12 Februari 2214

Friends?

Aku nampak 'SESEORANG' sedang 'MENIKMATI KEK KEJU ITU'. Aku terduduk, terpaku. Tapak tangan sengaja ditekup ke mulut takut menarik perhatian 'dia'.

Seorang lelaki yang wajahnya juga seakan di cat hitam. Siapa dia? Soalan yang sama asyik berputar di fikiran. Soalan yang seolah-olah tiada jawapan. Tetapi dia bukanlah lembaga yang aku jumpa buat pertama kalinya. Tubuhnya kecil sedikit.  Lelaki yang sedang asyik menikamati makanan kegemaranku itu, tiba-tiba mengehentikan segala perbuatannya. Perlahan-lahan, dia menoleh kepalanya memandang aku. Aku cuba mengelak pandangannya. Kemudian, dia tersenyum  dan perlahan-lahan merangkak mendekatiku. Aku semakin risau.

Eomma, appa! Tolong, Aqua! Aku hanya mampu berdoa, berharap dan berteriak tanpa suara. Mulutku terkumat-kamit merayu supaya dia pergi. Takut? Memang takut! Sangat takut sehingga sahaja setitis demi setitis air mataku mulai membasahi pipi. Aku menangis ketakutan.

Tangannya dihalakan ke hadapan. Mungkin ingin menyentuh aku. Entah apa yang dimahukan aku tak tahu, tetapi aku tahu aku juga tidak boleh melarikan diri. Bagai tubuh sudah digam, aku semacam rela membiarkan ia menyentuh aku.

Lelaki itu semakin mendekati...

Semakin mendekati...

Dan...

Hilang!

Ya, dia menghilang bagai abu yang ditiup angin. Eishhhh!!! Apa tu?! Siapa tu?! Imaginasi aku lagi ke?!!! Tak mungkin!!! Lelaki tadi, kek aku, situasi tadi, SEMUANYA REALITI! AKU PASTI! Aku yang terduduk, cuba bangun. Dengan badan yang masih agak lemah, aku berjalan perlahan-lahan ke arah meja di ruang tamu, tempat terakhir kek keju aku dijumpai.

Tiada! Memang tak ada! Licin! Bersih suci murni pinggan tu! Ini khayalan? Aku berlari ke dapur lalu membuka pintu peti sejuk. TIADA! Langsung tiada!  Betul ke eomma ada bagi aku cheese cake? Untuk dapatkan kepastian aku terus menghubungi eomma. Dan... Ya! Memang eomma ada bagi aku sebiji kek keju. Aku yang seolah-olah tak percaya mendengar jawapan eomma, lantas menceritakan kembali apa yang berlaku. Yellah, langsung takde tanda-tanda kek itu. Habis aje aku bercerita, mak aku marah aku. Huhuhu T.T. Katanya aku banyak sangat berimaginasi. Dia cakap mungkin aku yang makan kek tu sampai habis tapi tak sedar. Erghh... Untuk menggelak dibebel lagi, aku pun turut ajelah.

Yellah... Aqua berangan kan? Salah aqua kan? Hurmm... Yellah, sorry sebab ganggu,” itu kataku.

Didorong ketidakpuasan hati, keesokan harinya, di universiti aku bercerita pada Hayana Park, kawan rapat aku. Aku tak boleh cakap dia kawan baik aku sebab dia ada kawan baik lain yang aku kenali sebagai NorLee Shin.

Aqua, menurut hukum fizik dan kimia, kita rasa kau ni hanya berimaginasi aje. Kita bukan tak percaya apa yang kau cerita. Tapi menurut kajian dari segi biologi, fizik dan kimia, langsung takde bukti kewujudan makhluk halus ni. Para saintis percaya, semua anggapan kononnya makhluk macam hantu tu wujud, hanya berpunca dari otak manusia yang terlalu cepat mentafsir sesuatu situasi tanpa mengikut statistik dan hukum janjang yang tepat,"

Hambik kau! Hayana ni memang cita-cita nak jadi pakar psykologi yang menggunakan fakta saintifik sebagai elemen utama. Errrr... Walaupun aku tak faham sangat apa yang dia kata, tapi aku pasti yang dia pun tak percaya aku.

"Tau... Hantu tak wujud! Tapi Hayana, lelaki-lelaki yang aku nampak tu semua macam real! Seram kau tau?!” tambahku melanjutkan bicara.

