3 June 2214

Friends?

Walau apapun aku still tengah cuba juga terima hakikat yang pahit lebih dari rasa peria ni. Sepanjang enam bulan ni, aku dah boleh buat biografi diorang. Baca baik-baik, bermula dengan yang first aku jumpa kat chapter 3 yang tengah duduk sambil memegang pensil dan kertas. Namanya YongGuk. Aku rasa dialah ketua diorang sebab aku tengok kalau nak buat apa-apa mesti dapat persetujuan dari dia dulu selain dia suka mengarah yang lain. Perwatakan dia? Hurmmm... Kalau mereka sebuah keluarga, dialah appa yang sentiasa tabah mencari nafkah untuk keluarga. Eh, salah citer ni. Dia bagaikan appa yang sentiasa tabah melayan karenah ahli keluarga lain yang banyak songeh. Dia tak banyak cakap, cuma banyak memerhati.

Yang suka tengok cermin 24 jam pastu puji diri sendiri ni pulak namanya HimChan. At first aku ingatkan nama dia Channie time tu punyalah aku gelak golek-golek sebab muka dia kemain 'man sekali nama kiut miut tiut liut! Sebenarnya Channie tu nama manja dia jek. Bila cakap pasal dia ni je muka aku punya berkerut dah macam rupa orang tertelan biji durian. Bukan nak cakap apa, *pandang kiri, pandang kanan* sometimes, aku keliru yang dia ni lelaki ke perempuan? Sebab nak cakap lelaki, asyik cakap pasal kecantikan, suka sangat tengok cermin, bila membebel tu mengalahkan mak aku, tu tak masuk lagi bab gedik+diva+confidence terlebih dia! Nak cakap dia perempuan, pun tak boleh jugak. Sebab dia pun selalu cakap dia paling handsome lah, ramai perempuan sangkut dengan dialah. Hurmmm... Ke dia ni complicated? Hahaha!!! JK, for sure dia memang lelaki lah b'cuz tak pernah pulak aku tengok dia pakai miniskirt ke minipants ke. Buruk-buruk dia pun, sebenarnya sifat dia ni yang meriangkan suasana. (cer bayangkan kalau enam-enam perangai cam YongGuk, serius bosan giler!) Kalau di-family-kan, si HimChan nilah eomma yang sangat caring tentang anak-anaknya, dan manja dengan suaminya XD lol~

Seterusnya, yang kuat makan tu bernama DaHyun.

"DaHyun! DaHyun! Nama aku DaeHyun! D-A-E H-Y-U-N! Dan aku bukan yang paling kuat mak-"

"Yelah! D-A-E H-Y-U-N!"

Okay, sambung balik. Si DaeHyun ni aku rasa dialah jin lapar kot yang anak Pak Belalang temberang sultan tu. Yelah, 24 jam kebulur, 24 jam jugalah dia mencekik je kerja. Kes makanan aku yang selalu hilang tu, hah! Makhluk sekor nilah yang melantak! Pasal kau, perbelanjaan aku bertambah tau?! Nasib baik aku dah kerja. Kalau tak memang aku sekeh kepala kau! Dia ni boleh tahan gedik jugak banding dengan HimChan. Tapi DaeHyun ni cuma ada dua hal utama yang boleh meng-aktif-kan mood gediknya iaitu makanan dan YoungJae.

