6 August 2214

Friends?

"Aqua, tengok Aqua! Pakwe aku whatssapp aku banyak kali! Aku tak mesej dia pun lagi hari ni. Tengok, satu, dua, tiga... tujuh mesej dia! Mesti dia sayang sangat kat aku! Aku ni bukannya jenis yang nak berchatting je sepanjang masa. Aku faham dia kerja..bla...bla..."  

Sedang DIA membebel tak ingat dunia bercerita pasal boyfriend tercinta aku hanya mendengar dengan riak muka 'ada aku kisah?'. Tiba-tiba terdetik di hati ingin memeriksa telefon yang aku sengaja tetapkan mod senyap.

26 unread message 

15 missed call 

Aku terketawa geli hati mengenang DIA yang semangat bercerita bagai nak rak tapi cuba bandingkan dengan aku. 26 vs 7! Dan seperti yang dijangkakan semua itu daripada Sehun. Dan lagi, yang DIA terima tu mesej whatsapp, free. Aku pula terima mesej yang berbayar.

Nampak tak bezanya? Haha. Malas nak cakap kang tak pasal-pasal timbul riak. Biar je orang macam DIA ni enjoy hidup dia. Dan orang macam aku ni stay cool je. Tak payah kecoh satu dunia.

Kenapa Sehun hantar mesej berbayar? Dulu sebelum aku setuju dengan dia kami memang chat dalam fb je. Sekarang... tak tahulah. Tapi dia pernah cakap dia rasa lebih bermakna habiskan kredit dia untuk mesej dan call aku. Awww... sweet tak?

"Weh, kau balik lah dulu. Aku nak call dia jap. Rinduwww," kata DIA.

Lagi satu, aku tak pernah call Sehun. Kenapa? Sebab dia selalu call. Macam mana aku nak call dia kalau dia yang asyik call aku?

"Yela. Aku balik dulu. Annyeong." ucap terakhirku sebelum keluar dari kampus.

Keluar je dari pintu gerbang uni...

"Chagi!

"Bie, kan chagi kata jangan call or mesej chagi. Chagi suka mute time belajar,

"Baby tau chagi takkan reply atau angkat call tapi Baby rindu lah."

"Missed call pun tarik duit tau? Mesej lagi lah.

"Alaaa... takpe untuk orang tercinta apa salahnya?"

Aku hanya ketawa kecil. Aku tak suka cakap ni, korang kenalkan aku? Tak main lah jiwang leleh ni tapi kehadiran Sehun menyempurnakan hidup aku. I'm not alone anymore.

Dia memang sweet. Segalanya sangat sempurna sehinggalah...

"Bie, pihak syarikat kata nak bagi Chagi partner DJ namanya TaeHyung DJ V dan kami akan ambil alih jam Tzuyu." beritahu aku mengenai perubahan yang akan berkuat kuasa esok.

"Huh? Kenapa tiba-tiba nak ada partner bagai? TaeHyung tu lelaki lah kan? Handsome ke?" Soal Sehun jelas cemburu di situ.

"Manalah tahu pihak syarikat. Dah nama TaeHyung, lelaki lah! Handsome? Hurmm... Boleh lah. Muka dia macam ahli kumpulan BTS," aku cuba buat lawak tapi wajah Sehun ketat sahaja.

Sejak saat tu kami selalu bergaduh untuk hal remeh temeh.

Hari tu aku teman Sehun pergi bank. Bila sampai aje bank tu, ya tuhan! Bersepah bank transaction! Macam tempat pengumpulan sampah sedunia. Yang peliknya orang lain takde pun terkejut macam aku. Oleh itu, sementara Sehun selesaikan hal dia aku pun kutip lah sampah tu masukkan dalam tong sampah. Ceh. Bukannya takde tong sampah kata sini! Selesai urusan Sehun, kami segera keluar.

"Chagi buat apa tadi?" Sehun memandang aku serius.

"Kutip sampah. Bersepah gila kowt! Macam apa je!"

"Kalau Baby tak call chagi lagi boleh tak?" mataku membulat mendengar ayat Sehun.

"Apa Bie cakap ni? Kenapa Bie cakap macam ni?" Tanya aku. Serius, jantung aku bagai luruh mendengar ayatnya.

"Ok lah bye." Ujar Sehun selepas selesai menaip mesej lalu berjalan meninggalkan aku.

Aku pantas memeriksa inbox. 

Kita putus! Nampak tanda noktah ni --> .

Put..putus?! Aku tak tahu nak buat apa lalu membiarkan tubuh lelaki itu semakin menjauh namun aku sedar air mata aku sudah mengalir perlahan. Kaki terus melangkah untuk pulang. Lemah.

Sesampai di rumah, 

"Aqua, kau kenapa?" YongGuk menyoal.

"Haah. Macam moody aje." HimChan pula.

"Hari ni kau kan cuti. Sia-sia lah cuti kau kalau moody," YoungJae cuba memujuk.

"Ada apa yang tak kena di hari yang indah ni?" Tanya DaeHyun sambil merangkul pinggang YoungJae.

"Indah?" Aku menyoal kembali.

"Do you wanna build a snowm-" tak sempat JongUp mahu menghabiskan bicara bodohnya aku terus menutup pintu bilik dan menghempas diri ke katil sebelum menangis semahunya.

Seketika kemudian, telefon aku berdering tanda panggilan masuk tanpa memeriksa aku terus mengangkat ganggang. 

"Chagi...!!! Baby maafkan chagi! Please... kita lupakan apa yang dah berlaku. Kita mulakan hidup baru. Baby rindu chagi. Baby sayang chagi!

Mendengar suara lelaki itu memujuk rayu, aku mengesat air mata. Marah. Geram. Ya itu aku rasa. 'Kau dah kenapa? Kau ingat hati aku ni apa? Suka suka kau nak cakap macam tu? Kau tau tak betapa hancurnya jiwa aku dengar kau cakap macam tu? Dengan hormatnya sila meninggal, harap maklum.'

Tapi... aku dah sayangkan dia. Terlalu sayangkan dia. Tak sanggup aku mengatakan yang sebenarnya.

"Baby. Chagi rindu bie juga. Maaf. Kita lupakan je. Saranghae.

Aku tak mahu keruhkan suasana. Asalkan aku dan dia bersama. Tetapi... kejadian seperti ini kerap kali berulang. Dia acap kali melepaskan perkataan itu. PUTUS. Walaupun setiap kali itu, dia pasti akan balik semula pada ku. Perkataan itu telah menjadi mimpi ngeri bagiku. Memang aku marah. Memang aku geram  tetapi ahhh... Biarlah aku simpan luahan ini di lubuk jiwaku yang paling dalam. Dan tiada siapa tahu aku telah menipu diri ku sendiri demi kekal bersama dia.

Aku bodoh?  Aku banggang? Aku biul? Tak juga aku rasa. Sebab walaupun sikap dia begitu aku sentiasa dapat rasa dia bersungguh nak aku macam dia selalu ajak jumpa family dia. Selalu juga dia bagi aku cakap dengan eomma dan adik dia. Awww... tu sebab aku rasa segalanya berbaloi. :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!