Tindak balas kau ni kan kenyal sangat. Kita rasa maybe kau sunyi. That's why kau bayangkan kau ada 'peneman' kat rumah tu. Kita cadangkan what if kau ambil housemates? Kenapa kau nak tunggu I.C.E yang cari? Rumah tu rumah sewa kau sekarang. Cubalah buatlah ads ke, flyer ke. Giveaway pada orang ramai. Kalau ada yang berminat, nanti yorang jadi kau punya housemate-lah. Selain menghilangkan rasa ada 'penaman' kau tu, idea ni juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan kau," balas Hayana memberi cadangan yang membuatkan sebiji mentol yang menyala muncul di kepalaku.

"Eh, maaf ye. Ini mentol saya. Terjatuh tadi masa nak pasang. Sakit tak? Kalau tak sakit, silalah pergi borak tempat lain. Saya busy kat sini," beritahu penyelia bangunan Universiti sambil mengutip balik mentol lampu yang menyala yang terjatuh di atas kepala ku.

Ceh! Ingatkan betul-betul lah tadi, ada mentol lampu muncul. Papepon selepas ditegur tadi, kami mencari port lain untuk meneruskan persembangan yang polemik ini.

"Hah! Baguslah cadangan kau! Kenapa aku tak terfikir, ya? Tapi idea ni memang bagus! Thank you, baby! Love you," ucapku berterima kasih atas idea yang bernas itu sambil membuat gaya romantik scene.

"So baby, kau tak nak jadi housemate aku? Jomlah, beb! Kita kawan dah lama kan? Sejak form 1 lagi. Walaupun waktu form lagi tu kita tak rapat sangat. Tapi kita semakin rapat dari hari ke hari kan? Macam tak boleh dipisahkan, kita kelas sama je pastu masuk universiti pun sama. Kos dan jurusan pun sama! Akaun! Padahal kita tak pernah merancang pun. Inilah hadirnya, sayang! Nak tak?"

Sweet tak aku cuba mengayat hati Hayana untuk move in dengan mengungkapkan kembali kisah aku dan dia. Semua tu betul, ok. Aku tak tipu!

"Alaaa... Kenapa kau ajak kita?" bibit bicaranya mengecewakan aku.

"Wae? Kau tak nak ke?"

"Ala... Kau tau kan kita ni. Rumah parents kita kat sini je so buat apa nak pindah kat villa tu yang lagi jauh dari university? Lagipun kat rumah parents kita, takde sape. Adik beradik aku semua dah ada rumah sendiri. Parents aku pun ada rumah lain. Diorang jarang balik sini. Dah macam ibaratkan rumah parents aku kat sini, macam rumah aku aje. Lagipun kita ni kan anak bongsu. Kita ada penyakit lagi. So memang tak boleh lah," terangnya panjang lebar membuat manyun ku lebih panjang.

Tapi ye, aku akui semua tu benar.

"Haihhh... Yelah~ Tapi Hayana, betul ke lelaki-lelaki tu bukan hantu? Kalau dia hantu macam mana?" Aku menyoal penuh kehairanan.

"Hish! Mana mungkin! Mustahil! Mustahil! Hantu tak wujud! Kau tau tak penyakit psikologi bernama Skizo? Pesakit Skizo seolah-olah mereka dapat mendengar suara-suara halus, benda yang orang lain tak nampak. Dan segalanya macam realiti. Tolonglah buang kepercayaan hantu itu wujud. Buang! Kau tak nak jadi salah seorang daripada pesakit Skizo kan? Pesakit bipolar pun dah ramai sekarang. So please, jangan percaya hantu wujud," nasihat Hayana lagi. Membuatkan aku berfikir sejenak.

Lepas fikir se dua tiga jenak, aku pulang ke rumah untuk sambung berfikir keempat jenak. Dan lepas jenak yang ke-1004, aku terus tekad nak ikut je cakap Hayana.

Pastu aku segera men-design ads and flyer seberapa cantik berkat ambil subjek tambahnya Pendidikan Seni masa CSAT. Setelah beberapa jam kemudian, 120,126 keping ads dan flyer yang cantik menarik kau memang gebom sudah tersedia. Argh~ esoklah aku giveaway. Sekarang aku nak tidur setelah berpenat lelah dan bermandi peluh menyiapkan dua benda alah tersebut. Pai pai.

Keesokan harinya, dengan semangat kesukanan(?) aku terus laksanakan rancangan aku. Hampir semua budak baru aku bagi ads tu. Memanfaatkan budak baru nak hidup kat seoul ni lah jadi target aku. Hopefully, mereka akan tertarik. Please god!

Tetapi...

 

1016

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!