Selanjutnya, yang sentiasa berkepit dengan DaeHyun tu namanya YoungJae. Dia nilah yang selalu menyanyi tengah malam tu, (dulu aku takut, sekarang dah terbiasa.) Ah! lantak dialah! Hobi dia kut. Dia nilah jugak yang jual aiskrim masa aku tampal ads hari tu yang aku cakap dia berwajah manis. Sejuk mata memandang. Dia bersifat tenang, charming and gentleman. Dia selalu senyum. Senang cakap, dia hantu yang paling menyenangkan aku. Ceh, ceh, ceh, semua benda mulia aje pasal YoungJae ni. Tapi tu semua depan aku, belakang aku... Ehem ! Kuat membebel jugak dia nih dan suka berdebat. Mentang-mentanglah dia memang genius. Nak kutuk apa lagi ye? Oh ya, YoungJae juga aktif orangnya. Kalau HimChan aktif mulut dan menggedik, YoungJae ni aktif perbuatan. Aku suka tengok YoungJae gelak sambil lompat-lompat or hentak kaki. Comel! Macam budak kecik >_< (ok, tu bukan kutuk. bye)

Ingat tak adegan ada orang koyak ads aku? Pastu aku panggil dia budak? Nilah budaknya, JongUp. Ku sangka kan dia lebih muda dari aku sebab dia pendek sket, rupanya 200+ tahun lagi tua dari aku! Walaupun dia pendek, sekali dia buka baju tunjuk badan dia. Perghh!!! Ketul-ketul boleh sama tahap dengan Kim JongKook Running Man tu wa cakap sama lu. Dari segi perangai,dia ni... Err... Macam mana aku nak cakap guna bahasa yang paling elok ye? Oh yeah! 4D! JongUp si 4D. 4D tu orang yang berperangai lain dari yang lain, yang selalu blank and blur. Senang cakap macam alien lah! Apa benda yang dia cakap or buat mesti ntah pape je. Sabor jela layan dia ni. Jangan sampai aku sekali jadi alien 4D sudah!

Yang terakhir, yang juga paling comel dan paling muda. Aku tahu dia paling muda sebab semua yang di atas, dia panggil hyung. Dan dia suka sangat bermanja dengan yang lain. So the conclusion is kalau mereka adalah keluarga, Zelo ialah maknae merangkap anak bongsu. Memula aku keliru juga siapa nama dia. Sebab ada yang panggil dia 'JunHong', 'JunHongie','Jello' that's why aku selalu panggil dia hantu galah. Dah tu nama je maknae tapi tinggi menggalah! Ketinggian dia buat hyungs dia nampak macam adik dia pulak.

"Woi! Woi! Kau ingat aku suka sangat ke hah?! Kau tau tak, dulu orang panggil aku 'Giant Baby' pun aku tak suka!" marah si han- ok, ok! Zelo!

Giant Baby? Pfft! Hati aku terusik rasa geli saat mendengar nama itu. So aku ketawa kecil jelah. Kang ketawa besar, tak pasal-pasal jadi makanan kaki dia yang panjang tuh. Dari segi hubungan dia dengan aku, boleh dikatakan dia ni hanya mengikut apa yang hyungs dia buat. (nampaknya dia macam baru lagi dalam kancah kehantuan ni) tapi sebenarnya boleh juga dikatakan dia ni musuh ketat aku. Haihh.. Bukan musuh saling membenci tu, cuma dia suka sangat suruh aku buat satu benda yang aku takkan buat! Dengan itu tercetus lah perang bibir antara aku dan dia. Apa yang dia suruh aku..?

"Aqua!! Boleh lah, Qua! Aqua!" Hah! Tengok kan dah mula dah =_=

"Ah! Tidak! No! Nahi! Andwae!" balas aku dengan gaya ala-ala Encik Kumar si bapa Gopal a.k.a kawan baik Boboiboy dalam Episod kekasih Papazola terang benderang; Mamazila.

"Alaaa... Aqua! Boleh lah! Kita buat slow-slow! Sekali je dulu, lama-lama kau biasalah lah! Qua! Aqua! Boleh lah! Qua! Boleh, please!!! Belajar dulu!" Zelo merayu-rayu sambil menyusun sepuluh jari meminta simpati.

Kepada korang yang ada fikir bukan-bukan sila dengan hormatnya lempang diri sendiri kuat-kuat, harap maklum.

