas segala gangguan. Itu semua hanya kesilapan teknikal tiada kena mengena dengan makhluk halus atau kasar. Kami telah membaiki kesilapan tersebut. Harap maklum.'

Selepas itu aku kembali kepada mereka.

"Okay, bye!" sesaat mereka ghaib, lesap.  Mataku hanya mampu blinking melihat perbuatan tak bertanggungjawab mereka. Haih...! Nak tak nak terpaksalah aku angkat semua barang ni sendiri. 

Sedang aku mengangkat barang-barang ni siapa sangka aku terserempak dengan Sehun. Heh. Bukan terserempak sangat, dia memang datang nak jumpa aku pun. Pfft. Dia nak tolong aku tapi... erk... takpe lah tetiba rasa macam baru lepas minum air Ali Cafe. 

Haha. Aku tak sukalah minta tolong orang. Walaupun akhirnya dia tak angkat pun barang aku (atas permintaan aku) atleast ada manusia jadi teman borak aku pun ok. Dia pun pelik kenapa aku tak nak dia angkat barang aku, padahal perempuan selalunya suka sangat bukan ada lelaki volunteer. Hah! I told you! I'm different from the other!

"Dah balik, Aqua?" soal JongUp yang sedang berbaring. Aku yang saja nak tunjuk protes, langsung tidak mempedulikannya dan terus ke dapur. Semua ahli B.A.P mula berasa hairan lalu mengikuti aku ke dapur.

"Memasak? Kau pandai ke?" Tukas HimChan nada memerli.

"Kau rasa..?" jawabku ringkas sambil mencampakkan bahan-bahan masakan ke dalam kuali. Bau masakan itu terus semerbak. Aku perasan muka ahli B.A.P berubah kagum dengan baunya.

"Sed... sedapnya bau! Eh, jangan ingat bau sedap masakan sedap juga!" aku hairan dengan nada suara HimChan.

"Dah pahal hyung korang ni?

"Hurm... HimChan hyung kan paling pandai memasak dalam B.A.P," jawab YoungJae.

"Aaa... I see... So kau nak cabar aku ke apa ni?"

"Kalau kau berani lah!" Tegas HimChan.

"Siapa takut? Let's the game start! Korang yang lain jadi juri ye?" selepas itu aku dan HimChan terus mengambil bahan masakan masing-masing.

"Eh? Mana sayur aku?" soal HimChan yang sedang mencari bahan masakan di dalam plastik Mall tadi.

"Sayur hyung hilang? Ceri tomato aku?" Zelo yang risau terus mencari ceri-nya bersama HimChan. "Eomma..!!! Ceri tomato hilang juga!" teriak Zelo apabila tidak menjumpai buah bulat itu.

"Ceri kau hilang? Glup! OMG! Cheese cake aku!!! YoungJae, tolong aku cari!" DaeJae couple  turyt sama segera menyelongkar plastik bag itu. "CHEESE CAKE!!! ANDWAE!!!" jerit DaeHyun. Tak perlu aku jelaskan, korang tau kan kenapa?

"Dahsyatnya! Macam mana boleh hilang? Ramen aku!!! Bhai!! Takde juga! JongUp, kau punyai hamburger pun takde!" YongGuk memberitahu JongUp yang sedang berdiri tegak macam pak guard. Kemudian semua memandang aku yang khusyuk memasak.

"Apa? Kau ingat aku kerja cop duit ke? Punya bertimbun barang dalam troli tu. Beli barang asas jelah. Hamburger dan Cheese cake tu kan boleh buat sendiri. Lagi jimat." Aku mula membebel.

"Eleh, kau pandai ke?" Tanya DaeHyun mencurigai.

"Tengok kaki lah!" aku menunjukkan kaki pada DaeHyun.

"Erkkk... tapi memasak bukan guna kaki pun," ujar JongUp.

"Haihhh... apa-apa jelah! Tapi ramen mana boleh buat sendiri," tegas YongGuk.

"Alaa... Daripada makan ramen lebih baik masak mi sendiri. Kau nak apa? Goreng? Sup? Kari? Lagipun tak baiklah makan ramen." Erghh... tak sangka aku cakap macam tu dekat YongGuk pula. #MotherlyTak?

"Haip! Sayur-sayur tu macam mana? Ceri aku? Kau nak bertani?" Zelo menyoal nada tinggi.

"Yang tu aku tak tahu. Entahlah ia sebuah misteri," jawabku selamba dengan senyuman seribu makna. "By the way kan HimChan, aku dah siap masak. Kau?" kata aku sambil menutup api dapur.

"Whut? Kau dah siap?!" HimChan terkejut beruk. 

"Haah. Juri-juri, sila makan. HimChan, kalau kau nak, makanlah!" Aku menyediakan makanan untuk tujuh orang makan di meja. Sejurus itu, semua ahli B.A.P terus berada di meja makan dan menikmati masakan aku kecuali HimChan.

HimChan cuba melawan namun bau masakan itu terusan menusuk hidungnya. Ditambah dengan puji-pujian ahli-ahli B.A.P.

"Arghh!!! Yelah! Kau menang kali ni! Aish! Sedapnya bau!" kata HimChan sambil mencapai makanan. Aku terketawa kecil. 

"Aku memang pandai memasak lah. Walaupun to be honest, aku tak minat tapi aku mewarisi bakat ayah aku. Bukan nak berlagak ye. Dan DaeHyun.! Cheese cake kau tu aku buat hujung minggu nanti. Lagipun cheese cake tu pun favourite aku dan semestinya aku pandai buat so jangan risaulah." Aku bercerita.

Mereka semua mendengar dan mengangguk  dengan mulut yang penuh dengan makanan. Tiba-tiba YongGuk mengangkat dagu ke arah HimChan. HimChan menyepak kaki DaeHyun. DaeHyun mengiku YoungJae. YoungJae mengiku JongUp. JongUp buat eye-contact dengan Zelo. Zelo cuma blinking dengan muka blur.

"Apa korang ni?! Macam ada benda nak bagitau aje!" tegur aku nada tinggi.

"Kitorang sebenarnya na-" belum sempat YongGuk menghabiskan ayatnya aku mencelah.

"Alamak! Hari ni aku kena datang studio awal lah! Gang, aku pergi dulu. Lepas makan tu, tolong erh basuh pinggan mangkuk." pesan terakhir lu sebelum berangkat ke studio L.O.E FM meninggalkan mereka berenam.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!