"Ah, takde maknanya! Kalau dengan hyungs kau pun aku tak hingin, apa yang buatkan kau fikir yang aku akan panggil kau 'oppa'? Dah! Aku cakap tak!" Suara tegas aku lontarkan. Nak cari gaduh lagi ke?

"Qua! Panggil lah aku 'oppa' !!! Dulu noona, pun aku suruh diorang panggil aku oppa. Ini kau, Aqua yang dah sah-sah beratus tahun lagi muda dari aku. Panggil lah aku oppa!" Minta Zelo lagi menaikkan darah aku.

"Zelo! Sedarlah, kau tu hantu! H-A-N-T-U! Patut ke aku panggil kau oppa? Aku menaikkan volume suara.

"Dah lah tu, Jello. Meh sini kat hyung, meh. Kesian dia, kepunan sangat nak orang panggil dia oppa," YongGuk cuba memujuk Zelo dengan loghat Incheonnya.

"Kalau Aqua tak nak panggil kau oppa, biar hyung yang panggil kau oppa, ye jello oppa?" masa JongUp cakap ni, semua buat aksi muntah pelangi berjemaah dan membiarkan JongUp tersengih sorang-sorang dengan lubang hidung yang kembang mekar.

Perangai diorang ni langsung tak macam gaya diorang first met aku. [to readers: korang jangan bayangkan diorang sentiasa berwajah cat hitam cam dulu tuh] sekarang, dah macam-macam gaya aku dapat tengok dari diorang. Terutama si Zelo yang gaya rambutnya sentiasa berubah. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga, diorang kerja apalah masa hidup diorang dulu? Sampai boleh wujud dalam pelbagai gaya yang memang aku admire (tapi aku buat kool je depan diorang) sekarang. Baik aku tanya sekarang.

"Korang, aku nak tanya something, boleh?" sambil buat puppy eyes aku menyoal.

"Ah! Tidak! No! Nahi! Andwae!" jerit Zelo yang meniru aku yang tiru jeritan Encik Kumar bapa si Gopal tadi. Copycat! Plagiarism! Cetak rompak! Suka hati je copy paste aku punya ayat!

"Kau pahal?!" dengan lagak samsengnya aku menyoal dengan muka yang berkerut dah macam ada lukisan peta dunia kat muka aku.

"Qua! Sedarlah kau tu manusia. M-A-N-U-S-I-A! Patut ke kitorang jawab soalan kau?" tengok tu tiru aku punya ayat lagi! Time ni semua pandang Zelo tajam tanda tidak beberapa menyukai kenyataan yang baru dikeluarkan tadi kecuali JongUp yang masih tersengih sambil pandang dinding. Ok, biarkan dia.

"Hish! Blah lah kau!" aku yang geram dengan Zelo yang menghalang pandanganku pantas menolak dia kuat. Lantas dia pun jatuh bergolek-golek menuruni satu demi satu anak tangga dengan lagak slow motion demi menampilkan kesan dramatik. Pun begitu, takde sape kisah melainkan HimChan yang juga buat slow motion untuk selamatkan maknae-nya yang tercinta.

"Okay, sence drama hindustan dah tamat. Soalan apa yang kau nak tanya kitorang tadi?" tanya YoungJae yang duduk menongkat dagu sambil menonton aksi live tadi sebelum menyuapkan popcorn ke mulut DaeHyun. Ala so sweet~ Jealous pula aku.

"Aku nak tanya...korang ni siapa?"

"Maknanya kau nak kitorang introduce?" Aku mengganguk sahaja menjawab soalan YongGuk. "Guys, ready?" YongGuk memberi arahan. Lepas tu mereka semua terus berbaris tegak ikut batch line termasuklah Zelo yang dah macam nak mampos tadi. Aku terkejut. Perlukah begitu serius?

"Jeoneun Bang YongGuk. Leader, komposer dan rapper. D.O.B 31 Mac 1990 V.O.B Incheon. Berpendidikan KyungHee Cyber University. Tinggi 180cm,"

"Jeoneun Kim HimChan, D.O.B 19 April 1990 lahir of course kat Seoul. Tinggi 180cm. Pendidikan; National School for Traditional Music. Saya sub-vocalist dan sudah semestinya visual grup ni,"

"Jung DaeHyun ibnida. Lahir 28 Jun 1993 di Bussan. Pendidikan di Nataraja Bussan Academy. Tinggi 177cm. Sayalah main vocalist grup,"

""Nae, Anyeonghaseyo. Jeoneun Yoo YoungJae ibnida. Dilahirkan di Seoul pada 24 Januari 1994. Tinggi 178cm. Menerima pendidikan di Politic Industry High School. Saya juga merupakan main vocalist dalam grup ni. Kamsahabnida." Bila je tiba time YoungJae, Alamak ai!!! Sopan giler!!! Siap annyeonghaseo, bow 90°, kamsahabnida lagi. Meruntum jiwa dan raga aku. Ah~ Sesuai sangat jadi menantu mak aku

"..."

"..."

"..."

Kenapa dot dot dot? Kita tengah tunggu JongUp loading. Ok, dah nak start.

"Saya Moon JongUp yang suka makan daging," Huh?! Apasal tetiba cakap pasal makanan ni? DaeHyun si food monster pun tak cakap apa pasal makanan. Apapapun, kita dengar apa lagi dia nak cakap.

"1995 Feb 6, seoul. Belajar kat Halim Arts High School. JongUp sub-vocalist dan.." JongUp berhenti bercakap dan memandang member di kiri dan kanannya sebelum dia menari.

Errkkk.. Budak ni waras ke tak? -.-

"Anyeong, nan Jello." Alololo~ Tomeinyer!!! >.< "Jello lahir 15 Oktober 1996 kat Mokpo. Jello main dancer and main rapper. Jello belajar kat Sungdae Middle School pastu kat SOPA. Tinggi Jello... erhmm...2011, 178cm, uhmm...2012,182cm.. erhmm...2013,184cm... amm..2014,187cm psst.." suaranya semakin sayup-sayup kedengaran. Dah akhirnya tak berbunyi langsung.

Selepas selesai memperkenalkan diri mereka dengan begitu detail. YongGuk bersuara.

"We B!" kemudian disambung yang lain, bersama-sama mereka,

"We B! A! P! Yes sir!" kemudian mereka bertepuk tangan gembira.

"Huh? B.A.P? Yes sir? Amende tu? Korang ni dah melalut sangatlah! Lain yang aku tanya, lain yang kau jawab. Korang ni siapa?" Aku menyoal dengan nada lebih tegas.

Dengar sahaja ayat aku, suasana berubah 100%! Mereka yang tadi ceria dengan rambut blonde-nya, berubah gaya yang lebih kelam, kusam. Setiap wajah mereka yang tadi dihiasi baris senyuman panjang, kini hanya renungan tajam yang mengganti. Kabus hitam mulai muncul. Aku mulai rasa tak sedap hati.

"Wa..wae?" Aku sebenarnya teringin nak buat gaya macam dalam lagu 'Why Didn't You Come Home?' daripada MINX tapi takut pula.

Sejurus itu, YongGuk mendekati aku dengan muka bengis dan renungan tajam yang tidak pernah hilang dari matanya. Dan... hilang! Dia ghaib dengan perasaan amarah memenuhi bola matanya.

Aku kaku.

Kemudian, satu per satu mereka ghaib mengikuti jejak YongGuk.

"Nampaknya... YongGuk hyung terasa sangat tu. Nantilah, kami kembali untuk terangkan," ucap terakhir YoungJae sambil menepuk bahu ku sebelum turut ghaib. Meninggalkan aku.

Keseorangan.

Sorang-sorang.

Betul-betul seorang diri

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!